Cara Kenalpasti Barangan Yang Diperbuat Dari Kulit B***
Sekarang barangan kulit amat senang untuk didapati. Di
pasar-pasar malam banyak dijual barangan kulit yang tidak original.
Tetapi adakah anda tahu jika barangan kulit yang anda beli itu diperbuat
dari kulit b***? Biasanya barangan daripada kulit b*** ini tidak
semahal barangan yang diperbuat dari kulit binatang lain. Barangan kulit
b*** ini terdapat di mana-mana seperti di kompleks beli-belah atau
barangan bundle yang diimport dari negara-negara lain seperti China,
Filipina, Jepun, Korea mahu pun USA.
Selaku umat Islam, kita sewajarnya lebih peka dan
berhati-hati dalam membeli sesuatu barangan kulit terutama kasut dan beg
tangan. Berikut adalah cara untuk mengenal pasti sesuatu barangan itu
diperbuat daripada kulit b***:
1. Tengok dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang
digunakan. Oleh sebab struktur kulit b*** adalah sangat berbeza dengan
kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti. Struktur
kulit b*** ini amat jelas dan biasanya kita akan mendapati 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK membentuk segitiga.
Cuba belek dan perhatikan dengan terperinci, kalau ada 3 titik
bertompok-tompok pada kulit tu, maka MEMANG SAH, itu adalah kulit b***.
Jadi, anda seharusnya lebih berhati-hati apabila membeli barangan kulit terutama kasut dan beg tangan. Walaupun harganya mungkin lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu. 3 titik tompokan itu adalah seperti gambar di atas adalah petandanya.
Jadi, anda seharusnya lebih berhati-hati apabila membeli barangan kulit terutama kasut dan beg tangan. Walaupun harganya mungkin lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu. 3 titik tompokan itu adalah seperti gambar di atas adalah petandanya.
2. Harga barangan kulit b*** ini biasanya lebih murah berbanding dengan barangan dibuat daripada kulit binatang lain.
3. Biasanya kulit b*** ini digunakan pada lapisan dalam
sesuatu produk. Contohnya kalau kasut, kulit b*** biasanya diletakkan
pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit b*** ini agak
lembut.
4. Kulit b*** ini paling banyak digunakan dalam pembuatan
kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak
juga. Lagi satu, kulit b*** juga banyak digunakan untuk membuat sandal
untuk lelaki.
Bagaimana dengan anda? Adakah pernah anda terbeli barangan
buatan daripada kulit b*** ini seperti kasut, beg tangan, tali pinggang
dan seumpamanya? Diharap kita lebih berhati-hati di masa akan datang.
InsyaAllah, dengan izinnya, semoga kita sentiasa dilindungiNya.
p/s : Sila share info ini. Thanks..
p/s : Sila share info ini. Thanks..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan