Senarai makanan dan hikmahnya dalam Islam
ROTI (KHUBZ)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat
daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti
itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus
bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan
perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w.
pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu
dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".
JINTAN MANIS (ANISUN)
Jintan manis banyak khasiatnya ianya
melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid,
membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh
digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi
menguatkan pandangan mata.
EPAL (TUFFAH)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.
ASPARAGUS (HIYAWN)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.
PISANG (MAWZ)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.
BARLI (SYA'IR)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yang mengidap demam.
SELASIH (MANIS RAYHAN)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.
MENTEGA (ZUBDAH)
Mentega khasiatnya memanas dan
melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan
dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam
pada perempuan hamil.
BUNGA KUBIS (QUNNABIT)
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.
CHAMOMILE (BABUNAJ)
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.
LOBAK MERAH
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.
BIJI HITAM (HABB AL SAUDA)
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah
bersabda "Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua
penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah
Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin
dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka
saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.
BIJI KOPI (QAHWAH)
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.
AYAM (DAJAJ)
Memudahkan penghadaman. membetulkan
imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa
paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan
penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak
bertelur.
KULIT KAYU MANIS (DARCHINI)
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas
badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia
merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan
hampir tiga suku penduduk dunia.
LIMAU KULIT TEBAL, WARNA KUNING PUCAT, KURANG MENGANDUNGI ASID (UTRUJJ)
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda,
"Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau
ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan
bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan
pengaliran dalam hempedu.
TIMUN (QITTA')
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.
JINTAN PUTIH (KAMMUN)
Jintan putih (kammun) khasiatnya untuk
memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum
adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.
TAMAR KERING (TAMR)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang
tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w.
sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan
badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.
TERUNG (BADHIJAN)
Terung hitam menyebabkan keluarnya
hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan
dengan memakannya bersama daging.
TELUR (BAYDAH)
Khasiat telur yang paling baik boleh kita
dapati daripada telur ayam (setengah masak atau masak) bukan direbus
keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar
dan menghilangkan parut pada kulit.
'ENDIVE' (HINDIBA)
Khasiat hindiba berubah mengikut musim..
Hindiba' pada awal musim adalah yang paling baik dan yang
dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan "makanlah
hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu
hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba".
FENUGREEK (HULBAH) / HALBA
Nabi s.a.w. pernah bersabda "jika umatku
tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya
dengan emas". Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna
untuk menyembuhkan sakit perut (memulas).
BUAH ARA FIG (FIN) / BUAH TIN
Fin kering adalah yang terbaik. Di antara
khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w.
pernah bersabda, "Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah
fin kerana sebenarnya inilah buah syurga". Oleh itu makanlah buah fin
kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.
IKAN (SAMAK)
Khasiat ikan air tawar lebih baik
terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan
benda-benda seni dalam air.. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan
mengeluarkan ketidak seimbangan badan.
BAWANG PUTIH (THUM)
Bawang putih juga elok untuk memanaskan
badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani.
Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya
digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda
"Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan
janganlah sembahyang bersama bersama kami."
MINYAK SAPI (SAMN)
Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia
dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan
dan ianya dipercayai ubat pada makanan.
HALIA (ZANJABIL)
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat
17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam
Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil".
Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.
INAI (HENNA)
Terdapat banyak khasiat pada inai.
Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan,
menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan
rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta.
Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai.Memakai inai
pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama
bagi pengantin baru.
MADU LEBAH( A'SAL)
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai
khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas
boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah
yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon
rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu
makan madu, seribu ubat masuk ke perutnya dan sejuta penyakit keluar
darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum
segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut
kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang
paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga
(spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang
berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).
KEKACANG (A'DAS)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan..
Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan
dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa
sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata
berair dan menghapuskan kesombongan.
SALAD (KHASS)
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran
yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu
menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan
terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.
DAGING (LAHM)
Daging mengandungi banyak khasiat.
Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut
tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging
selama 40 hari berturut- turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan.
Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling
baik ialah daging kambing. Ianya lebih bersifat panas dan lembab. Daging
kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu
hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat
pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu
Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik
dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging
binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang
kukunya mencengkam dan menyangkuk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan