Selasa, 7 Februari 2012


Posted: 14 Dec 2011 08:30 PM PST
SAYA percaya tidaklah terlalu ramai pembaca blog ini yang mengetahui bahawa sinar inframerah terbahagi kepada tiga bahagian yakni sinar inframerah dekat (0.75-1.5 mikron), sinar inframerah sederhana (1.5-4 mikron) dan sinar inframerah jauh (4-1 000 mikron). Apalagi mengetahui ciri dan perbezaan di antara ketiganya. Sebab saya sendiri pun tidak tahu pada mulanya. Hehehe..
Ciri Dan Fakta Sinar Inframerah Jauh
Namun disebabkan keinginan untuk menjadikan blog ini terisi dengan kandungan yang pelbagai dan bermakna maka saya harus juga cuba merajinkan diri membaca terbitan-terbitan dan laman-laman yang memperkatakan mengenai sinar inframerah ini.
Saya sama sekali tidak mahu blog ini menjadi kaku dan kecil. Kaku dengan perbincangan yang mengecil dan kecil kerana tidak mahu melebar. Jadi marilah kita berkenalan dengan sinar inframerah jauh..
6 ciri sinar inframerah jauh:
1. Tergolong sebagai gelombang magnetik tidak terlihat mata kasar.
2. Boleh diserap oleh pelbagai objek termasuk haiwan dan tumbuhan dan menjadi panas.
3. Memberi kepanasan yang stabil.
4. Mampu menembusi bahagian dalam objek.
5. Mempunyai fungsi penyerapan gema (resonance).
6. Berupaya mengaktifkan molekul.
Fakta menarik tentang sinar inframerah jauh:
- Pada tahun 1800, Hecher seorang saintis Jerman menemui cahaya yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar ketika meneliti cahaya matahari menggunakan kaca trigon.
- Dalam gelombang panjang sinar inframerah jauh (4-1 000 mikron), gelombang yang berukuran antara 4-16 mikron adalah sinaran yang paling banyak diserap oleh organisma, hatta ia digelar ‘Sinar Pendorong Kehidupan’ atau ‘Cahaya Hidup’.
- Tubuh manusia yang sihat mempunyai sinar inframerah jauh yang kuat, berjemur atau bermandikan cahaya matahari adalah antara cara untuk menambah sinar inframerah jauh di dalam tubuh manusia.
- Selepas bertelur, haiwan seperti penyu akan meninggalkan telurnya menetas dan anak-anaknya membesar di bawah pancaran cahaya matahari kerana kehadiran sinar inframerah  jauh di dalam cahaya matahari.
- Semua hidupan, dalam keadaan tertentu dapat memancarkan sinar inframerah jauh antara contoh ayam yang sedah menetaskan telur.
Sebagai orang kebanyakan, semua ini tidaklah terlalu penting untuk diketahui sebenarnya tetapi tidak pula menjadi suatu kerugian mengetahuinya melainkan anda menjadi lebih bijak..

Tiada ulasan: