Ahad, 15 Januari 2012

Nuffnang Ads

6 Pesanan Ulamak Yang PENTING


Iman kita ni ada pasang surutnya. Masa iman naik, kita rajin sekali buat ibadah. Baca Quran la, solat sunat la, berzikir la, bersedekah la dan macam-macam amalan lagi yang kita lakukan.

Tapi kadang-kadang, iman kita jatuh merudum(mungkin dek kerana dosa-dosa yang kita lakukan). Masa iman kita lemah, kita jadi malas betul nak buat ibadah. Solat pun diakhir waktu, Quran langsung tak baca, zikir apatah lagi. Yang kita mahu waktu tu, ikut nafsu saja.

turun naik iman

Jadi, amat penting bagi kita untuk sentiasa berusaha memantapkan dan mengekalkan iman kita agar berada pada tahap yang optimum, meskipun pada masa tu iman kita jatuh.

Salah satu cara bagi memastikan iman kita menjadi lebih stabil dan kekal baik ialah dengan sentiasa menambah ilmu. Ilmu dapat ditambah melalui bermacam cara contohnya pergi ke majlis ilmu (dengar ceramah di masjid), menonton program TV yang baik (contohnya Tanyalah Ustaz TV9) atau kita juga boleh membaca buku-buku yang baik.

Selain membaca buku, kita juga boleh mendapat banyak info berguna dan ilmu bermanfaat dari pelbagai blog sekarang ini. Salah satunya ialah…. pastilah blog PakarHowTo ini.

Cheewahhh…. angkat bakul sendiri nampak? hehehe

Nak buat macammana kan. Tak ada orang nak puji blog kami ni. So, kami lah yang puji diri sendiri. Keh keh.

Ciss ekau ni tak tahu malu betul kan?

OKlah, disebabkan hari esok dah nak masuk Hari Jumaat, iaitu penghulu segala hari. Hari yang penuh keberkatan. Hari yang doa dimakbulkan.

Maka, saya nak kongsi 6 Pesanan Ulamak Yang Penting untuk kita hayati dan amalkan bersama.

ulamak islam

Saudara dan saudari sekalian, ulamak telah berpesan :

  1. Sesiapa tidak takut kepada Allah SWT, nescaya dia tidak akan selamat dari kesalahan berbicara.
  2. Sesiapa tidak takut dengan pertemuan bersama Allah SWT, nescaya hatinya tidak akan selamat dari perkara haram dan syubahat.
  3. Sesiapa tidak memutuskan pengharapan kepada orang lain, nescaya dia tidak akan selamat daripada sifat tamak.
  4. Sesiapa tidak memelihara amalnya, nescaya dia tidak akan selamat daripada sifat riak (menunjuk-nunjuk).
  5. Sesiapa tidak memohon pertolongan dengan Allah SWT agar dijaga hatinya, nescaya dia tidak akan selamat daripada penyakit hasad.
  6. Sesiapa tidak melihat orang lain lebih utama dalam bidang ilmu dan amalnya, nescaya dia tidak akan selamat daripada sifat ujub (rasa syok sendiri).

Tiada ulasan: