Tips Untuk Mudah Menabung
Cukuplah duit !! Setiap hari poketku bagaikan kembang kempis kembang kempis kerana kehilangan engkau pada setiap masa.Kini,aku akan pastikan engkau akan sentiasa dirantai didalam tabung rumahku.Hahaha.
Opss !! sebelum korang bosan membaca muqoddimah diatas,apa kata kita striaght to the point sahaja.Peace.
Mula-mula sekali.Jika korang seorang perokok,berhenti sekarang.kerana dengan cara sebegini sahaja korang dapat megurangkan penggunaan wang kepada perkara-perkara yang tak berfaedah.Selain itu,badan korang juga akan lebih sihat dan hidup bebas dari gumpalan-gumpalan awan mendung si asap rokok.
Kedua.Bawa bekalan dari rumah ke tempat kerja.Mesti jimat punya,korang tak payah dah perhabis duit beli nasi ke apa dekat mana-mana restoran nanti.
Ketiga.Kalau dulu korang ni jenis yang suka lepak-lepak dengan kenkawan kat restoran yang trendy-trendy,sekarang ni korang tukar pulak lelepak kat gerai mamak tepi jalan sana.Syok tau !!
Keempat.Kurangkan pengunaan elektrik.Hal semacam ni selalunya ramai yang tak boleh kawal.Kadang-kadang pasang aircon sampai ke pagi.Gila sejuk.
Kelima.Ajar anak-anak korang menabung.Ni bagi yang dah ada anaklah.Cakap kat anak-anak kesayangan korang kalau ada baki ke apa,cepat-cepat simpan dalam tabung.Kadang-kadang simpan dalam tabung rumah tak menjadi sangat kot.So,korang kenalah bukak bank untuk anak-anak tersayang korang tu nanti.
Keenam.Bayar segala macam bil secara online,dengan cara macam ni korang boleh jimat minyak kereta dan boleh juga jimat bayaran letak kereta.Tapi korang kena berhati-hatilah masa guna internet nanti.Aku tak tanggung.
Ketujuh.Rancang pembelian barangan dapur.Buat satu list apa barang yang perlu korang beli masa pegi kat pasar-pasar sana tu nanti.Halmaklumlah,manusiakan ni jenis yang boros,tak pasal-pasal nanti habis semua barang dikebasnya.Teheee…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan