Jumaat, 17 Februari 2012


Posted: 13 Jan 2012 10:30 AM PST

Salam takziah buat Wardina Saffiyah sekeluarga di atas musibah yang menimpanya di mana rumahnya di rompak dua hari yang lepas, lima laptop di curi. Suaminya pula dipukul dengan pemutar skrew. Difahamkan perompak naik angin dan marah setelah tiada barang-barang kemas dijumpai. Tiga lelaki bertopeng bersenjatakan tongkat dan parang memecah masuk rumah Wardina.

Dan tiga minggu yang lepas semasa cuti sekolah. Kejadian merompak juga berlaku hanya dibelakng rumah captain yang hanya jaraknya tak sampai 30 meter. Perompak berbangsa India yang seramai empat orang bertopeng memasuki rumah India jam 3.00 pagi dan menetak suaminya di bahu dan tangan serta melarikan beberapa barang kemas.

Captain yang tinggal di kuarters rumah guru jenis "Semi-D" yang memang tidak berpagar dan rumah keluarga India dibelakang rumah captain itu adalah taman perumahan yang baru siap di duduki lebih kurang tiga bulan yang lalu. Syukur Alhamdulillah Allah SWT telah memelihara keluarga captain kerana perompak itu memang lalu betul-betul dibelakang rumah captain. Lalu memotong pagar besi rumah India itu kerana bahagian hadapan rumah india telah dibina pagar yang tinggi dan susah dimasuki pencuri. 

DOA PAGAR KAWASAN RUMAH

Cara-caranya:

1. Hendaklah diamalkan sebanyak 7 kali setiap kali selepas solat fardhu atau sekurang-kurangnya 3 kali selama 7 hari berturut-turut.

2. Selesai amalan diatas hendaklah dibacakan di empat penjuru luar rumah sebanyak 7 kali setiap penjuru dan mengadap kiblat. Bagi rumah flat, baca dalam rumah ditiap-tiap penjuru. InsyaAllah dipelihara-Nya.

Ayat ini jika diamalkan selalu dapat mengelakkan bencana, gangguan sihir yang dihantar ke rumah dan mengelak dari niat jahat perompak.


Maksudnya:

8. Sesungguhnya Kami jadikan (kesombongan dan keengganan mereka tunduk kepada kebenaran sebagai) belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher mereka; (lebarnya belenggu itu) sampai (menongkatkan) dagu mereka lalu menjadilah mereka terdongak. 9. Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar). (Surah Yasiin: Ayat 8 dan 9)

DOA KESELAMATAN DIJAUHKAN DARI PEROMPAK

Baca doa ini selalu selepas solat mohon dijauhkan dari sebarang musibah seperti perompak dan sebarang perkara buruk berlaku pada ahli keluarga.


Maksudnya:

"Kemudian apabila engkau dan orang-orang yang bersamamu telah berada di atas bahtera itu maka hendaklah engkau (bersyukur kepada Allah dengan) berkata: Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menyelamatkan kami daripada orang-orang yang zalim." (Surah Al Mukminun: Ayat 28)

Wasallam.
Posted: 12 Jan 2012 08:23 PM PST


Salam Pembaca,

N3 kali berkenaan rawatan untuk sakit jantung, saluran darah tersumbat (blockage) dan jantung berlubang dari Surah Al-Israa' ayat 40 hingga 55. Begitu hebatnya ayat Al-Quran dan mukjizatnya sebagai gantian kepada ubat-ubat untuk merawat pelbagai jenis penyakit manusia zahir mahupun batin. Setiap ayat-ayat Al-Quran yang diberikan kepada pesakit untuk mereka amalkan diibaratkan sebagai ubat, dan air yang diminum adalah untuk menyerapkan ayat itu ke dalam badan dan jiwa pesakit itu.

Dua hari yang lepas di TV3 seorang ibu dan ayah merayu sumbangan orang ramai untuk menyumbang pembedahan anaknya yang mengalami masalah jantung berlubang untuk kos pembedahan sebanyak RM40,000. Moga-moga Allah SWT panjangkan umur kanak-kanak tersebut sehingga mendapat rawatan.

Masalah jantung tersumbat iaitu saluran darah ada "blockage" adalah sangat merbahaya kerana pesakit boleh mendapat tekanan darah tinggi dan juga mengakibatkan "stroke". Jantung tersumbat kini boleh dibuat pembedahan kecil di IJN. Yang belum tersumbat lagi terutama kepada yang masih sihat, baca doa ini selalu semuga anda akan berumur panjang dengan izin-Nya, InsyaAllah.

Anak-anak yang mempunyai ayah atau ibu mereka yang mengidap penyakit ini. Bolehlah lakukan rawatan ini sendiri di rumah. Inilah masanya anda sebagai anak membalas jasa-jasa mereka semasa hidup. Kebahagiaan dan keceriaan sesebuah keluarga itu apabila orang-orang yang kita sayangi berada dalam keadaan sehat wa'alfiat. Kata perpatah mat saleh "Health is Better Than Wealth".

Cara-caranya:

Sebelum memulakan bacaan: (Sama bacaan seperti yang dilakukan dalam bacaan memusnahkan sel-sel kanser, hanya surahnya sahaja yang lain).

1. Istighfar 10x.
2. Shalawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.
4. Ayatul Kursi 1x.

Sediakan botol-botol air yang bersih secukupnya. Setiap kali habis membaca surah-surah berkenaan, maka ditiupkan kepada air tersebut. Pesakit dinasihatkan minum air bacaan setiap hari. Mandi pesakit dengan air ini. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semuanya dengan izin-Nya.







Maksudnya:

40. (Jika demikian wajibnya mengesakan Allah, maka patutkah kamu mendakwa bahawa Tuhan mempunyai anak dan anak itu pula dari jenis yang kamu tidak sukai?). Adakah Tuhan kamu telah memilih anak-anak lelaki untuk kamu dan Dia mengambil untuk diriNya anak-anak perempuan dari kalangan malaikat? Sesungguhnya kamu adalah memperkatakan dusta yang amat besar.

41. Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (memahami dan mematuhi kebenaran); dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.

42. Katakanlah (wahai Muhammad): Kalaulah ada tuhan-tuhan yang lain bersama-sama Allah, sebagaimana yang mereka katakan itu, tentulah tuhan-tuhan itu akan mencari jalan kepada Allah yang mempunyai Arasy (dan kekuasaan yang mutlak).

43. Maha Sucilah Allah dan tertinggilah Dia setinggi-tingginya, jauh dari apa yang mereka katakan itu. 

44. Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.

45. Dan apabila engkau membaca Al-Quran (wahai Muhammad), Kami jadikan perasaan ingkar dan hasad dengki orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat itu sebagai dinding yang tidak dapat dilihat, yang menyekat mereka daripada memahami bacaanmu.

46. Dan Kami jadikan (perasaan itu sebagai) tutupan yang berlapis-lapis atas hati mereka, juga sebagai penyumbat pada telinga mereka, yang menghalang mereka dari memahami dan mendengar kebenaran Al-Quran dan sebab itulah apabila engkau menyebut nama Tuhanmu sahaja di dalam Al-Quran, mereka berpaling undur melarikan diri.

47. Kami lebih mengetahui akan tujuan mereka mendengar Al-Quran semasa mereka mendengar bacaanmu (wahai Muhammad) dan semasa mereka berbisik-bisik iaitu ketika orang-orang yang zalim itu berkata (sesama sendiri): Kamu tidak menurut melainkan seorang yang kena sihir.

48. Lihatlah (wahai Muhammad) bagaimana mereka menyifatkan engkau dengan yang bukan-bukan, maka dengan sebab itu mereka sesat, sehingga mereka tidak dapat mencari jalan kebenaran.

49. Dan mereka berkata: Adakah sesudah kita menjadi tulang dan benda yang reput, adakah kita akan dibangkitkan semula dengan kejadian yang baru?

50. Katakanlah (wahai Muhammad): Jadilah kamu batu atau besi

51. Atau lain-lain makhluk yang terlintas di hati kamu sukar hidupnya, (maka Allah berkuasa menghidupkannya)! Mereka pula akan bertanya: Siapakah yang akan mengembalikan kita hidup semula? Katakanlah: Ialah Allah yang menjadikan kamu pada mulanya! Maka mereka akan menganggukkan kepala mereka kepadamu sambil bertanya secara mengejek: Bila berlakunya? Katakanlah: Dipercayai akan berlaku tidak lama lagi! 

52. (Ingatlah akan) hari Dia menyeru kamu lalu kamu menyahut sambil memuji kekuasaanNya, dan kamu menyangka, bahawa kamu tinggal (dalam kubur) hanya sebentar.

53. Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.

54. Tuhan kamu lebih mengetahui akan keadaan kamu; jika Dia kehendaki, Dia akan memberi rahmat kepada kamu; atau jika Dia kehendaki, Dia akan menyeksa kamu dan Kami tidak mengutusmu kepada mereka (wahai Muhammad), sebagai wakil yang menguasai urusan mereka.

55. Dan Tuhanmu (wahai Muhammad) lebih mengetahui akan sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi dan sesungguhnya Kami telah melebihkan setengah Nabi-nabi atas setengahnya yang lain dan Kami telah memberikan Kitab Zabur kepada Nabi Daud.

Wasallam.
Posted: 12 Jan 2012 03:43 PM PST

Akal adalah potensi manusiawi yang penting dan simbol keistimewaan manusia kerana dianugerah Allah kelebihan sangat berharga. Allah SWT mengurniakan akal sebagai neraca untuk manusia menimbang lalu memilih mana yang baik dan buruk.

Akal jugalah yang membezakan manusia dengan haiwan. Dengan memanfaatkan akal sesuai dengan tujuan sebenar Allah SWT  mengurniakannya, akan dapat menyempurnakan iman, agama dan akhlak manusia.

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat Allah SWT) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda kekuasaan Allah SWT), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat Allah SWT). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai. - Surah Al-A'raf, Ayat 179 Allah SWT memuji hamba-Nya yang berakal dan menggunakan akal untuk berfikir. Firman Allah SWT bermaksud:
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang belayar di lautan membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (keringnya) dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.” (Surah al-Baqarah, ayat 164)
Kejadian manusia walaupun berasal dari air mani yang hina, namun diberi kedudukan mulia lantaran dikurniakan akal. Firman Allah SWT bermaksud:
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.” (Surah at-Tin, ayat 4)
Namun, kemuliaan yang diperoleh itu hanya benar jika akalnya digunakan untuk berfikir dan merenung ciptaan Allah SWT, meningkatkan keimanan, menolong agama-Nya dan membina kemuliaan akhlak.

Sebaliknya, kegagalan memanfaatkan kelebihan akal untuk memikirkan keagungan dan ciptaan Allah SWT, serta mengabdikan diri kepada-Nya akan menyebabkan manusia itu dijatuhkan Allah SWT tarafnya lebih hina daripada binatang.

Firman Allah SWT bermaksud: 
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai.” (Surah Al-A'raf, ayat 179)
Manusia di dunia ini sebenarnya berada di dua persimpangan antara runtunan hawa nafsu dan keimanan terhadap Allah SWT. Maka Allah SWT mengurniakan akal untuk manusia berfikir, sama ada memilih keimanan yang membawa keredaan Allah SWT atau kehendak nafsu yang mendatangkan kemurkaan-Nya.

Sebenarnya Allah SWT mengurniakan akal supaya manusia memilih jalan kebaikan.Sebab itu manusia yang memilih beriman kepada Allah SWT  dan membuktikan keimanannya dengan amalan salih dikira orang berjaya.

Sebaliknya yang menurut hawa nafsu tidak terkawal sehingga terjerumus ke lembah maksiat, maka sangat buruk padahnya. 

Allah SWT berfirman yang bermaksud: 
“Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Yusuf, ayat 53)
Kesihatan akal juga perlu penjagaan supaya kelebihan itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Nabi SAW bersabda bermaksud: 
“Semua yang mengacaukan akal dan segala yang memabukkan adalah haram.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Penjagaan fungsi akal ialah dengan membanyakkan menimba ilmu pengetahuan bermanfaat sebagai makanan buat otak. Ilmu itu termasuk pengetahuan keagamaan dan segala ilmu yang berfaedah. Akal yang kosong adalah akal orang yang fasik.

Allah SWT memerintahkan kita supaya mempergunakan akal untuk kemaslahatan dunia dan akhirat dan kehinaan bakal menimpa mereka yang menyalahgunakan akal fikiran. Firman Allah SWT bermaksud: 
“Dan Allah SWT menimpakan kemurkaan kepada orang yang tidak menggunakan akalnya.” (Surah Yunus, ayat 100)
Akal memang ada musuhnya iaitu syahwat, begitulah sebaliknya. Kedua-duanya saling berusaha untuk mengalahkan lawan masing-masing. 

Kata Saidina Ali: 
Akal adalah musuh syahwat. Ilmu menjaga akal dan keinginan itu memperkuat syahwat. Segala keinginan berkenaan saling berebut untuk jadi pemenang. Manusia yang paling utama di sisi Allah adalah yang menghidupkan akalnya, kemudian membunuh syahwatnya (yang mengajak kepada kejahatan) dan menyusahkan dirinya demi kebahagiaan akhirat.”
Orang yang berubah adalah orang yang mempergunakan akal fikiran, waktu dan tenaganya untuk semakin dekat dengan Allah SWT kerana perubahan itu dekat kepada kejayaan, kebahagiaan dan kemuliaan.

Hendaknya, setiap masa berlalu harus ada ilmu yang masuk ke dalam akal kita, baik melalui pembacaan, pendengaran atau menghadiri majlis ilmu yang menjadikan akal lebih baik dari sebelumnya.

Wassalam

Tiada ulasan: