Isnin, 16 Januari 2012


Tips Pengurusan Masa

Assalamualaikum dan salam sejahtera
papan putih, pengurusan masa
Tips ini datangnya daripada Simon Tupman, merupakan penulis buku untuk usahawan. Simon telah berkongsi tips pengurusan masa yang telah dipraktikkan beliau. Simon mencadangkan anda mempunyai papan putih di pejabat. Seterusnya beliau mencadangkan papan putih itu dibahagikan kepada 6 bahagian untuk diisi berdasarkan matlamat dan kerja anda:
  1. Perjalanan kerja ( Work in progress)
  2. Pengurusan
  3. Projek Jangka Panjang
  4. Pelanggan
  5. Perkara yang perlu dilakukan hari ini.
  6. Perkara yang perlu dilakukan unutk minggu ini.
Tips ini menurut beliau telah membantu beliau untuk lebih fokus. Beliau kini lebih tahu perkara yang memerlukan perhatiannya, selain belajar untuk mengimbangi matlamat jangka pajang dan pendek hidupnya.
Sebenarnya, tips ini saya baru sahaja amalkannya beberapa hari lepas sebelum membacanya  daripada buku tulisan Simon. Saya sangat bersetuju akannya, inilah yang membuatkan saya betul-betul semangat untuk berkongsi tips ini. Dalam kes saya, di pejabat saya akan menulis perkara yang perlu dilakukan pada keesokkan harinya pada sebelah petang sebelum saya pulang kerja. Jadi, apabila saya datang keesokkan harinya, saya terus membuat apa yang telah ditulis. Mudah!
Bagaikan suatu kepuasan apabila pada akhir hari nanti, di mana saya menanda perkara yang telah berjaya dilakukan. Ini memberi satu psikologi kepada saya bahawa saya telah melakukan sesuatu bermakna pada hari tersebut. Saya telah berjaya memperolehi kejayaan kecil untuk hari itu.
Saya juga baru mendapatkan sebuah papan putih unutk kegiatan di rumah. Maklumlah, saya perlu mengupdate blog selalu dan idea bukannya selalu datang. Jadi, ketika idea itu datang tetapi jika ketika itu berada dalam keadaan malas  hehe.. :-D , saya akan tulis idea tersebut di papan putih tersebut. Ini memudahkan saya. Perkara yang penting sekali, ia memberi suatu daya paksaan bahawa saya mesti menulis perkara tersebut sebelum ia dipadam. Kesannya, nak tak nak, saya akhirnya menulis dan berjaya mengupdate blog pada hari berikutnya.
Apa kata anda cuba tips ini. Dapatkan papan putih dan beberapa marker pen yang dapat diisi  semula dakwatnya. Pelaburan yang saya keluarkan untuk mendapat semua ini adalah sekitar RM50, tetapi bagi saya ianya adalah suatu yang berbaloi. Banyak kerja dapat diselesaikan dan menjadi sungguh produktif
Salam inspirasi! :-)

Tiada ulasan: