Selasa, 7 Februari 2012


BEBERAPA tahun yang lalu, proses membina minisite sangat menyakitkan dan memenatkan otak kerana anda perlu belajar bagaimana menggunakan editor HTML dan memahami bagaimana menulis kod HTML. Kerja-kerja membina minisite yang lengkap biasanya disiapkan dalam masa 2 minggu atau lebih. Tapi dengan kemunculan produk perisian terbaru daripada Bearnerd iaitu Sistem Auto Minisite, kerumitan tersebut telah diatasi. Kalau dulu anda perlukan masa 2 minggu siapkan minisite, kini anda Cuma perlukan 15 minit untuk mencipta minisite yang lengkap dengan surat jualan “killer”.
muka depan sistem minisite
Imej: Menu utama perisian Sistem Auto Minisite

Bearnerd telah mengkaji blok-blok penting yang harus ada dalam surat jualan dan membina perisian Sistem Auto Minisite berdasarkan blok-blok penting ini. Ada banyak ciri-ciri menarik yang dibawakan oleh perisian ini iaitu antaranya:
1. Bina projek minisite seberapa banyak anda mahu
2. Gunakan template sedia ada atau template custom anda sendiri
3. Integrasi borang order dan PayPal
4. Bina laman tambahan seperti hubungi, penafian, faq dan sebagainya
5. Edit CSS dengan mudah
6. Export ke direktori folder anda sendiri di komputer

Ciri-ciri di atas telah menjadikan perisian ini sangat mesra pengguna dan mudah digunakan oleh sesiapa sahaja. Susunan blok-blok surat jualan dalam perisian ini juga akan membantu anda menghasilkan surat jualan yang “killer” tanpa perlu memikirkan bagaimana cara menyusun dan memformat isi kandungan teks yang anda tulis. Semuanya dilakukan secara automatik oleh perisian Sistem Auto Minisite.
Ada 3 contoh telah dihasilkan oleh Bearnerd menggunakan perisian ini 100%. Anda boleh lihat sendiri bagaimana surat jualan dan layout minisite yang dihasilkan oleh perisian Sistem Auto Minisite. Lihat pada contoh berikut:

Contoh 1: Template Pre-defined (Klik untuk Preview)
sample 1 sistem minisite

Contoh 2: Template Pre-defined (Klik untuk Preview)
sample 2 sistem minisite

Contoh 3: Template Custom (Klik untuk Preview)
 sample 3 sistem minisite

Kerja 2 minggu jadi 15 minit sahaja!
Inilah kehebatan sebenar perisian Sistem Auto Minisite. Kerja yang sepatutnya disiapkan berminggu-minggu dapat dipendekkan menjadi 15 minit sahaja. Selain daripada itu, perisian ini juga menjadi alatan penting yang WAJIB ada pada setiap ‘newbie’ perniagaan internet.
Seorang pakar surat jualan telah memberi review beliau tentang bagaimana perisian Sistem Auto Minisite telah membantu meringankan kerja-kerja beliau dalam menghasilkan surat jualan untuk pelanggannya. Lihat apa kata beliau.
“Sebelum saya guna software ni, saya terpaksa membuat beberapa blok secara manual untuk menghasilkan satu-satu surat jualan yang memukau emosi pelawat untuk bertindak sebagai pembeli. Saya telah menghabiskan banyak masa untuk merujuk blok-blok ‘tertentu’ untuk memastikan surat jualan yang saya hasilkan betul-betul memuaskan semua hati pelanggan. Kini, semua kerumitan saya telah dipermudahkan dengan bantuan Bearnerd melalui sofware ciptaan beliau iaitu Software Auto Minisite.” – Aminbeb
 Sebenarnya ramai yang telah pun mengetahui kepentingan memiliki minisite tetapi malangnya sedikit sahaja yang benar-benar dapat menguasai proses pembinaan minisite kerana tugas tersebut terlalu teknikal. Oleh sebab itulah ramai daripada mereka mengupah pereka grafik web untuk menghasilkan minisite mereka. Selepas laburkan wang untuk upah pereka grafik web mereka perlu mengupah orang lain pula untuk menulis surat jualan bagi pihak mereka. Bagi yang mempunyai modal untuk mengupah seseorang, membina minisite bukanlah satu masalah besar. Tapi bagi kebanyakan orang yang baru dalam perniagaan internet, mengeluarkan modal yang besar bukanlah satu pilihan dan keutamaan.

Sistem Auto Minisite telah selamatkan anda!
Semua kerumitan membina minisite telah berakhir dengan adanya perisian Sistem Auto Minisite! Beli sekali dan pakai banyak kali untuk membina seberapa banyak minisite yang diingini.
Alasan untuk tidak memiliki minisite sendiri sudah tidak boleh dipakai lagi. Dulu mungkin alasan ini benar sebab perisian seperti ini jarang ditemui. Tetapi perisian ini telah muncul dan akan mengakhiri penderitaan newbie dalam membina minisite.
Untuk maklumat lanjut tentang perisian ini, sila layari laman web rasmi Sistem Auto Minisite.
Kongsikan pendapat anda melalui komen dan terima kasih kerana membaca post ini.

Tiada ulasan: