Kenapa kita perlu membaca Tafsir Al-Quran lebih dari sekali?
- Adakah anda pernah atau telah habis
membaca tafsir Al-Quran? sebagai orang Islam saya andaikan semua sudah
pernah menghabiskan keseluruhan Kitab Rujukan paling utama dalam hidup
kita itu, sebab itu kita berbangga dan bersyukur menjadi seorang muslim.
- Jika kita telah menghabiskannya sekali, kita sebenarnya wajib menghabiskannya sekali lagi untuk kali yang keduanya.
- Ini kerana saintis membuktikan bahawa
pembacaan sesebuah buku untuk kali keduanya memberikan perbezaan yang
amat besar berbanding pengalaman membacanya buat pertama kali.
- Untuk kali pertama kita akan memfokuskan kepada isi serta apa yang diperkatakan dalam Kitab Tafsir tersebut.
- Pembacaan kali kedua membuatkan kita
menghayati pembacaan dan menyelami perasaan kita dalam pembacaan itu dan
mula menjalinkan hubungan yang lebih mendalam terhadap pembacaan kita.
- Secara rambangnya mereka yang meluangkan
masa setiap hari untuk menghabiskan tafsir Al-Quran sebanyak 30 juzuk di
negara kita merupakan spesis unik dan pelik yang hampir pupus
dikalangan umat Islam negara kita.
- Kalau tak percaya tanyalah secara rambang sepuluh kenalan kawan-kawan anda yang beragama Islam dan lihat jawapannya.
- Kalau pembacaan kali pertamapun tak pernah
dilalui, macam mana nak mulakan yang kedua bagi menyelami segala apa
yang diwasiat dan diperturunkan kepada kita sebagai bahan rujukan utama.
- kredit
Tiada ulasan:
Catat Ulasan