Selasa, 14 Februari 2012


Posted: 13 Feb 2012 10:35 PM PST
Ustaz Azhar Idrus – Sambutan Hari Valentine  | Pada masa kini, masyarakat terutamanya dari golongan remaja gemar meraikan hari valentine bersama kekasih yang sememangnya tidak halal. Hari kekasih atau valentine’s day ini merupakan hari yang mana ia langsung bercanggah dengan ajaran Islam. ‘Berkasih sayang’lah  pada yang halal sahaja. Pihak JAKIM sendiri udah mengeluarkan fatwa bahawa meraikan hari valentine adalah haram. Jom ikuti video dan ulasan mengenai hari valentine oleh Ustaz Azhar Idrus.

Soalan daripada hadirin :
Ustaz, terangkan mengapa berlakunya valentine? Ramai orang Islam menyambutnya sedangkan tarikh itu ialah  paderi kristian.
Valentine ini ialah hari upacara keagamaan krisitian. Hukumnya haram orang Islam menyambutnya, dan sambut sambil memuliakan hari valentine boleh menjadi kafir iaitu keluar daripada Islam. Hari ini ramai yang sibuk mengingati tarikh-tarikh seperti valentine ini daripada mengetahui tarikh-tarikh kuliah agama, tarikh ulama nak datang beri kuliah dan sebagainya.
Habis budak-budak IPT, budak-budak muda yang lalai meraikan hari valentine. Hukumnya haram. Nauzubillah.
Valentine ini, merupakan nama bagi iaitu Pedro St. Valentino. Beliau merupakan paderi yang haram bernikah di dalam agama kristian, tetapi dia bercinta dengan seorang kekasih yang bernama Isabella. Maka gereja-gereja seperti Eropah, Perancis, Sepanyol, United Kingdom, England membenarkan paderi tersebut berkahwin kerana beliau mempunyai jasa yang banyak iaitu berjaya memurtadkan satu juta orang Islam di Sepanyol untuk masuk ke dalam agama kristian.
Walaubagaimanapun, gereja di Rome, tidak bersetuju. Tetapi akhirnya Pedro St. Valentino bernikah Isabella walaupun dianggap berdosa tetapi kerana jasanya memurtadkan satu juta orang Islam, maka beliau dibenarkan bebruat demikian.
Beliau dinikahkan pada 14 Februari. Maka, kita diharamkan untuk merayakan hari tersebut.
Melayukini.net – Sebagai orang Islam, kita sama sekali dilarang untuk merayakan atau menyambut hari valentine ini kerana kita sendiri sudah mengetahui sejarahnya secara ringkas. Semoga video ini dapat membantu kita untuk memahami serba sedikit mengenai hari yang menjadi ikutan remaja pada masa kini. Maka katakan tidak pada Valentine!
Jangan lupa untuk layari koleksi Artikel Agama Informasi Malaysia Kini

Posted: 13 Feb 2012 08:30 PM PST
Kenapa Kereta Sekarang Mudah Kemek?  | Banyak yang bertanya, marah, ada juga yang mengamuk bila kereta kemek, kan? Memang mahal kos bagi membaiki kenderaan kemek. Tapi, kita juga perlu sedar bahawa nyawa adalah anugerah yang paling bernilai. Kita ada insuran untuk kos membaiki kenderaan, tapi tidak nyawa. Jika dilihat, pembuatan kereta pada zaman 90-an seperti proton saga, bahagian bumper hadapan pun turut menggunakan besi aluminium. Tetapi kini, untuk mengurangkan kos, Proton telah menggunakan bahan fiber dan apabila berlakunya hentakan, bumper tersebut akan pecah seakan-akan plastik keras.
Mungkin ada yang tidak tahu, bahawa bahagian depan kenderaan sememangnya direka untuk kemek. Kawasan ini dipanggil zon kemek (crumple zone) yang berfungsi sebagai penyerap sebanyak mungkin hentakan sebelum tenaga hentakan ini dipindahkan kepada penumpang kenderaan.
Contoh ujian yang dapat dilakukan bagi membuktikan teori ini adalah dengan menghentak tangan anda kepada tilam spring dan kayu. Sudah pasti menghentak tangan pada kayu adalah menyakitkan daripada memukul tilam bukan? Dalam kes ini, tilam telah menyerap semua tenaga dengan “mengemekkan” dirinya. Jangan cuba menghentakkan tangan pada kayu.
Melayukini.net - Admin dulu pernah mengalami kemalangan yang mana kereta telah melanggar bumper kereta di hadapan. Maka, berlaku satu hentakan kuat dan mengakibatkan kereta menjadi kemek. Cuma seperti artikel di atas sebut, ia adalah bertujuan untuk mengurangkan dan menyerap tenaga hentakan.
Sumber: Info Kenderaan | Koleksi Automatif Melayukini.net

Tiada ulasan: