5 Kanser Kepala Dan Leher Perlu Diketahui

Ramai lelaki gerun akan kanser prostat dan kanser paru-paru yang dialami kalangan mereka. Namun begitu selain dua kanser di atas terdapat beberapa penyakit kanser yang perlu diberi perhatian kerana ia juga mampu meragut nyawa.
Kanser yang membimbangkan ini ialah kanser kepala dan leher. Ia merujuk kepada kanser nasofaring, oral, bibir, hidung, sinus, laring, orofaring, hypofaring, tiroid dan kelenjar liur. Namun ramai yang tidak menyedari bahawa kanser membabitkan kepala dan leher ini menyerang banyak manusia.
1. Kanser Nasofaring
Kanser nasofaring merebak di dalam nasofarinks iaitu bahagian di belakang hidung dan di atas tekak. Ia terbentuk di dalam nosofarinks iaitu bahagian belakang hidung terbuka hingga di bahagian atas tekak dan juga saluran telinga hingga tekak. Terdapat tiga jenis ketumbuhan yang berada dalam dua kategori iaitu ketumbuhan benigna dan malignant. Ia boleh dikesan pada peringkat awal penyakit kerana pada peringkat ini, ia akan mengeluarkan darah dari hidung.
Siapa Yang Berisiko?
Lelaki - mereka lebih berisiko tinggi untuk mendapat penyakit ini.
Umur - sekitar 30-an tetapi secara relatifnya ia adalah lebih awal untuk berkembang.
Genetik - Faktor yang memainkan peranan penting kerana kebanyakan mereka yang menghidap penyakit ini adalah mereka yang pernah ada keturunan daripada China Selatan.
Pemakanan - gemar mengambil makanan yang diawet seperti jeruk dan ikan masin. Selain itu perokok dan mereka yang meminum alkohol juga berisiko.
Terdapat beberapa tanda awal yang menunjukkan pesakit menghidap kanser ini. Antaranya ialah :
• Titisan hidung
• Hidung berdarah
• Hidung tersumbat
• Masalah pendengaran di sebelah telinga atau rasa berdesing di sebelah atau kedua-dua telinga.
Tanda-tanda Lain :
• Penglihatan menjadi berganda atau kabur akibat serangan saraf yang mengawal pergerakan mata.
• Pening kepala
• Rasa kebas di separuh bahagian muka
• Mengalami masalah pertuturan
• Ketulan di leher
Kanser ini berpotensi untuk sembuh jika ia dikesan pada peringkat awal dengan peluang untuk sembuh sebanyak 80 hingga 90 peratus. Jika ia dikesan para peringkat yang kronik, ia menyusut kepada 30 hingga 40 peratus. Sebaiknya, buatlah pemeriksaan awal untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.
2. Kanser Oral
Selain kanser nasofaring, berikut penjelasan mengenai beberapa lagi jenis kanser yang termasuk dalam kanser kepala dan leher. Kanser oral adalah kanser yang terangkum dalam kanser kepala dan leher ketiga paling lazim di Malaysia. Kanser oral kerap dikesan di lidah, pipi dan lantai mulut.
Kumpulan etnik yang sering menghidap kanser ini adalah bangsa India diikuti Cina dan Melayu. Lelaki dan wanita mempunyai peratus risiko yang sama sekiranya merokok, minum arak, mengunyah tembakau atau daun sirih, malnutrisi, kesihatan gigi atau mulut yang tidak baik dan melakukan seks oral.
Tanda-tanda awal kanser oral termasuk ulser di mulut atau lidah, bengkak dalam mulut, tompok putih atau merah di dalam mulut, kesukaran bercakap, kebas di dagu atau bibir bawah, gigi palsu menjadi longgar dan bengkak leher. Pada peringkat awal, kanser oral boleh dirawat dengan berkesan, pertuturan boleh dibaik pulih walaupun lidah sudah dibedah. Apa pun kadar kelangsungan hidup bagi kanser mulut yang lewat adalah rendah.
3. Kanser Laring
Kanser di peti suara ini agak lazim di Malaysia. Ia adalah kanser kepala dan leher keempat paling kerap. Lelaki adalah lima kali lebih berisiko berbanding wanita dan usia puncak 60 hingga 80 tahun. Faktor risikonya adalah merokok. Gejala awal penyakit ini termasuk pertukaran atau suara yang serak, kesukaran bernafas atau nafas berbunyi dan kesukaran menelan.
4. Kanser Faring
Kanser di bahagian saluran pemakanan merangkumi orofaring (di belakang mulut) dan hipofaring (di sekitar peti suara). Semua bangsa berisiko tinggi menghidapi kanser faring terutama pada lelaki berbanding wanita. Antara faktor risiko ini meningkat adalah merokok, minum arak, mengunyah sirih dan tembakau dan seks oral. Gejala awal kanser ini termasuk sakit tekak yang berpanjangan, sakit atau sukar menelan, sakit di dalam telinga, bengkak di leher dan kesan darah dalam air liur.
5. Kanser Hidung Dan Sinus (Kanser Sinonasal)
Kanser sinonasal adalah kanser di hidung dan sinus. Ia adalah sejenis kanser yang agresif. Lelaki lebih berisiko berbanding wanita berusia 60 hingga 80 tahun. Faktor risiko penyakit ini termasuk terdedah pada habuk kayu, nikel, kromium, bahan kimia dalam industri kain dan kasut serta merokok. Antara gejala awal termasuk hidung tersumbat, pendarahan hidung, sakit atau kebas di muka, pemandangan bertindih dan sakit kepala.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan