Rumah dan pejabat yang tidak dimasuki Malaikat Rahmatby peribadirasulullah |
Soalan:Salam
ustaz, adakah haram memakai gelang kaki tapi tidak ada loceng?
Bagaimana pula hukumnya tentang pemakaian gelang tangan berloceng?mohon
penjelasan terperinci dari ustaz.
Jawapan:Bila
termenung jauh memikirkan masalah wanita sekarang ini, memang
kebanyakkan wanita ini pada setiap hari dalam kehidupan mereka
dibelenggu dengan dosa-dosa tanpa disedari oleh mereka. Kadang-kadang
saya lihat wanita yang faham agama juga terlibat dengan masalah ini.
Alasan mereka Islam tidak melarang berhias dan bercantik-cantik. Paling
malang lagi, mereka mengajarkan orang lain dengan pandangan mereka yang
singkat tanpa menjelaskan secara terperinci pakaian yang dikehendaki
oleh Islam. Saya tidak mahu menyentuh dan membahas secara panjang
masalah pakaian wanita ini, sebab sebelum ini juga saya telah buat
beberapa artikel yang berkaitan dengan masalah pakaian wanita ini. Di
kesempatan yang ada ini, saya hanya fokus kepada persoalan yang telah
dikemukakan di atas iaitu hukum pakai gelang kaki tanpa loceng. Firman
Allah yang bermaksud :
“Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An-Nur : 31)
Berdasarkan
firman Allah di atas ini, jelas bagi setiap wanita tentang tatacara
berpakaian yang dituntut di dalam Islam. Malah wanita tidak dibenarkan
berjalan secara berhentak-hentak kaki kerena ia mampu menarik perhatian
orang lain yang bukan mahramnya. Ini juga dapat menimbulkan fitnah
buatnya. Perlu diketahui bagi sekelian wanita yang cintakan Islam yang
memakai kasut bertumit, apabila mereka berjalan ia akan mengeluarkan
bunyi yang kuat, ini juga boleh menarik perhatian dan minat orang yang
bukan mahram terutamanya lelaki. Perkara ini juga boleh digolongkan
dalam larangan Allah akan wanita yang berjalan dengan hentak-hentak kaki
dan mengeluarkan bunyi. Begitu juga bagi wanita yang memakai gelang
kaki berloceng, bila berjalan ia dapat menghasilkan bunyi gelang dan
perbuatan ini juga sangat dilarang di dalam Islam. Tegahan ini telah
dibuatkan di dalam Kitab Bahrul Mazi memakai loceng adalah ditegah oleh
syarak kerana bunyi loceng itu menyebabkan tiada malaikat Rahmat
mendekatinya. Penegasan ini berdasarkan kepada Hadis Rasulullah yang
bermaksud :
“Tiada menyertai malaikat Rahmat bersama jamaah (kumpulan) yang ada di dalamnya anjing dan loceng” (Riwayat Tarmizi)
Penegasan
ini juga termasuk loceng yang terdapat digelang kaki dan juga loceng
yang terdapat dipergelangan tangan. Bagi sesiapa yang melakukannya, maka
lebih baik bertaubat dan meninggalkan perbuatan tersebut. Ini akan
merugikan kita semua. Kalau ada wanita yang memakai gelang kaki tanpa
ada loceng, ini tidak menjadi masalah dan perbuatan tersebut adalah
harus, kerena ia tidak dapat menarik perhatian orang lain, tambah lagi
gelang kakinya disembunyikan disebalik pakaiannya. Apa-apapun bergantung
kepada niatnya, kalau ia pakai untuk menarik perhatian orang yang bukan
mahram akan perhiasan yang dipakai olehnya, maka ia boleh mendatangkan
dosa dan maksiat. Kadang-kadang setengah wanita mereka memakai atas
sebab keinginan kekasih lelaki mereka atas alasan apabila mereka pakai
akan lebih menarik dan cantik. Tidak menjadi masalah kalau perbuatan
tersebut disebabkan suruhan suami. Secara logiknya, kebanyakkan wanita
yang memakai gelang kaki, tidak menutup aurat kaki dengan memakai stokin
atau seumpamanya. Mungkin disebabkan sukar kerana gelang tidak dapat
dimasukkan ke dalam stoken atau takut orang lain tidak nampak. Kalau
begini punya persepsi, maka sudah pasti ia menjadi dosa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan