Rabu, 25 Januari 2012





Mengunyah gula-gula getah ni sebenarnya meningkatkan kepintaran. Kalau di baca teliti pada kajian-kajian tersebut, ternyata hasil kajian mereka mungkin ada betulnya. Menurut sumber, dengan mengunyah gula-gula getah :


Meningkatkan prestasi mental
Dilaporkan pelajar yang mengunyah gula-gula getah 5 minit sebelum diuji mampu mengatasi pelajar yang tidak mengunyah gula-gula getah. Kajian ini telah dijalankan dan dilaporkan di dalam jurnal Appetite.


Matematik dan gula getah tak patut dipisah
Pengkaji melaporkan markah matematik meningkat sebanyak 3% bagi mereka yang mengunyah gula getah semasa mengambil ujian matematik atau semasa melakukan kerja rumah matematik.


Menyegarkan memori
Menurut satu review dari British, pergerakan mengunyah gula getah meningkatkan pengaliran darah ke bahagian otak. Logiknya di sini, salah satu fungsi darah adalah sebagai pengangkutan oksigen ke seluruh badan dan ada fakta mengatakan, otak akan mengalami kerosakan teruk jika tidak dapat bekalan oksigen selama 5-10 minit.


Kurang tekanan untuk hidup ceria
Menurut sumber, terdapat sejenis hormon tekanan (cortisol) yang menjadi kayu ukur aras kepekaan manusia. Dalam kajian, mereka mengkaji berdasarkan mood sukarelawan sebelum dan selepas ujikaji.



Bekas Presiden Persatuan Pergigian Pediatrik Amerika, Dr. Stephen J. Moss berkata, terdapat pelbagai manfaat apabila aliran air liur menerusi kunyahan.


MENGUNYAH gula-gula getah dipercayai dapat meningkatkan tahap tumpuan.


"Mengunyah gula-gula getah adalah cara mudah dan paling menarik untuk mengaktifkan aliran air liur. Terdapat pelbagai laporan yang menyokong manfaat mengunyah gula-gula getah.


"Antaranya termasuk membantu membersihkan gigi, mengurangkan plak, mengukuhkan enamel gigi, mencegah kerosakan gigi, gingivitis dan pendarahan gusi," katanya.


Malah, beberapa pengeluar gula-gula getah terbesar seperti Wrigley dan Cadbury turut mendakwa kunyahan produk itu boleh memberi pelbagai manfaat kesihatan secara menyeluruh. Ini termasuk memperbaiki memori jangka pendek, mempertingkatkan daya konsentrasi dan mood serta berguna dalam mengawal berat badan serta menghentikan tabiat merokok. - Independent



Tiada ulasan: