Selasa, 24 Januari 2012


Posted: 21 Jan 2012 06:58 AM PST

Empat tip untuk jimat wang dan elakkan kerugian.
Pertama : Kurangkan membeli perkara yang tidak berfaedah.
Sebelum membeli sesuatu, pastikan barang tersebut adalah perlu bagi anda. Jika tidak perlu, anda jangan beli. Contohnya perlukah anda beli air minuman dalam tin yang berharga RM 2 lebih semata – mata untuk hilang dahaga, sedangkan anda hanya perlu minum air kosong sahaja untuk hilangkan dahaga. Air kosong sah – sah lebih murah berbanding air dalam tin.

Apabila hendak berjimat,anda perlu berkorban. Apabila anda bekorban, barulah hasil perbuatan jimat anda akan nampak.
Kedua : Sentiasa sediakan bajet.
Setiap bulan pastikan anda sediakan bajet untuk diri anda. Tanpa bajet, anda pasti akan hilang arah apabila menggunakan wang. Bajet mengelakkan anda dari kehilangan wang seperti air. Pada pagi hari anda keluarkan RM 300, apabila pulang ke rumah, anda periksa dompet dan wang yang tinggal hanyalah RM 50 sahaja. Untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku, anda perlu ada bajet.
Ketiga : Jangan terlalu gopoh membeli barang yang mahal.

Adakah anda benar – benar memerlukan kereta baru ? atau telefon bimbit baru ? Kadangkala, anda terperangkap dengan keseronokan untuk memiliki benda baru. Akhirnya anda berada dalam kerugian kerana hutang dan bebanan bertambah. Kawal nafsu anda. Jika hendak beli sesuatu yang agak mahal, anda periksa dahulu prestasi kewangan anda. Jika anda mampu, barulah anda teruskan niat anda. Jika tidak mampu, tangguh dahulu niat anda itu.
Keempat : Gunakan wang tunai berbanding kad kredit atau kad debit.


Secara psikologi, penggunaan kad akan menyebabkan anda terus membeli tanpa ada sekatan. Ini kerana anda terasa mudah memiliki sesuatu barang iaitu dengan hanya swipe sahaja kad. Gunakan tunai untuk berbelanja di luar kecuali anda benar – benar boleh mengawal penggunaan kad.  Jika tidak percaya, anda gunalah kad untuk berbelanja, sudah pasti anda akan rasa seronok sahaja untuk membeli. Perbutan ini akan menjurus kepada terlebih belanja yang pasti akan menyusahkan anda pada masa hadapan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kita orang perempuan ni selalu melakukan pembaziran tanpa sedar bila terpaksa membuang lauk pauk dan nasi yang tidak dapat dihabiskan.