Jumaat, 17 Februari 2012


Posted: 23 Jan 2012 08:36 AM PST

Salam Pembaca Yang Budiman,

N3 kali ini tentang rawatan penyakit gatal kulit, gegata atau lapar garam. Sebelum itu kita kenal dahulu punca gatal itu yang menyebabkan alahan kepada makanan yang menyebabkan alahan seperti selalu suka makan sambal belacan, udang, sotong dan lain-lain makanan yang boleh akibatkan gatal. Jika ditukarkan cara permakanan seharian kita dengan meninggalkan makanan yang disebutkan tadi, insyaAllah penyakit gatal itu akan hilang sendiri.

Tetapi alahan bukan kepada makanan sahaja. Banyak faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan badan rasa gatal. Kali ini captain membuat N3 tentang dua perkara yang menyebabkan penyakit kulit iaitu: 

1. Gegata/lapar garam. 
2. Penyakit kulit Gatal. 

Captain bukanlah seorang doktor, jadi maklumat tentang gatal yang selalu berlaku kepada kita diambil dari beberapa sumber perubatan. 

(1) GEGATA/LAPAR GARAM

GEGATA DI BAHAGIAN BAHU

GEGATA DI BAHAGIAN PAHA

Punca utamanya boleh disebabkan oleh alahan dan bukan alahan. Dan bahan kimia disebalik kejadian ini adalah histamine yang dihasilkan oleh badan kita. Bahan ini akan menyebabkan salur darah mengembang dan pembengkakan tisu disekeliling tempat tersebut. Bahan ini juga yang akan menyebabkan kegatalan.

Simptom-simptom

1) Kulit membengkak, merah, pelbagai saiz dan bentuk.
2) Gatal dan kadang-kadang sakit.
3) Dermatographism. Kulit akan membengkak jika digaru.
4) Biasanya bengkak akan surut dalam masa 24 jam, tetapi akan berlaku pada bahagian badan yang lain.

Punca-punca atau penyebab.

1) Makanan
2) Ubat
3) Sentuhan kepada allergen
4) Sengatan
5) Bisa binatang
6) Radiocontrast
7) Jangkitan
8) Sejuk
9) Tekanan pada bahagian badan
10) Cahaya matahari

Rawatan

1) Elakkan agen alahan tersebut. Jika anda alah pada sebarang makanan, jauhi makanan tersebut. Jika alah pada sejuk, getah, rantai daripada emas atau perak, elakkan daripada memakai barangan tersebut.

2) Antihistamine seperti piriton, cetirizine, loratadine ataupun steroid seperti prednisolone. 

Sumber: Dr Hassan

(2) PENYAKIT GATAL KULIT



KUTU KECIL SARCOPTES SCABIEI

Gatalnya! Lebih-lebih lagi waktu malam. Sampai tak dapat nak tidur. Kawan aku kat katil sebelah pun sama. Apa penyakit ni?

Mungkin anda pernah ataupun sedang mengalami masalah ini. Masalah diatas disebabkan oleh penyakit Scabies.

Ia disebabkan oleh sejenis kutu kecil iaitu Sarcoptes scabiei. Ia boleh berjangkit diantara manusia melalui sentuhan, berkongsi pakaian, cadar, tuala, dsb.

Kutu ini boleh dipindahkan diantara manusia dan manusia dan juga manusia dan haiwan seperti anjing, kucing, babi, monyet, musang dsb.

Simptom-simptom

1) Gatal terutamanya pada waktu malam.

2) Mempunyai rakan sebilik, asrama, ahli keluarga dirumah yang mengalami simptom yang sama.

3) Ruam dibahagian badan yang tertentu iaitu celah-celah jari tangan dan kaki, permukaan atas kaki, ketiak, pelipat lengan, siku, pinggang, punggung, dan kemaluan (lelaki di bahagian penis dan skrotum, perempuan di mons pubis)

4) Apabila ruam ini digaru dengan kuat, kemungkinan akan menyebabkan luka seterusnya memudahkan jangkitan bakteria di tempat ruam tersebut.

Rawatan

1) Ubat tahan gatal (antipruritic agent).

2) Ubat pembunuh kutu ( scabicidal agent ).

3) Semua ahli keluarga atau ahli asrama yang mengalami masalah yang sama perlu mendapatkan rawatan.

4) Baju, cadar, kain, sarung bantal, karpet perlulah direndam dengan air panas bagi membunuh kutu tersebut.

Seperti biasa, silalah berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan rawatan.

sumber maklumat: Dr Hassan

RAWATAN ALTERNATIF MENGGUNAKAN SURAH-SURAH DARI AL-QURAN  SELAIN DARIPADA RAWATAN MODEN.

Apabila rawatan diatas masih tidak berkesan dan gatal kulit berulang juga, insyaAllah Al-quran adalah penawar yang paling baik. Nabi Ayub AS yang diujikan dengan penyakit kulit yang teruk dan dasyat iaitu dari hujung kepala sehinggalah kehujung kaki adalah Nabi yang paling sabar. Nabi Ayub A.S menjadi simbol kesabaran dan cermin kesabaran atau teladan kesabaran pada setiap bahasa, pada setiap agama, dan pada setiap budaya. Allah SWT telah memujinya dalam kitab-Nya yang berbunyi:
"Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya)." (QS. Shad: 44)
Yang di maksud al-Aubah ialah kembali kepada Allah s.w.t. Nabi Ayub adalah seseorang yang selalu kembali kepada Allah s.w.t dengan zikir, syukur, dan sabar. Kesabarannya menyebabkan beliau memperoleh keselamatan dan rahsia pujian Allah s.w.t padanya.

Al-Quran tidak menyebutkan bentuk dari penyakitnya, dan banyak cerita-cerita dongeng yang mengemukakan tentang penyakitnya. Dikatakan bahawa beliau terkena penyakit kulit yang dahsyat sehingga manusia-manusia enggan untuk mendekatinya. Baca kisah Nabi Ayub A.S.

Bahan-bahan untuk rawatan:

1. Daun bidara atau daun sireh - 7 helai. (Jika ada daun bidara lagi baik).
2. Garam segenggam oleh pesakit (Genggam garam sehingga rapat jari itu adalah sukatan bagi seseorang.
3. Air suam sebaldi besar (standard).

Surah-Surah yang dibaca:

1. Shalawat Nabi -10 kali.
2. Al-Fatihah -7x.
3. Ayatul Kursi -7x.
4. Surah Shaad: Ayat 42 (Bacaan 7x - utk 7 helai daun bidara atau sireh) semasa diramas di dalam air suam.
5. Surah Al-Anbiyaa: Ayat 83. (Zikir 100x setiap kali selepas solat).

DOA DIBACA SEMASA MERAMASKAN DAUN (SIREH ATAU BIDARA).


Maksudnya:

(Maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya): Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu (setelah dia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin).(Surah Shaad: Ayat 42) 

DOA INI DIZIKIRKAN SELEPAS SETIAP KALI SOLAT (100x).


Maksudnya:

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani. (Surah Al- Anbiyaa: Ayat 83)



Minum air dan mandi dan gosok seluruh badan dengan air bacaan yang telah dicampur dengan garam dan ramasan daun bidara atau sireh itu. Lakukan disebelah waktu petang. Selepas 30 minit kemudian barulah mandi dengan air biasa. Sekurang-kurangnya lakukan sehingga rasa badan itu kurang gatal. Terpulanglah kepada individu itu untuk melakukan sehingga benar-benar sembuh. Setiap penyakit ada ubatnya, insyaAllah ikhtiar secara ini telah banyak memulihkan beberapa individu sebelum ini.

Isteri captain dahulu diwaktu pagi selalu naik gegata selepas mandi sehingga bengkak dan gatal seluruh badan. Captain hanya sapu dengan daun sireh diseluruh badannya dengan membaca shalawat nabi 3x. Selepas tiga hari dilakukan, gegata itu hilang terus sampai sekarang. 

Shalawat Nabi yang memang menjadi amalan captain sebelum melakukan sesuatu perkara seperti membasuh daging, ikan, membasuh beras sehingga pintu yang rosak tidak dapat dibuka kerana "knob" rosak. Baca shalawat sekali tendang pintu itu terus terbuka tanpa merosakkan pintu. 

Wasallam.

Posted: 24 Jan 2012 04:08 AM PST

REAKTIF bermaksud tindak balas terhadap sesuatu yang berlaku. Sesuatu yang berlaku menyebabkan manusia terusik dan melakukan tindakbalas. Tindak balas yang berlaku selalunya bersifat spontan tanpa pemikiran dan kajian yang mendalam. Sikap reaktif selalunya berkait rapat dengan keadaan emosi seseorang.

Sekiranya emosi seseorang tidak stabil, tindak balas akan menjadikan keadaan atau sesuatu itu tidak stabil. Kalau emosinya resah dan kacau jalan berfikirnya penuh dengan kekacauan. Faktanya mungkin tidak lengkap. Analisisnya tidak tepat. Kesimpulan yang diambil juga tidak membayangkan adanya pemikiran yang mendalam terhadap sesuatu isu atau perkara.

Berfikir reaktif boleh membawa kepada kegopohan. Berfikir dalam suasana gopoh boleh menyebabkan kesilapan berlaku. Orang yang berfikir reaktif cepat membuat kesimpulan. Kadang-kadang mengambil pendekatan menghukum lebih daripada pendekatan memahami mengapa ia berlaku, bagaimana mengatasinya dan faktor-faktor apa yang boleh memberikan alternatif terhadap isu atau masalah yang berbangkit.

Berfikir reaktif menjadikan sesuatu keputusan yang dibuat dalam keadaan tidak masak atau separuh masak. Ia kadang-kadang membudaya pada diri seseorang. Bila menghadapi sesuatu masalah, mendepani sesuatu isu, mengalami sesuatu kebuntuan, ia tidak berfikir secara kritikal, strategik ataupun kreatif sebaliknya melakukan sesuatu berasaskan apa yang terlintas pada minda dan emosi dan kadang-kadang ledakan minda dan emosi menyebabkan keadaan menjadi lebih bercelaru.....ingin membaca terus klik sumber dibawah. 

Sumber: DR.SIDEK BABA

Salam Pembaca yang budiman, 

Di atas adalah sebahagian penerangan dari masalah kebuntuan yang diterangkan oleh Dr. Sidek Baba seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak.

Kebuntuan acapkali berlaku kepada semua orang samada berat atau ringan. Captain kadang-kadang juga buntu dibuatnya jika menghadapi masalah yang berat, insyaAllah ia dapat diatasi kemudiannya kerana sesuatu masalah yang dihadapi berat ataupun ringan, ingatkan Allah SWT itu sedang menguji kita. Kerana Allah SWT itu sayang hambaNya yang penyabar. Jadi setiap tindakan selepas itu dipermudahkan oleh Allah SWT. Allah SWT membuka jalan bagi hamba-hamba yang soleh.

Allah s.w.t berfirman di dalam surah al-Baqarah ayat 214 yang bermaksud:-
“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)”
Inilah jawapan dari Allah SWT mengapa kita diuji. Muhasabah kembali diri. Kita belum lagi sampai tahap ujian seperti para sahabat nabi yang mulia. Mengapa?

BACA DOA INI BILA ANDA KEBUNTUAN YANG AMAT SANGAT.


Maksudnya:

21. Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya. 22. Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 23. Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya. 24. Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.

Wasallam.

Sumber: Doa ini diemail dari Sheikh Musa Sheikh Jusuh (Anak saudara dari Mekah). 

Yeahh Jom Kita Bersenam!!!









Ce Teka... Apa Yang Mereka Gossipkan?



Kenapa Tak Boleh Buat Panggilan Di Stesen Minyak

 
 
Mungkin ada diantara kita yang memandang remeh simbol di atas, tetapi ujikaji di bawah ini menunjukkanbahawa dengan beberapa panggilan daripada handphone disekitar kawasan yang mempunyai minyakkebakaran boleh terjadi.. Boleh di cuba ujikaji ini jika masih ragu.

Alat yang diperlukan :
1 Kuali (pan), Sedikit kertas, 1 rol aluminium foil, 1 handphone
Bahan-bahan tadi di letakkan seperti gambar di bawah
Selepas itu gunakan handphone untuk membuat
panggilan seberapa banyak...
Setelah beberapa panggilan dibuat ini yang akan terjadi
Ini menunjukkan mengapa kita dilarang menggunakan handphone ketika
berada di stesen minyak..so selamat beramal!

WANITA MUDAH ORGASME :- JIKA BIBIR ATAS LEBIH TEBAL...???




SATU lagi alasan untuk kita berasa cemburu dengan Angelina Jolie. Selain hidup bersama Brad Pitt, pemilik bibir seksi ini telah pun dinilai dapat memuaskan bekas suami Jennifer Aniston itu. Kerana apa?


Berdasarkan sebuah kajian baru yang diterbitkan oleh International Society for Sexual Medicine, wanita yang memiliki tuberkulum (area di tengah bibir atas) tebal lebih mudah meraih orgasme.


Tetapi belum diketahui apa kaitannya, namun penelitian yang dilakukan University of West Scotland terhadap 258 wanita tersebut membuktikan wanita yang memiliki bibir atas lebih tebal, lebih mudah orgasme. Sehingga, dengan bibir atas yang tebal, bintang "Wanted" tersebut dinilai mudah mengalami orgasme. Demikian seperti dikutipCosmopolitan, Rabu (28/6/2011).


Namun jangan berkecil hati bagi Anda pemilik bibir atas tipis! Sebab, bagaimana pun bentuk bibir Anda, Anda tetap boleh mengalami nikmatnya meraih titik G-Spot saat beradu asmara!!!



Cats And Dogs


01 Cats And Dogs
02 Cats And Dogs
03 Cats And Dogs
04 Cats And Dogs
05 Cats And Dogs
06 Cats And Dogs

07 Cats And Dogs
08 Cats And Dogs
09 Cats And Dogs
10 Cats And Dogs
11 Cats And Dogs
12 Cats And Dogs
13 Cats And Dogs
14 Cats And Dogs
15 Cats And Dogs
16 Cats And Dogs
17 Cats And Dogs
18 Cats And Dogs
19 Cats And Dogs
20 Cats And Dogs
Source
Sumber: Barnorama

Khamis, 16 Februari 2012


Idea Perniagaan Yang Boleh Anda Jalankan Di rumah

1
Posted on June 7, 2011 by
coklat 300x225 Idea Perniagaan Yang Boleh Anda Jalankan Di rumah
Anda suri rumah yang ingin menambahkan pendapatan keluarga? Atau ingin berjinak-jinak dalam perniagaan tapi tidak mempunyai modal yang tinggi..Di bawah ini idea menarik untuk anda jana pendapatan melalui perniagaan dari rumah
Produk yang boleh di buat di rumah tetapi dapat menjana pendapatan anda:
Coklat Buatan Tangan
Membuat Coklat merupakan suatu kemahiran dan juga hobi yang boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan. Jika kita ingin membuat coklat untuk dijual kepada pengguna, maka faktor kos pembuatan coklat perlu dibuat dengan teliti.
Kos utama yang terlibat dalam membuat coklat ini merangkumi kos bahan mentah seperti coklat, inti coklat, kos pembungkusan coklat, kos buruh, kos penghantaran serta upah ataupun nilai keuntungan dalam membuat coklat ini.
Bagi pengguna, rasa yang sedap, bentuk yang cantik serta jika coklat itu mudah didapati dan mempunyai bentuk yang unik, faktor kos yang tidak menjadi masaalah untuk pengemar coklat membelinya.
Membuat coklat ini secara homemade serta menjualnya melalui internet merupakan suatu fenomena baru dinegara kita. Membuat coklat dirumah ini dapat menjimat ataupun mengurangkan kos dalam menghasilkan coklat kerana kita tidak perlu menyewa kedai yang mahal serta kos pengurusan yang tinggi.
“Rahsia Perniagaan Coklat Buatan Tangan Dari Rumah Kini Terbongkar. Ketahui Bagaimana Untuk Bermula Dengan Kos Yang Minimum! ”
7 Sebab Kenapa Anda Perlu Memulakan Perniagaan Coklat Buatan Tangan Dari Sekarang…
  • Anda boleh bermula dengan Kos dan risiko yang minimum.
  • Tiada Sijil dan Kelayakan diperlukan.
  • Menjana Kreativiti anda & Dapat duit daripadanya!
  • Bekerja Dari Rumah. Jadi Bos anda sendiri.
  • Kadar Keuntungan yang tinggi. Ia mencecah 300% daripada kos anda!
  • Buat kerja yang anda suka …coklat..hmmm sedapnya.
  • Cari Duit Tambahan untuk keluarga. Jadi tak lah mengharapkan suami je.
Jangan buat alasan lagi. Perniagaan coklat sememang perniagaan yang cukup mudah walaupun anda bekerja makan gaji atau sekadar surirumah.
Kini telah ramai yang telah berjaya memulakan perniagaan coklat mereka dari rumah samada secara separuh masa ataupun sepenuh masa. Anda bila lagi?

Pelukan Nikmat

0
Posted on January 30, 2012 by
peluk Pelukan Nikmat
PERKAHWINAN dan kasih sayang antara suami isteri boleh dikekalkan apabila pasangan selalu mempraktikkan ungkapan-ungkapan kasih kepada pasangan masing-masing seperti ucapan sayangf sekurang-kurangnya tujuh kali sehari.
Bukan itu sahaja, berkomunikasi dengan baik, bergurau senda dan memanggil pasangan dengan panggilan hebat seperti ‘sayang’, ‘abang’, ‘manja’ dan sebagainya juga dapat mengeratkan lagi perhubungan suami isteri.
Masing-masing perlu memainkan peranan untuk memupuk perasaan sayang agar ia sentiasa mekar dalam jiwa dan membuahkan keserasian dan kemesraan.
Selain itu, tahukah anda bahawa pelukan juga boleh membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim?
Bagi isteri, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangan. Kajian mendapati pelukan bukan sesuatu yang bersifat seksual. Ia satu daripada kaedah untuk mendapatkan keselesaan.
Begitupun, biasanya suami menganggap pelukan bermakna isteri dahagakan hubungan seksual. Sebenarnya para isteri lebih menikmati pelukan dari hubungan seksual.
Menurut Doktor Perubatan Kanan Kumpulan Perubatan Penawar Johor Bahru, Dr. Zubaidi Ahmad, para suami tidak perlu rasa ‘kelam kabut’ sekiranya tidak bersedia bila isteri minta dipeluk.
Ini kerana jelas beliau, bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal dan ada kalanya merimaskan selain tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk.
mencadangkan ‘rawatan pelukan’
“Sebenarnya suami isteri saling memerlukan antara satu sama lain untuk mengurangkan tekanan perasaan.
“Ramai pakar psikologi yang mencadangkan ‘rawatan pelukan’ di mana suami dan isteri digalakkan berpeluk sebelum tidur selama 10 minit. Pelukan ini harus dinikmati tanpa diteruskan dengan hubungan seks.
“Tujuannya agar segala perasaan negatif yang tersimpan dalam hati sepanjang hari dapat dilepaskan dengan memeluk suami atau isteri. Jadi, pelukan sangat diperlukan dalam hubungan suami isteri. Ia akan merapatkan lagi hubungan suami isteri,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.
Katanya, pelukan bukan bermakna mukadimah pada hubungan seks antara suami dan isteri.
Ia juga harus dilihat sebagai hubungan perasaan dan perkongsian emosi antara suami dan isteri.
Mengulas lanjut, Dr. Zubaidi berkata, pelukan adalah satu sentuhan fizikal yang erat dilakukan di leher, belakang badan atau pinggang.
Pelukan juga kadang kala melibatkan kucupan, pandangan mata, sentuhan mesra dan beberapa gerakan tubuh lain.
Oleh itu, mereka yang berpelukan menandakan hubungan mereka amat rapat dan mempunyai pertalian kasih sayang yang mesra.
Kata Dr. Zubaidi, ramai ahli psikologi kini bimbang dengan pasangan suami isteri yang jarang berpelukan.
Mereka bimbang perkahwinan pasangan seperti itu hanya diikat oleh ‘lafaz nikah’ dan hubungan fizikal dan seks saja dan bukan hubungan emosi serta perkongsian perasan.
“Islam juga menggalakkan hubungan emosi dan dalam satu hadis Rasulullah SAW memberitahu, barang siapa yang tidak mengasihi, maka ia tidak akan dikasihi. (riwayat Bukhari dan Muslim).
“Oleh yang demikian, perbanyakanlah luahan kasih sayang dengan ucapan dan sentuhan fizikal (pelukan).
“Secara tidak langsung, bagi pasangan yang agak berat untuk meluahkan perkataan ‘Saya sayang awak’, pelukan adalah cara alternatif terbaik untuk melafazkannya,” ujarnya.
Pelukan juga akan menyebabkan kelenjar di otak mengeluarkan hormon serotonin dan dopamine yang memberikan rasa tenang dan tenteram.
Perbuatan itu juga akan menyebabkan gelombang di otak menjadi lebih tenang, lalu mengurangkan stres dan kerisauan.
Oleh itu bagi pesakit yang mengalami masalah kerisauan (anxiety) dan mempunyai emosi yang tertekan, memeluk binatang peliharaan adalah rawatan kejiwaan yang baik.
Namun apa yang lebih baik lagi bagi suami atau isteri selain memeluk pasangan masing-masing ketika mereka mengalami tekanan jiwa dan dalam keadaan kerisauan.
Oleh mariatul qatiah zakaria



warna Psikologi Warna Dalam Hiasan Dalaman
Warna adalah komponen penting dalam dunia hiasan dalaman. Bila memilih warna untuk rumah anda, secara semulajadinya, anda akan tertarik dan menyukai warna tertentu disebabkan bagaimana warna tersebut memberi kesan terhadap perasaan anda. Warna juga telah terbukti menghasilkan respon secara fizikal. Jadi, pertimbangkanlah psikologi warna semasa anda merancang skema warna untuk mana-mana ruang di dalam rumah anda. Maklumat ini mungkin ia dapat membantu anda memperoleh mood yang diingini.
BIRU, warna langit dan lautan, terkenal sebagai “warna kegemaran”. Biru mencerminkan kepercayaan, tidak bergantung, dan komited. Ia sangat popular untuk bilik tidur, dan selalu digunakan untuk dekorasi pejabat. Banyak bilik tidur berwarna biru kerana warnanya tenang dan nyaman. Biru juga menggambarkan keamanan, kesejahteraan, dan selamat. Apa yang menarik untuk catatan anda, secara global warna biru ialah warna yang paling selamat digunakan. Biru mudah untuk dipadankan dengan banyak warna, dan sebab itulah skema warna biru selalu dipilih. Biru juga dikenali sebagai warna ‘bersih’. Jadi ia sangat sesuai untuk bilik air dan ruang mencuci pakaian. Tetapi, penggunaan biru untuk bahagian dapur agak kurang berkesan.
KUNING menyerlahkan suasana tawa riang, kegembiraan, dan hari-hari indah. Seseorang yang dikelilingi warna kuning akan merasa lebih optimis. Tetapi berhati-hatilah dengan warna ini, jika tonanya keterlaluan. Kerana kuning lebih terserlah berbanding warna lain di sekelilingnya. Ia lebih mudah menyebabkan keletihan mata berbanding warna-warna lain. Kuning juga warna api dan kajian menunjukkan bayi mudah menangis di dalam bilik berwarna kuning terang.
HIJAU bermaksud semulajadi, subur, sihat dan muda. Dengan keseimbangan antara warna warna ‘sejuk’ dan ‘hangat’ (biru dan kuning), kehijauan semulajadi ini memperlihatkan rasa segar dan nyaman. Ciri semulajadi yang dimiliki juga membolehkan hijau sangat mudah dipadankan dengan warna lain. Ia selalu digunakan dalam hiasan untuk mendatangkan kesan nyaman. Hijau juga dikaitkan dengan iri hati, tuah, dan murah rezeki. Dan secara tradisi, dikenali sebagai warna keamanan.
MERAH ialah warna paling ‘hangat’ dan bertenaga dalam spektrum warna. Merah digunakan untuk merangsang badan dan fikiran, serta memperbaiki peredarannya. Jika anda ingin menarik perhatian seseorang, gunakanlah merah. Pastinya merah tidak sesuai untuk bilik si manja anda, tetapi sangat berkesan untuk membuat orang tertarik. Walaupun ia bukanlah pilihan untuk persekitaran yang tenang, merah kerap digunakan di ruang makan untuk merancakkan sesi borak sembang dan menambah daya tarikan di situ. Anda tidak digalakkan menggunakan merah secara keterlaluan, lebih baik dengan jumlah yang sedikit pada tempat yang sesuai. Merah juga boleh menampilkan ciri elegan dan menambah banyak karakter pada skema warna – sama ada tradisional mahu pun kontemporari.
UNGU dikatakan eksotik, kerana jarang atau luar biasa bagi warna alam semulajadi. Ia melambangkan raja, bangsawan, kerohanian, dan misteri. Ungu mengandungi keseimbangan unsur merah yang merangsang dan biru yang menenangkan. Kesan sesetengah tona ungu mungkin agak keterlaluan, tetapi penggunaan tona seperti pastel lavender untuk sebuah bilik boleh memberi rasa segar dan ‘terangkat’. Dengan unsur raja dan mistik, ungu menggambarkan ciri kemewahan dan kekayaan. Warna ini juga boleh membantu minda dalam menyelesaikan masalah. Selain itu, ungu turut menjadi warna kegemaran bagi kebanyakan remaja perempuan.
MERAH JAMBU dikaitkan dengan keremajaan, dan keseronokan. Merah jambu ialah warna kegembiraan, ceria, dan adakalanya seperti ‘bebas daripada sebarang masalah’. Ia dibayangkan sebagai warna romatik, dan rasa kelembutan. Warna merah jampu juga ialah warna yang tepat untuk cinta.
JINGGA, yang terhampir dengan merah, ialah warna berkait rapat dengan masa seronok, suka ria dan hari-hari yang bertenaga. Ia juga dikaitkan dengan keinginan. Kebiasaannya, berbanding warna-warna lain, terdapat kesan positif dan juga negatif yang kuat pada warna jingga, di mana warna jingga asli secara umumnya akan melahirkan rasa ‘sangat suka’ atau ‘sangat benci’ pada seseorang. Warna tersebut mampu memberi kesan yang baik pada tema kontemporari, tetapi bukannya pada tema tradisional. Pemilihannya untuk ruang dapur dan ruang makan boleh mewujudkan rasa yang lebih selesa.
COKLAT menyatakan kestabilan, kebolehpercayaan, setiakawan, dan senang didekati. Coklat ialah warna bumi (tanah) dan dikaitkan dengan semua unsur semulajadi dan organik. Ia juga mampu memberi suasana nyaman dan selesa. Coklat sesuai digunakan untuk ruang-ruang yang kerap menjadi tumpuan seperti ruang tamu. Coklat juga boleh dipadankan dengan warga ‘garang’ atau warna ‘hangat’.
HITAM adalah persepsi bagi kuasa, kekuatan, elegan, misteri, dan mewah. Ia juga warna untuk kebijaksanaan, selain menunjukkan stail dan ‘tak lekang dek zaman’, dan satu warna penegasan yang cantik untuk hiasan dalaman. Hitam menonjolkan ciri ‘serius’ yang dapat membangkitkan emosi yang kuat. Ia mudah mengganggu sekiranya terlalu banyak warna hitam. Kecerahan hasil gabungan hitam dan putih lazimnya memperlihatkan ciri sangat moden.
PUTIH, walaubagaimana pun, menzahirkan ketulenan dan kesucian. Ia adalah gabungan semua warna yang ada di dalam spektrum warna. Ia juga digunakan untuk menghasilkan kesan ‘tanpa warna’, atau neutral.
KELABU ialah warna bagi intelek, berpengetahuan, dan bijaksana. Ia diertikan sebagai tahan lama, klasik, dan selalu juga sebagai licin atau halus. Ia juga lebih bersifat konservatif dan membawa maksud berkuasa. Kelabu juga dianggap sebagai warna yang boleh bertolak ansur, mungkin kerana kedudukannya di antara hitam dan putih. Kelabu adalah warna neutral yang sempurna, di mana para pereka selalu menggunakannya sebagai warna bagi latar belakang. Sedikit sentuhan warna kelabu berguna untuk mendapatkan mood yang mantap, tetapi, terlalu banyak warna kelabu, hanya akan menimbulkan rasa ‘kosong’.
Anda mungkin juga meminati:     

Petua Meluruskan Rambut



rambut Petua Meluruskan Rambut
Santan kelapa boleh digunakan untuk meluruskan rambut secara semulajadi tanpa membuat teknik rebonding. Anda boleh saja mencuba petua meluruskan rambut dibawah ini :
Caranya :
- Ambil sebiji kelapa tua yang sudah diparut dan perah santannya.
- Ambil pati santan yang diperah dan campurkan dengan segelas air suam.
- Setelah itu masukkan air perahan sebiji limau nipis.
- Simpan santan tadi dalam peti sejuk/kulkas.
- Gunakan sebagai krim rambut sekali sehari.
- Setelah itu basuh/cuci rambut dengan air sejuk.
- Anda boleh membuat rawatan ini setiap hari ataupun 3 kali seminggu.

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan

0
Posted on October 21, 2011 by
Ayam Gulai 300x225 Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan
Bahan-bahannya:
Ayam
Santan
Cili Padi – blend
Kunyit hidup – blend
Daun kunyit
Serai-diketuk
Asam keping
Garam
Cara memasak:
Toskan ayam yang dah siap dicuci untuk mengeluarkan lebihan air. Kemudian, gaulkan ayam tadi bersama serai, cili padi dan kunyit hidup yang dah diblend di dalam kuali dengan api perlahan. Tujuannya untuk mengeringkan air ayam. Bila air ayam dah kering, boleh la masukkan santan cair.
Bila ayam dah kecut/masak dan santan dah mendidih masukkan asam keping, santan pekat, dan garam. Bila mendidih sekali lagi, boleh letak daun kunyit dan tutup api. Siap.
Bagi yang suka pedas boleh letakkan  cili padi/api lebih.
Bila dah masuk santan, kuah masak lemak kene sentiasa dikacau supaya tak berketul dan naik minyak, kalau tak kuah masak lemak jadi sgt. Untuk masak lemak ayam, cukup lah letak sekeping asam keping, kecuali kalau masak lemak ikan boleh letak 2-3 keping sebab masakkan ikan memang kena rasa masamnya tu. Kalau nak letak kentang pun boleh jugak..
Ayam seeloknya ditoskan terlebih dahulu untuk membuang lebihan air ayam, kalau masuk basah-basah, rasa macam tak sedap jer bila air ayam tu dimasak sekali dengan santan.
Anda mungkin juga meminati:     

10 Tips Menjaga Kesehatan Mata

by Baju Wanita on 8 December 2011 · 1 comment
Mata adalah organ tubuh yang sangat penting karena hanya dengan mata lah kita dapat melihat dunia. Namun apa jadinya kalau mata rusak? Tak ada yang ingin mengalaminya bukan? Karena itu, penting bagi kita semua untuk menjaga kesehatan mata agar tidak sampai mengalami gangguan penglihatan atau sakit. Lalu bagaimana caranya?
Berikut ini tips-tipsnya.
1. Makan banyak buah dan sayur, terutama yang mengandung banyak vitamin A seperti tomat dan wortel. Selain itu, kandungan beta karoten dalam wortel adalah substansi terbaik untuk menjaga kesehatan mata.
2. Hindari memakai lensa kontak/contact lense lebih dari 19 jam karena hal ini dapat mengakibatkan kerusakan penglihatan secara ekstrim dan membuat mata tidak nyaman.
3. Gunakan tetes mata yang mampu mengatasi alergi seperti mata merah atau gatal-gatal selama musim alergi. Tapi ingat untuk menggunakannya sesekali saja karena penggunaan setiap hari hanya akan membuat kondisi mata memburuk. Baca label aturan pakai dengan teliti. Tidak boleh meneteskan banyak-banyak selama pemakaian lensa kontak. Selain itu, Anda harus berhati-hati memiilih obat tetes mata untuk menghindari kemungkinan bahaya bahan kimianya. Berkonsultasilah dengan dokter Anda terlebih dahulu.
4. Dinginkan 2 potong mentimun, masukkan ke dalam lemari pendingin selama beberapa menit, kemudian letakkan di atas mata dan tekan pelan-pelan selama 10 menit sebelum tidur malam untuk menghindari bengkak saat bangun.
5. Pakai kacamata hitam untuk melindungi mata dari terpaan sinar matahari. Pilih lensa kacamata yang berpolar, bukan hanya yang gelap. Lensa gelap hanya akan membuat pupil mata Anda membesar tanpa melindunginya dari sinar matahari. Terpapar sinar matahari dalam jangka waktu yang lama akan sangat berbahaya untuk penglihatan Anda. Perlindungan yang dilakukan sekarangakan sangat berguna di masa mendatang.
6. Jangan terlalu lama menatap layar komputer karena hal itu akan membuat mata Anda minus. Alihkan pandangan dari layar komputer selama 2 sampai 3 menit agar mata tidak tegang. Lakukan yoga mata setiap jam apabila Anda harus menatap layar komputer selama berjam-jam. Caranya adalah dengan mengedipkan mata 50 kali dengan sangat cepat untuk melatih dan merelakskan otot-otot mata.
7. Gunakan goggle atau pelindung mata lain saat Anda harus berhadapan dengan zat-zat kimia berbahaya atau di tempat yang mungkin mengandung gas-gas berbahaya.
8. Relakskan mata Anda. Lihatlah ke tempat-tempat yang lapang dan didominasi warna hijau untuk memberikan kesegaran.
9. Kunjungi dokter spesialis mata minimal setahun sekali untuk mendapatkan diagnosa tepat tentang penyakit mata, terutama jika penyakit mungkin harus ditangani dengan kaca mata, lensa kontak, atau operasi. Dokter juga akan mengecek mata kering, masalah pada retina, dan bahkan kondisi kesehatan seluruh tubuh seperti diabetes dan tekanan darah tinggi. Beberapa penyakit tanpa gejala seperti glaukoma (yang bisa menyebabkan buta total) juga bisa dideteksi lebih dini.
10. Letakkan dua kantung teh di dalam lemari es, dan setelah Anda pulang kerja, letakkan kedua kantung tersebut di atas mata Anda lalu tekan secara perlahan. Cara ini dapat menyembuhkan mata lelah.
menjaga kesehatan mata, kesehatan mata, tips menjaga kesehatan mata, cara menjaga kesehatan mata, tips menjaga kesehatan, tips kesehatan mata, cara menjaga kesehatan, cara merawat kesehatan mata, merawat kesehatan mata, memelihara kesehatan mata

5 Tips Memilih Shampo Yang Tepat Untuk Rambut Anda

by regina on 8 December 2011 · 0 comments

Banyak sekali produk sampo dan konsioner tersedia di luaran sana. Namun, bagaimana cara memilih sampo yang tepat bagi Anda? Berikut ini hal yang perlu Anda pertimbangkan sebelum membeli sampo.

  • Mahal vs Murah

Apakah benar-benar terdapat perbedaan antara sampo seharga 10.000 ribu dengan 50.000 ribu keatas (produk salon)? Jawabannya bisa ‘Ya’ atau ‘Tidak’. Sampo dengan harga yang relative terjangkau pada umumnya memiliki agen pada busanya yang dapat menyebabkan rambut menjadi kering. Namun tunggu dulu, bukan berarti produk tersebut tidak cocok untuk Anda, bagi Anda yang memiliki rambut berminyak sampo dengan harga terjangkau dapat menjadi solusi tepat yang murah bagi Anda. Apabila rambut Anda rentan terhadap sinar matahari, dan rusak akibat pewarnaan rambut maka sampo dengan harga yang sedikit menguras kantong disarankan untuk Anda, karena memerlukan perawatan yang lebih khusus. Anda dapat mencoba shampo dan konsioner yang biasa beredar dipasaran terlebih dahulu untuk memastikan apakah produk tersebut cocok dengan rambut Anda, apabila ‘tidak’, atau rambut Anda tetap bermasalah, baru Anda mencoba shampo produk salon.

  • Kandungan di dalamnya

Begitu banyak produk sampo botolan yang terkadang membuat bingung, harus membeli yang mana. Yang terpenting adalah apa yang terkandung di dalamnya, dan bekerja efektif untuk rambut Anda. Ketimbang memperhatikan nama sampo pada produk, sebaiknya Anda memperhatikan apa kandungan di dalamnya pada daftar ingridient karena hal tersebut jauh lebih penting.

  • Sampo Anak-anak

Lupakan sejenak botol lucu dan berwarna-warni pada kemasan sampo anak-anak. Hal tersebut merupakan prioritas terakhir dalam memilih sampo. Sampo untuk anak-anak biasanya mengandung pewarna dan pengharum lebih banyak, sehigga warna dan bau sampo anak-anak lebih menarik. Namun kedua, bahan tersebut tidak Anda butuhkan –karena Anda bukan anak-anak. Meskipun pada produk tersebut terdapat keterangan aman untuk segala jenis rambut, bukan berarti sampo tersebut bekerja efektif untuk Anda. Sekali lagi, cek kembali ingridient dari shampo tersebut. Sebisa mungkin Anda memilih sampo yang berwarna tidak terlalu mencolok dan bau yang terlalu menyengat.

  • Shampo untuk rambut berketombe

Penanganan terbaik untuk masalah rambut Anda yang berketombe tentunya dengan menggunaan shampo untuk rambut berketombe yang di jual diluaran –tanpa resep khusus dokter. Untuk memilih sampo yang tepat bagi masalah rambut Anda, 3 point penting yang perlu Anda ingat sebelum membeli sampo khusus rambut ketombe yakni :

  1. Pilihlah sampo yang mengandung salicylic acid yang berguna untuk menggangkat kulit mati
  2. Selenium sulfide yang berfungsi untuk menghaluskan rambut.
  3. Mengandung pyrithione zinc sebagai anti-inflamasi.

Sebaiknya Anda memilih shampo ketombe yang mengandung ketiga ingridient diatas, karena bekerja efektif untuk melawan fungi atau jamur. Apabila Anda hanya menggunakan salah satu dari bahan diatas, maka jamur dapat dengan cepat beradaptasi dan kebal, yang artinya ketombe dapat muncul kembali.

  • Shampo untuk rambut berwarna

Apa rambut Anda sering diwarnai, sebaiknya Anda juga memilih shampo dan kondisioner khusus untuk rambut yang diwarnai. Karena shampo untuk rambut Anda, dibuat dengan kandungan yang lebih ‘ramah’ pada rambut Anda, dan mengandung bahan untuk mempertahankan warna rambut.

shampoo untuk rambut berminyak, sampo untuk rambut berketombe, tips memilih shampo, sampo untuk rambut berminyak, shampoo untuk rambut berketombe, shampoo terbaik di dunia, shampo yg bagus buat rambut berketombe, produk shampo, shampo untuk rambut berketombe, produk shampo terbaik untuk rambut di dunia dan harganya

5 Tips Memilih Shampo Yang Tepat Untuk Rambut Anda

by regina on 8 December 2011 · 0 comments

Banyak sekali produk sampo dan konsioner tersedia di luaran sana. Namun, bagaimana cara memilih sampo yang tepat bagi Anda? Berikut ini hal yang perlu Anda pertimbangkan sebelum membeli sampo.

  • Mahal vs Murah

Apakah benar-benar terdapat perbedaan antara sampo seharga 10.000 ribu dengan 50.000 ribu keatas (produk salon)? Jawabannya bisa ‘Ya’ atau ‘Tidak’. Sampo dengan harga yang relative terjangkau pada umumnya memiliki agen pada busanya yang dapat menyebabkan rambut menjadi kering. Namun tunggu dulu, bukan berarti produk tersebut tidak cocok untuk Anda, bagi Anda yang memiliki rambut berminyak sampo dengan harga terjangkau dapat menjadi solusi tepat yang murah bagi Anda. Apabila rambut Anda rentan terhadap sinar matahari, dan rusak akibat pewarnaan rambut maka sampo dengan harga yang sedikit menguras kantong disarankan untuk Anda, karena memerlukan perawatan yang lebih khusus. Anda dapat mencoba shampo dan konsioner yang biasa beredar dipasaran terlebih dahulu untuk memastikan apakah produk tersebut cocok dengan rambut Anda, apabila ‘tidak’, atau rambut Anda tetap bermasalah, baru Anda mencoba shampo produk salon.

  • Kandungan di dalamnya

Begitu banyak produk sampo botolan yang terkadang membuat bingung, harus membeli yang mana. Yang terpenting adalah apa yang terkandung di dalamnya, dan bekerja efektif untuk rambut Anda. Ketimbang memperhatikan nama sampo pada produk, sebaiknya Anda memperhatikan apa kandungan di dalamnya pada daftar ingridient karena hal tersebut jauh lebih penting.

  • Sampo Anak-anak

Lupakan sejenak botol lucu dan berwarna-warni pada kemasan sampo anak-anak. Hal tersebut merupakan prioritas terakhir dalam memilih sampo. Sampo untuk anak-anak biasanya mengandung pewarna dan pengharum lebih banyak, sehigga warna dan bau sampo anak-anak lebih menarik. Namun kedua, bahan tersebut tidak Anda butuhkan –karena Anda bukan anak-anak. Meskipun pada produk tersebut terdapat keterangan aman untuk segala jenis rambut, bukan berarti sampo tersebut bekerja efektif untuk Anda. Sekali lagi, cek kembali ingridient dari shampo tersebut. Sebisa mungkin Anda memilih sampo yang berwarna tidak terlalu mencolok dan bau yang terlalu menyengat.

  • Shampo untuk rambut berketombe

Penanganan terbaik untuk masalah rambut Anda yang berketombe tentunya dengan menggunaan shampo untuk rambut berketombe yang di jual diluaran –tanpa resep khusus dokter. Untuk memilih sampo yang tepat bagi masalah rambut Anda, 3 point penting yang perlu Anda ingat sebelum membeli sampo khusus rambut ketombe yakni :

  1. Pilihlah sampo yang mengandung salicylic acid yang berguna untuk menggangkat kulit mati
  2. Selenium sulfide yang berfungsi untuk menghaluskan rambut.
  3. Mengandung pyrithione zinc sebagai anti-inflamasi.

Sebaiknya Anda memilih shampo ketombe yang mengandung ketiga ingridient diatas, karena bekerja efektif untuk melawan fungi atau jamur. Apabila Anda hanya menggunakan salah satu dari bahan diatas, maka jamur dapat dengan cepat beradaptasi dan kebal, yang artinya ketombe dapat muncul kembali.

  • Shampo untuk rambut berwarna

Apa rambut Anda sering diwarnai, sebaiknya Anda juga memilih shampo dan kondisioner khusus untuk rambut yang diwarnai. Karena shampo untuk rambut Anda, dibuat dengan kandungan yang lebih ‘ramah’ pada rambut Anda, dan mengandung bahan untuk mempertahankan warna rambut.

shampoo untuk rambut berminyak, sampo untuk rambut berketombe, tips memilih shampo, sampo untuk rambut berminyak, shampoo untuk rambut berketombe, shampoo terbaik di dunia, shampo yg bagus buat rambut berketombe, produk shampo, shampo untuk rambut berketombe, produk shampo terbaik untuk rambut di dunia dan harganya

MALAIKAT JIBRIL DAN KUDANYA DALAM PERANG BADAR


Dalam Islam, Malaikat merupakan hamba dan ciptaan Allah SWT yang dijadikan daripada cahaya lagi mulia dan terpelihara daripada maksiat. Mereka tidak berjantina, tidak bersuami atau isteri, tidak beribu atau berbapa dan tidak beranak. Mereka tidak tidur dan tidak makan serta tidak minum. Mereka mampu menjelma kepada rupa yang dikehendaki dengan izin Allah SWT. Sebagai contoh malaikat datang kepada kaum Lut menyerupai lelaki yang kacak. 
(Mendengarkan yang demikian), tetamunya berkata: "Wahai Lut! Sesungguhnya kami (adalah Malaikat) utusan Tuhanmu. Kaum engkau yang jahat itu tidak sekali-kali akan dapat melakukan kepadamu (sebarang bencana). Oleh itu, pergilah berundur dari sini bersama-sama dengan keluargamu pada tengah malam, dan janganlah seorangpun di antara kamu menoleh ke belakang. Kecuali isterimu, sesungguhnya ia akan ditimpa azab yang akan menimpa mereka (kerana ia memihak kepada mereka). Sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mereka ialah waktu subuh bukankah waktu subuh itu sudah dekat?" 

Ringkasnya - Selain daripada mencatitkan amalan, dan menjalankan tugas-tugas lain yang telah ditentukan, para malaikat yang juga merupakan bala tentera Allah SWT yang diturunkan ketika umat Islam berperang menghadapi tentera musuh. Ia adaah bagi untuk membantu tentera Islam menghadapi sejumlah besar tentera musuh yang sejak lama dahulu tidak pernah luntur semangatnya untuk menghancurkan Islam. Perang Badar misalnya, terbuktidisertai oleh sebilangan besar para malaikat. Ini jelas terbukti dengan catitan dalam beberapa sumber-sumber Islam.


Memetik bicara Imam Bukhari dalam kitab Shahih-nya, bab "Syuhuudul Malaa-ikah Badran" yang berkata :


Dari Mu'adz bin Rafa'ah ibn Rafi' az-Zargi dari ayahnya yang ikut serta dalam Perang Badar al-Kubra. Dia berkata, "Malaikat Jibril as mendatangi Nabi Muhammad SAW dan berkata, "Apa pendapatmu tentang pengikut Perang Badar dari kalanganmu?" Rasulullah SAW menjawap, "Dari kalangan kaum Muslimin yang paling utama." Malaikat Jibril as kembali berkata, "Demikian juga dengan para malaikat yang ikut serta dalam Perang Badar."


Jadi, jelaslah disini bahawa malaikat Jibril sendiri terlibat di dalam Perang Badar dengan bertindak membantu tentera-tentera Islam menentang tentera Musyrikin.Hendaklah diingatkan bahawa Allah SWT itu Maha Berkuasa dan mampu berbuat apa sahaja akan tetapi Allah SWT juga Maha Adil. Sebenarnya boleh sahaja, golongan Musyrikin itu dimatikan sebelum perang, dan tidak perlu pun untuk malaikat Jibril turut bersama tentera Islam bagi menewaskan tentera musuh.Tetapi setiap yang berlaku ada hikmahnya, dan ada beberapa hal yang tidak mampu atau boleh kita pertikaikan/fikirkan kerana sesungguhnya akal fikiran manusia tidak akan mencapai hingga ke tahap infiniti. Ianya mustahil sama sekali. Apa yang perlu ditekankan disini ialah, malaikat mampu menjelma dengan apa jua rupa bentuk yang baik (kecuali buruk atau wanita) dengan izin Allah SWT. 



MALAIKAT JIBRIL DAN KUDA TUNGGANGANNYA (HAIZUM) DALAM PERANG BADAR


Haizum dikenali sebagai kuda milik Jibrail as. Menurut ajaran Islam, Jibrail as adalah ketua kepada segala Malaikat. Haizum beberapa kali diungkap Rasullulah SAW dalam hadith Baginda. Antaranya adalah:
Rasulullah bersabda, “Bergembiralah wahai Abu Bakar, pertolongan Allah telah datang. Ini adalah Jibril yang sedang memegang kendali tunggangannya di atas gulungan-gulungan debu.” 


Diriwayatkan juga dari Abu Zumail, ia berkata, "Ibnu Abbas berkata kepadaku, 'Salah seorang lelaki Muslim yang sedang menghadapi seorang musyrik di depannya menerangkan kepada kita bahawa tiba-tiba dia mendengar suara pukulan cemeti di atasnya dan suara seorang pahlawan yang mengatakan 'Hadapilah Haizum (nama kuda tunggangan malaikat Jibril as). Lalu ia melihat lelaki musyrik itu menggeletak. Dia melanjutkan, 'Lelaki Muslim itu mengamatinya, ternyata kepalanya telah remuk dan wajahnya terkoyak seperti (bekas) lecutan cemeti. Lalu ia menghadirkan sekelompok kaumnya. Kemudian orang Anshar itu datang dan menceritakannya kepada Rasulullah SAW. Baginda bersabda, 'Engkau benar bahawa itu bantuan langit yang ketiga. Pada hari itu mereka membunuh tujuh puluh orang (musuh) dan menawan tujuh puluh orang lainnya." 


Rasullulah SAW bersabda ketika beberapa detik sebelum berlakunya Perang Badar. Perang Badar diketahui sebagai perang hidup dan mati Islam. Jika Islam kalah, maka tertimbuslah Islam dan tidak lagi mampu bangkit menyebarkan syiarnya. Jika Islam menang, Islam bakal mendapat motivasi yang besar dan akan terus bangkit untuk menyebar syiarnya kepada masyarakat Mekah, Madinah dan seluruh dunia.


Oleh kerana itu, Rasullulah SAW berdoa bercucuran air mata untuk meminta bantuan Allah SWT ketika peperangan Badar ini. Allah SWT adalah perancang yang Maha Hebat, Islam mendapat sokongan moral yang hebat dengan turunnya tentera berpakaian serba hijau iaitu para Malaikat Allah SWT. Ini diakui sendiri oleh Rasullulah SWT dan para sahabat.

Rasulullah SAW ketika meniup api semangat jihad ke dalam jiwa 312 orang tentera Islam, menyeru : 
Kaum Muslimin pun bertempur hebat dibantu oleh para Malaikat.  


Baginda berseru dengan lantang dan berkobar-kobar.

Catatitan hadith menyebut, Ibnu Ishhaq berkata, ketika salah seorang tentera kaum Muslimin mengejar seorang tentera Musyrikin yang berada di depannya. Tiba-tiba dia mendengar suara hencutan cambuk dan suara penunggang kuda yang berkata, “Terus maju wahai Haizum”. Lalu dia menyaksikan orang musyrik yang ada di depannya sudah terjerembab ke tanah dengan wajah yang hancur. 


Seseorang dari kaum Ansar yang melihat kejadian ini menceritakan kepada Rasulullah SAW, lalu Rasulullah kemudiannya bersabda :
Engkau benar, itulah pertolongan dari langit yang ketiga.”


Dalam riwayat lain pula, oleh Ibnu Sa’ad menyebutkan daripada Ikrimah: “Pada hari itu (perang Badar) ada kepala orang Quraisy yang gugur tanpa diketahui siapa yang memenggalnya dan ada tangan yang terpelanting tanpa diketahui siapa yang mencantasnya.”


Abu Dawud al-Mazini berkata, “Aku sedang mengejar seorang tentera Musyrikin pada masa itu, tiba-tiba kepalanya sudah ditebas sebelum aku mengayunkan pedangku. Aku yakin ada orang lain yang membunuhnya terlebih dahulu.”

Lalu seorang Ansar datang membawa tawanan bernama al-Abbas bin Abdul Muthallib, al-Abbas berkata, “Demi Allah bukan orang ini yang tadi menawanku, tadi aku di tawan oleh seorang lelaki tinggi yang berwajah tampan dengan menunggang seekor kuda yang gagah. Dan aku tidak pernah melihat dia ditengah-tengah mereka ini.”


Allah SWT menghadiah seekor kuda gagah perkasa kepada Jibrail as untuk menjadi tunggangannya di medan Perang Badar. Kuda ini memiliki kelebihan yang luar biasa berbanding kuda biasa. Dalam peperangan Badar ini, bukan Jibrail as sahaja turut serta malah beribu malaikat lain turut serta berjihad di pihak mukmim. Oleh kerana itu, iblis bergitu gementar melihat kejadian itu.


Dalam Perang Badar ini, Iblis yang menyertai kaum musyrikin dengan menjelma sebagai Suraqah bin Malik bin Jaksyam al-Mudlaji. Dalam perang ini, Suraqah telah mendapati kumpulan para malaikat telah bersama kaum muslimin untuk melawan musuh-musuh mereka. Kaum musyrikin telah cabut lari, dan berpaling tadah, al-Harith bin Hisyam yang memegang orang yang disangka Suraqah telah menendang ke dadanya menyebabkan beliau tersungkur jatuh, kemudian ianya cabut lari, sedang kaum musyrikin melaung: “Ke mana Suraqah? Tidakkah kau mengatakan yang engkau membantu kami dan tidak akan berpisah dari kami?”


Jawab Iblis: “Sebenarnya aku telah melihat sesuatu yang kamu tidak melihatnya, aku takut seksaan Allah yang amat pedih itu, Iblis lari dan mencampak dirinya ke dalam laut”.




Untuk isteri tersayang ............
1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...