1. Medu angin berpunca daripada angin kotor yang mengandungi karbon
dioksida dan bahan-bahan perkumuhan lain. Angin kotor tersebut
terperangkap di dalam tubuh kita yang bermula daripada perut semasa
proses pencernaan makanan. Kandungan asid hidroklorik yang tinggi dalam
tubuh juga akan menyebabkan urat-urat/usus pengidapnya lemah/kembang dan
ini memberikan ruang kepada angin kotor untuk mendudukinya. Faktor
keturunan adalah pendorong utama kepada penyakit ini. Pada umumnya,
pengidap sakit ini akan selalu mengalami masalah kembung perut, lemah
badan, hilang semangat dan seumpamanya.
2. Angin kotor yang terperangkap di dalam usus akan mengakibatkan
sembelit dan rasa senak diperut. Angin kotor yang menyongsong ke atas,
akan menyebabkan pedih ulu hati dan mengganggu sistem pernafasan seperti
batuk berpanjangan dan sesak nafas. Apabila ia naik ke kepala, pengidap
sakit ini akan mengalami sakit kepala, pelupa, pemarah, murung, sukar
tidur, selalu mengantuk atau berserabut tanpa sebab. Angin kotor yang
menyongsong ke bawah akan masuk ke dalam sistem pembiakan. Bagi kaum
wanita, mereka berkemungkinan besar akan mengalami senggugut angin dan
boleh menyukarkan kehamilan serta ketidakselesaan. Bagi kaum lelaki
pula, mereka akan mengalami sakit uluran, di mana buah zakar mereka akan
membesar dan kebiasaannya besar sebelah sehingga boleh mencapai saiz
sebesar sebiji buah kelapa.
3. Apabila angin kotor tersebut masuk ke dalam urat, sistem peredaran
darah pesakit akan terganggu. Segala zat-zat makanan dan oksigen yang
di bawa oleh darah tidak akan sampai dengan sempurna kepada organ-organ
pengidap sakit ini. Oleh kerana itu, seluruh sistem tubuh mereka akan
menjadi lemah dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Mereka juga akan
lebih terdedah kepada penyakit angin ahmar atau lumpuh dan pelbagai lagi
jenis penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan seumpamanya.
Petua 1: Amalkan meminum rebusan akar hempedu bumi.
Ambil segenggam akar tersebut dan rebuskan dengan seperiuk kecil air.
Biarkan air tersebut mendidih sehingga airnya tinggal ½ periuk. Minum
segelas pagi, tengahari dan malam.
Petua 2: Ambil segenggam daun gentang guri. Rebus
dan minum airnya. Manakala, akarnya diasah dan sapukan pada perut, dada
dan belakang pada waktu pagi, tengahari dan malam.
Nasihat Untuk Pengidap Medu Angin - Anda
dinasihatkan menjaga pemakanan. Berikut ialah di antara jenis-jenis
makanan dan minuman yang dilarang makan/minum untuk sementara waktu:
1. Makanan/Minuman yang Sejuk
- Tembikai, pisang goreng/mentah, duku, ciku, manggis dan betik.
- Kangkung, kacang panjang, kacang bendi, labu, terung, keladi dan kacang hijau.
- Air batu, air wap, air kelapa dan air teh.
2. Makanan/Minuman Masam (berasid)
- Mempelam masam, semua jenis jeruk, acar, cuka dan limau masam.
- Daging kerbau.
3. Makanan/Minuman Bergas
a. Durian.
b. Tapai.
c. Air botol/tin bergas.
4. Makanan/Minuman mengandungi Kafein.
a. Kopi, Nescafe, Indo Cafe dan seumpamanya.
b. Rokok.
5. Lain-lain Makanan/Minuman Yang Boleh Mendatangkan Angin
a. Petai, jering dan kerdas.
b. Susu tin (cair, krimer atau pekat manis).
AMALAN LAIN YANG PERLU
- Buatlah senaman regangan urat sewaktu hendak tidur dan baru bangun dari tidur.
- Kalau boleh, jangan tidur malam dengan berkipas. Seandainya hendak
berkipas juga, jangan pasang kipas terlalu kuat. Jika anda menggunakan
penghawa dingin, hendaklah mengenakan selimut.
- Selalu amalkan meminum segelas air masak/suam pada waktu pagi supaya perut anda tidak kosong.
- Jangan biarkan perut kosong. Sekiranya terasa lapar dan tidak dapat makan banyak, makanlah sedikit agar perut tidak masuk angin.
- Apabila anda terasa ingin buang air besar atau kecil, bersegeralah ke tandas.
- Jika anda terasa ingin buang angin, jangan ditangguh-tangguhkan. Lepaskanlah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan