IBLIS SUDAH BERJAYA??!!
Syaitan dan Iblis zaman dahulu sampai sekarang dah jadi kawan karib manusia. Di zaman IT, syaitan dan Iblis pun dah takut dekat manusia. Dia dilaknat oleh Allah SWT dan dibuang dari syurga kerana satu kesalahan sahaja kerana tidak mahu sujud pada Adam. Tetapi dia berkawan dengan manusia dia jadi sedar, subuh-subuh pagi kawan manusia ni tak sembahyang subuh, sedap tidur lena, masuk waktu zuhur pun tak sembahyang, pergi makan tengahari.
Masuk waktu asar pun kawan manusia sibuk dengan kerja sampai terlupa nak sembahyang. Makin risau Iblis. Tergugat juga untuk berkawan dengan manusia ni. Tiba waktu maghrib pun sama tak sembahyang masih rehat tengok TV Astro. Sampai masuk waktu insya pun tak sembahyang, sibuk dengan kawan-kawan di facebook pula.
Semakin risau Iblis, jadi tak senang duduk. Iblis pun fikir. Dulu aku cuma melakukan satu kesalahan saja sudah dil
aknat oleh Allah SWT. Tetapi kawan aku manusia ni sudah melakukan lima kesalahan masih tidak takut dilaknat oleh Allah SWT. Dia ni lebih jahat dari aku. Baik aku pun lari meninggalkan k
awan manusia ni. Iblis pun cari kawan manusia baru. Mungkin anda pula.
Syaitan telah mengadakan pakatan iblis. Di awal ucapannya, syaitan berkata:
"Kita tidak dapat menghalang umat Islam dari mendatangi masjid, kita tidak dapat menghalang mereka dari membaca al-Quran dan tahu akan perkara-perkara yang benar. Malah kita tidak dapat menghalang mereka dari membentuk sebuah perhubungan intim dengan Allah.
Sebaik sahaja mereka dapat menjalin perhubungan tersebut maka pengaruh kita keatas mereka akan terputus.
"Oleh itu biarkanlah mereka ke masjid-masjid mereka, biarkanlah mereka menikmati hidangan makan ma
lam mereka yang tertudung, tetapi curilah waktu mereka, supaya mereka tidak mempunyai masa untuk membina perhubungan dengan Pencipta."
"Apa yang aku ingin kamu lakukan ialah" kata Syaitan:"
Lalaikan mereka dari berhubung dengan tuhan mereka dan mengekalkan perhubungan yang penting itu sepanjang hari."
"Bagaimana caranya?" jerit para iblis.
"Sibukkan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dalam kehidupan dan rekalah berbagai-bagai cara untuk memenuhi minda mereka, "
Jawabnya "Pengaruhi mereka untuk belanja, belanja, belanja dan hutang, hutang, hutang.
Pujuk isteri-isteri m
ereka untuk keluar bekerja buat jangka waktu yang panjang dan suami-suami mereka untuk bekerja 6 - 7 hari seminggu, 10 – 12 jam sehari, guna untuk membiayai gaya hidup mereka yang kosong itu."
"Halang mereka dari menghabiskan waktu dengan anak-anak mereka. Apabila keluarga mereka mula retak, tidak lama nanti, rumah mereka tidak lagi menawarkan ketenangan dari tekanan kerja."
"Rangsa minda mereka sehingga mereka tidak dapat lagi mendengar suara hati mereka. Umpan mereka untuk mendengar radio atau keset sewaktu memandu, biarkan TV, VCR, CD dan PC mereka sentiasa terpasang di rumah-rumah mereka dan pastikan setiap kedai dan restoran di dunia ini sentiasa memainkan muzik yang tidak Islamik.
Ini akan membenakkan minda mereka dan memutuskan perhubungan dengan Allah."
"Penuhkan meja-meja mereka dengan majalah dan akhbar. Sumbatkan minda mereka dengan siaran berita 24 jam. Cerobohi saat memandu mereka dengan papan-papan iklan.
Penuhkan peti-peti surat mereka dengan mel remeh, katalog, sweepstakes dan segala jenis surat berita dan promosi-promosi yang menyediakan barangan dan perkhidmatan percuma dan impian palsu."
"Masukkan gambar model-model yang cantik dan ramping di dalam majalah dan TV agar para suami berpendapat bahawa kecantikan luaranlah yang utama, dan mereka akan tidak berpuashati dengan isteri- isteri mereka."
"Buatlah agar para isteri terlalu letih untuk bersama dengan suami mereka di malam hari.
Tambahkan sekali dengan pening kepala!
Jika mereka tidak bersama seperti yang dikehendaki oleh suami mereka,suami akan meninjau-ninjau di tempat lain. Ini akan memporak- perandakan keluarga mereka dengan pantas."
"Gembar gemburkan perayaan-perayaan penganut agama lain untuk melalaikan mereka dari mengajar anak-anak mereka makna Islam yang sebenar dan hari-hari perayaannya."
"Biarkan mereka berlebih-lebihan meskipun sewaktu berekreasi.
Buatlah sehingga mereka terlalu letih untuk berekreasi. Sibukkan mereka sehingga tidak sempat untuk memerhatikan alam semulajadi dan memikirkan tentang ciptaan Allah.
Sebaliknya hantarlah mereka ke taman-taman hiburan, acara-acara sukan, pementasan, konsert dan panggung wayang."
"Jadikan mereka sibuk, sibuk, sibuk!"
"Dan apabila mereka bertemu untuk berbincang hal-hal kerohanian, libatkan mereka dengan umpatan dan cakap-cakap kosong supaya hati mereka tidak tenang ketika bersurai."
"Lambakkan hidup mereka dengan kerja-kerja amal sehingga mereka tidak mempunyai kesempatan meminita pertolongan dari Allah.
Tidak lama selepas itu mereka akan melakukannya dengan kudrat mereka sendiri, mengorbankan kesihatan dan keluarga mereka untuk kerja-kerja amal tadi."
"Pasti berhasil! Pasti berhasil!" Bukan calang-calang perancangan ini!
Para iblis dengan tidak sabar-sabar memulakan tugasan mereka untuk menjadikan umat Islam di mana jua menjadi semakin sibuk dan semakin terkejar-kejar ke sana ke sini.
Hanya mempunyai sedikit masa sahaja untuk Tuhan mereka atau keluarga mereka.
Mari renungkan..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan