Khamis, 19 Januari 2012

Anak saya yang pertama banyak sekali bergantung kepada doktor dan ubat-ubatan moden. Anak saya yang terakhir (nombor 6) alhamdulillah dengan bimbingan arwah guru adalah anak yang paling tidak bergantung kepada ubat doktor terutama sekali antibiotik.

Bila demam, hanya kawal dari suhu tinggi melampau dengan menggunakan air daun bunga raya yang diramas disapukan ke kepala. Biarkan anak ini pulih dari demam secara semula jadi. Hasilnya memang fantastik alhamdulillah. Dia makin jarang demam.

Saya mendapat ilmu ini hanya setelah mendapat anak ke enam. Tidak ada anak lagi untuk diamalkan ilmu ini tetapi saya menasihati pembaca laman emjay untuk mengamalkannya. Antibiotik hanyak akan melemahkan imunisasi tubuh badan. Lebih baik latih badan untuk menghasilkan antibodi secara cekap untuk mengatasi demam. Dalam kes kronik tertentu, antibiotik mungkin diperlukan tetapi dalam kes demam biarkan badan kita cekap mengatasinya sendiri melalui pembinaan antibodi dengan jangan menggunakan antibiotik.

Saya gunakan ubat doktor dan farmasi hanya untuk kes-kes tertentu seperti gatal, luka dsbnya.

Sekian wassalam wallahualam

Tiada ulasan: