Posted: 05 Feb 2012 10:30 PM PST
Hukum Mengambil Gambar (Bidang Fotografi)
| Sejak akhir-akhir ini, ramai orang telah menceburi bidang fotografi
dan menjadikannya sebagai satu pekerjaan sampingan. Bermula dengan era kamera DSLR,
bidang ini dilihat mampu menjadi salah satu pekerjaan yang mampu
meraih pendapatan yang tinggi. Ekoran daripada itu, ramai yang lupa
bahawa setiap benda yang kita lakukan perlu mengikut syariat Islam. Di
sini terdapat koleksi soal jawab mengenai hukum mengambil gambar fotografi terutamannya dalam majlis perkahwinan.
1) Adakah dibolehkan saya mengambil gambar pengantin perempuan yang sedang disolekkan yang tidak menutup rambut kerana ia diminta oleh pengantin perempuan?
Jawapan: Mengikut Dr. Yusof Al-Qaradhawi, walaupun fotografi harus hukumnya, tapi hukumnya bergantung kepada objek fotografi atau objek yang di ambil oleh jurugambar itu. Jika gambar yang diambil adalah gambar bogel, maka ketika itu hukum fotografi adalah haram. Begitu juga gambar perempuan yang membuka auratnya. Hukum yang kedua, hukum melihat aurat perempuan tanpa keperluan yang darurat (seperti perubatan bagi seorang doktor), maka hukumnya adalah haram. Maka hukum anda mengambil gambar-gambar perempuan yang mendedahkan aurat adalah haram hukumnya. Permintaan pelanggan bukanlah alasan untuk mengharuskan yang haram.
2) Apakah rezeki yang saya terima dari mengambil gambar pengantin sedang disolekkan ini halal?
Jawapan: Tidak halal.
Ini kerana mengikut kaedah fiqh, “Al hukum bil wasilah hukmu bil
maqosyid” (hukum bagi wasilah adalah hukum dari maksud), ia datang dari
kaedah fiqih, “Ma haruma isti’maaluh, haruma ittikhaazuh” (yang haram
penggunaannya, haram pula memperolehinya) (Muhamamd al-Zarqa’, syarah
qawaid/389).
3) Bagaimana pula dengan hasil rezeki
gambar-gambar pengantin perempuan yang menutup aurat penuh? Adakah
rezeki yang diterima itu halal?
Jawapan: Halal. Ia kembali kepada hukum asal fotografi adalah harus dan harus pula rezeki dari foto-foto yang halal.
4) Bolehkan saya menolak jumlah wang
gambar pengantin perempuan yang tidak menutup aurat ini daripada
keseluruhan wang hasil gambar perkahwinannya? Maknanya saya hanya
memakan hasil gambar yang diambil pengantin wanita yang menutup aurat
sahaja (memberikan hasil ini sebagai rezeki keluarga) dan hasil gambar
yang tidak menutup aurat saya tidak memakannya (iaitu menggunakan hasil
itu dengan membeli kamera/filem baru).
Contohnya
harga pakej gambar ialah RM100. Katakan ada 40 (40%) keping gambar
pengantin wanita tidak menutup aurat rambut dan 60 (60%) keping lagi
menutup aurat penuh. Jadi saya memberikan rezeki RM60 itu kepada
keluarga saya dan RM40 itu saya tidak memakannya (dan menggunakan RM40
utk membeli filem/lensa).
Jawapan: Amalan spt ini sebenarnya tidak
pernah dilakukan oleh orang Islam sebelum ini khususnya di zaman
salafus-soleh. Mereka berpegang teguh dgn hadis Asy-Syarif, hadis no.6
dalam Matn arba’een anNawawiyah (Matan hadis 40 Imam Nawawi) dari Nu’man
bin Bashir yang dikeluarkan oleh Dua Sahih Bukhari-Muslim, “Sesungguhnya
yang Halal itu jelas, yang haram itu jelas dan di antara keduanya
banyak perkara syubahah (samar-samar) yang kebanyakan manusia tidak
mengetahuinya.”
Maksudnya jika kita melakukan begitu,
cuba membuat perakaunan (accounting) ini dari sumber halal dan ini dari
sumber haram, ini kerana kita takut accounting itu tidak tepat dan masih
ada yang syubahah. Lagipun dalam tubuh orang Islam itu tidak berhimpun
sifat halal dan haram serta syubahah. Dia hanya mengutamakan halal
bayyin dalam semua urusan hidupnya. Dalilnya: “Allah sekali-kali tidak
menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya.” (Quran 33:04).
Maksud ayat ini, orang Islam dia hanya ada satu buah hati, ada satu
pilihan, hanya memilih yang halal sahaja dan menjauhi syubahah apatah
lagi yang haram dalam urusan hidupnya.
Melayukini.net - Maka, kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Berkenaan tentang fotografi
pula, elakkan kita mengupload gambar-gambar yang tidak menutup aurat
terutamanya pengantin perempuan. Selain menambah dosa, kita juga turut
mendapat saham kerana mendedahkan gambar orang Islam yang tidak menutup
aurat.
Sumber: Yang Ariff | Koleksi Koleksi Agama Melayukini.net
Tiada ulasan:
Catat Ulasan