Khamis, 19 Januari 2012

Memang demam panas sangat merbahaya untuk anak-anak kecil. Itulah sebabnya saya ajarkan ilmu daun bunga raya. Ambil secekak daun bunga raya, basuh, campur air dan ramas hingga keluar lendirnya. sapukan lendir ini di kepala dan ketiak anak. Ulang proses ini apabila ia kering.

Selain daun bunga raya air asam jawa juga boleh digunakan

Apa yang penting di dalam setiap proses ini adalah untuk mengelakkan suhu demam anak meningkat hingga boleh menyebabkan sawan.

Kalau demam campak lagi lama demam panasnya. Selain tuam kepala dengan air bunga raya atau asam jawa, kena cari air kelapa hijau untuk diminum bagi cepat mengeluarkan campaknya dan kena cari daun semambu untuk mengubatinya dan menghilangkan gatalnya. Bagi kes campak, elakkan ambil ubat doktor atau injection. Bila demamnya tak serius, campaknya tidak akan keluar dan penyakit campak ini akan ambil tempuh yang lagi lama untuk selesai dan anak akan on off demam.

Tiada ulasan: