Ahad, 19 Februari 2012






Sekiranya anda ingin mengalami suasana percutian seperti luar negara, anda boleh terus menuju ke Kuala Kubu Bahru, Selangor untuk mendaki puncak Bukit Fraser. Dijanjikan percutian di sini cukup menarik disamping menghirup udara yang nyaman... Bukit Fraser juga dikenali sebagai "The little England of Malaysia".

Dua kali Mokcik Bedah menjejakkan kaki di sini masih terus tetap terpana dan tetap kelihatan sebagai 'JAKUN' apabila menikmati pemandangan yang indah dan juga melihat reka-bentuk bangunan yang memang sengaja di bina bercirikan Inggeris. 




Ok, sepintas lalu - Bukit Fraser terletak di negeri Pahang, di atas Banjaran Titiwangsa, Malaysia. Ia merupakan kawasan pelancongan pergunungan yang menarik kerana suhunya sejuk 17~24 Celcius. Puncak tertinggi Bukit Fraser ialah 1,280 meter dari aras laut. Kira-kira 104 kilometer dari bandar raya Kuala Lumpur. Bukit Fraser ini terletak di dalam Mukim Tras di Daerah Raub Pahang.


Bukit Fraser mendapat nama dari seorang pengembara British pada zaman kolonial iaitu Louis James Fraser . Terdapat pelbagai cerita menarik tentang beliau tetapi tidak begitu jelas termasuk beliau sebagai pengeluar dadah opium dan perjudian di antara para pelombong di Pahang.


Banyak bangunan dan banglo dibina mengikut cita rasa kolonial British. Dinding rumah dari batu konkrit besar yang disusun dan disimen. Warna dinding berwarna putih dengan diselang-seli warna hitam pada tiang jenang. Pagar rumah dibuat daripada pokok-pokok bunga yang amat menarik. - wikipedia






Terdapat dua laluan ke sana iaitu :

1). Dari Dari Kuala Lumpur menuju ke Rawang, Kuala Kubu Bharu, Ampang Pechah dan Gap. Seterusnya mendaki secara bergilir-gilir ke Bukit Fraser.

2). Dari Kuala Lumpur ke Bentong, Raub, Tras dan Gap. Seterusnya mendaki secara bergilir-gilir masa dari Gap ke Bukit Fraser.







Apabila sampai di bandar Kuala Kubu Bahru, anda akan dapat melihat papantanda ini sebagai panduan waktu lalulintas untuk naik dan turun ke Bukit Fraser. Selebihnya jom layan gambar2 menarik di bawah.


 
















1 ulasan:

CT'S sTUDIO berkata...

assalamualaikum..sye nk tmpang tnye?ad kwan sye ckp fraser hills nie ad msim bngenye??btul kew??hmm sye xpasti..wktu ble kah adlah wktu yg ssuai utk sye mlawat fraser hills neh,,hihi..