Selasa, 7 Februari 2012



Assalamualaikum dan salam sejahtera,
memory
Terdapat pelbagai buku dan seminar yang boleh anda pelajari untuk meningkatkan tahap memori anda. Jikalau buku, saya sangat syorkan karya Tony Buzan. Di sini saya senarikan ringkasan yang dibuat untuk meningkatkan tahap memori anda.
1. Pastikan anda berada dalam keadaan sedar dan fokus untuk mengingat.
2. Jika sesuatu itu memerlukan pemahaman yang mendalam, pastikan anda memahaminya terlebih dahulu.
3. Cuba kategorikan idea, atau perkara yang anda ingin ingat. Ini memudahkan lagi untuk diingati oleh otak.
4. Cuba kaitkan ilmu baru yang anda pelajari tersebut dengan perkara yang sedia ada. Cuba cari perkaitan antara perkara yang anda tahu dengan idea baru yang baru dipelajari.
5. Gunakan sebanyak mungkin deria anda dalam mengingati perkara tersebut. Contohnya untuk deria pendengaran anda boleh memasukkan bunyi pelik, lagu untuk menambah lagi kekuatan daya ingatan anda. Untuk visual, anda boleh melukis atau menggunakan imaginasi anda. Otak sukakan sesuatu yang pelik dan ‘extreme’. Maka pastikan deria anda meng’extreme’kan perkara yang anda cuba ingatkan.
6. Guna teknik mnemomik-iaitu formula atau irama yang membantu anda dalam mengingat.
7. Sentiasa mengulang perkara yang anda ingin ingat. Semakin kerap anda mengulang, semakin kuat ia tertanam dalam otak anda.
8. Ulangkaji semula perkara yang anda ingin ingati sebelum anda masuk tidur, dengan membuat demikian ini membantu anda untuk lebih mudah ‘memanggil’ perkara tersebut pada esoknya.
9. Perkara menarik adalah lebih mudah untuk diingati. Jadikan perkara yang ingin diingati itu menarik!
Semoga tips ringkas ini memberi manfaat kepada anda.
Salam inspirasi! :-)

Tiada ulasan: