Petua-Petua
Kita sering mendengar orang sesat di hutan.Pantang larangnya jangan
sekali-kali kita atau salah seorang daripada kita bercakap besar seperti “aku
tak akan sesat di dalam hutan”.Sebaiknya setiap anggota mendiamkan diri dan
jangan ambil sebarang benda atau tumbuhan yang ganjil semasa dalam perjalanan
tersebut
Penyakit sosial rumahtangga di zaman moden merupakan lemah tenaga batin.Ia
amat berbeza dengan orang dahulu kala walaupun usia hampir 100 tahun mereka
mampu beristeri muda yang boleh disebut cucu.Tetapi generasi hari ini, setahun
berumahtangga pun isterinya masih dara lagi.
Bagi memelihara tenaga kelakian
jangan sekali-kali membasuh kemaluan selepas persetubuhan.Jauhkan membuang air
kecil di dalam air
Amalan menahan kencing boleh membawa bencana seperti karang batu, dan lemah
buah pinggang. Sebaiknya amalkan membuang air kecil 4 jam sekali
Mandi di laut atau sungai amat menyeronokkan terutama kanak-kanak.Mandi
dengan cara membabi buta dengan perasaan terlalu gembira boleh mendatangkan
musibah yang tidak diduga.
Bagi
mengatasi musibah ini orang tua-tua juga ada pantang larangnya seperti pertama
kali menjejakkan kaki di laut ataupun sungai jauhkan dari bermain-main di gigi
air
Sebagaimana kata orang tua-tua “Anak dara yang suka menyanyi di dapur sukar
mendapat suami”. Kedua anak dara yang suka termenung di atas tangga juga berat
jodoh.
Menurut pengalaman orang tua-tua sekiranya anda ingin mata anda sentiasa
terang, jangan sekali- kali melihat kemaluan isteri
Sesuatu yang kita sayangi janganlah terlalu menunjukkan kasih sayang yang
teramat sangat
Sekiranya anda mahu gigi anda tahan lama dan tidak mudah sakit jangan
sesekali meludah semasa membuang air besar atau di tempat-tempat kotor.
bagi menahan air liur keluar anda
hanya perlu menutup mulut sambil mencekam gigi agak kuat
Elakkan diri mengamal mandi di tengah malam yang boleh menyebabkan badan
menjadi lemah dan luntur
Membasuh atau mandi ketika badan terlalu panas, kesannya setiap penyakit yang
ada dalam badan tidak dapat keluar
Jangan melakukan perbuatan mencampak apa-apa barang terutamanya pakaian
melalui tingkap rumah kerana menurut orang tua-tua amalan ini boleh memendekkan
rezeki
Bernanah jari disebabkan jarum,duri, dan tulang ikan
Ambil 3 sulur bawang merah lalu ditumbuk jangan sampai lumat.Kemudian bubuh 1
sudu besar minyak kelapa dan dibungkus dengan menggunakan daun pisang dan
dipanaskan ke atas api.Apabila sudah agak panas, tampalkan ramuan tersebut pada
tempat yang sakit dan dibalutkan dengan kain pembalut
luka.Buatlah sebanyak 3 kali
sehari.
Bau mulut
Ambil beberapa helai daun sireh diramaskan ke dalam air dan berkumur.Buatlah
selama beberapa hari.
Resdung
Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacang kayu
kemudian jemur sehingga kering dan dibuat hisap seperti rokok.Boleh juga amalkan
mencium bunga daun bawang merah sentiasa.
Kunyit mengurangkan rabun mata
Sediakan 20 helai daun sireh dan satu oz kunyit dan keduanya diparut.Letakkan
di atas penapis dan tuangkan air panas dan diperah.Minum air yang sudah ditapis
itu satu gelas pada setiap hari.
Perut masuk angin
Setiap kali anda minum teh atau kopi masukkan daun delima yang sudah dipotong
kecil-kecil. Amalkan selama 1 bulan.
Perut Memulas
Ambil pucuk ciku secukupnya dan didihkan.Selepas air itu sejuk minumlah.
Telingga bernanah
Ambil kunyit tua sebesar ibu jari kaki, diparut dan diambil airnya dan
ditambahkan dengan satu sudu teh.Masukkan ke dalam telingga yang bernanah secara
terus menerus selama 1 minggu.
Rambut Ubat Kaki
Pecah
Ambillah rambut yang gugur (rambut sendiri) satu genggam, kemudian rambut itu
terus dibakar dan abunya dicampurkan dengan minyak kelapa.Waktu mahu tidur
malam,bahagian kaki yang pecah itu dibersihkan terlebih dahulu.Kemudian sapukan
minyak dari abu rambut itu dengan menggunakan kapas di bahagian kaki yang
bengkak.Bila sudah disapu pakailah sarung kaki yang agak longgar supaya cadar
tempat tidur tidak kotor.
Jerawat
a.Masukkan sebungkus daun teh (masih hijau) ke dalam air yang
mendidih.Kemudian wap air teh itu dihadapkan ke muka.Buatlah sentiasa sehingga
jerawat di muka anda hilang.
b.Kupaskan ubi kentang dan hiriskan nipis-nipis lalu segera ditampalkan pada
muka dan biarkan sehingga ubi kentang itu kering.Amalkan sedemikian setiap
hari.
Rambut beruban
Ambil biji buah betik daripada buah betik yang sudah masak sebanyak 2 sudu
besar.Jemur biji betik itu sampai betul-betul kering.Kemudian digoreng sampai
hangus (jangan guna minyak) serta disusuli dengan tumbuk biji itu sampai
halus.Campur debu biji betik itu dengan minyak kelapa dan kacau sampai
merata.Setelah rambut anda dicuci bersih, lumurkan ramuan itu pada bahagian
kepala yang beruban, seelok-eloknya sewaktu hendak tidur.
Melebatkan tumbuh rambut
Potong pokok pisang dan batang yang tertinggal itu dibuat lubang di atasnya
seperti tempurung. Pagi-pagi esoknya bubuh bair yang betul-betul sejuk ke dalam
lubang itu dan dibiarkan beberapa minit.Kemudian terus ambil air dari lubang itu
dan digosokkan ke atas kepala yang botak.Buatlah sedemikian setiap hari.
Membuang tahi lalat hidup
Ambil getah daun kemboja, bubuh pada tempat tersebut dan tampalkan dengan
kapas.Buatlah sedemikian sehingga hilang.Begitu juga dengan caranya membuang
ketaut kulit dan mengubat tapak kaki yang pecah-pecah.
Muka kasar dan berbintik-bintik hitam
Cari buah mentimum, diparut dan diperah lalu diambil airnya.Gunakannya untuk
mencuci muka anda sewaktu hendak tidur.Boleh juga tempel atau tampalkan hampas
mentimum itu ke wajah anda.Pada sebelah petangnya, mandi dengan air suam dan
cuci muka anda berkali-kali dengan air suam.
Menghilangkan kesan jerawat
Basuh muka dengan air kelapa muda.Biarkan air itu di muka selama-lamanya 1
jam dan biar ia kering sendiri tanpa dilap.Kemudian cucilah dengan air
sejuk.
Menghilangkan urat-urat yang timbul di kaki
Ambil segengam kacang hijau lalu direbus tanpa gula dan jangan
hancurkan.Makanlah pada waktu pagi dan malam.Selain itu setiap kali mahu tidur,
angkatlah kaki ke atas setinggi mungkin dengan menyandarkan badan pada dinding
dalam masa 10 minit.Selepas itu barulah tidur.
Daun petai cina ubat
seri muka
Cari daun petai cina yang masih muda dan ramas pada telapak tangan.Sapukanlah
pada seluruh tubuh dan wajah anda sewaktu mandi.Kemudian tunggu beberapa saat
baru dibersihkan dengan air yang bersih.Amalkan pada waktu mandi pagi dan petang
selama lebih kurang 1 bulan.
Kudis buta
Cari 5 atau 6 helai daun jambu batu, giling hingga lumat.Ia kemudian
dicampurkan dengan santan dari segengam kelapa parut perah.Kemudian dibungkus
dalam kain jarang dan digosokkan pada kudis buta itu.
Bulu ketiak
Cari ubi kunyit dan kapur sireh.Cabut semua bulu
ketiak anda dan celupkan ibu kunyit
itu ke dalam kapur sireh dan gosoklah pada
ketiak anda sehingga rata dalam
beberapa minit dan kemudian basuh.
Cacar air
Ambil 5 helai daun jarak dan direbus lalu dimandikan kepada mereka yang
mengalaminya.Air rebusan itu hendaklah agak panas sedikit namun bolehlah dilihat
kepada pesakit itu sama ada kanak-kanak atau yang sudah dewasa.Gosok juga daun
jarak yang sudah direbus itu pada badan pesakit.Lakukan selama 3 hari
berturut-turut.
Menghilangkan bekas kurap di badan
Bakar kulit kerang sebanyak 12 biji selama 20 minit.Bila kulit kerang itu
terbakar jiruslah dengan air panas mendidih.Kulit kerang yang lumat ditumbuk
dicampurkan dengan 1 sudu belerang kuning.Biarkan 2 ramuan itu sebati selama 1
jam dan campurkan pula dengan setengah cawan minyak tanah.Sapukan ramuan itu ke
bekas kurap.
Menghilangkan bau ketiak
Campurkan hampas tea dengan sedikit air garam sapukan pada
ketiak dan biarkan beberapa minit
kemudian basuh dengan air hangat atau air sejuk.Lakukan secara kerap setiap
hari.
Ubat panau
Daun gelenggang dicampurkan dengan kapur lalu digosok pada badan yang terkena
panau itu.
Menghilangkan parut cacar air
Ambil segengam beras dan dibersihkan.Ambil 5 helai daun asam jawa dan sebuku
kunyit hidup ditumbuk halus bersama-sama beras tadi untuk dijadikan
bedak.Pakailah ketika hendak tidur selama seminggu.
Gatal-gatal malam
Ambil kelapa muda yang kulitnya masih hijau dan satu gelas madu asli,
campurkan kedua-duanya dan minum selama 3 hari berturut-turut.
Gatal-gatal pada kemaluan perempuan
Ambil seikat daun sireh dan direbuskan dengan air biasa.Minum air tersebut
setiap kali lepas kencing dan cucilah kemaluan anda dengan air tersebut.
Gatal Kulit
Ramai di kalangan kita yang mengalami gatal-gatal di bahagian kemaluan
terutamanya orang perempuan.Anda mungkin berasa malu hendak berjumpa dengan
doktor.Sakit ini tidaklah teruk sangat tetapi mendatangkan rasa kurang senang
kepada mereka yang menghidapinya.Sakit ini boleh diatasi dengan menggunakan daun
sireh.Carilah sesikat daun sireh mengikut ukuran sendiri.Daun sireh itu direbus
dalam periuk.Biarkanlah di atas dapur sehingga mendidih.Ambil 2 gelas air rebus
daun sireh itu untuk diminum pada sebelah pagi dan petang.Sementara air yang
lebih atau tinggal dalam periuk pula digunakan untuk mencuci setiap kali selepas
membuang air kecil.Jika diamalkan dalam tempoh 2 minggu, rasa gatal itu akan
hilang secara beransur-ansur.
Menghilangkan Bulu Ketiak
Ada petua yang tersendiri untuk menghilangkan bulu
ketiak daripada tumbuh.Caranya
cukup mudah dan bahan-bahannya amat mudah didapati.Apa yang anda perlu cari
adalah ibu kunyit dan kapur sireh.Bila ubi kunyit dan sireh telah diperolehi
anda dikehendaki mencabut semua bulu
ketiak anda.Selepas itu celupkan
ubi kunyit ke dalam kapur sireh dan gosoklah pada
ketiak anda sehingga rata dalam
masa beberapa minit dan kemudian hendaklah dibasuh.Lakukan perkara ini dalam
sehari mengikut suka hati anda.Pada gadis yang belum tumbuh bulu bolehlah
mencuba cara ini,
bagi
menghalang bulu
ketiak daripada
tumbuh.
Sakit bahagian buah pinggang
Ambil sepotong temu lawak yang panjangnya kira-kira 6 cm, kemudian dipotong
dan dicuci.Setelah itu direbus dengan menggunakan air bersih kira-kira 4
setengah gelas minuman.Biarkan air itu tinggal kira-kira satu gelas.
Bila sudah kering terus disaring dan diminum bersama-sama dengan madu
lebah.
Ubat itu harus diminum 3
kali sehari, setiap kali diminum kira-kira 3/4 gelas.
Sakit siplis
Ambil lobak putih dalam sekati.Kemudian diparut halus-halus diperah dan
diambil patinya.Amalkan berkali-kali segelas untuk 3 kali sehari.
Amalkan memakan jering sebagai ulam, kerana zat jering dapat membantu
menghilangkan penyakit siflis yang berjangkit itu.
Bisa-bisa tulang
Dapatkan “akar sakit lelaki” sebanyak 3 atau 3 cekak dan direbus selama 2-3
jam kemudian disejukkan dan bolehlah diminum segelas sehari.
Lemah jantung dan darah tinggi
Caranya adalah dengan mencari buah Mahagani yang terdapat merata tempat di
semenanjung Malaysia.Buah Mahagani boleh dikunyah mentah-mentah.Sebaiknya makan
seulas untuk tempoh seminggu.Insya-Allah,dalam masa 4 minggu anda mengamalkan
nya penyakit anda boleh sembuh.
Kencing manis
Ambil sekati rebung buluh kuning, basuh bersih-bersih kemudian direbus dengan
sekati kulit kerang yang baru.Cara merebus rebung buluh kuning ialah dengan
menggunakan periuk tanah dengan memasukkan satu setengah liter air dengan api
yang sederhana.Sesudah air rebusan tinggal 1/4 nahagian,angkat dan sejukkan.
Anda boleh amalkan, minum setiap pagi untuk sekali sehari. Insya-allah,
penyakit anda akan sembuh.Tiada pantang larang semasa mengamalkan
ubat tradisional ini dan sudah
ramai pengidap kencing manis sudah sembuh sesudah mencubanya.
Demam kuning
Ambil segenggam daun daripada pohon dukung anak.Tumbuk sampai halus, kemudian
tuangkan air masakke dalamnya dan campurkan dengan sedikit garam.Minum air
tersebut pada waktu pagi dan petang.
Penyakit kuning
Ambil daun sukun yang telah tua kemudian direbus sehingga airnya merah
tua.Minum air tersebut 2 kali sehari sekurang-kurangnya untuk 3 hari.
Demam Berdarah
a.Beri minum air kelapa muda yang bercampur dengan air limau nipis, panasnya
akan turun segera
b.Beri minum segera air perahan daun kangkong sebanyak 3 sudu besar dan
basahkan kepala dengan air tersebut
Cara-cara mengurangkan demam
a.Beri pesakit minum air yang banyak
b.Menyejukkan kepalanya dengan bilasan air
c.Mengurut permukaan badannya dan menyelimutkan badannya dengan kain yang
tebal
Demam panas dan demam biasa serta doa penawarnya
a.Beri minum air zam-zam dan lap badannya
b.Boleh juga dilapkan badan dengan air batu dan bawa pesakit ke tepi sungai
yang mengalir antara selepas terbit fajar dan sebelum matahari naik dan
ucapkanlah:
“Dengan nama Allah,wahai Allah,sembuhkanlah hambamu,dan benarlah rasulmu”
Dan rendamlah dalam sungai itu seketika.Lakukan selama 3 hari berturut-turut
dan jika masih tidak sembuh tambahkan 2 hari lagi.Insya-Allah, tempoh 7 hari
tetap akan sembuh.
Pening Kepala
Pening kepala disebabkan oleh makanan yang kurang hadam, terlalu banyak
bekerja, mata terasa penat kerana terlalu banyak gas busuk dalam perut.Ambil
daun sawi sebanyak 6 lebar digiling atau ditumbuk menjadi halus dan kemudian
dicampurkan dengan sedikit garam.Kemudian digosok-gosokkan pada dahi dan
pelipis, gunakan cara ini satu atau 2 kali.
Satu lagi cara yang anda boleh lakukan ialah dengan menggunakan daun kemangi,
ambil 50 lebar daun kemangi yang kemudian dikunyah, bila telah lumat terus
ditelan,selepas itu cepat-cepat meneguk air hangat segelas.
Ubat cara ini boleh dilakukan 2
kali dalam sehari.
Ubat Kencing Batu
Jagung isinya sedap dimakan.Tetapi tiadak banyak orang mengetahui bahawa
teras jagung juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri.Carilah teras dari 6
tongkol jagung, kemudian direbus dan dimasak dengan menggunakan 5 gelas
air.Kemudian pesakit itu bolehlah meminumnya 3 kali sehari.Setiap kali minum
adalah sebanyak 3/4 gelas.
Ubi Kayu Ubat Sakit
Gastrik
Gastrik satu penyakit yang tidak disenangi oleh kebanyakan orang.Dalam
perubatan tradisional orang-orang kita,
bagi mengatasi sakit ini amat
mudah,bahan-bahannya amat mudah diperolehi.Cara mengubat menurut orang tua-tua
kita dahulu, ialah dengan mencari ubi kayu yang masih segar (masih muda).Dikupas
kulitnya dan dicuci dengan bersih.Kemudian ubi kayu itu dipotong sepanjang 5
cm.Makanlah ubi kayu itu sehari 3 potong (1 potong = 5 cm) iaitu pada sebelah
pagi, tengahari dan petang.Pada sebelah pagi sebelum makan ubi kayu tersebut
makanlah nasi terlebih dahulu walaupun sedikit.Lakukan ini setiap hari kira-kira
sampai 3 minggu atau sebulan.
Sakit Kepala
Sakit kepala adalah berpunca dari saluran darah dan sel-sel saraf.Sel-sel
saraf terdapat diseluruh badan.Apabila sel saraf ini dibangkitkan maka rasa
sakit akan dialami.Kesakitan berlaku akibat kerosakan tisu.Bila banyak tisu
rosak maka rasa sakitnya akan lebih teruk.
Bagi mengubati sakit kepala
seeloknya mengubati punca sakit terlebih dahulu.Sekiranya terlalu kerap mungkin
menandakan sakit barah otak.
i.Punca Dari Pakaian
Pakaian yang tidak sesuai seperti terlalu ketat di bahagian pinggang boleh
menyebabkan pening kepala, begitu juga dengan bauan atau minyak wangi yang
keterlaluan
ii.Punca Dari Cahaya
Anda boleh mendapat sakit kepala sekiranya anda duduk bertentangan dengan
sumber cahaya yang terang
iii.Punca Dari Mata
Mata yang kabur dan kelabu bila melihat sesuatu dengan merenung boleh
menyebabkan sakit kepala, begitu juga dengan cermin mata yang tidak sesuai
kuasanya dan cermin yang kotor boleh menyebabkan sakit kepala
iv.Punca Dari Penyakit
Penyakit-penyakit seperti barah, migrain, Denggi, kencing manis, dan
sebagainya boleh menyebabkan sakit kepala.
v.Punca Dari Kepala
Otak yang bercelaru dengan fikiran yang tak menentu juga boleh menyebabkan
sakit kepala
Ubat sakit kepala
i.Ambil segemgam daun turi (ia seperti daun petai dan digunakan dalam membuat
nasi lemak), lada sebanyak 7 biji, bawang putih beberapa ulas, dan ditumbuk
kesemua bahan tersebut dan kemudian selepas ia halus dicampurkan pula dengan 1
sudu cuka dan diperapkan.Bubuhlah dikening mata anda selepas itu dan Insya-Allah
akan sembuh segera.
atau
ii.Ambil cuka nipah/cuka biasa/air asam jawa/air limau nipis sekadar 1 sudu
teh lalu diminum.
Cirit-Birit
Ramuannya;bawang merah,biji kopi, dan madu lebah asli.Bawang merah hendaklah
dibersihkan dan dikupas (jangan membasuhkannya).Biji kopi dikisar
halus.Campurkan bawang merah dan biji kopi yang dikisar dengan madu lalu dimakan
semasa mengidap penyakit tersebut
Kencing Tidak Lawas
Ramuannya;madu lebah,limau oren,madu dan air panas.Limau diperah dan diambil
airnya dan dicampurkan dengan madu dan air panas lalu diminum apabila menghadapi
masalah tersebut.Bawang merah hendaklah dipanaskan di atas api dan digosokkan di
atas buah pinggang dan pundi kencing.
Menyembuhkan Luka
Ramuannya;Kulit kayu manis dan madu lebah.Kulit kayu manis hendaklah ditumbuk
dan kemudian dicampurkan dengan madu lebah.Bahagian
luka hendaklah dibersihkan dengan
air suam.Setelah kering, sapukanlah ramuan di atas bahagian yang
luka itu.
Menyembuhkan sakit gigi
Ramuannya;Tempurung kelapa,garam,bunga cengkih dan madu lebah.Tempurung
dibakar hingga menjadi arang kemudian ditumbuk bersama-sama dengan garam dan
dicampurkan dengan madu lebah.Ramuan ini hendaklah digunakan untuk menggosok
gigi pada setiap hari.Bunga cengkih dapat menyembuhkan sakit pada gusi.Garam
dapat menahan pengaliran darah.
Untuk mendapat anak
Ramuannya;3 ulas bawang jantan,1 biji telor ayam kampung dan madu lebah
secukupnya. Kesemua hendaklah dimakan pada setiap pagi sebagai sarapan.Sebelum
itu, hendaklah meminum air suam yang telah disimpan semalaman sebagaimana yang
telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.Bacalah selawat sebelum meminum air
tersebut.
Jika terlekat tulang
Celupkanlah jari ke dalam madu lebah.Dengan berselawat sebnyak 3 kali,
masukkan jari ke dalam mulut dan hisapkanlah jari itu
perlahan-lahan.Insya-allah,tulang yang melekat itu akan keluar dengan mudah.
Untuk mengubati penyakit batu karang
Ramuannya;madu lebah, dan jintan hitam.Tumbuk jintan hingga lumat kemudian
campurkan jintan hitam ke dalamnya dan gaul sampai sebati.Campurkanlah ramuan
ini ke dalam air hangat dan diminum.
Penawar racun dan sengatan binatang berbisa
Ramuannya;madu lebah dan minyak sapi atau kambing.Gaulkan sehingga
sebati,kemudian diminum.
Penawar jika dipatuk ular
Ramuannya;bawang putih dan madu lebah.Bakar bawang putih, kemudian ditumbuk
sehingga lumat lalu digaulkan dengan madu dan ditampalkan pada tempat yang
terkena patukan.
Penawar gigitan anjing gila
Ramuannya;daging siput dan madu lebah.Daging siput hendaklah dihancurkan
kemudiannya dicampurkan dengan madu lebah.Ramuan ini hendaklah ditampalkan pada
bahagian badan yang telah digigit oleh anjing gila tersebut.
Untuk merawati masalah batuk kering
Ramuannya;1/2 cawan madu lebah dan 10 ulas bawang merah.Bawang merah ditumbuk
hingga lumat kemudian diperah untuk diambil airnya.Air perahan ini dicampurkan
dengan madu lebah dam sukatan yang sama banyak dan hendaklah diminum oleh
pengidap penyakit tersebut.
Penawar sesak nafas
Ramuannya;madu lebah dan lobak putih.Lobak putih hendaklah diparut.Lobak yang
telah diparut diperah airnya dan kemudian dicampurkan dengan madu lebah lalu
diminum dengan teratur setiap hari.
Penyakit gagap
Madu yang dicampurkan dengan garam kemudian diletakkan di bawah lidah serta
digosokkan ke atasnya, ia boleh mengubati penyakit kepada mereka yang mempunyai
masalah di dalam percakapan.
Batuk Biasa
Ramuannya;bawang putih dan madu.Bawang putih yang telah dibersihkan dari
kulitnya perlu dihancurkan terlebih dahulu sehingga halus.Campurkan ia bersama
dengan madu dan makanlah ia 4 kali sehari.Setiap kali makanberatnya sebanyak
100gm untuk sekali makan.Amalkan selama 3-7 hari.
Benjol dan luka yang
teruk
Ramuannya;buah delima yang diambil bijinya dan madu.Tumbuk biji buah delima
hingga lumat kemudian dicampurkan dengan sedikit madu.Sapukanlah pada bahagian
tubuh yang benjol atau
luka
tersebut.
Mempercepatkan penumbuhan rambut
Ramuannya;darah kambing dan madu.Ambil darah kambing dan madu, campurkan
semua kembali dan letak atas kepala.Ia bukan sahaja mempercepatkan ketumbuhan
rambut malah dapat melembut serta memanjangnya sekali.
Mata berselaput
Bahan-bahannya;Buih laut dan madu.Ambil buih laut yang terdapat dipinggir
laut (kekotoran yang disebabkan oleh garam yang terdapat di dalam laut), dan
campurkannya bersama dengan madu,kemudian letakkan campuran tersebut di atas
pelopak mata dan ulangi sehingga sembuh.
Penjagaan badan supaya sentiasa langsing
Ramuan;halia,telor ayam kampung dan madu.Halia hendaklah ditumbuk halus,
kemudian bubuhkanlah air ke dalamnya untuk mendapatkan airnya.Biarkanlah selama
beberapa minit hingga pati halia itu mendap.Air halia itu hendaklah diminum
dengan dicampurkan bersama-sama dengan madu lebah.
Pelembap muka
Ramuannya;kobis dan madu lebah Kobis dihancurkan dengan menggunakan mesin
pengisar.Kemudian airnya hendaklah diperah keluar dan dicampurkan dengan madu
lebah.Basuhkanlah kulit muka dengan ramuan ini, insya-allah kulit muka akan
menjadi lembab dan segar.
Membersihkan Muka
Ramuannya;sepotong betik yang masak,madu lebah,susu segar dan susu
tepung.Kesemua bahan-bahan di atas hendaklah digaul sehingga rata.Kemudian
basuhlah muka dengannya dan biarkan ia bertempekan di muka untuk beberapa lama
barulah dibasuh.Hasilnya kulit akan bertambah cerah,lembut dan kurang
berminyak.
Deman Selsema
Ramuannya;sepotong betik yang masak,madu lebah,susu segar dan susu
tepung.Kesemua bahan-bahan di atas hendaklah digaul sehingga rata.Kemudian
basuhlah muka dengannya dan biarkan ia bertempekan di muka untuk beberapa lama
barulah dibasuh.Hasilnya kulit akan bertambah cerah,lembut dan kurang
berminyak.
Khasiat-Khasiat
Khasiat buah betik ubat sedu
Cincang sepohon buah pepaya yang sudah cukup masak, kemudian dicampur dengan
satu sudu air limau nipis serta 2 setengah sudu madu asli.Makan sedikit demi
sedikit . Lakukan 2 kali sehari.Satu cara lagi ialah dengan mengasapkan lapan
lembar daun sawi tanah dan terus dimakan 3 kali sehari.
Kopi halia ubat
kembung
Sediakan secawan kopi panas yang sudah ditaruh gula secukupnya.Halia pula
dipotong nipis lalu dibakar, kemudian ditumbuk atau dihaluskan.Perah air halia
ke dalam kopi dan tutup cawan kopi itu selama 15 minit supaya air halia itu
sebati dengan air kopi.Minum air kopi masa masih panas-panas sedikit demi
sedikit.Air ini juga boleh digunakan untuk mengubati orang yang selalu terasa
badannya sejuk,orang yang selalu pening dan tidak sedap badan.
Khasiat dari akar kayu sengugut
Ambil secekak akar kayu itu kemudian direbus di antara 2-3 jam.Selepas itu
tapis air tersebut dan bila sudah sejuk diminum 3 gelas untuk 3 kali
sehari.Amalkan selama 3-6 bulan dan anda akan beroleh cahaya
mata.Insya-Allah.
Khasiat pucuk jambu
Bagi wanita-wanita yang hamil
dan muntah-muntah cuba petua ini.Ambil beberapa tangkai pucuk jambu batu.
Bersihkan daun tersebut dan ditumbuk dengan sedikit garam.Bila sudah hancur atau
lumat dicampurkan dengan segelas air suam, biarkan air itu hening.Lakukan amalan
meminumnya selama 3 hari berturut-turut dan insya-allah anda tidak akan
muntah-muntah lagi.
Khasiat daun pisang menghaluskan telapak tangan
Bila anda memakan pisang, kulitnya jangan dibuang begitu juga kulit ubi
kentang.Sebabnya, ia boleh digunakan untuk menggosokkan telapak tangan dan
dicuci dengan air limau nipis.Hasilnya anda akan merasakan telapak tangan anda
menjadi lembut.
Khasiat bunga raya masalah gugur rambut
Cari daun bunga raya yang hijau beberapa helai dan dibersihkan lalu
dimasukkan ke dalam baldi berisi air dan ramaslah daun itu sehingga keluar air
hijau.Kemudian basuh rambut anda menggunakan air bunga raya tersebut.Biarkan
selama beberapa minit (5 minit) dan baru boleh dibilas.
Khasiat daun jarak
Ia mengubati penyakit perut kembung akibat masuk angin.Ambil daun ini 5-6
lembar.Panaskan di atas api hingga layu kemudian disapukan minyak kelapa dan
terus ditempel pada perut dan pinggang anak anda.Supaya daun itu tidak jatuh,
elok diikat dengan selendang.Insya-allah, penyakit itu akan sembuh dan anak anda
akan dapat tidur lena kemudianya.
Khasiat dari akar kelapa
Untuk sakit kulit iaitu gatal celah jari kaki, celah kangkang dan
sebagainya.Penyakit ini boleh diubati dengan akar kelapa terutamanya akar kelapa
gading.Potong akar itu kira-kira 2 atau 3 inci lalu direbus.Air rebus itu
diminum segelas setiap pagi selama 1 minggu.
Khasiat dari ubi jalar
Untuk
luka akibat terkena
benda tajam.Carilah sepertiga genggam ubi jalar atau ubi keledek dicuci bersih
dan digiling halus.campur pula dengan sedikit air kapur sireh dan terus
ditempelkan pada bahagian yang
luka akibat terkena benda tajam
tadi. Hasilnya
luka itu akan
kering dan terus sembuh.
Khasiat buah mentimun
Untuk wajah yang tumbuh bintik-bintik hitam bekas jerawat.Ambil buntut
mentimum lalu parut sepanjang 3-4 inci.Ambil kunyit sebanyak 4 buku kira-kira
sebesar ibu jari .Kunyit itu ditumbuk untuk diambil airnya.Kemudian air kunyit
itu dicampurkan dalam mentimum yang sudah diparut itu.Kemudian sapukanlah ke
muka tiap-tiap hari. Dengan izin allah, bintik-bintik hitam bekas jerawat itu
akan hilang.
Khasiat buah betik ubat sedu
Cincang sepohon buah pepaya yang sudah cukup masak, kemudian dicampur dengan
satu sudu air limau nipis serta 2 setengah sudu madu asli.Makan sedikit demi
sedikit . Lakukan 2 kali sehari.Satu cara lagi ialah dengan mengasapkan lapan
lembar daun sawi tanah dan terus dimakan 3 kali sehari.
Kopi halia ubat
kembung
Sediakan secawan kopi panas yang sudah ditaruh gula secukupnya.Halia pula
dipotong nipis lalu dibakar, kemudian ditumbuk atau dihaluskan.Perah air halia
ke dalam kopi dan tutup cawan kopi itu selama 15 minit supaya air halia itu
sebati dengan air kopi.Minum air kopi masa masih panas-panas sedikit demi
sedikit.Air ini juga boleh digunakan untuk mengubati orang yang selalu terasa
badannya sejuk,orang yang selalu pening dan tidak sedap badan.
Khasiat dari akar kayu sengugut
Ambil secekak akar kayu itu kemudian direbus di antara 2-3 jam.Selepas itu
tapis air tersebut dan bila sudah sejuk diminum 3 gelas untuk 3 kali
sehari.Amalkan selama 3-6 bulan dan anda akan beroleh cahaya
mata.Insya-Allah.
Khasiat pucuk jambu
Bagi wanita-wanita yang hamil
dan muntah-muntah cuba petua ini.Ambil beberapa tangkai pucuk jambu batu.
Bersihkan daun tersebut dan ditumbuk dengan sedikit garam.Bila sudah hancur atau
lumat dicampurkan dengan segelas air suam, biarkan air itu hening.Lakukan amalan
meminumnya selama 3 hari berturut-turut dan insya-allah anda tidak akan
muntah-muntah lagi.
Khasiat daun pisang menghaluskan telapak tangan
Bila anda memakan pisang, kulitnya jangan dibuang begitu juga kulit ubi
kentang.Sebabnya, ia boleh digunakan untuk menggosokkan telapak tangan dan
dicuci dengan air limau nipis.Hasilnya anda akan merasakan telapak tangan anda
menjadi lembut.
Khasiat bunga raya masalah gugur rambut
Cari daun bunga raya yang hijau beberapa helai dan dibersihkan lalu
dimasukkan ke dalam baldi berisi air dan ramaslah daun itu sehingga keluar air
hijau.Kemudian basuh rambut anda menggunakan air bunga raya tersebut.Biarkan
selama beberapa minit (5 minit) dan baru boleh dibilas.
Khasiat daun jarak
Ia mengubati penyakit perut kembung akibat masuk angin.Ambil daun ini 5-6
lembar.Panaskan di atas api hingga layu kemudian disapukan minyak kelapa dan
terus ditempel pada perut dan pinggang anak anda.Supaya daun itu tidak jatuh,
elok diikat dengan selendang.Insya-allah, penyakit itu akan sembuh dan anak anda
akan dapat tidur lena kemudianya.
Khasiat dari akar kelapa
Untuk sakit kulit iaitu gatal celah jari kaki, celah kangkang dan
sebagainya.Penyakit ini boleh diubati dengan akar kelapa terutamanya akar kelapa
gading.Potong akar itu kira-kira 2 atau 3 inci lalu direbus.Air rebus itu
diminum segelas setiap pagi selama 1 minggu.
Khasiat dari ubi jalar
Untuk
luka akibat terkena
benda tajam.Carilah sepertiga genggam ubi jalar atau ubi keledek dicuci bersih
dan digiling halus.campur pula dengan sedikit air kapur sireh dan terus
ditempelkan pada bahagian yang
luka akibat terkena benda tajam
tadi. Hasilnya
luka itu akan
kering dan terus sembuh.
Khasiat buah mentimun
Untuk wajah yang tumbuh bintik-bintik hitam bekas jerawat.Ambil buntut
mentimum lalu parut sepanjang 3-4 inci.Ambil kunyit sebanyak 4 buku kira-kira
sebesar ibu jari .Kunyit itu ditumbuk untuk diambil airnya.Kemudian air kunyit
itu dicampurkan dalam mentimum yang sudah diparut itu.Kemudian sapukanlah ke
muka tiap-tiap hari. Dengan izin allah, bintik-bintik hitam bekas jerawat itu
akan hilang.
Khasiat memakan belalang beras
Jika dimasak secara kukus, ia dapat mengubati penyakit susah hendak kencing
seperti dedas.Ia juga dapat mengubati penyakit buasir.Jika dimakan yang belum
bersayap dengan dibakarnya dapat menghilangkan bisa racun kala jengking.Jika
sentiasa memakan belalang ini maka dapat menguruskan badan.