Gabungan warna hijau pekat dan cerah menyerlahkan
laman.
Mungkin
nama gelaran pokok ini agak unik dan pelik namun sebenar ia adalah sejenis
pokok berdaun unik, cantik dan menarik untuk dijadikan tanaman hiasan. Pokok
yang nama spesiesnya, Sansevieria juga cukup tahan lasak, senang ditanam dan
dijaga memang sesuai untuk mereka yang baru berjinak dengan seni taman.
POKOK lidah mak mertua ditanam kerana mempamerkan dedaun pelbagai bentuk seperti silinder atau nipis, panjang atau pendek dan tirus di hujungnya manakala warna daunnya adalah pelbagai seperti hijau tua, hijau dan bercorak atau bergaris kuning di sekelilingnya dan tumbuh menegak. Kadangkala ia mengeluarkan bunga berwarna hijau pucat.

Nama
saintifiknya Sansevieria dan tergolong dalam famili tumbuhan Dracaenaceae. Ia
juga dikenali dengan pelbagai nama gelaran lain seperti pokok lidah jin, pokok
lidah buaya dan pokok ular. Kebanyakan pokok ini dikatakan berasal dari Negara
di Afrika yang beriklim tropika.
Spesies Popular Ditanam;
Di antara spesies yang popular ditanam termasuklah Sansevieria trifasciata, Sansevieria trifasciata ‘Golden Hahni’, Sansevieria trifasciata ‘Hahni’, Sansevieria trifasciata ‘Laurenti’, Sansevieria cylindrica dan beberapa jenis Sansevieria trifasciata kacukan.
Pembiakan Dan Penanaman: Ia senang dibiakkan menggunakan anak pokoknya yang tumbuhan di sekeliling pokok induknya.
Kaedah Penanaman adalah seperti berikut:
1)Potong akar rizom anak pokok yang bersambung dengan pokok induknya (foto 1).
2)Tanam anak pokok (foto 2) dalam beberapa pasu dengan campuran medium tanaman yang baru (foto 3).
Ia juga boleh dibiakkan menggunakan kaedah belahan rumpun dan juga keratan daun. Ia memang sesuai tumbuh dalam pelbagai campuran medium tanaman asalkan air senang mengalir keluar dan tidak bertakung. Campuran medium tanaman yang disyorkan ialah 1:1:1 (Tanah peroi: Baja organik: pasir sungai).
Penjagaan:

· Ia boleh tumbuh dalam pelbagai
keadaan dedahan cahaya seperti di tempat teduh atau cahaya terus matahari.
Namun begitu ia lebih sesuai di tempat teduh atau agak redup seperti di dalam
rumah dan sebagainya.
· Kawal siraman air kerana terlalu
banyak air di dalam medium tanamannya akan mengakibatkan perdu pokok menjadi
masam dan reput secara perlahan. Pastikan medium tanamannya kering sebelum
menyiram semula. Untuk itu, cucuk jari telunjuk anda ke dalam medium tanaman
sedalam satu inci sebelum pokok disiram. Jika didapati medium tanamannya kering
itu menandakan pokok berkenaan perlu disiram semula.
· Baja kandang seperti najis ayam
atau kelawar yang siap diproses adalah terbaik untuk mendapatkan pertumbuhan
daunnya yang cantik. Namun begitu anda juga boleh menggunakan baja kimia dalam
bentuk cecair atau garam.
INFO: Sansevieria
INFO: Sansevieria
· Daun pokok ini juga boleh
digunakan sebagai bahan dalam gubahan bunga hidup kerana bentuk dan corak
daunnya yang unik, segar serta dapat bertahan lama.
· Untuk kelihatan lebih cantik
lagi daunnya perlu dibersihkan dari habuk dan kotoran yang melekat di atasnya.
Gunakan tuala lembap untuk membersihkannya dan selepas itu sapukan cecair ‘leaf
gloss’ atau susu cair tanpa gula untuk memberi sinar semula kepada daun
berkenaan.
Idea pameran:
Idea pameran:
· Pokok ini sesuai ditanam di
tanah atau dalam pasu.
· Pokok ini boleh dijadikan salah
satu pokok dalam gubahan pokok hidup sebagai pokok tinggi yang tumbuh menegak
untuk dijadikan latar belakang gubahan berkenaan.
· Untuk
hiasan di pejabat atau ruang dalam rumah adalah dicadangkan anda menanamnya
secara solo atau dicampur dan digubah dengan pokok lain pelbagai bentuk dan
warna daunnya. Anda juga boleh membuat satu gubahan menggunakan pelbagai
spesies Sansevieria pelbagai bentuk dan warna daunnya. Tentu ianya akan menjadi
satu gubahan yang unik dan menarik untuk dipamerkan. Ikuti idea menarik cara
mempamerkan tanaman hiasan ini pada keluaran akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan