10 Makanan Yang Akan Membuatkan Anda Tidur Lena
Apa
rahsia untuk mendapatkan tidur 7 – 8 jam yang nyenyak? Anda perlu pergi
ke dapur dan menikmati satu atau dua dari 10 senarai makanan di bawah
ini. Makanan ini akan merelakskan otot yang tegang, menenangkan fikiran
dan mengaktifkan hormon untuk membantu anda tidur iaitu serotonin dan
melatonin.
Pisang
Pisang seperti ubat tidur alami. Selain
mengandungi melatonin dan serotonin dalam jumlah kecil, pisang juga
mengandungi magnesium, bahan yang dapat merangsang relaksasi otot
Teh Chamomile
Teh
Chamomile mempunyai efek penenang yang dapat menurunkan stress fizikal
mahupun mental, membuat teh ini sebagai minuman yang sesuai untuk
diambil sebelum tidur
Susu panas
Bukan,
ini bukan mitos, segelas susu panas sebelum tidur dapat membantu tidur
anda. Susu mengandungi tryptophan, iaitu asam amino yang mempunyai efek
sedatif dan kalsium yang membantu otak untuk menggunakan tryptophan.
Madu
Tambahkan
madu sedikit di dalam susu atau teh anda. Gula dapat meningkatkan
tenaga, tetapi dalam jumlah yang sedikit, gula dapat memberitahu otak
anda untuk menurunkan prestasi orexin. Neurotransmiter yang berhubungan
dengan kesedaran anda.
KentangSedikit
kentang rebus atau kentang panggang di malam hari tidak akan menaikkan
berat badan anda. Kentang membersihkan asam yang dapat mengganggu
prestasi tryptophan di dalam tubuh.
Oatmeal
Oatmeal
sebelum tidur adalah cara terpantas untuk tidur, kerana oatmeal
merangsang produksi melatonin di dalam tubuh pada malam hari.
Kacang Almond
Almond
adalah kacang yang baik bagi kesihatan jantung. Tetapi almond juga
dapat membantu tidur anda kerana mengandungi tryptophan dan magnesium.
Flaxseed
Flaxseed
kaya akan asam omega-3 yang dapat membantu memperbaiki mood anda.
Pengambilan flaxseed ketika anda sedang mengalami stress atau depresi
berat. Tidur anda akan lebih nyenyak.
Roti Gandum
Sepotong
roti gandum dan teh akan merangsang insulin di dalam tubuh anda, yang
berguna untuk membantu prestasi tryptophan untuk bereaksi di otak.
Dimana tryptophan akan diubah menjadi serotonin yang memberi tahu otak
ada untuk tidur.
Daging Kalkun (turkey)
Daging
kalkun adalah sumber yang sangat baik untuk tryptophan. Tryptophan
bekerja ketika perut anda kosong dan tidak ketika anda sangat kenyang.
Tetapi 1 sampai 2 potong dari daging kalkun bersama dengan roti gandum
pada waktu tengahari hari akan dapat membantu membuat tidur anda lebih nyenyak di malam hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan