Petua Mengatasi Sakit Pinggang
POKOK sembuku
ialah sejenis parasit yang menumpang pada batang atau di celah-celah
pokok besar. Ia menyerupai pokok sarang semut (Hydnophytum) yang juga
sejenis parasit.
Nama saintifiknya Myrmecodia Tuberosa
daripada keluarga Ruboaceae. Pangkal pokoknya mempunyai umbi yang besar
(berbuku) menyebabkan ia digelar sembuku. Namun, di sesetengah tempat
tumbuhan ini dipanggil periuk hantu.
Daunnya seperti daun kopi sementara
umbinya seperti durian Belanda dan membesar dari semasa ke semasa. Di
dalam umbi terdapat banyak rongga pelbagai bentuk dan saiz, di mana
rongga-rongga itu berhubungan antara satu sama lain.
Sementara di pangkal umbinya terdapat satu lubang kecil yang menjadi pintu keluar masuk raja semut dan bala tenteranya.
Pokok ini secara tabii merupakan kediaman
semula jadi yang lengkap buat generasi semut berbanding sarang
buatannya. Namun, di sana terdapat satu hubungan simbiosis antara semut
dan sembuku.
Semut yang bersarang di situ membawa
makanan ke dalamnya, sementara rembesan atau sisa-sisa makanan yang
ditinggalkan oleh semut akan diserap oleh sembuku sebagai makanannya.
Sembuku yang juga menyerupai bentuk buah
pinggang dan jantung manusia dikatakan boleh dijadikan ramuan ubat
periuk untuk mengubati sakit buah pinggang, darah tinggi, kencing manis
dan paru-paru berair. Namun, nasihat para pengamal, wanita hamil dan
kedatangan bulan dilarang meminum air rebusannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan