Jumaat, 26 September 2014

Ustaz Harryanto Rizal: Masa mudo tido sekali...bila dah tuo tido asing2 :)

Kuliah Ustaz Anzaruddin 2011101 Kelebihan 9 Zulhijjah & Qurban

Kisahku..: Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands

Kisahku..: Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands:   Yeayyy akhirnya kami sampai ke Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highland. Tempatnya berhampiran dengan Brincang walaupun ikutkan ala...

AAM; Puasa 10 Hari Di Awal Bulan Zulhijjah

kebun sejemput...: Hotel Review : Rumah Peranginan Persekutuan, CH

kebun sejemput...: Hotel Review : Rumah Peranginan Persekutuan, CH: Minggu lepas saya telah bercuti panjang bermula pada hari Selasa sehinggalah hari Ahad. Hari Rabu kami sekeluarga telah ke Cameron Highl...

Cerita Saya: Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan Kerajaan Mal...

Cerita Saya: Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan Kerajaan Mal...: Assalamualaikum wbt.. Hari ni punya la kelam-kabut dok buat tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) untuk kakitangan kerajaan.. Aku...

*Ini Belog Kami Aje*: Percutian singkat ke Fraser's Hill

*Ini Belog Kami Aje*: Percutian singkat ke Fraser's Hill: As-Salam (^-^) Hello selamat bekerja sumer, senyum skit jangan moody2... nak bagitau jugak arini annivesary kita la... hehehee, cam tak...

Rabu, 24 September 2014

Isnin, 22 September 2014

Khamis, 18 September 2014


10 JENIS UBAT DARI LIMAU KASTURI 
1 . ubat batuk
limau+kicap+garam = minum setiap pagi and malam …batuk akan beransur pulih
2 . ubat demam
Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.
3. ubat ketiak
Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.
4 . ubat pening kepala
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.
5 . ubat lelah
Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi.Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalamilelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.
6 . ubat kurus
Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.
7 . ubat kelemumur
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.
8 . ubat hilang minyak pada baju
Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam.Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak.Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti.Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.
9 . ubat wangi rambut
Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.
10 . ubat kilatkan cermin mata
Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dgn kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama

Madu dan Kayu Manis

Madu dan Kayu Manis - siapa pernah terfikir?
Madu merupakan satu-satunya makanan atas muka bumi yang tidak akan basi mahupun rosak. Apa yang terjadi hanyalah ianya ''bertukar jadi gula''. Realiti sebenarnya, madu tetap madu.Bagaimanapun, bila ditinggalkan di tempat yang gelap dan sejuk pada waktu yang lama ianya akan men''hablur'' atau kristallized. Apabila ini berlaku , didihkan sedikit air dan masukkan bekas yang berisi madu ke dalam air panas , dan tutup api dari terus menyala, dan biarkan madu cair secara biasa tanpa pendidihan. Ianya akan tetap kekal sebagai madu dari segi perubatan dan keadaan.Jangan didihkan madu atau masukkan ke dalam mikrowave, ini akan membunuh atau merosakkan enzim-enzim berguna di dalam madu.
Syarikat ubat (ubat-ubatan moden) tidak suka perkara ini kecoh di dalam masyarakat yang mana fakta menunjukkan madu dan kayu manis : campuran madu dan kayu manis boleh menyembuhkan hampir kesemua penyakit. Madu boleh didapati di semua negara dunia. Para saintis juga menerima bahawa madu merupakan ubatan ''Ram Ban'' (paling berkesan) terhadap semua jenis penyakit. Madu boleh digunakan tanpa tanpa sebarang kesan sampingan untuk apa-apa jenis penyakit. Sains moden juga mengatakan bahawa walaupun madu adalah manisan, tetapi apabila diambil pada dos yang betul sebagai ubat , ianya tidak akan memberi kesan buruk termasuk pada pengidap kencing manis.
Ini di antara kajian dari saintis barat :
Penyakit Jantng : Buatkan serbuk kayu manis. Sapukan madu dan serbuk kayu manis pada roti dan makan secara tetap setiap hari semasa sarapan (sebagai ganti dari jem). Ini akan mengurangkan kolesterol di dalam pembuluh darah (arteri) dan menyelamatkan pesakit dari serangan jantung (heart attack). Juga, bagi yang sedia ada atau pernah diserang serangan jantung , apabila amalan ini dibuat secara harian, ianya akan menjauhkan pesakit berbatu-batu dari serangan seterusnya. Penggunaan secara tetap amalan di atas akan mengurangkan kesukaran bernafas (membetulkan pernafasan) dan akan menguatkan jantung mengepam. Di Amerika dan kanada , pelbagai jururawat di rumah telah merawat pesakit secara jayanya dan juga didapati bahawa pada satu tahap umur, pembuluh dan salur darah (arteri dan vein) akan hilang flexibilitinya (kekenyalan) dan akan mudah tersumbat , madu dan kayu manis akan mengembalikan semula sifat asalnya.
Radang sendi (arthritis) : pesakit arthritis boleh mengambil secara harian (pagi dan malam) satu cawan air suam bersama 2 sudu teh madu dan satu sudu serbuk kayu manis. Apabila ini diambil secara tetap , pesakit kronik arthritis juga boleh sembuh. Di dalam kajian terbaru yang diketuai oleh Universiti Copenhagen , mereka mendapati bawa doktor-doktor yang merawat psakit mereka dengan campuran 1 sudu madu dan 1/2 sudu serbuk kayu manis sebelum sarapan pagi, mereka mendapati bahawa di dalam satu minggu (dari 200 orang pesakit yang dirawat) - 73 pesakit hilang kesakitannya di dalam seminggu dan di dalam sebulan , hampir kesemua pesakit yang tidak boleh berjalan atau bergerak disebabkan radang (arthritis) sudah boleh berjalan tanpa sebarang kesakitan.
Jangkitan Pundi Kencing: ambil dua sudu serbuk kayu manis dan satu sudu madu di dalam air suam dan minum. Ianya akan membunuh kuman di dalam pundi.
Kolesterol : Dua sudu besar madu dan tiga sudu teh serbuk kayu manis dicampurkan dengan 16 auns air teh diberikan pada pesakit kolesterol , didapati bahawa kandungan kolesterol di dalam badan pesakit turun sebanyak 10% hanya selepas 2 jam. Apabila ini diambil sebanyak 3 kali sehari , sebarang penyakit kolesterol tahap kronik akan sembuh. Melalui maklumat yang diterima dari Journal , madu asli yang diambil secara harian bersama makanan mengurangkan komplen(keluhan) terhadap kolesterol.
Selesema : bagi yang terseksa dengan selesema perlu mengambil 1 sudu besar madu bersama 1/4 sudu serbuk kayu manis 3 kali sehari. Proses ini akan menyembuhkan kesemua batuk yang terus, demam , dan membersihkan sinus (ruang udara di dalam tengkorak sekeliling hidung).
Perut Meragam : Madu diambil bersama kayu manis menyembuhkan sakit perut dan membersihkan @ menyembuhkan perut dari sebarang ulcers. Kembung (gas) : kajian yang dibuat di Jepun dan India, mendapati bahawa madu yang diambil bersama-sama kayu manis akan mengeluarkan gas dari perut.
Imun Sistem : penggunaan harian madu dan serbuk kayu manis menguatkan sistem pertahanan (imun) dan melindungi badan dari serangan kuman dan bakteria. Saintis mendapati bahawa madu mempunyai pelbagai vitamin dan zat besi dalam jumlah yang besar. Penggunaan madu secara tetap akan menguatkan korpuskel sel darah putih (dimana mengandungi dna) untuk melawan penyakit yang disebabkan bakteria dan kuman (virus).
Tak Hadam : Serbuk kayu manis dicampur bersama 2 sudu besar madu yang diambil sebelum tidur akan merembeskan asid dan menghancurkan makanan berat.
Influenza : Saintis dari sepanyol membuktikan bahawa madu mempunyai kandungan semula jadi yang membunuh kuman influenza dan menyelamatkan pesakit dari flu.
Umur Panjang : Teh yang dibuat bersama madu dan serbuk kayu manis,bila diambil secara tetap , mengelakkan kerosakan disebabkan bertambahnya usia. Pengambilan 4 sudu teh madu, 1 sudu teh serbuk kayu manis dan 3 mangkuk kecil air panas untuk membuat teh. Minum 1/4 mangkuk - 3-4 kali sehari. Ini akan mengekalkan kesegaran kulit, kelembutan dan ketegangan. Jangka hayat dipanjangkan , dan mereka yang berumur 100 tahun sekalipun boleh memulakan aktiviti seperti berumur 20 tahun. (dalam Islam , kita ada beberapa amalan untuk panjang umur - amalkan di atas + bersedekah dan menyambungkan silaturrahim - in sya allah, umur kita akan panjang)
Sakit tekak : apabila tekak rasa tidak selesa , ambil satu sudu madu dan kulum sambil telan sedikit demi sedikit sehingga ambil. Ulang setiap 3 jam sehingga tekak hilang simptom sakit/ketidak selesaan.
Jerawat : 3 sudu besar madu dan 1 sudu teh serbuk kayu manis paste. Sapukan paste ini di atas jerawat sebelum tidur dan basuhnya tika bangun keesokan pagi dengan air suam. Jika diamalkan selama dua minggu , ia akan membuang jerawat dari akarnya.
Jangkitan Kulit :Sapukan campuranmadu dan serbuk kayu manis dalam ratio yang sama pada kulit yang terkesan , akan menyembuhkan ekzema , dan semua jenis jangkitan kulit.
Hilangkan Berat Badan : Pagi , sejam setengah sebelum sarapan pagi dan tika perut kosong , dan pada waktu malam sebelum tidur , minum madu dan serbuk kayu manis di dalam air suam. Jika diambil secara tetap, ianya akan mengurangkan berat walaupun pada mereka yang berlebihan berat badan. Jika minum secara tetap , ianya tidak akan membenarkan lemak untuk berkumpul dalam badan walaupun individu tersebut mengambil makanan yang tinggi kalori.
Kanser : Kajian terbaru di Jepun dan Australia mendedahkan bahawa kanser perut dan tulang telah berjaya dirawat dengan jayanya. Pesakit yang mengidap penyakit ini perlu mengambil setiap hari satu sudu madu bersama satu sudu teh serbuk kayu manis 3 hari sekali selama satu bulan.
Lemah : kajian baru-baru ini menunjukkan gula yang terkandung di dalam madu adalah sangat membantu dalam mengembalikan kekuatan badan berbanding gula buatan. masyarakat yang mengambil madu dan serbuk kayu manis dengan ratio yang sama didapati lebih peka dan flexible. Dr. Milton , yang menjalankan kajian ini , mengatakan separuh sudu besar madu yang diminum bersama segelas air yang dicampur dengan serbuk kayu manis, jika diambil setiap hari selepas gosok gigi dan tengah hari (sekitar 3 petang) - akan mengembalikan kecerdasan badan dalam masa seminggu.
Sukar Bernafas : penduduk di Amerika selatan berkumur dengan satu sudu madu dan serbuk kayu manis dicampur dengan air suam , sebagai rutin harian pertama pada waktu pagi , bagi membolehkan pernafasan mereka sentiasa segar sepanjang hari.

Kurang @ hilang pendengaran : Pagi hari dan malam - madu dan serbuk kayu manis diambil pada sukatan yang sama boleh mengembalikan pendengaran.
Rujukan : Dr Zulkifli Sharif

Allah sebaik-baik penyembuh , Dia menurunkan penyakit dan Dari Dia disembuhkan segala Penyakit.Assyafi , Arrahman ArRahim.Kepada Allah kita mohon pertolongan...wa iza marid tu fahuyashfin!!

Isnin, 15 September 2014

Serenemaklong: Kemasan Lantai Dan Dinding

Serenemaklong: Kemasan Lantai Dan Dinding: serenemaklong.blogspot.com Kemasan Lantai Sukar menentukan kemasan lantai ruang dapur yang benar-benar sesuai dengan k...

abah blogger: FAKTAKelengkapan asas bilik mandiKepala paip d...

abah blogger: FAKTA
Kelengkapan asas bilik mandi


Kepala paip d...
: FAKTA Kelengkapan asas bilik mandi Kepala paip dan pemancur - Dua pilihan alat pemancur ialah dipasang tetap pada dinding atau boleh ditangg...

seribupilihan: Khasiat Madu Lebah

seribupilihan: Khasiat Madu Lebah: Kelebihan Madu Lebah Mengembalikan kekuatan tubuh badan.   Membersih dan menambah darah.   Mengelak cacin...

kongsi petua: CARA BETUL MAKAN MADU LEBAH

kongsi petua: CARA BETUL MAKAN MADU LEBAH: Siapa tak tahu dengan madu lebah yang memang terbukti khasiatnya sejak turun temurun lagi. Tidak kira dari ceruk dunia mana pun, pasti ada ...

Sabtu, 13 September 2014

:: Let Me Talk ::: Pulau Kapas: Tip Percutian

:: Let Me Talk ::: Pulau Kapas: Tip Percutian:   Assalamualaikum wbt.     Hari ni nak bagi beberapa tip kepada korang yang merancang nak bercuti di pulau. Tak kisah la kalau buka...

Khamis, 11 September 2014

Cara Buat Minuman Detoks Sendiri - Mudah & Murah!

Cara Buat Minuman Detoks Sendiri - Mudah & Murah!

: Cina Islam | 2014 : (林川興): INFO : Buah-buahan dan khasiatnya

: Cina Islam | 2014 : (林川興): INFO : Buah-buahan dan khasiatnya: 02 Muharam 1432H Oleh : BawangGoreng Dari aspek botani, buah adalah hasil daripada tumbesaran akhiran bunga angiosperma atau jambak bunga....

makanan sunnah nabi yg berkhasiat: Bismillahirahmanirahim....Tahukah anda bahawa buah...

makanan sunnah nabi yg berkhasiat: Bismillahirahmanirahim....Tahukah anda bahawa buah...: Bismillahirahmanirahim.... Tahukah anda bahawa buah delima mempunyai khasiat yang jarang diketahui oleh kebanyakan orang? Ia adalah buah sy...

Kosmo! Online - Pesona

Kosmo! Online - Pesona

Kesihatan, Keselamatan dan Gaya Hidup: 6 Jenis Jus Untuk Detoks Bagi Membersihkan Toksin ...

Kesihatan, Keselamatan dan Gaya Hidup: 6 Jenis Jus Untuk Detoks Bagi Membersihkan Toksin ...: Detoks atau nyahtoksin amat diperlukan oleh badan anda untuk membuang segala toksin dari pengambilan makanan dan minuman, ubat-ubatan, penga...

EmbrazeMe Beauty Spirit: resepi detoks bakar kalori mudah sedap menyeleraka...

EmbrazeMe Beauty Spirit: resepi detoks bakar kalori mudah sedap menyeleraka...: Assalamualaikum.. hello pretty girls.. all you need is love, hugs & kisses.. I love black pepper! Lada Hitam merupakan herba berempah ...

Rabu, 10 September 2014










Hipokrit? Mesti kita semua pernah dengar perkataan itu dan semestinya kita tak suka akan orang yang bersikap hipokrit. Maksud hipokrit ini dari segi dewan bahasa mempunyai 2 makna,iaitu berpura2 berperangai baik, memperlihatkan keadaan diri yg berlainan dari yg sebenarnya dan satu lagi makna ialah munafik. Bagi maksud munafik ni lebih dari segi keagamaan iaitu seorang yang berpura pura beriman kepada allah,tetapi sesungguhnya mereka kafir serta ingkar kepada Allah dan rasulnya. Namun,erti kata hipokrit ini lebih luas,jum bace lagi~

     Banyak perilaku manusia yang menjurus kepada hipokrit dalam perbuatan mereka. Antaranya;

1. CAKAP TAK SERUPA BIKIN


Depan orang,punyalah manis kata. Tapi bila di belakang kita,mengumpat! hu3

     Cakap kat depan punyalah manis,tapi..kat belakang kawan mulalah mengumpat sana sini,kutuk kawan,putar belit cakap. Malah,kawan paling rapat sendiri pun ada juga yang bersikap hipokrit sehinggakan membocorkan rahsia yang kita luahkan kepada mereka dengan harapan dia boleh menyimpan rahsia. So,kita perlulah berhati-hati semasa bersahabat!

2. BAGI IDEA BERNAS/ARAHAN, TAPI DIRI SENDIRI TAK BUAT

Dia cuma arahkan orang lain buat kerja,tapi xsumbang apa2 dalam pelaksanaan kerja

     Ini pun aku pantang manusia yang rajin beri pendapat yang bagus,tapi bila dalam membuat kerja tak buat pun. Lagi yang aku tak suka bila buat arahan bermacam-macam,lagak seperti ketua. Tapi langsung tak menyumbang tenaga dalam kerja. Ini biasanya berlaku semasa membuat tugasan berkumpulan.

3. KOMEN TENTANG ORANG LAIN BUAT SESUATU,TAPI DIRI SENDIRI BUAT

Doktor ini larang merokok..tp diri sendiri merokok..adehhh

     Sebagai contoh,aku tulis kat status yang aku ni takkan pergi 'Clubbing' dengan joyah-joyah itu,padahal realitinya aku pergi ke sana jugak. (kisah tidak benar :P). Perkara ini selalu terjadi dalam perhubungan sosial sekarang. Ada juga kes pasal orang yang melarang orang daripada melakukan sesuatu,tapi diri sendiri buat gak.

     Contohnya Ustaz/ustazah melarang orang melakukan sumbang mahram,tapi ada sebilangan kecil mereka tetap melakukan perbuatan tekutuk itu. Contoh lain pula doktor dan aktivis anti rokok yang melarang masyarakat daripada merokok kerana merokok membahayakan kesihatan,tapi ada segelintir mereka yang hisap rokok gak. Ape kess??? hu3.

4. NAMPAK BAGUS DARI LUARAN,TAPI RUPANYA SEBALIKNYA


luaran nampak skema dan baik orangnya. Tengok-tengok kaki tengok citer blue..isk3

Aku cerita pasal ni pun sebab aku kenal sangattttt dengan manusia yang jenis2 ni.Memang ada depan mata pun..Itu yang bahay tu..Kita sendiri memang sentiasa kena beringat . Spesis ni nampak sengihhh je depan kita, tapi bila belakang kita...menyembur-nyembur mengumpat kita tau! Aku dah terkena dengan si polan ni. Dulu pernah jadi kawan baik! Itu yang paling aku kesalkan!pernah menjadi sahabat dia!Kalaulah boleh diulang balik masa ni, akan aku pastikan aku tak hingin jumpa si capok (gelaran) ni! Sumpah! Tak kuasa!

SABAHKITA: ANTARA SIFAT MANUSIA HIPOKRIT. Siri I

SABAHKITA: ANTARA SIFAT MANUSIA HIPOKRIT. Siri I: 1. Dalam kehidupan kita tidak dapat lari dari bertemu manusia hipokrit sekurang-kurangnya sekali dalam hidup kita. Barangkali ada yang bert...

Selasa, 9 September 2014

watak manusia talam dua muka

Individu yang bersifat dua wajah sememangnya dicela agama. Istilah Arab menyebutnya sebagai an-namimah. Orang Melayu sinonim menyebutnya sebagai talam dua muka. Apapun istilah yang diberikan, yang dimaksudkan ialah jenis manusia yang jahat akhlak dan perilakunya.

Rasulullah SAW bersabda: “Apakah kamu tahu siapakah sejahat-jahat kamu? Jawab sahabat: Allah SWT dan Rasulullah SAW yang lebih tahu. Rasulullah SAW bersabda: Sejahat-jahat kamu ialah orang yang bermuka dua, yang menghadap kepada ini dengan wajah dan datang ke sana dengan wajah yang lain.” (Riwayat Abu Hurairah)

Bijak berlakon

Imam An-Nawawi berkata, yang dimaksudkan dengan orang bermuka dua iaitu orang yang datang kepada satu kelompok dengan menampakkan seolah-olah dirinya berada di pihak mereka dan berseberangan dengan pihak lawannya. Tetapi pada waktu sama, dia juga datang kepada kelompok lain dan melakukan hal serupa.

Individu yang berwatak dua muka ini dilihat menjadi pemecah-belah hubungan antara rakan yang lain. Agak sukar mengesan sifat dan sikapnya kerana mampu melakonkan watak dengan berkesan hingga berjaya mempengaruhi orang lain.

Ada tiga watak manusia bertalam dua muka ini. Pertamanya, manusia yang bermulut manis di bibir tetapi ada racun di hatinya. Manusia jenis ini sangat vokal dalam berkata-kata dan mempunyai tarikan tersendiri hingga mempesonakan hati orang yang mendengarnya.

Dia dianggap orang lain mempunyai hati yang baik, jujur, sentiasa berbuat kebaikan dan seorang pemikir yang sentiasa memikirkan kepentingan umum tetapi pada hakikatnya berlawanan daripada apa dianggap masyarakat.

Keduanya, manusia perosak masyarakat tidak mempunyai rasa malu dan sanggup melakukan apa saja untuk merosakkan kesatuan masyarakat. Kerosakan yang dilakukan semata-mata kerana tidak dapat mengawal perasaan apabila melihat orang lain mendapat kebaikan. Pada masa sama manusia yang bertalam dua muka ini menjanjikan lebih kebaikan yang tidak termampu untuknya laksanakan.

Tiada perasaan malu

Ketiganya, manusia yang tidak boleh ditegur dan dikritik. Mereka ini tidak boleh menerima pendapat orang lain serta menghormati perbezaan pendapat. Apabila diajak membetulkan kesilapan diri, diseru mengikut jalan yang betul serta diajak secara jujur, mereka menjadi sombong, angkuh dan bongkak.

Watak manusia sebegini adalah disebabkan mereka tidak dapat melihat kesalahan sendiri atau kumpulan mereka. Mereka selalu berasa benar dan bijak, manakala kesilapan datangnya daripada orang lain.

Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang mempunyai dua muka di dunia, maka pada hari kiamat kelak dia akan diberi dua mulut dari api neraka.” (Riwayat Abu Dawud dan Ad-Darimi dari Ammar bin Yasir)

Al-Alqami mengatakan: “Orang yang bermuka dua ini diberi dua mulut oleh Allah kelak ketika di neraka, kerana dulu saat di dunia dia suka mendatangi dua kelompok berbeza dengan muka yang berbeza pula. Setiap kali datang kepada satu kelompok, dia mengatakan sesuatu yang berbeza dengan apa yang dikatakannya kepada kelompok lain. Dia mempunyai dua mulut. Maka Allah pun membuatkan dua mulut baginya di neraka.”

Tak ikhlas, penting diri sendiri

Orang yang bermuka dua dicela oleh agama kerana sikap buruknya yang membunuh sahsiah sendiri. Mereka ini tidak pernah ikhlas dan sentiasa menyimpan kepentingan diri. Memuji dan mengutuk baginya adalah perkara biasa.

Rasulullah SAW bersabda: “Kalian pasti akan bertemu dengan orang yang paling Allah benci, iaitu mereka yang bermuka-muka. Di satu kesempatan, mereka memperlihatkan satu sisi muka, namun di kala yang lain, mereka memperlihatkan muka yang lain pula.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Justeru, kita diingatkan supaya berhati-hati dengan sikap pihak yang suka bermuka-muka ini. Berhati-hati maksudnya untuk tidak mudah percaya kepada cakap-cakap manis dengan mengutuk pihak kedua. Usah terlalu mudah mempercayai setiap perkataan terutama yang berkaitan keburukan orang lain.

Antara sebab jatuhnya kerajaan Melayu Melaka ketika serangan Portugis adalah angkara pemain talam dua muka ini. Mereka menjadi penyokong setia kerajaan Melaka namun pada masa sama menyebelahi Portugis untuk menjatuhkan kerajaan Melaka.

Pesanan Luqmanul Hakim kepada anaknya: “Jangan engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.”

Isnin, 8 September 2014

Tutorial Bina Blog: Background comel untuk blog

Tutorial Bina Blog: Background comel untuk blog: Korang boleh dapatkan background yang comel-comel di sini mycutegraphics.com. Terdapat banyak pilihan background kat situ. Korang pilih, k...

Bila Rasa Menyampah pada seseorang

“Ishh! Menyampah tengok muka dia ”
Perasaan menyampah sering melanda kita dan perasaan ini memang tidak selesa. Sukar juga untuk menceritakan rasa ini. Macam nampak sampah, malah lebih teruk dari itu. Meluat, benci, marah, rasa macam nak muntah....berbagai rasa tak selesa yang membentuk rasa menyampah. Nampak muka orang yang kita menyampah, perasaan jadi terganggu. Melakukan kerja yang kita tidak suka, perasaan terganggu. Ia boleh membunuh mood. Bila kita rasa menyampah, yang lebih susah adalah diri sendiri sedangkan orang yang kita menyampah terus hidup seperti biasa. Kerja yang kita tidak suka juga tidak akan selesai. Lebih banyak rugi daripada untungnya. Jadi, jika dilanda rasa menyampah, tindakan bijak ialah merawat rasa menyampah itu, jangan sampai ia membunuh keceriaan. Membiarkannya memusnahkan keceriaan umpama membawa membawa atau mengusung orang atau beban kerja tersebut dalam hati dan fikiran. Ia akan mengikut ikut kita ke mana-mana. 

Sampah di minda dan hati
Untuk memudahkan kita menanggapi masalah ini, saya suka mengaitkan rasa menyampah ini dengan sampah. Sampah ialah benda yang telah kehilangan fungsi asal. Apa yang kita panggil ‘sampah’ hari ini, suatu masa dahulu kita panggil dengan berbagai nama dan kita menyimpannya atas berbagai kegunaan khusus. Kertas pembalut makanan pernah berjasa melindungi makanan yang kita makan dari kekotoran supaya makanan tersebut tidak membahayakan kesihatan kita. Setelah habis fungsinya, ia pun bernama sampah. Suatu masa dahulu apa yang kita panggil ‘bunga’ menjadi perhiasan yang menyejukkan mata memandang tetapi akhirnya apabila telah layu ia dibuang dan dipanggil sampah. Dalam perkataan lain, sampah adalah apa yang ‘tidak berguna’, ‘kotor’ atau ‘menyemakkan’ di mata kita. Tempat yang layak untuk sampah ialah dalam tong sampah. 

Apabila kita menyampah kepada seseorang, sedar atau tidak, minda dan hati kita melabelkan orang itu sebagai ‘kotor’, ‘tak berguna atau ‘menyemak’. Apabila dia dianggap tak berguna, maka kita pun memasukkan dia dalam ‘tong sampah’ minda dan hati. semakin ramai orang atau perkara yang kita menyampah, hakikatnya kita menjadikan minda dan hati kita sebagai tong sampah besar! Andai dibiarkan minda dan hati akan ‘reput’ dan busuk sehingga menutup atau menenggelamkan perasaan positif yang lain. Sebab itu, bila kita menyampah terhadap seseorang, kita buta kepada kebaikannya dan jasanya dilupakan begitu saja!
Mengapa kita biarkan rasa ini dalam minda dan hati sedangkan Allah, Tuhan yang Maha Pencipta segalanya mencipta setiap sesuatu ada sebab dan peranan tertentu. Dia tidak menciptakan sesuatu sia-sia! 


Hadiahkan Doa Dengan Penuh Kasih Sayang
Seperti perasaan negatif yang lain, memang bukan mudah untuk mengikis rasa menyampah dalam sekelip mata. Bergantunglah kepada Allah. Dia pernah menciptakan kita dari tiada kepada ada. Dia juga yang menciptakan hati yang merasa dan akal yang berfikir. Maka semudah itu jugalah Dia membantu kita menangani rasa menyampah ini.

Berdoalah untuk diri sendiri supaya perasaan kita sentiasa terpelihara. Doakan juga orang yang kita menyampah dengan penuh kejujuran. Adakalanya dalam kita mendoakan orang lain pun, tanpa sedar kita masih membawa perasaan menyampah tersebut. Contohnya, kita mendoakan “Ya Allah, lembutkanlah hatinya...” secara tak sedar secara muktamad kita melihatnya sebagai seorang yang keras hati dan lupa ada kemungkinan yang keras hati sebenarnya adalah diri kita sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengatakan doa terseut salah, tetapi sekadar untuk renungan betapa dalam doa yang paling indah pun kita masih terpenjara dalam persepsi yang negatif tentang diri orang lain. “Ya Allah, semoga dia akan berubah...” adalah doa yang baik dan indah untuk orang lain. Namun secara halus, ia menggambarkan persepsi bahawa orang yang didoakan itu perlu berubah sehingga si tukang doa mungkin terlupa bahawa dirinya lebih perlu berubah. 

Berdoalah dengan penuh rendah hati, penuh kasih sayang dan kesenian, untuk diri sendiri dan juga untuk orang lain. Doa yang jujur, penuh kerendahan hati dan kasih sayang akan sampai ke hati orang lain seperti gelombang radio yang terpancar melalui ruang udara ke setiap radio yang terpasang. Dengan izin Allah, akan tumbuh rasa keserasian antara hati yang terikat dengan kasih sayang kerana Allah. 
Semoga dengan adanya hubungan hati melalui hadiah doa, suasana pergaulan kita akan lebih indah dan harmoni – bersih dari rasa menyampah antara satu sama lain. Apabila kita berada di persekitaran yang harmoni, apa juga pekerjaan yang kita lakukan, dapat dilakukan dengan ceria tanpa rasa menyampah. 
kredit -http://halaqah.net/v10/index.php?topic=14154.0

..Musafir Hairan..: Apabila orang tidak suka kita...

..Musafir Hairan..: Apabila orang tidak suka kita...: Bukan semua orang suka kita tatkala kita lakukan pelbagai perkara baik dalam kehidupan.Bukan juga semua orang tidak suka kita jika kita...

Curi tulang gajinya haram 2

Kita berasa marah dan jijik kepada pencuri kerana perbuatan itu adalah salah di sisi agama, akhlak dan masyarakat. Sikap negatif kita terhadap pencuri disebabkan pendidikan agama yang diterima selama ini. Pencuri yang ditakuti biasanya adalah pencuri harta, karya dan benda yang dapat dilihat atau dirasa. Sebaliknya kita tidak sedar berlaku pencurian masa atau lebih difahami dengan istilah ‘curi tulang’ dalam tugas harian. Apabila kita ditawarkan pekerjaan di dalam kerajaan atau swasta. Dalam surat tawaran kerja akan tercatat perintah tetap atau “standing orders” ataupun mengenai bidang tugas yang dipertanggungjawabkan kepada kita.   
Diantara kandungan surat tawaran jugak ada menerangkan jadual dan masa bekerja dan lihatlah masa yang kita ada dalam sehari bekerja.


1. Waktu kerja.                     8.00 pagi -5.00 petang.
2. Waktu Makan Tengahari      1.00 tghari - 2.00 petang.
Kalau diperhatikan waktu rehat pagi cuma anda ada 30 minit sahaja untuk minum pagi. Memang sempat masa yang diberikan. Tapi lihatlah di kafeteria atau kantin di pejabat-pejabat kerajaan. Jam 1045 pagi masih lagi penuh dengan staff-staff sedang minum atau berborak sakan. 

Masa 15 minit itu sepatutnya berada di pejabat bukan di kantin. Gaji 15 minit itu dikirakan gaji haram. Masa makan tengahari pun sama sebab ada staff-staff yang keluar awal untuk pergi makan tengahari. Inilah yang selalu berlaku dalam pejabat-pejabat kerajaan. Jadi dalam sebulan staff-staff ini bekerja masa yang dicuri 15 minit x 26 hari=??? (Banyaknya curi tulang dalam sebulan).
Bila dapat gaji hujung bulan, kadang-kadang rasa tak cukup untuk perbelanjaan dan untuk disimpan kerana gaji halal dah bercampur dengan gaji haram kerana curi tulang! Mana nak berkat macam tu sampai pencen.
Curi tulang ini dilakukan oleh pelbagai peringkat dan profession. 

Yang bekerja sebagai Juruteknik Komputer pun banyak yang curi tulang pada waktu kerja.. Kalau tak percaya pergilah buat lawatan mengejut ke jabatan-jabatan kerajaan. Agak-agak dimana mereka berada pada waktu kerja?. Masalah komputer rosak, masalah wifi yang tak berfungsi, masalah perlatan-perlatan ICT yang tidak boleh digunakan , tapi mereka ini boleh mengular , huha-huha keluar tanpa rasa bersalah! Talina telefon bimbit pula di off kan supaya susah untuk dihubungi.Betulkan? Memang ramai kan?Mereka inilah perosak bangsa! Pemusnah agenda kemajuan yang dicanang-canangkan oleh kerajaan.memang rugilah kerjaan membayar gaji diorang ni! Dah ada pekerjaan tak nak bersyukur! Tak bertanggungjawab dan tidak amanah!  

Curi tulang tidak amanah
Tiga perkara yang boleh menyebabkan kerugian dan kekecohan dalam sesebuah organisasi mahupun sebuah negara ialah:
1. Kurang tanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan.2. Suka membuang masa dan bersembang serta bercakap perkara sia-sia.3. Suka melengahkan tugas yang dipertanggungjawab.

Sikap suka meninggalkan tugas sehingga menyusahkan orang lain adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab. Malah, ia juga boleh dikategorikan sebagai khianat atau ‘curi tulang’ iaitu sikap orang malas yang sentiasa mengharapkan habuan dan pertolongan orang lain. 
Golongan begini mensia-siakan amanah yang diberikan dan masa yang diperuntukkan kepadanya. Kesannya apabila kesuntukan masa orang lain yang terpaksa memberikan bantuan.Bukankah itu menyusahkan orang lain, malah jika tidak diberikan bantuan, dipersalahkan pula atas alasan tidak memberikan kerjasama. Ini mengakibatkan perselisihan, kekecohan dan kemarahan.
Nabi s.a.w bersabda, maksudnya:“Dilaknat Allah sesiapa yang menyusahkan orang-orang beriman atau membuat kecoh terhadapnya.”Sikap terbabit juga mengakibatkan satu-satu operasi menjadi lemah. Pengabaian tanggungjawab golongan yang suka menangguhkan kerja sehingga satu pun tidak terlaksana boleh juga dianggap satu sikap suka membuli, kerana kesudahannya orang lain yang menjadi mangsa. 
Tabiat buruk itu sepatutnya dijauhi bukan saja bagi memastikan operasi sesebuah organisasi atau negara berjalan lancar, malah mengelakkan daripada menanggung dosa yang berterusan.
Firman Allah SWT bermaksud:“Sesungguhnya kami memberi tangguh kepada mereka hanyalah supaya bertambah-tambah dosa mereka dan bagi mereka azab yang menghinakan.” (Ali-Imran: 178)Allah SWT membiarkan golongan ini berterusan mengumpul dosa kerana mereka menyangka perbuatan mereka itu betul dan tidak akan menerima pembalasan di akhirat nanti, sebagaimana: 
Firman-Nya pada ayat 36 surah al-Qiaamah, bermaksud: “Patutkah manusia menyangka bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan?)”Curi tulang boleh berlaku dengan mengabaikan tugas dan tanggungjawab, melengahkan kerja atau meninggalkannya sama sekali dengan pelbagai helah atau alasan tidak munasabah. Ada kalanya tanggungjawab itu dilakukan tetapi sekadar melepaskan batuk di tangga.
Perbuatan keji ini jika diteruskan amat merugikan diri sendiri terutama apabila kita memahami kerja adalah ibadat terhadap Allah jika dikerjakan dengan tulus ikhlas dan penuh tanggungjawab.
Selain ganjaran pahala yang diterima, kita juga akan mendapat upahnya. Jadi, jika pengabaian terus berlaku, kita tidak akan menerima pahala yang boleh memberkati wang gaji. Tegasnya, wang upah yang kita terima jadi tidak bersih.
Selain itu, kita juga berdosa terhadap rakan sejawatan kerana menggendalakan kerja mereka dan meletakkan mereka dalam keadaan serba salah. Ditegur bimbang tidak diterima dan mengakibatkan permusuhan. Jika tidak ditegur, akan merugikan banyak pihak.
Sifat mensyukuri dan mencukupi amat penting supaya kita tidak menjadi orang yang tidak pernah rasa cukup, keluh-kesah dan jangan biarkan dikejar tak dapat, dikendong berciciran.
Semuga sama-sama kita memohon keampunan dari Allah swt sekiranya semasa bertugas secara tidak sedar atau sedar pernah curi tulang sewaktu bertugas. Dan dijauhi azab Allah swt nanti. 


Masalah Curi Tulang -Curi tulang gajinya haram

Budaya melewat – lewatkan kerja dan curi tulang sebenarnya adalah topik menarik untuk diperbincangkan kerana ianya begitu sinonim dengan budaya orang melayu.

PERSOALANNYA  :  Apakah hukumnya pekerja yang segaja melewat-lewatkan kerja yang di pertanggungjawabkan ke atasnya ataupun  semata-mata  ingin claim hour lebih dengan niat untuk mendapat wang over time lebih dan sebagainya.

Pekerja curi tulang hilang keberkatan rezeki. Itu  termasuk perbuatan tidak amanah lain seperti curi tulang 
dengan tidur atau keluar minum sesuka hati dalam waktu bekerja, mencuri masa dengan melengah-lengah kan 
kerja yang dipertanggung jawapkan semata-mata untuk membuat tuntutan kerja lebih masa. 
Rezeki yang diperolehi dengan cara ini adalah tidak halal.
Teman beranggapan bahawa tanggungjawab kita menyiapkan kerja tepat pada masanya...melainkan memang tidak sempat kerana terlampau banyak kerja....seseorang itu perlu tahu tanggungjawab dan tugas masing-masing...barulah kerja yang dilakukan akan siap tepat pada masa yang di tetapkan….melengah - lerngahkan kerja untuk mendapat kerja lebih masa...itu tidak baik...kena ingat rezeki yang kita dapat nanti...akan jadi tidak halal. Peribahasa Inggeris menyebut ` don’t wait until tomorrow what you can`t do today `.

Itu belum lagi kita membicarakan soal kelewatan hadir ke mesyuarat, program, usrah, gotong royong dan sebagainya  yang terkadang – kadang sudah menjadi suatu rutin dalam organisasi melayu maupun organisasi yang berteraskan perjuangan Islam….walaupun ayat surah Wal – Asri  dan tasbih khafarah menjadi sebutan wajib sebelum berakhirnya majlis tertentu. Dalam isu ini siapa bohong siapa ?. Jawapannya ditangan kita kerana ciri- ciri keberkatan perjuangan adalah pendokongnya ` MENEPATI MASA, MENGHORMATI MASA DAN TIDAK MEMBUANG MASA `. Mulakan perubahan hari ini.

Teman teringat kekawan teman pernah sebut dulu – dulu pekerja ` tukang kebun ` di sekolah dan  town board tak lah macam sekarang ini ada mesin rumput yang canggih dan cepat…..dulu hanya menggunakan ` pisau sabit ` tapi yang seronok katanya diaorang ini masa duduk berborak - borak sambil relax mengasah pisau  4 jam daripada memotong rumput 1 jam. Ini juga unsur – unsur curi tulang.

Menghabiskan masa melayari internet bagi tujuan peribadi seperti membaca dan membalas e-mel dan memasuki bilik sembang menjadi kaedah paling popular bagi pekerja menjadi trend  mencuri tulang ketika bertugas.  


Kadar pekerja melepak didapati sebanyak 2.09 jam sehari tidak kira waktu makan tengahari dan masa ini didapati dua kali ganda lebih lama berbanding sejam sehari yang dijangkakan oleh majikan. 
 
Masa berkenaan mungkin memberi kesan positif pada budaya kerja syarikat, persekitaran kerja dan hasil perniagaan. Penggunaan internet untuk peribadi dan urusan rasmi pejabat selalunya bertukar ke dalam idea perniagaan baru atau pandangan ke arah meningkatkan keberkesanan operasi pada masa depan. 

Bekerja mencari rezeki halal bukan sahaja bermaksud jangan bekerja di kilang pembuatan arak, di kandang kandang babi , bekerja sebagai pelayan yang menghidangkan arak, atau apa sahaja lah yang berada dalam kontek haram ni.

 Mencari rezeki yang halal juga bermaksud bekerja dengan bersungguh sungguh, walaupun tiada dalam description job masa dapat offer letter tu.... tapi itu yang dikehendaki oleh majikan kita. Hendaklah kita melaksanakan kerja dengan amanah dan penuh tanggungjawab.
Manusia yang tabiatnya suka ponteng, lewat, curi tulang akan hilang rasa hormat orang lain terhadap kita. malah mungkin kita akan di cop.. "alah, dia tu, bukan hang tak tau, dia kan selalu lambat! tak punctual punya orang".. kata- kata itu mengundang rasa tidak enak bagi diri kita sendiri bila mendengar atau mengetahui orang berkata tentang kita.. sudahnya timbul masam muka pula nanti...lainlah jika kita jenis manusia yang tidak makan saman.

Saya tertarik dengan mutiara kata Almarhum Dato` Fadzil Mohd Noor yang bermaksud ` pekerjaan yang kita lakukan dalam perjuangan ini bukanlah sukarela….ianya adalah menjadi kewajipan dan amalan kita, dan jangan biarkan sehari pun berlalu TANPA kita bekerja untuk kemenangan Islam.