Thursday, February 9, 2012


Posted: 06 Feb 2012 10:40 AM PST

1. Medu angin berpunca daripada angin kotor yang mengandungi karbon dioksida dan bahan-bahan perkumuhan lain. Angin kotor tersebut terperangkap di dalam tubuh kita yang bermula daripada perut semasa proses pencernaan makanan. Kandungan asid hidroklorik yang tinggi dalam tubuh juga akan menyebabkan urat-urat/usus pengidapnya lemah/kembang dan ini memberikan ruang kepada angin kotor untuk mendudukinya. Faktor keturunan adalah pendorong utama kepada penyakit ini. Pada umumnya, pengidap sakit ini akan selalu mengalami masalah kembung perut, lemah badan, hilang semangat dan seumpamanya.
2. Angin kotor yang terperangkap di dalam usus akan mengakibatkan sembelit dan rasa senak diperut. Angin kotor yang menyongsong ke atas, akan menyebabkan pedih ulu hati dan mengganggu sistem pernafasan seperti batuk berpanjangan dan sesak nafas. Apabila ia naik ke kepala, pengidap sakit ini akan mengalami sakit kepala, pelupa, pemarah, murung, sukar tidur, selalu mengantuk atau berserabut tanpa sebab. Angin kotor yang menyongsong ke bawah akan masuk ke dalam sistem pembiakan. Bagi kaum wanita, mereka berkemungkinan besar akan mengalami senggugut angin dan boleh menyukarkan kehamilan serta ketidakselesaan. Bagi kaum lelaki pula, mereka akan mengalami sakit uluran, di mana buah zakar mereka akan membesar dan kebiasaannya besar sebelah sehingga boleh mencapai saiz sebesar sebiji buah kelapa.
3. Apabila angin kotor tersebut masuk ke dalam urat, sistem peredaran darah pesakit akan terganggu. Segala zat-zat makanan dan oksigen yang di bawa oleh darah tidak akan sampai dengan sempurna kepada organ-organ pengidap sakit ini. Oleh kerana itu, seluruh sistem tubuh mereka akan menjadi lemah dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Mereka juga akan lebih terdedah kepada penyakit angin ahmar atau lumpuh dan pelbagai lagi jenis penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan seumpamanya.
Petua 1: Amalkan meminum rebusan akar hempedu bumi. Ambil segenggam akar tersebut dan rebuskan dengan seperiuk kecil air. Biarkan air tersebut mendidih sehingga airnya tinggal ½ periuk. Minum segelas pagi, tengahari dan malam.
Petua 2: Ambil segenggam daun gentang guri. Rebus dan minum airnya. Manakala, akarnya diasah dan sapukan pada perut, dada dan belakang pada waktu pagi, tengahari dan malam.
Nasihat Untuk Pengidap Medu Angin - Anda dinasihatkan menjaga pemakanan. Berikut ialah di antara jenis-jenis makanan dan minuman yang dilarang makan/minum untuk sementara waktu:
1.    Makanan/Minuman yang Sejuk
  • Tembikai, pisang goreng/mentah, duku, ciku, manggis dan betik.
  • Kangkung, kacang panjang, kacang bendi, labu, terung, keladi dan kacang hijau.
  • Air batu, air wap, air kelapa dan air teh.
2.    Makanan/Minuman Masam (berasid)
  • Mempelam masam, semua jenis jeruk, acar, cuka dan limau masam.
  • Daging kerbau.
3.       Makanan/Minuman Bergas
a.      Durian.
b.     Tapai.
c.      Air botol/tin bergas.
4.     Makanan/Minuman mengandungi Kafein.
a.      Kopi, Nescafe, Indo Cafe dan seumpamanya.
b.     Rokok.
5.     Lain-lain Makanan/Minuman Yang Boleh Mendatangkan Angin
a.      Petai, jering dan kerdas.
b.     Susu tin (cair, krimer atau pekat manis).
AMALAN LAIN YANG PERLU 
  • Buatlah senaman regangan urat sewaktu hendak tidur dan baru bangun dari tidur.
  • Kalau boleh, jangan tidur malam dengan berkipas. Seandainya hendak berkipas juga, jangan pasang kipas terlalu kuat. Jika anda menggunakan penghawa dingin, hendaklah mengenakan selimut.
  • Selalu amalkan meminum segelas air masak/suam pada waktu pagi supaya perut anda tidak kosong.
  • Jangan biarkan perut kosong. Sekiranya terasa lapar dan tidak dapat makan banyak, makanlah sedikit agar perut tidak masuk angin.
  • Apabila anda terasa ingin buang air besar atau kecil, bersegeralah ke tandas.
  • Jika anda terasa ingin buang angin, jangan ditangguh-tangguhkan. Lepaskanlah.



Posted: 06 Feb 2012 10:20 AM PST

Pilihan 1: Ambil beberapa biji badam dan campurkan dengan kulit oren. Kisar bahan itu hingga lumat. Kemudian, ambil sedikit bahan  tersebut  dan campurkan dengan sedikit air.  Gosok ke muka anda dan di tempat-tempat yang ada bintik putih. Jika anda rajin mengamalkannya, bintik-bintik putih di muka akan berkurangan.
Pilihan 2 : Ambil beras pulut dan cuci bersih. Toskan sehingga kering airnya. Kisar beras pulut tersebut dan ayak halus. Gunakan beras ini untuk mencuci muka. Basahkan muka dan gosok beras ini pada kulit perlahan-lahan selama 5 minit. Cuci hingga bersih. Wajah akan lebih halus, licin dan tiada lagi bintik-bintik putih.


Posted: 06 Feb 2012 10:10 AM PST

Bagi wanita yang mengalami masalah peranakan kembang atau lepas kedatangan haid, bolehlah makan pucuk pegaga dengan buat ulam atau digulai. Amalkan setiap hari sehingga peranakan kecut.


Posted: 06 Feb 2012 10:02 AM PST

Apabila anak meningkat usia 2 tahun ke atas, agak sukar untuk berhenti menyusu badan. Ambil satu sudu teh garam dan larutkan ke dalam air masak. Sapu di sekeliling payudara anda dan lakukan setiap hari.


Posted: 06 Feb 2012 09:39 AM PST

Ambil secekak kangkung, kemudian bersihkan  Ramaskan dengan 6 sudu air suam kuku. Biarkan ia lembut dan keluar lender. Kemudian tapis dan sapukan pada rambut. Sambil disapu, picit-picitkan kepala supaya ia meresap. Biarkan lebih kurang 8 minit sebelum dicuci. Amalkan 2 kali seminggu.


Posted: 06 Feb 2012 09:31 AM PST

1. Makan secara perlahan.
2. Makan hidangan yang kecil dan menggunakan pinggan yang kecil. Ini akan membuatkan makanan nampak banyak.
3. Ambil makanan yang tinggi serat seperti sayur, buah, roti wholemeal, dan lain-lain. Serat akan menyebabkan anda berasa cepat kenyang dan mengurangkan selera makan anda.
4. Makan makanan yang pedas. Ini akan membuatkan perut terasa penuh.
5. Jangan membiarkan diri dalam keadaan terlampau lapar. Ini akan membuatkan kita akan makan lebih banyak pada waktu makan seterusnya.
6. Minum segelas air kosong sebelum makan supaya perut terasa penuh.
7. Jangan minum semasa makan. Ini akan meningkatkan selera untuk makan.
8. Hirup/minum sup juga boleh menyebabkan anda cepat kenyang.
9. Letakkan makanan jauh dari pandangan. Ini kerana, jika makanan ada di depan mata, akan membuatkan  anda berselera untuk makan.
10. Sebelum makan, amalkan minum air suam atau minum jus oren atau minum jus epal atau pun  minumlah air suam  diperah limau nipis/kasturi. Ia pasti akan membantutkan  selera makan.

Posted: 06 Feb 2012 09:22 AM PST

Kulit berminyak akan mengundang jerawat. Jerawat disebabkan oleh inflamasi kelenjar sebum. Munculnya jerawat adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon. Faktor-faktor lain yang sering dikaitkan dengan kehadirannya adalah keturunan, bakteria, tekanan psikologi yang keterlaluan/stress, dan cuaca. Kulit yang terdedah dengan bahan kimia tertentu mungkin merangsang munculnya jerawat. Untuk mencegahnya, ikuti petua berikut:
  • Kurangkan makanan berminyak
  • Minum air dengan banyak setiap hari
  • Sentiasa mencuci muka terutamanya selepas di luar, setidak-tidaknya, lapkan muka dan leher anda dengan kain/tisu lembap.
  • Jika anda menggunakan losyen muka, pastikan ianya bukan dari jenis berminyak tapi berasaskan air. Elakkan yang mengandungi ‘mineral oil’.
  • Pastikan anda membersihkan solekan anda setiap hari dengan make-up remover yang bersesuaian.

Posted: 06 Feb 2012 09:14 AM PST

Pemilihan sabun yang betul dan sesuai amat penting dalam penjagaan kulit. Oleh itu, pilihlah sabun yang berkualiti dan sesuai dengan kulit anda. Jika sabun yang digunakan tidak berkualiti, pasti ada di antaranya yang menyebabkan kulit kering dan alahan. Jika anda tidak membilas sabun dengan bersih selepas menggunakannya, ia akan menyebabkan kulit menjadi kering dan berlakunya iritasi. Selain itu, ia turut menutup pori-pori dalam jangkawaktu panjang. Jika kulit anda terlalu kering, pilihlah sabun yang mengandungi formula gliserin, petroleum dan beeswax kerana ketiga-tiga bahan itu boleh membantu melindungi dan mencegah kulit dari iritasi dan jerawat. Selain itu, sabun yang mengandungi rumusan bahan semulajadi, misalnya oren, limau, anggur dan timun juga baik untuk kulit.
Anda perlu tahu jenis-jenis sabun yang perlu dielakkan yang menggunakan formula-formula seperti berikut:
1. Sodium Hydroxide & Alkaline – Ia menyebabkan kulit mengalami iritasi dan kering.
2. Anti Bacterial Formula – Ia hanya membersihkan bahagian luar tetapi tidak mematikan kuman dan bakteria yang ada pada jerawat.
3. Lemak Haiwan – Ia mengakibatkan jerawat.
4. PH di atas 7 – Ia meningkatkan kewujudan Propionobacteria, iaitu sejenis bakteria penyebab jerawat.
Anda perlu memilih serta mengenali sabun dan fungsinya seperti berikut:
Acne Soap – Sabun ini dikhususkan untuk membunuh bakteria-bakteria pada jerawat. Sabun ini mudah mengakibatkan kulit kering. Sebaiknya, sapukan pelembap atau losyen selepas menggunakannya.
Cosmetics Soap atau Bar Cleanser – Biasanya banyak dijual digerai kecantikan. Cosmetic soap memfokuskan formulanya untuk memberi hasil tertentu, seperti pada whitening facial soap dan firming facial soap.
Natural Soap – Sabun yang mengandungi rumusan semulajadi ini memiliki formula yang sangat lengkap seperti vitamin, ekstrak buah, ekstrak bunga, aloe vera dan minyak essential. Sesuai untuk semua jenis kulit dan kebarangkalian membahayakan kulit sangat kecil.
Deodorant Soap – Sabun ini bersifat aktif untuk menghilangkan bau kurang enak pada bahagian tubuh. Ia juga sesuai digunakan bagi mereka yang sentiasa menjalani kehidupan aktif. Anda tidak boleh menggunakan sabun ini pada kulit wajah kerana ia memiliki kandungan yang cukup keras yang dapat menyebabkan kulit mengalami alahan.

No comments: