Jumaat, 20 Januari 2012


Senaman Perut Yang Tak Berkesan

© Copyright 2010 CorbisCorporation
Nak kuruskan lemak di perut dan punyai perut yang kempis? Macam mana ya? ;-)
Janganlah kita percaya dengan iklan di televisyen yang mengatakan senaman ‘crunches’ boleh membantu kita dapatkan perut yang kempis dan rata.
Kerana terdapat kajian terbaru yang diterbitkan dalam ‘the Journal of Strength and Conditioning Research’.
Ia mendapati dengan hanya melakukan senaman ‘sit-up’, ‘crunches’ dan lain-lain senaman perut, sebenarnya tak akan banyak membantu untuk kita mengurangkan lemak di perut.
Jadi bagaimana pula untuk kita memiliki perut yang kempis dan rata? Ianya samada kita melakukan senaman berintensiti tinggi (seperti berlari pecut) atau menggabungkan latihan kekuatan dengan senaman kardio.
Senaman kekuatan yang digabungkan dengan senaman aerobik selama 30 minit sebanyak tiga kali seminggu, mampu untuk melenyapkan sehingga empat kali ganda lemak di perut kita berbanding dengan hanya sejam kita melakukan senamrobik.

Tiada ulasan: