Jumaat, 3 Februari 2012

Alhamdulillah, rawatan melalui internet berkesan bagi kes gastrik!

Pada 30 Januari, saya telah meng “UPLOAD” sebuah artikel bertajuk GASTRIK & ULCER PUNCA DAN RAWATAN alternatif. Artikel ini juga alhamdulillah telah dihantar ke Laman TKO dan diterbitkan pada Jumaat 2 Februari 2007.

Ekoran dari artikel ini, saya telah menerima banyak juga email dari mereka yang ingin bertanya lebih lanjut berkenaan gastrik. Antara email tersebut saya terima dari sdr saya namakan XYZ. Berikut adalah email dari XYZ


To: kangmasjb@hotmail.com
Subject: Gastrik
Date: Fri, 02 Feb 2007 12:45:42 +0800

Assalamualaikum,
Saya amat tertarik dengan artikel tuan mengenai tajuk di atas
kerana saya sendiri mengalami masalah gastrik. Apa yang sangat
menarik minat saya ialah senarai makanan yang perlu dielakkan
sebagaimana yang tuan senaraikan. Daripada artikel berkenaan, saya
dapat merumuskan bahawa tuan mempunyai kebolehan untuk membuat
rawatan tradisional bagi pesakit gastrik. Jika boleh saya ingin
meminta sedikit pandangan dan nasihat daripada tuan - apakah
makanan harian bermula daripada sarapan pagi hingga makan malam
yang amat sesuai untuk diamalkan oleh pesakit gastrik? Saya pernah
dinasihatkan untuk mengamalkan habatul sauda. Namun begitu saya
rasa kurang sesuai kerana ada rasa seperti kopi dalam habatul
sauda. Apabila saya minum habatul sauda, rasa kopi menyebabkan
perut kurang selesa dan sukar tidur malam,
Sekian, Terima Kasih.
(XYZ)


Setelah menerima email dari sdr XYZ tersebut, saya telah menulis membalas email tersebut pada hari yang sama seperti berikut:

From: 
To: XYZ@hotmail.com
Subject: RE: Gastrik
Date: Fri, 02 Feb 2007 16:43:37 +0800

Waalaikumsalam wbt
Elakkan dari mengambil susu rendah lemak atau susu high low. Orang
barat menakutkan kita semua dari minum susu biasa (fullcream).
Sebenarnya mereka ini membuat fitnah. Insya Allah susu lembu biasa
(atau susu tepungnya) mengandungi khasiat rawatan penyakit gastrik.
Bila anda menggunakan susu rendah lemak, HL atau Anlene, khasiat
ini telah hilang.

Bila keadaan gastrik masih kerap, elakkan dari makan roti kerana ia
mengandungi yeast. Gantikan dengan biskut  cream cracker adalah
lebih baik.

Roti naan dan piza ada mengandungi yeast juga, elakkan.

Perbanyakkan makan nasi lebih baik bagi makan tengahari dan malam.

Selain dari mengamalkan nasihat yang saya berikan di internet, saya
mencadangkan :

1. pagi minum susu (boleh campur horlick) dengan biskut cream
cracker atau kuih (tidak mengandungi pulut atau ubi atau keledek
atau kentang)
2. 10.30 minum susu dengan kuih atau biskut
3. tengahari  makan nasi dan elakkan sayuran yang berangin seperti
sayur nangka, pisang dsb. Jangan minum air batu selepas makan atau
air manis. Berubah kepada air suam selepas makan tengahari.

4. pukul 4 ptg minum susu dengan biskut atau kuih. Elakkan kuih
yang ada yeast seperti donat, kuih dari pulut dan yang pedas. Juga
elakkan makanan dari ubi, keledek, keladi dan kentang.
5. Makan malam dengan nasi (bukan roti) disudahi air suam.
6. Sebelum tidur minum susu lagi.
7. Elakkan teh, nescafe, sunquick, orange squash, milo, air limau
8. Elakkan makanan mengandungi cuka.
9. Kalau boleh cari jus mengkudu pun baik juga dan lebih baik buat
sendiri (optional)
10. Elakkan ubat doktor dan habbatusauda jenis minyak serta milk of magnesia

InsyaAllah kalau diamalkan angin berkurang dan selepas 2 bulan
gastrik dah lega.

Hubungi saya sekiranya selepas mengamalkan amalan ini, penyakit sdr
masih tidak berkurang.

Wassalam wallahualam.

Emjay

Selepas membalas email sdr XYZ, kami tidak berhubungan dan saya tidak tahu sebarang perkembangan dari XYZ. Alhamdulillah pada pagi ini, 1 Mac 2007 saya terlihat email dari xyz yang saya lampirkan seperti berikut:

From: XYZ
To: kangmasjb@hotmail.com
Subject: RE: Gastrik
Date: Thu, 01 Mar 2007 08:19:03 +0800

Assalamualaikum,
Terima kasih di atas panduan dan nasihat Tuan. Alhamdulillah ada
perubahan yang baik. Disini saya ingin mendapatkan pandangan dan
nasihat dari Tuan, jika tidak keberatan  tentang masalah gout. Sejak
akhir-akhir ini saya sering menghadapi masalah gout walaupun saya
amat jarang mengambil udang, sotong, daging dan sebagainya. Jadi
boleh kah Tuan berikan sedikit panduan tentang permakanan yang perlu
saya elakkan untuk mengatasi masalah gout ini. Sekian, terima kasih.

XYZ

Alhamdulillah di atas kurnia rahmat Allah kepada XYZ. Saya sekadar memanjangkan sedikit ilmu yang dikurniakan Allah, semoga Ia redha dengan apa yang saya lakukan.

Saya telah membalas email tersebut dan memberikan petua / tips mudah-mudahan sembuh dari penyakit gout.

Sekian wassalam wallahualam.

Tiada ulasan: