Salah Doktor @ salah bomoh @ salah siapa????? Ia mungkin berlaku kepada anda!
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha penyayang
Assalamualaikum wbh
Kira-kira
2 bulan lepas seorang pembaca Laman Emjay diizinkan Allah bertemu
dengan saya. Hamba Allah ini saya namakan Mat sempat menceritakan
masalahnya melalui email sebelum pertemuan ini. Berat juga masalah Mat
ini sudahlah kesihatan terganggu sehingga terpaksa berhenti kerja. Mula
berniaga namun bagai orang kata berniaga bulu kasap, hujung dapat
pangkal lesap. Mencari pekerjaan baru masih belum dapat.
Di
dalam pertemuan tersebut, Mat menceritakan masalah yang dihadapinya.
Dadanya pada bahagian kedudukan jantung di rasakan sakit. Pada waktu
sakit tersebut kadang-kadang dapat dilihat bahagian dada tersebut turun
naik dengan laju. Apa lagi Mat terus ke klinik membuat pemeriksaan
kesihatannya. Setelah selesai mengadu masalah dan melakukan pemeriksaan
termasuk ujian electrocardiogram (ECG or EKG), doktor pun berkata “MAT, ANDA SIHAT DAN TIADA SEBARANG MASALAH!”
Baliklah
Mat ke rumah dengan seribu persoalan. Doktor kata sihat tetapi perkara
yang dialami adalah serius. Pening Mat memikirkan perkara ini.
Beberapa bulan selepas itu, Mat sakit dada lagi dan dapat dirasakan jantungnya mengepam dengan laju. Peluh keluar di dahi. Nafas dirasakan sesak. Terasa macam nak mati. Mat pergi lagi ke klinik membuat pemeriksaan termasuk ujian electrocardiogram (ECG or EKG).
Sekali lagi doktor berkata “MAT, ANDA SIHAT DAN TIADA SEBARANG
MASALAH!”. Mat sangat sedar bahawa beliau tidak sihat kerana apa yang
dilaluinya adalah masalah serius namun doktor mengatakan beliau sihat.
Adakah sakit yang dialaminya ini sekadar mainan perasaan?
Beberapa
bulan selepas kes kedua berlaku, kes yang sama berulang lagi. Dan
selepas berubah doktor, hasilnya tetap sama. Doktor pun berkata “MAT,
ANDA SIHAT DAN TIADA SEBARANG MASALAH!”
Tidak
puas hati dengan tiga keputusan analisa dari doktor, Mat membuat
pemeriksaan lebih lanjut untuk mengetahui masalah sebenar yang sedang
dialaminya. Pemeriksaan oleh doktor kali ini luar biasa. Doktor memasang
electrode pada anggota tubuhnya namun kali ini
electrode ini perlu kekal di tubuh Mat untuk tempuh 24 jam. Selepas
selesai dipasang berbagai electrode dan perlatan lain, Mat disuruh balik
dan datang semula selepas 24 jam untuk ditanggalkan electrode dan data
yang terkumpul bakal dianalisa oleh doktor. Selama 24 jam ini Mat tidak
boleh mandi.
Keesokan
hari selepas 24 jam menjalani pengumpulan maklumat, Mat datang semula
menemui doktor untuk memperoleh hasil kajian. Setelah dianalisis doktor
pun berkata “MAT, JANTUNG ANDA SIHAT 100% DAN KALAU SDR NAK KAHWIN SATU
LAGI PUN BOLEH”. Keputusan pemeriksaan doktor
kali ini lebih menyakitkan hati. Mat memang tahu dirinya ada menghidapi
masalah kesihatan yang berat namun doktor masih mengatakan dirinya tiada
sebarang masalah.
Puas
berusaha dengan doktor tetapi tidak menghasilkan keputusan yang
memuaskan mendorong Mat berusaha secara tradisional dan bermulalah
episod syirik. Setengah pengamal perubatan mengaku melakukan secara
Islam namun tetap memberikan tangkal termasuk garam dan lada hitam. Ada
antara pengamal perubatan tradisional ini mengatakan bahawa “MAT, ENGKAU
INI DAH KENA PERBUATAN ORANG ........”. Memang begitulah kebiasaannya
apabila kita menemui bomoh. Apa segala penyakit pun yang dialami hatta
batuk, bomoh akan berkata “ini adalah perbuatan orang”. Bomoh adalah
syaitan dan syaitan manusia ini berusaha memporak-perandakan manusia
dengan membuat fitnah untuk mengapi-apikan sesama manusia.
Namun
setelah berusaha menemui beberapa “BOMOH”, kes dadanya masih berulang.
Akhirnya Allah meredhakan Mat untuk bertemu dengan saya. Setelah
menceritakan sejarah masalah dadanya, saya mula menyoal Mat berkenaan
tabiaat permakanannya. Alhamdulillah setelah puas menyoal, saya
memperolehi jawapan yang dikehendaki.
Mat
sememangnya dari kecil amat gemar makan margarine. Kalau makan pisang,
pisang tersebut akan terlebih dahulu dibelah dua dan dimasukkan
margarine ditengah-tengahnya. Pada diri Mat, pisang campur margarine ini
amat sedap. Makan roti dengan margarine dan makan apa pun dengan
margarine. Tabiaat ini berterusan sehingga waktu Mat bertemu saya.
Apabila
Mat masuk kerja di tempat kerja yang lalu, tempat kerjanya menyediakan
minuman dengan lengkap disediakan air panas, teh, kopi dan krimer. Apa
lagi barang percuma, apabila ada kelapangan Mat akan membuat air teh
atau kopi yang dicampur krimer. Beberapa minggu setelah memulakan
tabiaat tambahan mengambil krimer inilah Mat telah diserang sakit dada
di bahagian dada sebelah kiri. Tabiaat ini berjalan berterusan,
margarine di rumah dan krimer ditempat kerja.
Seterusnya setelah puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Mat, saya pun mula memberikan hasil diagnosa saya:
Mat
telah mengalami masalah jantung disebabkan permakanan yang merosak
iaitu margarine dan krimer. Masalah jantung ini belum sampai ke tahap
kronik. Apabila mencapai tahap kronik insyaAllah doktor dapat menemuinya
namun pada tahap ini adalah sukar untuk doktor mengenalpastinya.
Apabila doktor tidak dapat mengenalpastinya maka mereka mengatakan
jantung tidak bermasaalah sedangkan hakikatnya ialah jantung Mat sudah
separuh jalan bermasalah atau sudah mencapai tahap 50%.
Untuk merawati masalah jantung Mat, saya menasihatinya seperti berikut:
- Elakkan makan margarine, krimer dan segala makanan yang mengandungi krimer dan margarine.
- Tukar minyak masak di rumah kepada minyak jagung
- Elakkan makan makanan bergoreng, jika teringin gunakan minyak jagung.
- Elakkan makanan bersantan
- Elakkan makan pisang
- Elakkan mandi selepas makan
- Elakkan makan ais krim, burger, naget, sosej dan makanan segera / rapu lain.
- Elakkan makan kentang goreng terutama sekali French Fries sama ada yang dibeli di Mc Donald atau yang dibeli beku. Potato chip termasuk Pringles amat dilarang sama sekali
- Elakkan kacang goreng bergaram
- Elakkan kulit ayam, conet ayam
- Elakkan makan lemak daging (tetel). Lemak daging pada bahagian tengah satay daging juga perlu dielakkan. Setiap kali membuat sup tulang atau sup daging, pastikan minyak dilapisan atas sup tersebut dibuang dengan menceduknya.
- Kurangkan atau hadkan pengambilan daging. Tambahkan diet ikan.
- Elakkan nasi minyak dan nasi beriani kerana mengandungi margarine. Vanaspati juga dihasilkan dari minyak kelapa sawit.
- Elakkan pulut, ubi, keladi, keledek
- Makan sayur-sayuran terutama sayuran pahit termasuk pegaga, peria dan sebagainya dan jadikan kemestian setiap kali makan.
- Minum air misai kucing sekali sehari
- Makan kapsul habbatussauda mengikut aturannya.
- Ambil segenggam kacang hijau, dibasuh, direndam kira-kira 5 – 7 minit lalu direbus tanpa garam sehingga masak dan bukan sehingga lembut dan pecah kulitnya. Buang airnya dan makanlah setiap hari untuk kira-kira 3 bulan. Setelah tempuh ini boleh kurangkan kekerapan memakannya.
- Masukkan halba kira-kira kurang dari ¼ sudu teh untuk kira-kira keluarga yang sederhana – 4 dewasa 2 kanak-kanak pada setiap memasak beras.
- Ambil buah mengkudu yang sederhana besar yang sudah masak, basuh dan belah kepada 4 bahagian. Ambil satu bahagian dan masukkan ke dalam blender. Minumlah waktu pagi. Ulang satu bahagian lagi waktu malam. Rehat satu hari pada hari kedua dan ulang perkara yang sama pada hari ketiga. Ulangi perkara yang sama iaitu satu hari makan dan satu hari rehat. Selepas 3 minggu lakukan perkara yang sama dengan 2 hari rehat (berbanding 1 hari rehat dahulu). Selepas dua bulan, bolehlah minum seminggu sekali.
Semalam
pula seorang suri rumah menelefon untuk menceritakan masalah baru
suaminya. Suaminya tahun lepas mengalami masalah berkaitan buah pinggang
yang agak serius. Alhamdulillah tanda / simptom gangguan masalah buah
pinggang tidak ada lagi namun kini menghadapi masalah baru iaitu masalah
mirip Mat di atas. Dadanya berdegup pantas, sakit dada, sesak nafas dan
pada waktu serangan ini tapak tangak dan tapak kaki berpeluh basah.
Suaminya sudah menemui doktor namun doktor mengesahkan tiada sebarang
masalah berkaitan jantung. Alhamdulillah suami suri rumah ini terus
berhubung dengan saya dan minta izin untuk datang ke rumah saya.
Setelah
sesi soal jawab bersama suami suri rumah ini, punca masalah jantungnya
alhamdulillah telah dikenalpasti iaitu disebabkan pengambilan daging
yang mendadak meningkat akibat musim korban Eidul Adha pada awal
Desember lalu. Di rumah banyak makan daging dan tulang korban lembu
manakala di tempat kerja kerap makan daging dengan cendawan. Akibat
pengambilan daging yang mendadak kerap dalam tempuh sebulan, jantung
hamba Allah ini sudah bermasalah. Minyak dan lemak dari daging lembu
memang merbahaya untuk jantung. Itulah sebabnya kalau mengikut sunnah
Nabi Muhammad, beliau kerap makan daging yang berpanggang. Apabila
dipanggang, minyak dan lemak dari daging akan keluar dan ini dapat
dielakkan dari dimakan manusia dan menimbulkan masaalah kesihatan. Namun
apa yang menyedihkan, orang putih kafir banyak mengamalkan amalan
sunnah ini dengan makan daging STEAK (panggang) yang menyihatkan
manakala orang Melayu sudahlah tidak dibuang minyak dan lemak daging,
ditambahkan pula lemak minyak dari santan kelapa – amat tidak sihat
sekali.
Arwah guru saya mengajarkan apabila membeli daging, lakukan perkara berikut:
- Basuh daging (jangan dipotong)
- Masukkan ke dalam oven (letrik / gas) dan letakkan pada jaring besi.
- Pastikan dulang minyak dan segala lelehan dari daging dipasang
- Panggang pada suhu 170 -200 Celcius selama kira-kira 1jam 30 minit
- Setelah sejuk simpan di dalam peti sejuk beku
- Apabila nak masak daging seperti masak kicap, mee hoon dsbnya, ambil daging yang sudah dipanggang ini, defrost dalam microwave, dipotong dan masaklah. Bakinya disimpan semula ke dalam peti sejuk
- Melalui kaedah ini, segala minyak / lemak daging yang tidak diperlukan oleh tubuh dapat disingkirkan
Alhamdulillah saya telah menulis artikel tentang krimer bertajuk Kalau nak sihat, elakkan makan krimer (non dairy creamer) di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/191
Doktor
tidak wajar disalahkan dalam isu ini kerana ilmu mereka belum sampai ke
tahap sebagaimana diharapkan oleh pesakit. Bomoh pula memang sentiasa
berharap lebih ramai mereka yang bermasalah datang mengunjungi mereka
agar dapat mereka sesatkan dan menyertai mereka masuk neraka kerana ini
memang sudah menjadi ikrar mereka kepada Allah. Terdapat pula perawat
yang meyakini mereka menjalankan rawatan “secara Islam” namun hakikatnya
sesat dan memberikan tangkal garam dan lada hitam kepada pesakit.
Mereka dari golongan ini juga kerap mengatakan “awak sudah terkena perbuatan sihir” . Umat
yang lemah akan mudah mempercayai kata-kata bomoh seperti ini namun
kepercayaan kepada bomoh tidak membawa kemana-mana, masalah penyakit
tidak juga berubah malahan mungkin semakin parah. Semuanya sekadar
menjanjikan tiket untuk masuk ke neraka.
Sekian wassalam wallahuaqlam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan