Rabu, 25 Januari 2012


Masih lagi dalam mood cuti sempena sambutan CNY ( Chinese New Year ). Huuu… tugasan yang mesti dibereskan sebelum masuk kerja semula memang berlambak, tapi…haiyooo, malasnya memang tahap kapal selam lah : (. Dengan cuaca yang sebegini panas,serangan batuk dan selesema yang tak habis-habis seminggu dua ni,memang sukar menggerakkan diri untuk bermula. Apapun,i’m trying my best.
Entri ringkas petang Rabu berkaitan manfaat lidah buaya.(p/s: petang Rabu memang meriah kat sini kerana ada pasar malam terbesar yang diadakan di perkarangan Stadium Utama….. tapi dah beberapa bulan tak ke sana :) )
Kebiasaannya, tanaman jenis ini hadir sebagai tanaman hiasan di kebanyakan halaman rumah oleh kerana bentuknya yang agak unik dan menarik selain daripada mudah dijaga.
Daripada dibiarkan ia ‘sepi’ sebagai hiasan semata-mata, apa kata rajin-rajinkan diri oleskan lendirnya ke seluruh wajah beberapa kali seminggu sebelum masuk tidur. Dipercayai zat yang terkandung dalam lendirnya boleh merangsang kelembapan pada tisu kulit, menjadikan kulit lebih tegang, berseri serta awet muda. Petua lain juga ada menyebut bahawa lendir aloe vera ini boleh mengubati jerawat ringan pada wajah. Jadi apa salahnya mencuba.
Selain daripada tujuan kecantikan, ada sesetengah petua mengatakan bahawa resdung juga boleh dirawat menggunakan lendirnya. Caranya ialah dengan memakan sesudu besar lendirnya pada waktu pagi, manakala 2 sudu saiz serupa pula boleh diambil pada sebelah malam. Pasti sahaja sebelum tidur. Namun, bagi resdung tahap sederhana atau berat, mungkin terdapat kesan sampingan yang bakal anda alami iaitu demam untuk beberapa hari.
Bagi pesakit kencing manis, anda juga boleh cuba merebus daunnya dan jadikan air rebusannya sebagai minuman.
Selain meringankan tahap gula dalam darah, air rebusan daun lidah buaya juga dipercayai sangat mujarab untuk membantu proses penyingkiran toksin daripada tubuh. Tak perlu membeli bahan pelawas @ ubat kurus untuk menyahtoksin sekaligus merampingkan tubuh pada harga yang mahal kerana pilihan lebih murah,lebih selamat dan lebih semulajadi sebenarnya ada di halaman rumah anda ! Setuju dengan kata-kata saya ?
Ok,selamat mencuba : )

Tiada ulasan: