Jumaat, 20 Januari 2012


Cara Kurus Badan & Senaman

Hemmm… Cara kurus badan dan senaman! Memang ramai yang teringin nak kuruskan badan dan miliki berat badan yang ideal ni. Tapi bila disuruh bersenam, pelbagai dan seribu satu alasan yang akan diberi untuk tak bersenam.
Inilah kenyataannya. Dan inilah juga mentaliti kebanyakan rakyat Malaysia mengenai senaman. ;-)
Memang agak sukar untuk seseorang itu memulakan senaman mereka secara rutin. Lebih-lebih lagi jika individu itu jarang bersenam, bersenam hanya sebulan sekali je dan paling teruk, langsung tak pernah bersenam.
Lagi best, alasan mereka yang tak masuk akal seperti kurang ‘fit’, tak larat nak berlari, semput, takde masa dan berbagai-bagai lagilah alasan mereka yang dijadikan sebagai halangan mereka untuk bersenam.
Walau apapun alasannya, kita hanya menipu diri kita sendiri saja. Jika kita benar-benar ingin bersenam, kita akan cari jalan untuk melakukannya. Tapi bagi mereka yang sengaja mencari alasan, mereka sebenarnya memang MALAS BERSENAM!
Senaman bukan dilakukan hanya sewaktu kita ingin kuruskan badan atau bila kita rasakan berat badan kita telah meningkat saja. Ia adalah lebih kepada peningkatan tahap kesihatan dan kekuatan fizikal tubuh badan kita.
Senaman yang baik bertumpu kepada:
  1. Kardiovaskular (stamina, jantung)
  2. Daya tahan otot (stamina)
  3. Kekuatan otot
  4. Komposisi badan
  5. Kelenturan
Aktiviti senaman menggunakan lebih banyak kalori berbanding aktiviti-aktiviti fizikal yang lain. Jadi ia merupakan ‘alat’ yang berkesan dalam usaha menurunkan berat badan kita. Ianya juga mampu meningkatkan kadar metabolisme tubuh badan kita jika ianya dilakukan dengan betul.
Konsep inilah yang harus difahami oleh semua. Bersenamlah untuk kesihatan kita terlebih dahulu, kemudian barulah kepada kesan sampingannya, iaitu penurunan berat badan.
Percaya atau tidak, kekuatan fizikal sebenar seseorang manusia itu terletak pada jantungnya dan bukan pada besarnya otot badan seseorang itu. Kita mungkin boleh hidup jika tiada otot tertentu, tapi tanpa jantung, kita akan mati.
Jantung yang sihat merupakan jantung yang boleh bekerja dengan efisien tanpa sebarang gangguan. Daripada jantung jugalah darah dapat dialirkan ke seluruh tubuh badan kita, agar otot-otot dan organ-organ dalaman dapat fungsi sepenuhnya.
Dalam erti kata lain, jantung adalah enjin tubuh badan kita. Ia akan menentukan sejauh mana tubuh kita lancar berfungsi. Semua ini berkait-rapat dengan metabolisme tubuh badan kita. Jika tubuh badan kita hebat bekerja, sehebat itu jugalah kadar metabolisme tubuh badan kita.
Anggaplah saja senaman sebagai salah satu cara untuk tubuh badan kita menservis enjin, iaitu jantung kita. Cuba fikir, apa akan terjadi jika enjin kereta jarang diservis? Bagaimana pula dengan prestasi kereta tersebut? ;-)
Senaman yang berikan fokus kepada daya tahan otot dan kekuatan otot (‘weight training’), mampu menggalakkan pertumbuhan otot (jika kena pada dietnya).
Ini penting kerana jumlah otot yang banyak bermaksud kita mempunyai kadar metabolisme yang tinggi dalam tubuh badan kita. Dan kemungkinan untuk kita mengekalkan berat badan adalah juga tinggi.
Jika kita jarang bersenam, tubuh bukan saja ‘kurang’ otot, malah lemak-lemak juga semakin banyak berkumpul. 1 kg lemak menggunakan kurang kalori berbanding 1 kg otot ( membawa kepada kadar metabolisme yang rendah).
Jadi jangan berlengah lagi! Jangan tunggu sehingga berat badan kita mendadak naik, baru kita terhegeh-hegeh nak bersenam.
Keadaan akan jadi lebih sukar jika tahap kesihatan kita tak memuaskan. Di saat ini, doktor pun tak akan benarkan kita untuk bersenam.
Satu lagi, tahukah kita dengan bersenam secara rutin dan konsisten dapat mengekalkan wajah agar awet muda? Benar, senaman dapat melambatkan proses penuaan. Apa lagi, jomlah kita bersenam! Tiada alasan ya… :-D

Tiada ulasan: