Posted: 22 Nov 2011 04:34 AM PST
ORANG
yang paling naif sekalipun tentang kewangan sudah mulai terasa
penurunan nilai wang kertas utama dunia – Dolar Amerika. Wang kertas
yang menjadi sandaran utama dunia dalam urusan jualbeli dan perniagaan.
Ini jelas tergambar dalam kadar inflasi yang semakin meningkat dengan
cepat. Apa kaitan kejatuhan ringgit dengan nilai dolar pula? Kerana
dolar adalah nilai sandaran kepada ringgit!
Dalam bahasa mudahnya – wang yang ada
ditangan kita menjadi semakin tidak bernilai dari hari ke hari.
Bagaimana mengatasi hal ini? Tiada cara mudah melainkan dengan membuat
lebih banyak wang untuk kegunaan perbelanjaan. Apa lagi kalau bukan
bekerja lebih keras untuk mendapat upah yang lebih tinggi. Mungkin kerja
lebih masa, mungkin membuat bisnes sampingan atau mungkin menyimpan
ringgit dalam bentuk emas.
Di sinilah datangnya keperluan untuk
mengetahui bagaimana membuat pelaburan emas. Ia kalis inflasi dan boleh
menjadi pelindung kepada nilai ringgit.
Saya tidak mahu menghampakan para pembaca
blog saya ini. Tajuk kita kali ini ialah rahsia pelaburan emas. Jadi
saya akan berkongsikan serba sedikit bagaimana membuat pelaburan emas
yang betul kerana saya juga seorang pelabur emas..
Di Malaysia, pelaburan emas boleh dilakukan melalui tiga kaedah yakni:
1. Pelaburan Akaun Pelaburan Emas
Sehingga hari dimana saya menulis artikel
ini, sudah terdapat lima jenis akaun pelaburan emas (sebelum ini hanya
tiga sahaja), iaitu:
a. GIA
b. MGIA
C. GAI
d. GSA
e. DGA
b. MGIA
C. GAI
d. GSA
e. DGA
Untuk mendalami setiap satu daripada akaun-akaun pelaburan emas ini dengan lebih lanjut dan terperinci, saya cadangkan anda membaca panduan memilih akaun emas yang betul ini.
2. Pelaburan Emas Fizikal
Seterusnya, cara dimana menggunakan
kaedah pembelian emas fizikal. Secara peribadi, saya amat menggalakkan
pelaburan emas fizikal disebabkan beberapa kelebihan. Kaedah ini boleh
dilakukan melalui tiga cara:
a. Gold Coin
b. Gold Bullion
c. Barangan Kemas
b. Gold Bullion
c. Barangan Kemas
Dimana tempat mendapatkan emas fizikal di
Malaysia? Untuk pengetahuan anda, terdapat 7 tempat terbaik (institusi
utama) untuk mendapatkannya. Saya bukanlah orang yang berautoriti untuk
menerangkannya satu persatu. Bagaimana pun jika anda berminat
mengetahuinya, ketahuilah daripada yang pakar di sini.
3. Pelaburan Dalam Perniagaan Emas
Ini adalah kaedah yang jarang-jarang didedahkan orang. Anda memang bertuah kerana menjadi pembaca blog ini..
Melalui cara pelaburan dalam perniagaan emas ini anda akan untung
tidak kira harga emas naik mahupun ketika harga emas jatuh! Menarik
bukan?
Buat masa ini, hanya ada tiga syarikat
yang menawarkan peluang kepada individu untuk melabur dalam perniagaan
emas yakni PG, GCP dan NUBEX.
Saya tidak akan kata pelaburan emas itu
mudah. Saya juga tidak akan kata anda hanya perlu mengetahui suatu
rahsia dan anda akan berjaya. Ianya adalah berkenaan pengetahuan –
mengetahui maklumat mengenai cara pelaburan emas yang betul. Baharulah
boleh menjamin kejayaan dalam pelaburan emas. Diharapkan dengan
pendedahan ini, sedikit sebanyak memberi gambaran kasar bagaimana
sebenarnya pelaburan emas dilakukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan