Jumaat, 3 Februari 2012

Selasa, 14 Ogos 2007

Petua Pengambilan Pemakanan

Tanggapan yang betul tentang makanan dan kesihatan ialah semakin kurang anda makan, maka semakin sihat tubuh badan anda. Jika anda mengalami sesuatu penyakit, jangan cari apa yang perlu dimakan untuk memulihkan penyakit, tetapi carilah apa yang anda selalu makan sebagai punca penyakit.

Sekarang ini telah banyak kecelaruan terhadap sesuatu nasihat dan anjuran pengambilan makanan. Jika anda berpeluang berkawan dengan mereka yang mendakwa pakar pemakanan, cuba perhatikan diri mereka, mereka sendiri tidak dapat merealisasikan teori yang diperjuangkan. Kadang kala ada di antara mereka kelihatan perutnya buncit, kadang kala ototnya lembik dan kadang kala mukanya berjerawat, ada juga yang jiwanya tertekan. Mereka juga tidak yakin dengan apa yang mereka katakan kerana apabila dihidangkan, mereka akan makan juga apa yang mereka dakwa "tidak boleh makan". Mungkin teori yang diuji secara makmal di luar tubuh manusia (yang turut mengandungi kuasa akal dan roh) menemui teori tertentu mengenai nutrisi, tetapi mengapa dalam kes tertentu pengambilanya tidak mujarab malah mendatangkan kesan sampingan.

Terdapat juga teknik penyediaan makanan yang dianggap mampu menghasilkan nutrien dengan baik, tetapi sebenarnya mendatangkan mudarat seperti memerah limau di atas daging atau minum jika tercekik atau pemekatan sesuatu bahan makanan. Ada juga sesuatu makanan yang sepatutnya dimakan tetapi dilarang, dan yang sepatutnya dihindari, tetapi digalakkan. Contohnya minuman ais sepatutnya perlu diambil dengan kerap dan makan berfiber kasar seperti pisang sepatutnya dielakkan, tetapi sebaliknya pula yang berlaku.

Dalam dunia perubatan klasik (allopathic medicine), apabila wujud sesuatu penyakit, mereka akan membuat kajian terhadap bahan yang terlebih atau terkurang dalam darah. Contohnya pesakit diabitis, didapati kandungan gula dalam darah berlebihan, maka dinasihatkan agar mengurangkan gula. Atau bagi pesakit yang mengalami tekanan darah rendah, mereka dinasihatkan agar mengambil bayam atau kerang. Atau jika seseorang yang mengalami kolestrol tinggi, pesakit akan dinasihatkan untuk memerah limau di atas daging yang ingin dimakan.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa apabila sesuatu penyakit terjadi, didapati pesakit mengalami kekurang sesuatu zat makanan. Tetapi ini bukanlah bermaksud pesakit perlu mengambil dengan banyak makanan yang dianggap memiliki sesuatu zat. Sepatutnya nutrient yang berkurang hendaklah disukat kadar yang kurang serta kadar yang perlu diambil. Namun begitu, pengambilan nutrient semata-mata bukanlah penyelesaian kepada kekurangan neutrean dalam badan kerana jumlah neutrean dipengaruhi oleh faktor kemampuan tubuh untuk memproses, mencerna dan menggunakan nutrient yang diambil. Selagi organ dan sistem tubuh tidak mampu memproses nutrient, pengambilannya hanya akan memburukkan lagi keadaan. Organ akan terbeban, nutrient akan disimpan dalam bentuk asid lemak dan urik asid, batu karang akan terbentuk di buah pinggang dan sebagainya.

Lebih malang lagi bagi sesetengah makanan, walaupun terdapat sesuatu nutrient, namun dalam satu makan yang sama terdapat juga bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh. Contohnya walaupun susu mengandungi banyak kalsium, tetapi susu juga mengandungi banyak protein yang akan membebankan hati dan buah pinggang .

Post ini akan mendedahkan kajian sebenar mengenai petua pemakanan berdasarkan konsep ilmu Colour Vibration Therapy. Kajian ini bukanlah sesuatu yang kontraversi memandangkan terdapat banyak pembuktian terhadap kesan pemulihan dan pengurangan simptom sesuatu penyakit.

Berikut ialah ringkasan pengenai sesuatu nutrient atau makanan serta kesan pengambilannya.

PROTEIN
MakananKesan SementaraKesan Sampingan
Protein tinggi seperti kobis, taugehSakit belakang hilangMata kabur,
Mengambil makanan daging tinggi protein yang banyak seperti daging ayam, kuning telurBadan sasaGatal kulit, kulit sensitif, berjerawat
Protein tinggi daripada soya seperti susu soya, tauhu, tau fu fa, tempe, kicap soya asliCergas sementaraSakit kepala, tekak loya
Protein tinggi daripada susu tinggi protein atau susu awal lembu atau susu IGGPlusBadan sasa, hilang sakit belakang, mengurangkan simtpom kencing manisMata silau, mudah demam secara tiba-tiba, masalah berkaitan buah pinggang, prostat dan masalah kencing
Protein teroksida daripada ikan yang diproses menjadi keropok dan fish ballatau fish cakeTinggi IQTrouma yang sukardilupakan. Prostat terganggu, masalah berkaitan kencing
Protein tepu iaitu protein yang disalut kolestrol seperti makanan yang diperah limau, keropok lekorTinggi IQStrok, koma, sebu atau angin, prostat terganggu, masalah berkaitan kencing
Semua makanan tinggi protein akan menyebabkan seseorang diserang demam secara tiba-tiba, seperti demam urat, demam panas, demam denggi dan sebagainya. Kesan terhadap kanak-kanak ialah masalah kekurangan EQ dengan tanda seperti degil, keras kepala lurus bendul, belajar dengan keputusan kecemerlangan yang tidak seimbang contohnya keputusan peperiksaan seperti 3A, 1 B, 1C untuk UPSR atau 5A, 2B, 2C untuk PMR. Tidak sepatutnya keputusan C untuk pelajar yang bijak dan tinggi EQ nya.
MAKANAN TAMBAHAN
MakananKesan SementaraKesan Sampingan
Makanan tinggi zat seperti spirulina dan multivitaminMenghilangkan simptom kencing manis. Memberi kecergasa sementara. Mencegah jangkitan penyakit (tidak dapat dibuktikan secara saintifik)Gangguan spiritual, kelesuan, kesan seperti urik asid, kesan seperti makanan tinggi protein
VitaminCMencegah jangkitanpenyakit (tidak dapat dibuktikan secara saintifik)Usus berdarah, melemahkan buah pinggang akibat batu karang
LOGAM BERAT
MakananKesan SementaraKesan Sampingan
Logam berat daripada bayam, mengkudu, kerang, hati
Pelupa, tekanan darahtinggi
Logam berat atau makanan berat zat seperti herba yang dipekatkan atau kopi campuran herba
Pelupa, keliru, mudah mengantuk, tekanan darah tinggi
Logamberat daripada kulit ikan yang ciri-cirinya licin danhitam seperti ikan keli, dan semua bahagian kepala ikan (walaupun ikantersebut kulitnya kasar dan cerah)
Pelupa, keliru
Logam berat jugaboleh didapati daripada bahan kimia seperti cat, peluntur, cat anti melekat di kuali atau periuk. Dalam bentuk air, ia boleh didapati di dalam air bertakung yang terjemur di bawah cahaya matahari dan sumber air tidak mengalir. Antara contohnya ialah air yang telah lama disimpan, air telaga yang disekitarnya tercemar dan sungai yang dicemari bahan buangan industri
URIK ASID
MakananKesan SementaraKesan Sampingan
Urik asid daripada makanan berwarna kuning dan masam seperti buah yang telah lama dipetik, jeruk, cuka, makanan yang diperam.
Gout, sendi tulang, kencing manis
Urik asid daripada yis yang digunakan untuk menghasilkan roti dan donat.
Gout, perasaan tertekan
Urik asid daripada daging ayam bandar terutama bahagian kulitnya.
Gout, sendi tulang
Urik asid daripada kopi dan teh yang diambil berlebihan
Gout, sendi tulang, tekanan perasaan, kekeliruan
Minuman bergas dan minuman berjenama Nescefe
Gout, jantung, berdebar,sendi tulang, perasaan tertekan
Semua protein, kolestrol tepu, perasa, perawana dan pengoksidaan makanan akan menghasilkan urik asid
KOLESTROL TEPU
MakananKesan SementaraKesan Sampingan
Kolestrol tepu seperti sotong, udang, ketam, kerang, siput, perut, hati, serangga seperti belalang atau protein seranggaKekenyanganBuah pinggang lemah, masalah kencing, prostat, antibodi lemah, resdung, alergi
Kolestrol daripada minyak masak berasaskan tumbuhan seperti minyak soya, minyak kelapa sawit, minyak jagung (kecuali minyak bunga matahari, minyak kelapa dan minyak zaitun)
Jantung, mata kabur, tekanan darah tinggi
Kolestrol daripada daging lembu terutama daging berger dan diproses hingga teroksida seperti bakso
Strok, koma, tekanan darah tinggi
Semua kolestrol adalah ikatan protein dengan hidrogen. Kolesrol tepu ialah ikatan yang dicantumkan dengan asid amino seperti vitamin C. Kesan kolesrtol tepu juga menya mai dengan kesan pengambilan protein
TUMBUHAN MISTERI
MakananKesan SementaraKesan Sampingan
Tumbuhan pengurai (atau pengguna ketiga dalam rantaianmakanan) seperti cendawan atau kulat contohn ya seperti lingzhi ataugano atau pelbagai cendawan atau kulat yang dijadikan sayurMengurangkan aktiviti kanser, cergas sementaraKelesuan yang amat sangat kerana tenaga diserap
KIMIA DALAM MAKANAN
MakananKesan SementaraKesan Sampingan
Makananyang diletakkan perasa monosodiom glitumat MSG seperti makanan ringan dan makanan segera
Kesan seperti urik asid, kesan seperti protein tinggi dan kolestrol tepu
Makanan yang diletakkan perasa pedas
Usus berdarah
Makanan yang diletakkan perwarna seperti sirap dan mee kuning
Masalah buah pinggang, masalah kencing, masalah kelenjar prostat
Makanan yang diletakkan penahan seperti buah mata kucing, buah longan
Alergi, masalah penyakit kulit, kesan seperti urik asid
Makan yang dihasilkan secara kimia seperti kopi berjenama Nescafe
Gout, kesan seperti urik asid, tekana perasaan
BUNGKUSAN BERTOKSIK /BERADIASI
MakananKesan SementaraKesan_Sampingan
Makanan yang dibungkuskan di dalam bekas bertoksik seperti polisterin dan botol plastik air mineral
Cirit-birit, gangguan hormon terutama kelenjar pitutari
Minuman yang dibungkuskan di dalam tetra pak seperti minuman kotak tarutama susu kotak kerana bungkusan boleh ditembusi bakteria
Cirit-birit
Makanan dalam tin yang distrilkan dengan radioaktif seperti sardin, laici atau buah dalam tin
Kereputan tulang, gangguan saraf, kesan seperti urik asid
NARKOTIK
MakananKesan SementaraKesan Sampingan
Makanandan minuman berkoko seperti susu perasa coklat atau susu berkoko (milo, vico) kek coklat, coklat barCergas, melegakan tekanan perasaanKetagihan, kelenjar tiroid terganggu, dahaga, hilang selera makan, peluh berlebihan, kehilangan banyak mineral seperti pottasiom melalui peluh, sembelit
Semua minuman kopi yang berkefen dan minuman berjenama NescefeCergas, tidak mengantukKetagihan, kesan seperti urik asid, kesan seperti makanan tinggi protein, tekanan perasaan, sembelit, buasir atau masalah usus


go Kurangkan Herba


Sepatutnya herba diambil atas nasihat pengamal profesional yang arif mengenai herba. Herba tidak sepatutnya dijual secara terbuka di pasaran tanpa preskripsi. Herba yang disediakan dalam bentuk minuman dan makanan kesihatan tidak mendapat sebarang masalah dari segi kelulusan Kementerian Kesihatan dan tidak tertakluk di bawah Biro Kawalan Farmasutikal Kebangsaan. Oleh itu, pengeluaran herba dalam bentuk makanan atau minuman kesihatan banyak dilambakkan di pasaran.

Kawal pengambilan kopi campuran herba

Kini herba dipasarkan dalam bentuk minuman kesihatan. Contoh yang paling banyak ialah kopi herba seperti kopi tongkat ali, kopi lingzhi, kopi gano, kopi mengkudu, kopi kacip fatimah, kopi manjakani dan sebagainya yang dipasarkan dengan pelbagai nama sama ada dicampurkan pelbagai herba atau hanya sesuatu herba sahaja. Walaupun benar dakwaan terhadap terapeutik dalam sesuatu minuman tersebut, namun ia hendaklah diambil mengikut keperluan. Jarakkan tempoh masa pengambilan lebih kurang seminggu sekali dan hanya secawan sekali minum. Jika anda memiliki kemahiran menjalankan diagnosis Applied Kinesiology, sila gunakan kaedah tersebut untuk menguji sama ada anda sesuai mengambil minuman tersebut pada ketika itu atau tidak. Tetapi sekali anda tidak boleh mengambilnya, bukan bermaksud anda tidak boleh mengambilnya buat selamanya, ujilah lagi untuk waktu yang lain pula.

Walaupun minuman kopi yang dicampurkan dengan tongkat ali baik untuk kesihatan dan darah, tetapi pengambilan yang berlebihan terutama kesan daripada kopi yang diambil, ia akan mengakibatkan kadar urik asid tinggi hingga boleh menimbulkan simptom seperti gout, pedih perut, perasaan tertekan, kekeliruan, cepat mengantuk atau mengantuk ketika memandu.

Tongkat Ali atau nama saintifiknya Eurycoma Longifolia Jack

Sebenarnya daripada keseluruhan akar tongkat ali, hanya 20% daripada bahagiannya sahaja yang mempunyai bahan khas untuk kesihatan dan kekuatan lelaki. Tongkat ali akan menjadi betul-betul mujarab tanpa kesan sampingan sekiranya 20% bahagian tersebut dikenalpasti dan diekstrak untuk dijadikan ramuan perubatan tongkat ali.

Bahagian yang lain mempunyai bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh malah mendatangkan kesan sampingan jika diekstrak keseluruhan bahagian akar tongkat ali tersebut. Antaranya ialah bagian akar rerambut, ia mengandugi banyak logam berat seperti fenol, tanin dan polisakarida. Logam berat boleh mengganggu saraf otak di bahagian Medulla Ablongata (NW8) yang boleh menyebabkan kekeliruan.

Terdapat juga beberapa bahan steroid di dalam ekstrak tongkat ali seperti Tanin dan Sildenafil. Sildenafil dalam kuantiti yang sedikit akan memberikan ketenangan dan merangsang Hormon Testosteron. Sildenafil yang diambil berlebihan boleh menyebabkan suhu badan tidak terkawal, mempercepatkan gerakkan jantung. Pengambilan sildenafil berlebihan akan menyebabkan kesan seperti pening kepala seperti migrain dan mata pedih seperti hendak tersembul hingga boleh menyebabkan buta (akibat kerosakan saraf mata) dan mematikan aktiviti otak sehingga mengakibatkan maut.

Hindari pengambilan mengkudu

Terdapat beberapa herba yang tidak sesuai sama sekali diambil tidak kira walau apa keadan sekali pun ialah mengkudu. Walaupun ia mempunyai antipengoksidan, namun ia mempunyai logam berat yang amat tinggi. Logam berat boleh mengganggu Kelenjar Pitutary (NW2). Campurannya dengan kopi menjadikan logam berat tersebut terlampau aktif dan berasid tinggi. Antara kesan yang biasa terjadi kepada mereka yang mengamalkan meminum kopi yang dicampurkan dengan mengkudu ialah keliru [kesan urik asid yang membebankan Pankreas (NW15) yang mengganggu Medulla Ablongata (NW8)], pelupa dan hilang ingatan sementara [kesan logam berat yang mengganggu Kelenjar Pitutary (NW2)]. Dalam tempoh jangka panjang, ia akan menyebabkan tulang tidak mampu memendam urik asid dan boleh menyebabkan masalah Tulang (NW20) seperti sakit sendi.

Hindari pengambilan cendawan


Simbiosis manusia dengan tumbuhan hedaklah dalam bentuk yang saling seimbang sifatnya. Tumbuhan yang mempertenagakan ialah tumbuhan yang sifatnya memberi tenaga. Keadaan sesuatu sifat tumbuhan mempengaruhi sifat DNA dan RNA tubuh.

Semua tumbuhan berbunga adalah Primary Consumer (atau juga disebut tumbuhan pengeluar) yang berperanan memproses tenaga matahari menjadi tenaga. Manakala tumbuhan tidak berbunga (daripada kumpulan kulat, lumut, alga, paku pakis) adalah tumbuhan bukan pengeluar sebaliknya pengguna secara parasit dan juga pengurai (Third Consumer / Pengguna Ketiga dalam rantaian makanan). Dalam rantaian makanan, manusia ialah pengguna kedua dan kulat serta cendawan ialah pengguna ketiga.

Hukum Tenaga menyatakan bahawa tenaga tidak boleh dimusnahkan tetapi ia boleh diubah dari satu bentuk ke satu bentuk yang lain. Tenaga dalam rantaian makanan akan mengalir dari pengguna pertama ke pengguna kedua dan berakhir ke pengguna ketiga. Sekiranya manusia mengambil cendawan atau kulat sebagai makanan, bermaksud manusia meletakkan pengguna ketiga di dalam tubuh pengguna kedua. Dalam bahasa yang lebih mudah, tenaga daripada tubuh akan diserap oleh bahan daripada cendawan atau kulat.

Kulat atau cendawan yang biasa berada dalam pasaran ialah seperti Ganoderma atau lebih polular dengan nama Lingzhi. Lingzhi mengandungi bahan yang hanya terdapat di dalam batu arang iaitu Germanium. Memandangkan germanium ini berasal dari benda hidup, ia dipanggil Germanium Organic. Meletakkan germanium di dalam tubuh umpama meletakkan bahan api yang akan menggunakan tenaga di persekitarannya. Selain itu lingzhi juga mengandungi ergosterol, coumarin, manitol, fungal lysozyme, protease acid, protein yang larut dalam air, amino acid, polipeptidase, natrium, kalsium, seng, kobalt, dan mangan yang hampir kesemuanya merupakan logam berat.

Kesan pertama pengambilan lingzhi ialah tenaga dalam bentuk lemak dan urik asid akan diserap keluar. Pengguna akan rasa sedikit kesegaran kerana mendapat sedikit tenaga akibat pembakaran lemak serta penurunan berat badan juga akan berlaku. Sekiranya terdapat kanser atau ketumbuhan, lingzhi akan menyerap tenaga kanser sehingga kanser boleh mengecut dan pulih. Tetapi pengambilan yang berterusan tanpa pengawasan dan nasihat daripada pengamal perubatan complimentary profesional, lingzhi akan menyerap nutrien tubuh serta tenaga di dalam sel. Tetika itu, mereka yang kerap mengambil lingzhi akan kelesuan pada waktu malam atau setelah bekerja. Kemudian setiap kali mengimbil lingzhi, tubuh akan merasa cergas untuk tempoh tidak melebihi 30 minit.

Selain lingzhi, sayuran cendawan dan kulat juga adalah katagori yang sama iaitu pengguna ketiga yang menyerap tenaga tubuh. Cendawan dalam bentuk herba campuran kopi atau ditumis sebagai hidangan bersama nasi hendaklah dihindari.

Selain sifatnya yang menyerap tenaga, ia tumbuh subuh di tempat bertekanan rendah iaitu di kawasan reputan yang udaranya mengandungi ion berproton tinggi dalam kelembapan tanpa peredaran udara dan di tempat yang redup atau malap. Sifat unik ini menyamai dengan sifat gelombang jarak jauh iaitu di luar spektrum warna dan gelombang tubuh manusia (tubuh manusia antara 0 nanometer ke 800 nanometer). Hukum Keseimbangan menyatakan, keseimbangan penglihatan manusia adalah sama dengan gelombang yang terdapat dalam tubuh. Sekiranya seseorang itu sering terlihat cendawan, bermaksud gelombang dirinya amat rendah (gelombang jarak jauh) dan dirinya perpenyakit terutama penyakit saraf dan juga berkaitan dengan gangguan spiritual.

Hindari slimming menggunakan chitosan

Chitosan bertindak dengan cara menggumpalkan protein. Pada peringkat pertama, chitosan akan menggumpalkan protein yang berlebihan dalam darah dan juga disepanjang saluran penghadaman. Tetapi pada peringkat kedua, chitosan akan menggumpaklan protein yang diperlukan oleh tubuh.

Pada peringkat awal pengambilan chitosan, seseorang akan merasa banyak mengeluarkan peluh dan tubuh rasa bertenaga. Pada peringkat di mana anda tidak lagi berpeluh setelah beterusan mengambil chitosan, ketika itu chitosan telah mula menguraikan protein dan anda akan kehilangan banyak tenaga. Sekiranya tekanan darah rendah, mereka yang mengambil chitosan berlebihan akan mudah pengsan.

Sebagai panduan, bagi mereka yang menggunakan produk slimming yang bercampur dengan Chitosan, hentikan pengambilannya jika anda tidak lagi mengeluarkan peluh.

Panduan Pengambilan Herba


Herba yang terbaik ialah herba yang telah diperhaluskan dan telah dicairkan. Herba yang pekat yang direbus berulang kali hendaklah dihindari.


Herba atau produk berasaskan tumbuhan yang terbaik hendaklah diekstrak melalui cool compressed (tekanan sejuk) dan bukan melalui rebusan atau pemanasan.


Cara pengambilan herba hendaklah dengan dos yang bersesuaian dengan keperluan kesihatan yang telah didiagnos oleh pengamal profesional complimentary.


Herba boleh dipertenagakan dan herba jenis ini paling cepat kemujarabannya, paling kurang kesan sampingan dan selamat di ambil dalam dos yang berlebihan (kerana tenaga daripada herba itu sendiri akan menyingkirkan dirinya sendiri jika tidak diperlukan)


Jangan ambil herba sebagai langkah pencegahan penyakit atau ketika sedang sihat, ambil ketika tahap kesihatan memerlukan sahaja.

go Kurangkan Food Supliment

Di negara maju seperti US (United States), kebanyakkan makanan tambahan seperti Vitamin C, Spirulina dan susu tinggi protein telah diharamkan (sila rujuk JAMA the Journal of the American Medical Association). Namum pengeluarannya masih diteruskan dan dilambakkan ke negara ketiga seperti Malaysia dan dijual dalam bentuk jualan jangsung. Pernah satu ketika dalam tahun 1994 syarikat susu Fernleaf mengeluarkan susu tinggi protein yang digelar "susu awal lembu", kemudian menarik balik stok tersebut daripada pasaran pada tahun 1997. Jika makanan tersebut didakwa sebagai sumber nutrient "terhebat" di negara ini, di negara pengeluar itu sendiri iaitu Amarica, makanan seperti ini tidak dihiraukan atau mereka senyap daripada membincangkan perkara ini.

Vitamin C



Semua makanan yang kita ambil seharian yang terdiri daripada buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai banyak Vitamin C. Vitamin C sukar wujud dalam keadaan yang tulen melainkan dalam bentuk yang telah teroksida. Setakat ini hanya sebuah syarikat pharmaceutical bernama Phizer sahaja yang mempunyai teknologi menyediakan Vitamin C dalam bentuk tulen.


Walaupun Vitamin C mempunyai banyak asid folik, tetapi sekiranya ia wujud dalam bentuk yang banyak dalam keadaan teroksida, ia akan membentuk urik asid. Vitamin C yang banyak dalam darah akan membentuk kristal gout yang berupa seperti kon yang tajam. Ia boleh terbentuk di tapak kaki, buah pinggang dan usus besar. Pengambilan Vitamin C beserta makanan berkalori tinggi seperti kari dan cili akan menyebabkan berak berdarah. Pengambilan Vitamin C beserta makanan berprotein tinggi seperti keropok lekor, soya dan kobis boleh menyebabkan kencing berdarah.


Vitamin C apabila bertembung dengan protein, Vitamin C akan meyelaputi pretein. Protein yang diselaputi protein membentuk sejenis kolestrol yang tepu dan tidak boleh dihadam. Protein jenis ini akan menyebabkan saluran kapilari yang halus tersumbat. Jika berlaku penyumbatan saluran darah di otak, ia boleh menyebabkan simptom seperti strok.


Sumber Vitamin C yang baik, tidak teroksida dan mudah bersenyawa dengan DNA dan RNA sel ialah daripada daging kambing. Mereka yang mengamalkan memakan daging kambing akan memiliki kulit yang cerah, gebu, sihat dan cantik. Maklumat lanjut mengenai daging kambing, sila rujuk post dalam blog ini bertajuk Terapi Kambing.

Spirulina
Spirulina diperkenalkan di Malaysia dengan dakwaan bahawa ini adalah makanan tambahan angkasawan di America. Memang tidak dapat dinafikan bahaya satu ketika dahulu spirulina telah dipilih menjadi makanan tambahan untuk angkasawan. Tetapi ia telah diharamkan penggunaanya di America sejak tahun 2003.

Spirulina ialah makanan yang mempunyai paling banyak mineral dan nutrient di dalamnya. Hampir semua jenis protein terdapat di dalam spirulina dan mineral yang terdapat di dalamnya termasuk juga mineral berat yang boleh menjejaskan saraf gan mengganggu hormon.

Mereka yang mengalamalkan memakan spirulina akan mengalami masalah gangguan Kelenjar Pineal (NW1), gangguan pusat kawalan hormon iaitu Kelenjar Pitutary (NW2), sistem limpatik (NW12) serta membebankan darah (NW18). Apabila saraf terjesas, hormon terganggu, sistem limpatik dan sistem darah lemah, ia boleh mewujudkan fenomena penyakit misteri seperti halusinasi, kelesuan, atau pelbagai penyakit spiritual yang didakwa sebagai santau, saka dan sihir. Kesan gangguan terhadap sistem hormon boleh menyebabkan mereka yang mengambil spirulina mudah menjadi panas baran atau cepat marah. Pengumpulan zat atau nutrient yang terlalu tinggi, akan meyebabkan ia tersimpan sebagai asid lemak dan urik asid. Kandungan urik asid di dalam darah yang tinggi akan menyebabkan Pankreas (NW15) terbeban selain boleh menyebabkan mudah tension atau depression atau tekanan perasaan akibat gangguan daripada organ Medulla Ablongata (NW8). Antara kesan lain akibat daripada masalah urik asid ialah gout.

Kandungan protein salam spirulina yang tinggi akan menjadikan beberapa organ dalaman seperti Pankreas (NW15) dan Perut (NW12) mendapat tenaga yang mencukupi pada peringkat awal. Seseorang yang mengambil spirulina pada peringkat awal akan merasa cergas, otot pejal dan hilang sakit belakang. Tetapi mengambilan yang berterusan akan menyebabkan Buah Pinggang (NW13) terbeban dengan protein yang tinggi. Akhirnya mereka yang mengambil spirulina secara berterusan akan menghadapi simptom yang berkaitan dengan buah pinggang seperti beberapa masalah kencing sepeti kencing tidak lawas, tidak tahan hendak terkencing, kencing malam (ketika sedang tidur), kerap kencing tetapi sedikit air kencing yang keluar sedikit dan pada peringkat yang kronik, pengambilan spirulina serta meno makanan yang mengandungi banyak protein akan menyebabkan kencing bercampur dengan berdarah.

Susu Tinggi Protein
Susu ini dinamakan dengam pelbagai nama sama ada IGG Plus, Kolestrom, Susu Awal Lembu dan sebagainya. Ciri-ciri susu ini ialah ia mengandungi protein pada jumlah melebihi 1,500 mg bagi setiap segelas hidangan. Susu untuk makanan tambahan atlit atau ahli sukan pula adalah antara 2,000 mg hingga 10,000 mg.

Susu Awal Lembu ialah nama yang digunakan oleh syarikat Fernleaf ketika ia pernah dipasarkan dalam pasaran terbuka satu ketika dahulu. Susu IGG Plus atau Kolestrom banyak dijual dalam bentuk jualan langsung manakala susu makanan tambahan atlit atau ahli sukan banyak dijual di farmasi atau kedai khas untuk ahli sukan. Bezanya ialah Susu IGG atau Kolestom mengandungi protein rambang manakala susu makanan tambahan atlit mengandungi protein khusus.

Antara kesan daripada pengambilan susu tinggi protein ialah:-

Mata silau dengan cahaya (akibat hati [NW12] terjejas)



Kerap buang air kecil (akibat prostat [NW13] terjejas)



Dalam tempoh jangka panjang, pengambilan susu tinggi protein akan meningkatkan kadar urik asid dan melemah sistem immune dan seseorang itu berisiko menghidap demam dan mudah dijangkiti penyakit berjangkit seperti Denggi, taun dan selsema.


goKurangkan Protein

Protein kata dasarnya protos dalam bahasa Yunani bermaksud "Perdana". Protein mempunyai banyak pecahan mengikut jenis ikatannya (hidrogen, karbon, nitrogen, oksogen dan terdapat juga sulfur dan fosforus). Setiap jenis ikatan protein ini berbeza berdasarkan sumber yang berbeza antaranya protein tumbuhan seperti soya, kobis dan taugeh. Protein haiwan daripada ikan, ayam dan daging. Protein yang telah membentuk kolestrol seperti minyak kelapa sawit, minyak kacang soya dan minyak jagung. Protein yang membentuk alhokol yang dijadikan minuman keras. Protein yang membentuk kolestrol tepu seperti sotong, udang, ketam, kerang, siput, organ dalaman haiwan seperti perut atau usus, hati dan limpa. Di dalam tubuh pula, karbohidrat yang berlebihan apabila bertemu dengan air (unsur hidrogen) akan disimpan dalam bentuk lemak protein yang menunggu masa untuk diurai (penghidogenan) menjadi protein tenaga.

Tumbuhan yang mengandungi banyak protein boleh dikenalpasti melalui ciri-ciri seperti berikut:

Tidak mendapat dedahan cahaya matahari yang mencukupi.


Fizikal yang keras dan kenyal (akibat daripada pembinaan protein).


Turut mengandungi karbohidrat (rasanya agak manis dimakan mentah).


Kekurangan klorofil (kurang warna hijau, biasanya berwarna putih).


Mudah busuk atau rosak atau tidak boleh disimpan lama (disebabkan protein amat disukai oleh bakteria).

Tumbuhan yang sepatutnya dimakan oleh manusia ialah tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri pengeluar iaitu tumbuhan yang mampu memproses makan sendiri dan menukarkan cahaya matahari kepada tenaga. Tumbuhan yang boleh membuat makanan sendiri ialah tumbuhan yang terdedah daunnya terhadap pancaran cahaya matahari dan memiliki klorofil. Oleh itu tumbuhan ini sepatutnya mempunyai daun hijau. Tumbuhan yang tidak memiki klorofil akan kelihatan putih atau gelap kemerahan. Akibat tidak mampu membuat makanan sendiri, tumbuhan ini akan membina dan menyerap protein untuk menguatkan strukturnya hingga ia kelihatan keras dan kenyal. Tumbuhan ini juga boleh menghasilkan karborhidrat untuk kegunaannya sendiri.

Contoh tumbuhan yang mempunyai kandungan protein tinggi ialah kobis, taugeh dan soya. Selain tumbuhan, protein juga banyak di dapati dalam susu terutama susu awal lembu atau susu lembu yang diambil ketika dalam tempoh sebulan setelah lembu melahirkan anak. Kuning telur juga mengandungi banyak protein.

Kesemua pecahan ini akan diproses oleh Hati (NW12). Protein yang berlebihan dalam darah yang tidak digunakan sebagai tenaga akan dinyahkan oleh Buah Pinggang (NW13). Sekiranya seseorang mengambil terlalu banyak makanan berprotein, makan dah buah pinggang akan menjadi lemah terjejas fungsinya.

Di negara maju, susu tinggi protein telah diharamkan penjualannya dan kini ia dilambakkan di negara ketiga dalam bentuk jualan langsung.

Protein akan secara serta merta menjejaskan hati dan buah pinggang hingga menimbulkan simptom major seperti berikut:-

Melemahkan EQ.



Kekaburan mata dan mata bersilau.



Melemahkan buah pinggang dan gangguan kencing.


Pusat tenaga EQ (Emotional Quotient) terletak pada Hati (NW12). Hati berperanan memproses protein. Sekiranya terdapat protein berlebihan di dalam tubuh, hati akan terbeban. Akibatnya daya kekuatan EQ akan lemah. Kelemahan EQ menjadikan seseorang mudah lurus bendul, tidak kreatif atau telalu keras kepala. Walaupun dari segi pelajaran, mereka boleh menghafal dengan baik, tetapi kefahamnya terhadap pejaran amatlah lemah.

Mata amat berkait rapat dengan Hati (NW12) dalam hubungan sympathetic. Kekuatan iris mata dan kawalan tahap pembukaan dan penutupannya bergantung kepada tenaga dari Hati. Jika Hati terbeban dengan protein tinggi, mata akan menjadi silau dengan cahaya terang. Mata akan kelihatan seoalah-olah hendak terpejam kerana tidak mampu menerima cahaya yang banyak.

Hubungan sympathetic yang rapat antara mata dengan hati juga dapat dilihat daripada penyakit jaundis dan hepatetis. Simptom tersebut dapat dikesan daripada tanda mata kelihatan kekuningan. Selain itu, hati juga berfungsi memproses kolestrol. Kandungan kolestrol yang tinggi menyebabkan kekenyalan kanta mata berkurang. Akibatnya mata menjadi kabur atau rabun jauh atau rabun dekat.

Protein yang berlebihan dalam darah akan diproses untuk penyingkiran dan penyusunan nutrient di bahagian Buah Pinggang (NW13). Jika kandungan protein tinggi dalam darah.

Sekiranya anda dapat menghentikan
pengambilan protein yang tinggi,
maka 80% daripada penyakit anda
dapat dirawat secara semula jadi!

goAwasi Logam Berat

Logam ialah ialah meneral yang amat mudah bertindak balas dengan persekitaran. Salah satu kesan tindak balas ialah pengoksidan. Mineral yang teroksida digelar mineral berat.

Mineral amat diperlukan oleh sesuatu kelenjar untuk menghasilkan enzim. Kelenjar akan menyerap mineral, memproses dan menghasilkan enzim. Sekiranya terdapat mineral berat terserap, kelenjar akan terbeban. Bebanan ini adalah punca kepada kegagalan kelenjar untuk berfungsi dengan baik atau menyebabkan rembezan hormon tidak sempurna.

Setiap hormon memainkan peranan tertentu. Gangguan hormon pada tubuh badan akan menyebabkan banyak masalah kesihatan. Berikut ialah kesan gangguan yang dikaitkan dengan peranan sesuatu kelenjar yang menghasilkan sesuatu hormon.

Organ/ KelenjarSimptom kekurangan hormon / enzim
Pineal(NW1)Lemah tenaga, lemah semangat, tiada mood, temenung, hilang keyakinan diri, halusinasi. Antara tandanya ialah bulu roma mudah meremang
Pitutary(NW2)Lemah ingatan, pelupa, nyanyuk, ketuaan, pesakit epilepsi(sawan) diserang hilang ingatan. Antara tandanya ialah lupa atau mudah hilang barang yang baru diletakkan
Tyriod(NW9)Selalu mudah kehausan tekak atau dahaga. Selera makan berkurang, kurnag stamina ketika bersenam. Serangan kesakitan bagi pesakit goiter (beguk)
Hati(NW12)Hilang selera makan, serangan atau kemudaratan bagi pesakit G6PD, telesemia dan amenia atau penyakit yang berkaitan hormon dalam darah, senak perut selepas makan, tidak merasa kenyang ketika makan atau makan melampaui batas hingga kembung perut dan tidak mampu bangun dari tempat makan.
Perut(NW12)Lapar keterlaluan, obesiti, kegemukkan atau terlalu kurus kerana protein tidak dapat dicernakan secara semulajadi.
Limpa(NW12)Bengkak atau sakit seperti simptom gout di bahagian lutut, urat bengkak, sakit di lengan dan bawah ketiak, sakit di bahagianpangkal peha
Hempedu(NW14)Kulit kasar, batu hempedu. Antara tandanya ialah sakit atau senak ketika makan, pemarah atau panas baran, najis pucat atau seperti lumpur
Adrenal(NW13)Lemah seksual, cepat klimaks atau tidak dapat klimaks, tidak sensitif atau gangguan kepekaan. Masalah prostat yang berkaitan dengan masalah kencing seperti kerap kencing, air kencing sedikit, tidak tahan ingin buang air kecil. Antara tandanya apabila dicucuk pinggang, tidak terperanjat atau geli.
Pankreas(NW15)Diabetis (kencing manis), urik asid tinggi dalam darah, mata kabur. Pesakit diabetis pengsan.
Ovari/ Testis (NW16)Lelaki lembut atau perempuan kasar, kemurungan, kemandulan


Sumber mineral berat ialah seperti berikut:-

Kulit ikan yang licin, halus dan berwarna gelap



Bahagian kepala semua jenis ikan.



Tumbuhan yang akarnya menjalar atau akar serabut seperti bayam dan kobis



Cat atau lapisan tahan melekit pada kuali atau periuk



Air bertakung yang disempan lama atau terdedah kepada cahaya matahari



Air telaga



Air sungai yang dicemari sisa perindustrian



goKurangkan Air

Kandungan air dalam tubuh badan manusia ialah kira-kira 69.8%. Namun dakwaan menyatakan kita memerlukan air sebanyak 7 gelas atau 1,500ml air sehari adalah tidak benar. Hakikat sebenarnya ialah kita hanya memerlukan 300 ml air sahaja sehari. Jumlah tersebut ialah kira-kira 1 1/2 gelas sahaja.

Sebenarnya setiap kali kita mengambil segelas air sekali gus, hanya 1/7 sahaja (atau kira-kira 43 ml) daripadanya yang akan diserap oleh tubuh. Untuk mendapatkan 300 ml sehari, kita terpaksa mengambil 7 gelas air sehari.

Dengan adap minum yang betul, kita tidak perlu memaksa diri mengambil terlalu banyak air untuk keperluan seharian. Bukannya mudah untuk mengambil air yang terlalu banyak (1,500ml) sehari dan jika boleh, ia tidak dapat dilakukan setiap hari. Malah pengambilan air yang berlebihan ia boleh mendatangkan kesan sampingan pula.

Antara kesan pengambilan air yang berlebihan ialah:-

Mengganggu proses penghadaman hasil tindak balas enzim dan hormon yang cair. Penghadaman memerlukan keadaan suhu yang panas di dalam perut dan kering. Kebasahan akan mengganggu proses penghadaman dan menurunkan suhu di dalam perut. Makanan yang tidak dihadam tidak akan membentuk tenaga sebaliknya akan dinyahtinjakan atau ditukar kepada asid lemak.


Pengaliran banyak mineral keluar melalui perkumuhan seperti perpeluhan yang berlebihan, pembuangan air kecil dan penghembusan nafas.

Pembentukan banyak asid lemak hasil tindak balas hidrogen dalam air dan karbon dalam karbohidrat. Mengambil nasi yang disulami dengan air akan menyebabkan pembentukan asid lemak cepat berlaku.


Pengambilan 1,500ml air dalam tempoh 3 jam boleh menyebabkan air itu dimuntahkan semula.


Pengambilan air yang banyak sedangkan ia tidak boleh serap atau dihadamkan akan menyebabkan darah menjadi cair. Antara tanda darah cair ialah rasa pening kepala.


Untuk mengatasi masalah terpaksa mengambil air berlebihan yang mengakibatkan kesan sampingan, berikut ialah adap pengambilan air yang sepatutunya dimalkan:-

Tubuh hanya mampu menyerap air dengan berkesan sekiranya minuman diambil sedikit demi sedikit. Oleh itu, minum seteguk demi seteguk, jangan minum sekali gus air di dalam cawan / gelas. Dengan cara ini hampir keseluruhan air yang diminum akan diserap oleh tubuh.

Makanan yang di makan akan diproses melalui proses pencernaan oleh enzim-enzim tertentu. Proses ini berjalan lancar sekiranya enzim tersebut berada dalam kepekatan yang sesuai. Kepekatan ini akan terganggu jika wujud kehadiran terlalu banyak air. Tunggu kira-kira 10 ke 30 minit selepas makan untuk mengambil air. Jika tercekek, suap lagi makanan dan kunyah kemudian terus telan bersama dengan makan yang tercekek. Untuk mengelakkan rasat tercekek atau makanan melekat di kerongkong, jilat dahulu garam sebelum makan.

Proses pengangkutan makan dari mulut ke dalam perut melalui esofagos dipanggil peristalsis. Peristalsis ialah proses pengembangan dan menguncupan otot esofagos untuk menolak dan membawa makan dari mulut ke perut. Proses ini juga berlaku dibahagian usus dan beberapa saluran lain dalam tubuh cuma ia lebih ketara di bahagian esofagos. Apabila peristalsis berlaku, tenaga yang besar diperlukan. Sekiranya perses peristalsis berlaku dengan banyak dan serentak, esofagos akan menjadi lemah. Untuk mengatasi masalah ini, jangan telan air dalam tegukan yang besar dan jangan meneguk secara berturut-turut tanpa henti. Teguklah perlahan-lahan dalam secara seteguk demi seteguk dan dengan tegukan yang kecil.

Semasa sedang kepenatan dan kahausan, paru-paru akan menarik nafas dengan kencang dan ruang trakea yang berselari dengan esofagus memerlukan ruang yang lebih luas. Jika kita minum air ketika terlalu haus, ia akan menyebabkan gangguan pernafasan atau tercekek ketika minum. Oleh itu, elakkan minum ketika terlalu haus atau terlalu dahaga. Jika terpaksa, minumlah dengan tegukkan yang kecil atau dengan cara melalukan air di atas lidah. Sebaiknya jilatlah gula atau mengambil secubit manisan sebelum minum.

goKurangkan Fiber

Fiber bukanlah nutrient. Fiber akan memberi rangsangan kepada sel otot untuk bergerak dengan aktif dan bertenaga. Oleh itu fiber akan membatu melancarkan segara sistem dalam tubuh yang memerlukan pergerakan. Antara bahagian yang mendapat manfaat besar daripada kehadiran fiber ialah usus besar, saluran darah, jantung daluran urinari otot motor dan sebagainya.

Fiber pada jumlah yang sedikit dan terkawal akan membatu fungsi otot seperti normal. Tetapi dalam jumlah yang banyak fiber akan menjadikan otot berfungsi dalam keadaan yang berlebihan. Otot yang bekerja secara berlebihan akan menjadikannya panas dan aktivitinya akan terhenti secara tiba-tiba.

Sebagai contoh pertama, pengambilan pisang (yang didalamnya mengandungi fiber) dalan jumlah yang banyak akan menyebabkan seseorang mudah membuang air besar dengan lancar pada keesokan harinya. Kemudian pada hari seterusnya, mereka akan mengalami masalah sembelit atau sukar untuk membuang air besar.

Pengambilan fiber bagi seorang atlit akan menjadikan mereka amat lincah dan tangkas ketika bersukan atau beraksi. Tetapi pengambilan yang terlalu banyak dan aktiviti sukan dilakukan pada waktu tengah hari atau panas, atlit tersebut boleh mengalami kejutan isyarat motor yang menyebabkan kekejangan di otot atau "sudden death" (mati mengejut) ketika beraksi.
Walaupun fiber mendatangkan kemudaratan kepada kita, tetapi fiber masih tetap diperlukan. Sebenarnya terdapat dua jenis fiber iaitu fiber lembut dan biber kasar. Fiber kasar ialah fiber yang bertindak serta-merta seperti buah ciku dan buah pisang. Fiber lembut ialah fiber yang boleh diurai setelah empat peringkat proses pencernaan iaitu dari jenis timun dan labu seperti timun batang, tembikai, labu. Fiber terbaik ialah Timun Cina kerana kurang sejuk dan mudah terurai dengan sindiri dan tidak akan menjejaskan otot jika diambil berlebihan.

Timun Cina mudah disediakan. Berikut ialah resipi penyediaan jus timun.

Bahan-bahan;

1 batang Timun Cina
4 sudu besar gula (untuk penyediaan 1 jug air)
1 jug air
Ais kiub (untuk penyediaan 1 jug air)

Cara-caranya;

Potong timun secara kecil-kecil seperti penyediaan rojak buah.
Kemudian masukkan ke dalam pengisar.
Masukkan bersama 4 sudu besar gula.
Masukkan air kira-kira suku tabung pengisar tersebut.
Kisar hingga hancur.
Salin kisaran tersebut ke dalam jug dengan menggunakan penapis.
Boleh juga ambil sedikit hampas timun tersebut untuk dimasukkan ke dalam jug untuk mengekalkan rasa manis.

Minum segera dalam tempoh 30 minit penyediaan kerana gula akan diuraikan (menjadi glukus ringkas) hingga rasa manis hilang.

Anda boleh menguji kuasa penguraian timun dengan cara mencelupkan satu batang cili yang telah dibelah 4. Tunggu hingga 30 minit, kemudian cuma kunyak cili tersebut, didapati rasa pedas telah hilang.

Ujian kedua ialah dengan menuangkan jus timun (tanpa gula) ke atas pinggan kotor berminyak. Didapati pinggan lebih cepat bersih dan tanggal dengan mudah kerana timun telah menguraikan kolestrol dan minyak di atas pinggan.

Pengambilan Timun Cina sebagai alternatif kepada fiber kasar akan membantu meningkatkan tahap kesihatan, mengatasi sembelit dengan cara yang lembut, mengelakkan kekejangan otot dan mencegah jantung daripada berhenti secara tiba-tiba. Ia boleh diamalkan selalu tanpa had dos kerana ia akan menyingkirkan dirinya sendiri jika berlebihan di dalam tubuh. Gula yang dikisar bersama dengan timun akan serta merta terurai menjadi tenaga dalam bentuk glukos yang tidak akan membebankan pankeras sama sekali.

goLebihkan Kolestrol

Kolestrol terbahagi kepada baik dan jahat. Tetapi kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kesan sampingannya sendiri. Kolestrol baik memberi manfaat kepada jantung tetapi ia boleh terbentuk menjadi tepu dan menyekat arteri dan boleh menyebabkan pembekuan darah di bahagan kepala atau menyebabkan strok. Kolestrol jahat adalah punca kepada serangan jantung tetapi kehadirannya akan melancarkan pergerakan darah. Ia banyak menyumbang kepada rasa cinta, nafsu dan keghairahan kepada seseorang. Oleh itu, istilah "kolestrol jahat" dan "kolestrol baik" adalah tidak sesuai digunakan lagi!


KOLESTROL BAIK
Sumber:Minyak soya, minyak jagung, munyak kelapa sawit
KOLESTROL JAHAT
Sumber:Daging lembu, minyak sayuran, minyak bunga matahari
ManfaatUntuk melancarkan pergerakan darah di dalam jantungMemberi rasa cinta, nafsu, keinginan dan keghairahan. Menguatkan antibodi semulajadi tubuh. Mengawal suhu badan.
MudaratPunca strok, pembekuan darah di otak.Punca darah tinggi, kegemukkan, serangan jantung

Kolestrol tepu


Kolestrol tepu ialah ikatan protein yang diselaputi oleh asid, biasanya daripada vitamin C atau asid folik. Sumber kolestrol tepu adalah seperti berikut:-

Kolestrol tepu berkeupayaan mengelakkan protein daripada teroksida di samping mampu menyimpan mineral seperti potassiom, iodin dan magnesium yang tinggi dan penting untuk keperluan tubuh. Tetapi kehadiran kolesrtol tepu yang berlebihan akan menyebabkan tubuh tidak mampu menguraikannya. Akibatnya ialah antibodi (Kawalan Biotik NW5) akan lemah. Antara simptom kelemahan pusat kawalan biotik ialah mudah mendapat alahan, resdung, gatal kulit, berbintat di kulit, kemurungan (akibat daripada gangguan hormon NW16) dan sebagainya (sila rujuk Ringkasan Formula NW5).

Kolestrol tepu tidak akan menyebabkan gangguan jantung atau pembekuan saluran darah. Ia sebenarnya menyimpan tenaga dalam bentuk asid lemak. Dalam tempoh jangka panjang, kolestrol tepu akan dikumpulkan di bawah kulit dan membentuk kutil atau ketuat atau tahi lalat. Lazimnya ia banyak tumbuh di kawasan atas pipi, tepi hidung, leher dan bahu dan belakang dada. Ketumbuhan dalam organ pula boleh membesar hingga mengganggu fungsi organ dan kerap kali disangka kanser. Biasanya pembesaran ketumbuhan ini akan terhenti pada sesuatu tahap atau sekuranya saluran darah di bahagian pengumpulan kolestrol tepu tersebut tersekat.

Buah zaitun

Buah zaitun mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan sejak dari dulu dalam dunia perubatan. Buah zaitun langsung tidak mengandungi kolesrtol malah bertindak menguraikan kolestrol yang tepu di dalam hati (NW12). Pengambilan buah zaitun paling sesuai dalam bentuk minyak masak.

Minyak zaitun mempunyai dua lapisan molekul yang setiap satu masing-masing mempunyai frequensi berbeza. Kedua-dua lapisan ini mempunyai frequensi di bawah 200 nanometer atau menyamai sinar (seakan warna putih tetapi lebih sesuai diistilahkan sebagai "sinar"). Lapisan molekul yang pertama (lapisan luar) berfungsi untuk memecahkan kolestrol tepu atau toksik yang terdiri daripada bahan kimia seperti perasa makanan, pewarna tiruan dan pengawet makanan. Manakala lapisan dalam berperanan membawa ion elektron (bercas negatif) untuk memepertenagakan hati itu sendiri (melalui rangsangan tenaga kelenjar pineal) supaya dapat menjalankan fungsinya secara semula jadi untuk memproses protein termasuklah dalam bentuk kolestrol tepu, perasa makanan, perwarna makanan atau penahan makanan yang dimakan.

Makanan yang digoreng dengan minyak zaitun tidak lah selazat dan harum seperti masakan yang menggunakan minyak kelapa sawit. Rasanya seperti berair.

Selepas makan makanan yang digoreng atau dimasak dengan minyak kelapa sawit, mata mudah menjadi kabur (akibat hati [NW12] terbeban dengan kolestrol). Berbeza dengan minyak zaitun, setelah makan, perut terasa ringan dan pengambilan makanan terasa puas hingga seseorang akan menghentikan makan sebelum kenyang (kesan daripada penguraian tenaga di bahagian hati oleh minyak zaitun).

Minyak masak yang lain (kecuali daripada bunga matahari) apabila digunakan berkali-kali, jumlah kolestrolnya akan terokdisa dan menjadi tepu serta kehilangan banyak air. Kesannya dapat dilihat minyak tersebut memerangkap sisa makanan dan berubah warna dan bau. Ia biasanya dipanggil tahi minyak dan masih boleh digunakan untuk memasak. Berbeza dengan minyak zaitun, ia boleh digunakan berkali-kali tanpa had. Minyak zaitun tidak akan mengalami penoksidaan, tidak akan tepu, tidak akan kehilangan air dan tidak akan berubah strukturnya dari segi perubahan warna dan bau walaupun telah digunakan berkali-kali.

Penghasilan minyak zaitun dengan cara cool compressed (tekanan sejuk) akan memastikan tenaganya terus kekal. Di pasaran, terdapat pelbagai variasi minyak zaitun. Hasil kajian daripada kaedah Colour Vibration Therapy mendapati setiap variasi tidak ada kelebihan atau kekurangan sebaliknya mempunyai keistimewaan tertentu yang unik. Minyak zaitun yang telah digunakan mempunyai ikatan molekul yang lebih halus dan amat bertenaga untuk mempertenagakan hati. Minyak yang baru digunakan mempunyai ikatan molekul yang amat mudah menguraikan toksik yang tersimpan di dalam hati.

Kolestrol kambing


Hampir tidak ada kewujudan protein di dalam daging kambing. Protein dalam kambing wujud dalam bentuk kolestrol lembut yang boleh mengurai kolestrol daripada sumber yang lain.
Penguraian kolestrol kambing berlaku dengan amat pantas secara pemecahan berdua-dua. Bagi mereka yang menghidap penyakit darah tinggi, pengambilan daging kambing akan menyebabkan kolestol di dalam darah akan diuraikan. Ia akan mengakibatkan isipadu darah dan seseorang akan mengalami kesakitan di bahagian kepala selama beberapa jam. Setelah itu, paras kolestrol dalam darah jatuh dengan mendadak.

Bagi mereka yang mengalami penyakit atau simptom darah tinggi, pengambilan daging kambing akan menyebabkan pembongkaran manakala bagi mereka yang sihat, pengambilan daging kambing dapat mencegah daripada berlakunya risiko darah tinggi.

Maklumat lengkap mengenai kambing sebagai terapi telah dilulis dalam post di blog ini bertajuk Therapy Kambing

goKurangkan Nasi

Nasi mengandungi karbohidrat malah pembekal karbohidrat utama penduduk dunia. Disamping memberi tenaga, karbohidrat berlebihan akan menyebabkan beberapa kesan sampingan. Berikut ialah antara kesan sampingan pengambilan karbohidrat dan keterangannya

Karbohidrat apabila bertemu dengan air akan membetuk asid lemak dan gula yang akan membebankan pankreas (NW15) dan meningkatkan berat badan.

Sehingga kini, saintis masih belum dapat merumuskan jumlah keperluan karbohidrat dalam sehari. Berikut ialah petua pengambilan karbohidrat:-


Jumlah pengambilan nasi hendaklah dikawal dan dihadkan. Makan separuh pinggan nasi dan lebihkan lauk pauk. Makan nasi cukup sekadar dua kali sehari iaitu siang sekali dan malam sekali.


Bagi mengelakkan pembentukan asid lemak berlaku dengan pantas, jauhkan air daripada nasi. Masak nasi dengan jumlah air yang dikurangkan. Nasi yang terbaik mestilah tidak begitu lembik.


Jangan ambil bubur nasi sama sekali. Ini adalah amalan pengambilan karbohidrat yang amat mudarat terutama bagi mereka yang sedang sakit. Penyakit yang sedia akan bertambah mudarat terutama bagi pesakit diabitis atau kencing manis.


Ketika makan nasi, elakkan menuangkan kuah atau melinangkan nasi di dalam kuah. Tuang kuah sekadar untuk menyedapkan nasi sahaja bukan untuk membasahkannya.


Selepas makan nasi, tunggu antara 10 ke 30 minit untuk minum (anda dapat rasakan sendiri tempoh masa nasi dihadamkan di dalam perlu). Elakkan minum sejurus selepas makan nasi. Untuk mengelakkan tercekek ketika makan atau rasa tekak melekat, jilat garam sebelum makan. Kunyah nasi hingga lumat sebelum telan.


Semasa proses penghadaman berlaku, tubuh perlu berada dalam keadaan berehat dan tegak. Jangan baring atau tidur selepas makan nasi.



Berfikir atau mengalum ketika makan akan mengganggu proses penghadaman. Nasi yang dimakan akan mudah menhadi asid lemak. Jangan makan nasi seorang diri. Makanlah bersama teman yang dapat mengelakkan hati berfikir ketika makan.


Elakkan makan nasi sambil mendengar radio atau menonton television kerana ia akan menyebabkan fikiran mengelamun dan vibration daripada setiap yang ditonton atau didengar akan turut dirakam dan dimakan bersama nasi.

Nasi itu sendiri sebenarnya mempunyai banyak masalah, antaranya ialah:-


Hampir kesemua beras telah digilap dan dilunturkan warnanya supaya kelihatan putih dan berkilat. Banyak zat di bahagian kulit padi dibuang atau dimusnahkan.


Nasi yang telah disimpan lama akan berkulat, punca gangguan sistem limpatik (NW12) dan gangguan kelenjar pineal (NW1)



Nasi yang diimport tidak mengandungi antidot untuk penduduk tempatan, ia akan membebankan hati (NW12).



Setiap nasi dari jenis yang berlainan mempunyai kadar penyerapan air yang berlainan, tubuh tidak mampu menyesuaikan diri setiap kali mengambil nasi yang berlainan. Ia boleh menyerap logam berat yang akan menjejaskan kejenjar pitutary (NW2) yang menjaga ingatan.

Dengan menggunakan kaedah Applied Kinesiology, anda boleh menentukan beras terbaik untuk diri dan keluarga anda. Pengambilan tepung gandum atau kekacang sebagai menggantikan nasi adalah tidak sesuai terutamanya dalam kuantiti yang banyak. Tepung gandum mempunyai serat yang tinggi dan tidak baik untuk usus, ia boleh menyebabkan apendiks atau masalah usus seperti sembelit dan buasir. Kekacang pula amat aktif mengurai mineral (termasuk logam berat) hingga asid folik dan mineral untuk kelenjar pitutary (NW2) yang menjaga ingatan juga akan diuraikan. Kentang yang digoreng dengan minyak zaitun adalah alternatif terbaik bagi menggantikan nasi. Kentang tidak menyerap air dan dapat mengelakkan pembentukan asid lemak. Pengambilannya hendaklah dalam kuantiti yang sedikit dan elakkan mencampurkannya dengan perasa makanan sebaliknya gunakanlah garam bukit sebagai perasa yang selamat dan boleh diambil tanpa had dos.

goPemilihan makanan

Kaedah terbaik untuk memilih makanan ialah dengan memeriksa tenaganya (dengan menggunakan kaedah Applied Kinesiology) sama ada ia bertenaga untuk tubuh atau tidak.

Semasa membeli makanan, walaupun terdapat tanda Halal pada lebel makanan tersebut, hakikat sebenarnya kita tidak mengetahui sama ada ia betul betul Halal dan Suci untuk dimakan. Oleh itu, kaedah Applied Kinesiology adalah cara terbaik untuk menentukan tenaga makanan tersebut. Makanan yang tidak halal dan tidak suci tidak memberikan tenaga kepada kita.

Keheningan dapat membatu kedatangan instinct atau intuisi atau ilham atau gerak rasa untuk kita dapat memilih makanan yang bernar-benar bermanfaat bagi kita. Kadang kala kita tahu ia selamat bagi kita, tetapi kita tetap tidak berselera terhadapnya. Kadang kala kita tahu ia mudarat bagi kita kita tetapi amat berselera terhadapnya. Mungkin itu adalah penawar dan antodot bagi penyakit kita.

Cara terbaik ialah dengan berdoa kerana setiap rezeki itu telah ditentukan dan doa dapat menjadikan rezeki itu diberkati.

Pemilihan restoran

Biasanya kita tidak ada pilihan untuk menentukan restoran yang sesuai untuk dipilih, ia juga dapat ditentukan dengan menggunakan kaedah Applied Kinesiology.

Secara kasarnya kita boleh menetukan restoran itu sesuai untuk dipilih dengan membuat pemerhatian terhadap persekitaran restoran dan tukang masaknya. Pilihlah restoran yang dirasakan bersih dan pilihlah restoran yang tukang masaknya soleh dan berakhlak. Elakkan memilih restoran yang tukang masaknya suka meninggalkan solat atau merokok. Kerana vibration tukang masak tersebut akan turut masuk dan mengalir bersama-sama dengan makanan yang dimasaknya.

Warna hijau boleh mengaktifkan bakteria yang menjadi punca makanan mudah rosak dan keracunan makanan. Salah satu petua pemilihan restoran ialah, jangan masuk ke restoran yang memasang lampu berwarna hijau pada waktu malam.

Makanan terdedah

Makanan mempunyai ciri-ciri unsur senyawa atau kandungan elektron yang amat mudah bersenyawa dengan unsur di persekitaran. Persenyawaan makanan dengan persekiratan dipanggil pengoksidaan. Dalam bahasa yang mudah difahami, makanan yang didedahkan akan mudah terokdisa. Makanan terokdisa akan membentuk bahan karsinogenatik yang boleh menjejaskan sel dengan cara mengubah DNA dan RNA tubuh (ini salah satu punca keracunan makanan dan kenser).

Setiap kali makanan disediakan, tutuplah makanan tersebut. Makanan yang tertutup dapat mengelakkannya daripada terdedah kepada udara yang bergerak yang membawa bersama bakteria yang terdapat di udara. Penutupan adalah bebas asalkan matlamatnya ia tidak terdedah. Penutup yang terbaik ialah tudung saji berbentuk piramid keranan udara di dalam piramid terjaga dan hening. Makanan yang ditutup dalam tudung saji piramid akan kekal segar lebih lama berbanding dengan ditutup menggunakan tudung saji biasa.

Makanan dalam tin.

Tin yang digunakan untuk pembungkusan makanan akan distrilkan dengan radioaktif untuk menghapuskan kuman dengan boerkesan. Tin yang telah dipancarkan dengan radioaktif (sinar gama yang menyamai 300 juta kali x-ray di tubuh manusia) sebenarnya masih menyimpan gelombang tersebut kekal untuk tempoh lebih 100 tahun.

Makanan yang ditinkan didapati mempunyai struktur yang amat rapuh dan sangat reput walaupun pada tulang. Tulang tidak sepatutnya rapuh kerana strukturnya amat keras dan padat.

Kesan mengambil makanan dalam tin ialah tulang kita akan mudah menjadi reput kesan radioaktif yang masih tinggal di dalam tin.

Vitamin di dalam makanan tersebut pula telah musnah sepenuhnya dan yang tinggal ialah protein, garam dan sedikit asid amino.

Di negara barat, tin yang beradiasi dilebelkan, tetapi di Malaysia tidak ada walau satu pun tin yang dilebelkan beradiasi sedangkan kesemuanya beradiasi.

goKelebihan Ais


Tenaga daripada makanan akan bergerak dengan lancar dan mudah resonan jika wujud tekanan. Satu-satunya cara untuk mendapatkan tekanan ialah dengan mengamalkan meminum air berais.

Cuma perlu diingat, janganlah minum air ais ketika perut masih penuh dengan makanan atau sejurus selepas makan. Minunlah ais setelah sekurang-kurnagnya 10 minit selepas makan atau jika anda merasakan perut telah menghadamkan makanan yang baru diambil.

Maklumat tentang kelebihan meminum air ais ditulis dengan lengkap dalam blog ini bertajuk Teori Tekanan.

Minum air berais ialah cara yang paling mudah, cepat, murah dan berkesan untuk mendapatkan teori tekanan.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang disampaikan. Maklumat ini adalah petua pemakanan untuk memudahkan proses merawat dengan kaedah Colour Vibration Therapy. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Colour Vibration Therapy untuk sebarang jenis penyakit, sila hubungi saya. Insya Allah kita ikhtiar dengan sedaya upaya;

Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Colour Vibration Therapy CVT

No 14 Lebuh Wira Jaya, Taman Rapat Setia Baru,
31350 Ipoh, Perak
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
hubungi_saya
Tel / SMS: 012-4008972
Tanya berkata...
Hari ini makin banyak pula program yang seangkatan CVT ini yang melibatkan warna dan aura. Adakah ini trend? Yang pening adalah pengguna yang perlu menapis dan memilih mana satu yang nak diikuti. Kalaulah segala yang diterangkan oleh Dr dapat menyertakan sumber kajiannya dan pembuktian, senanglah pengguna untuk meyakini. Pening juga pengguna apabila banyak yang berlawanan. Contohnya ada pula AURA RASA baru-baru ini yang membicarakan pemakanan berdasarkan aura. Saya pernah terbaca aura akan berubah2 atas emosi kita ketika itu dan juga bergantung kepada tindakbalas pemakanan misalnya, contohnya kalau banyak makan kari hari tu dan pergi ambil gambar aura, sure aura nya berbeza apabila hari lain pengambilan sayur sahaja pula. Warna Diri yang dikatakan tidak berubah, tetapi aura akan berubah-ubah. Benarkah ini? Apakata kalau Dr dapat detailkan web yang berkaitan AURA RASA ini yang boleh dilayari di http://www.7chakra.com/episod_aura_rasa_1,2_&_3.html bagi membantu pengguna agar tidak bingung terlalu banyak nak dicerap. terima kasih.
DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...
Saya pernah mengikuti satu episod tentang mereka memasakkan satu resepi untuk pemain bowling negara.

Saya tidak dapat membuka URL tersebut. Setahu saya pengasasnya menjual kamera aura. Dia bukan seangkatan dengan CVT dan tiada kaitan dengan CVT. Aura ini cuma istilah bagi menggambarkan tenaga yang berada di sekitar tubuh dalam bentuk ion-ion negatif. Kekuatan Aura bergantung kepada tahap kesihatan. CVT bukan bermatlamat merawat Aura, tetapi merawat kesihatan. Mungkin Aura ini telah dipopularkan oleh Prof Dr. Ibraim yang pada mulanya istilah Aura ini dikenali daripada siri kartun Dregon Ball dan komik-komik dari Jepun yang popular di hujung 90-an.

Memang wujud satu rawatan khas untuk merawat Aura untuk menterapikan organ dalaman (kerana kesan refleks aura dan organ), tetapi CVT bukan rawat Aura. CVT juga tidak membuat refleksologi, iaitu menterapikan organ daripada point di tapak kaki. Tetapi CVT terus mempertenagakan organ. Rawatan yang paling hampir dengan CVT ialah PHYTOBIOPHYSICS, itu pun telah melalui banyak pembaharuan hingga menjadikannya jauh amat berbeza.

Bagus lah sekarang ini telah ada trend baru iaitu istilah Aura diperkenalkan. Pemikir aliran logik (atau mereka yang tinggi tahap IQ), mereka yang terlibat dengan bidang ilmu jisim dan pengamal rawatan klasik (allopathic medicine) tentu panas telinga dibuatnya.
putra berkata...
Smekom... post ini selalu saya baca dan pahamkan kerana ianya terdapat byk info yg bermafaat 'Terima Kasih 'Dr Ariff.. dan bagi saya post ini paling panas sebab ianya menerangkn ttn keburukan pengambilan beberapa produk kesihatan yg mengandungi bahan2 tertentu dan ini tidak secara langsung melibatkan mereka yang menceburi dalam MLM.. antara untung dan kesihatan mana yg lebih utama... ?? lastly saya nak tanya ttg Produk 'INTRA'yang mengandungi 23 bahan didalamnya... ble bg panduan tq..
kamal berkata...
Perbincangan yang tidak kurang menariknya saya rasa:-

http://www.ittutor.net/forums/index.php?showtopic=34515&st=50

Apa pandangan doktor berkaitan saranan pengambilan keledek bagi menggantikan nasi ?

Yang berkaitan dengan pengambilan protein juga nampaknya bertentangan dengan tulisan doktor yang menyarankan pengurangan protein.
DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...
Karbohidrat kering amat baik bagi menggantikan nasi. Antara karbohidrat kering ialah kentang (yang tidak diperam dengan garam), mee (yang tidak diletakkan penahan dan pewarna), meehon, kuihtiow, laksa.

Sila rujuk JAMA (jurnal amarican medical assosiate) untuk maklumat terkini berkenaan kajian pengambilan sesuatu nutrient.
Baby_syahiran berkata...
Artikel ni saya dapat dari akhbar Utusan Malaysia (Sabtu,23 Jun 2007) bertajuk Kurangkan makan nasi elak diabetes.

Nasi adalah makanan ruji rakyat Malaysia, apabila dinasihatkan utk mengurangkan makan nasi, sudah tentulah ramai yang tidak menyokong dan merasa pelik. Persepsi "Kalau tak makan nasi takkan kenyang" sudah sebati dalam minda sehingga sukar untuk mengubahnya.
Malah selepas artikel ini dikeluarkan, pada hari berikutnya pengusaha beras telah memberi maklumbalas yang berbeza dan mempertahankan bahawa beras keluaran syarikat tersebut bermutu tinggi.
Pada pendapat saya, Dr. Ariff atau CVT sekalipun tidak bermaksud 'mengganggu mana-mana industri pemakanan', tetapi yang disarankan adalah Kurangkan Pemakanan dan bukannya Jangan diambil langsung.
Berikut adalah petikan dari akhbar tersebut:

"Rakyat disaran mengurangkan pengambilan nasi setiap hari bagi mengurangkan risiko diserang penyakit kencing manis atau diabetes,kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd Ismail Merican.
Beliau berkata, pengambilan nasi digalakkan sehari sekali bagi mengawal berat badan di kalangan mereka yang mempunyai latar belakang keluarga menghidap diabetes.
Nasi merupakan antara diet yang tinggi karbohidrat dan pengambilan terlalu banyak akan menyebabkan kandungan gula dalam darah meningkat. "Masyarakat perlu sedar bahawa gaya hidup dan faktor gentik adalah berkait rapat dan memungkinkan risiko mendapat penyakit ini", katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas perangkaan terkini Kementerian Kesihatan bahawa sebanyak 2.6 juta rakyat negara ini menghidap diabetes."
Baby_syahiran berkata...
Dr,

buah alabu adalah antara buah yang disarankan dalam CVT untuk tujuan pemakanan yang baik. Satu kajian berkenaan kebaikan buah labu inijuga telah dibuat oleh seorang pensyarah di USM iaitu Dr. Noor Aziah Abdul Aziz, antara kebaikan buah labu menurut beliau ialah : boleh melemahkan sel barah kerana mengandungi serat kanji rentang, sebagai pewarna semulajadi yang baik untuk dijadikan roti atau mi serta mengandungi vitamin A,anti oksigen dan mineral yangbaik untuk kesihatan.
Soalan saya : Kebiasaannya orang mengatakan labu itu "sejuk" dan kurang sesuai dimakan oleh orang lelaki. Adakah perkara ini dipersetujui oleh CVT, dan disebabkan warna oren itu, akan menyebabkan ketidaksuburan, harap dapt penjelasan, tq
DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...
Fiber sebenarnya baik untuk kesihatan. Tetapi fiber yang terbaik ialah fiber yang lembut. Sumber fiber lembut cuma terdapat dalam 3 jenis ialah timun, labu dan tembikai.

Timun memberi kesan pembongkaran yang menyejukkan. Labu memberi kesan pembongkaran angin dan tembikai memberi kesan pembongkaran panas.

Jila rujuk post bertajuk "Kesan Tekanan Terhadap Kesihatan" dalam post ini untuk memahami kenapa berlaku pembongkarann setiap kali mengambil makanan yang disyorkan ini.
Baby_syahiran berkata...
Tentang minuman Tongkat Ali di pasaran sebenarnya telah dibuat kajian oleh FRIM (Institut Penyelidikan dan Perhutanan Malaysia)dan hasilnya telah dikeluarkan dalam Berita Harian. Artikel tersebut menerangkan bahawa 7 daripada jenama kopi campuran tongkat ali di pasaran didapati mengandungi terlalu sedikit ekstrak herba tersebut dan langsung tidak memberi faedah kesihatan atau khasiat tambahan seperti yang didakwa pengeluarnya. 3 jenama kopi campuran tongkat ali yang diuji FRIM pula gagal mengesan sebarang kandungan ekstrak bahan itu,mungkin kerana jumlahnya terlalu kecil atau memang tiada langsung bahan berkenaan.So, sesiapa yg minum tongkat ali utk dapatkan khasiatnya tu terutama utk kekuatan,kesuburan dll bolehlh ikhtiar cara lain k.
Arina berkata...
Sekarang ini dr, banyak makanan kesihatan yang berfungsi untuk mengawal, mengurang dan membuang toksid di dalam badan. Produk2 kesihatan ini berkembang dengan banyaknya. Contohnya produk makanan kesihatan yang bertujuan untuk Detoksifikasi. Detoksifikasi ialah proses membersih atau membuangkan segala bahan buangan seperti unsur-unsur pencemar, bahan-bahan logam berat, radikal bebas, agen penuaan dan sebagainya yang terhimpun dalam tubuh badan manusia. Mengikut kajian proses detoksifikasi dapat mengaktifkan sel-sel badan, seterusnya menggalakkan penyerapan nutrien di samping menguatkan fungsi organ dalam badan. Dan saya dapati tea tree adalah salah satu sumber makanan kesihatan yang bertujuan untuk detoksifikasi. Selain itu pengamalan teh hijau juga digalakkan untuk tujuan yang sama. Betul ke dr?
Arina berkata...
Satu lagi soalan yang saya ingin ajukan pada dr ialah apakah pemakanan kesihatan atau sumber-sumber makanan yang bertujuan untuk menuetralkan sistem kesimbangan dalam badan? Saya ada terbaca tentang pentingkan makanan seimbang dalam gizi makanan kita, namun adakala kita terlebih dari had dan zat yang diperlukan dalam badan. Jadi bagi meneutralkan semula apakah sumber makanan yang sesuai untuk mempertingkatkan keberkesanan sistem badan, Betulkah ginseng dapat meneutralkan sistem badan kita, satu lagi bagaimana dengan Chorella dan chitosan?
DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...
Hanya empat jenis makanan yang boleh diambil berlebihan tanpa dos atau had.

1. Kurma (untuk tulang, saraf, darah, otot dan usus)
2. Buah delima (untuk jantung dan paru-paru)
3. Minyak zaitun (untuk semua organ sistem penghadaman)

Semua herba sebenarnya perlu kepada dos kecuali dua jenis ini.

1. Habbatus sauda (black seed) - untuk organ-organ pada tubuh badan.
2. Zakfaran (saffron) - untuk bahagian kepala dan otak.

Sejenis makan unik ini boleh diambil tanpa dos, tetapi dengan syarat tidak boleh dicampurkan dengan sebarang makanan yang lain atau jarakkan pengambilan makanan lain selepas makan. Makanan ini ialah

1. Madu (mengandungi lengkap kesemua 7 warna untuk keseluruhan tubuh)
Baby_syahiran berkata...
Salam, Dr.,

saya hendak bertanya mengenai cendawan, saya terbaca satu artikel mengenai cendawan tiram kelabu, adakah cendawan jenis ini juga tidak elok dimakan,mengikut artikel itu, orang Cina suka memakan cendawan tersebut,ia dikatakan sesuai untuk berdiet dan setiap 5 gram cendawan tersebut bersamaan dengan sepinggan nasi.
DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...
Cendawan tidak boleh dimakan disebabkan banyak logam berat, unsur surih dan radikal bebas. Banan ini akan bertindak mengoksidakan unsur dalam sel. Akibanya kita akan rasa sangat bertenaga untuk peringkat pertama, tetapi menjadi amat lesu pada peringkat kedua.

Candawan tiram kelabu juga tidak boleh diamalkan. Tetapi bagi pesakit kanser tahap petama, cendawan ini dapat membantu, itu pun perlu dapatkan nasihat pengamal yang arif dalam bidang herba untuk menentukan dos yang sesuai, insya Allah.
titian blog serumpun berkata...
Sekiranya anda dapat menghentikan pengambilan protein yang tinggi, maka 80% daripada penyakit anda dapat dirawat secara semula jadi!

SEBAB ITU SAYA LEBIH SUKA MAKAN ULAM,contoh pegaga,timun,cekur,petai DLL,tentang pegaga ni "Pegaga biasanya tumbuh melata di keliling rumah. Namun tumbuhan yang kecil ini besar khasiatnya. Ia kaya vitamin A dan C serta zat besi sering dijadikan sayur-sayuran ‘rasmi’ untuk wanita ketika berpantang. Pegaga atau nama saintifiknya Cantella asiatica boleh membangkitkan selera makan, membantu meredakan masalah penghadaman, mengatasi masalah buasir kerana mengandungi serat. Ia juga mampu melancarkan aliran darah, terutama bagi wanita yang ada masalah haid.

Air perahan daun pegaga juga dikatakan boleh menyejukkan badan dan elok diamalkan jika demam, mengalami masalah berak berdarah atau lelah. Malah, ada yang menjadikannya sebagai minuman untuk menguruskan badan.

Pegaga juga dipercayai boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka, ulser dan masalah kulit lain. Ini sebabnya ia dijadikan makanan wajib bagi wanita berpantang supaya luka bersalin lebih cepat sembuh.

Pegaga juga dijadikan ubat untuk merawat masalah keputihan yang menyebabkan faraj terasa gatal. Masalah keputihan biasanya dialami wanita yang mempunyai anak. Caranya, minum air rebusan pegaga yang dicampurkan secubit sedikit garam. Amalkan minum air rebusan ini dua kali sehari.

Orang tua-tua percaya, akar pegaga juga banyak khasiatnya. Amalan minum air rebusan akar pegaga ini dipercayai boleh membantu mengawal paras gula dalam darah di kalangan pesakit kencing manis...
babylito berkata...
Berikut adalah artikel dari seorang doktor di UKM menceritakan kebaikan ulaman PETAI..
Bukankah makanan yang berbau adalah makruh??
ADVICE FROM UKM MEDICAL DOCTOR

Little did you know... after reading THIS, you'll NEVER look at
petai in the same way again!

Petai contains three natural sugars -sucrose, fructose and
glucose. Combined with fibre, petai gives an instant,
sustained and substantial boost of energy. Research has
proved that just two servings of petai provide enough energy
for a strenuous 90-minute workout. No wonder petai is the
number one fruit with the world's leading athletes. But
energy isn't the only way petai can help us keep fit. It can
also help overcome or prevent a substantial number of
illnesses and conditions, making it a must to add to our daily
diet.

Depression:
According to a recent survey undertaken by MIND among
people suffering from depression, many felt much better
after eating petai. This is because petai contain tryptophan, a
type of protein that the body converts into serotonin, known
to make you relax, improve your mood and generally make
you feel happier.

PMS (premenstrual syndrome):
Forget the pills - eat petai. The vitamin B6 it contains
regulates blood glucose levels, which can affect your mood.

Anaemia:
High in iron, petai can stimulate the production of
haemoglobin in the blood and so helps in cases of anaemia.

Blood Pressure:
This unique tropical fruit is extremely high in potassium yet
low in salt, making it perfect to beat blood pressure. So
much so, the US Food and Drug Administration have just
allowed the petai industry to make official claims for the
fruit's ability to reduce the risk of blood pressure and stroke.

Brain Power:
200 students at a Twickenham (Middlesex) school were
helped through their exams this year by eating petai at
breakfast, break, and lunch in a bid to boost their brain
power. Research has shown that the potassium-packed fruit
can assist learning by making pupils more alert.

Constipation:
High in fiber, including petai in the diet can help restore
normal bowel action, helping to overcome the problem
without resorting to laxatives.

Hangovers:
One of the quickest ways of curing a hangover is to make a
petai milkshake, sweetened with honey. The petai calms the
stomach and, with the help of the honey, builds up depleted
blood sugar levels, while the milk soothes and re-hydrates
your system.

Heartburn:
Petai has a natural antacid effect in the body, so if you suffer
from heartburn, try eating petai for soothing relief.

Morning Sickness:
Snacking on petai between meals helps to keep blood sugar
levels up and avoid morning sickness.

Mosquito bites:
Before reaching for the insect bite cream, try rubbing the
affected area with the inside of the petai skin. Many people
find it amazingly successful at reducing swelling and irritation.

Nerves:
Petai is high in B vitamins that help calm the nervous system.

Overweight:
Studies at the Institute of Psychology in Austria found
pressure at work leads to gorging on comfort food like
chocolate and crisps. Looking at 5,000 hospital patients,
researchers found the most obese were more likely to be in
high-pressure jobs. The report concluded that, to avoid
panic-induced food cravings, we need to control our blood
sugar levels by snacking on high carbohydrate foods every
two hours to keep levels steady.

Ulcers:
Petai is used as the dietary food against intestinal disorders
because of its soft texture and smoothness. It is the only
raw fruit that can be eaten without distress in over-chronicler
cases. It also neutralizes over-acidity and reduces irritation
by coating the lining of the stomach.

Temperature control:
Many other cultures see petai as a "cooling" fruit that can
lower both the physical and emotional temperature of
expectant mothers. In hoiland, for example, pregnant
women eat petai to ensure their baby is born with a cool
temperature.

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Petai can help SAD sufferers because they contain the natural
mood enhancer, tryptophan.

Smoking:
Petai can also help people trying to give up smoking. The B6,
B12 they contain, as well as the potassium and magnesium
found in them, help the body recover from the effects of
nicotine withdrawal.

Stress:
Potassium is a vital mineral, which helps normalize the
heartbeat, sends oxygen to the brain and regulates your
body's water balance. When we are stressed, our metabolic
rate rises, thereby reducing our potassium levels. These can
be rebalanced with the help of a high-potassium petai snack.

Strokes:
According to research in "The New England Journal of
Medicine, "eating petai as part of a regular diet can cut the
risk of death by strokes by as much as 40%".

Warts:
Those keen on natural alternatives swear that if you want to
kill off a wart, take a piece of petai and place it on the wart.
Carefully hold the petai in place with a plaster or surgical
tape!


So, as you can see, petai really is a natural remedy for many
ills. When you compare it to an apple, it has four times the
protein, twice the carbohydrates, three times the
phosphorus, five times the vitamin A and iron, and twice the
other vitamins and minerals. It is also rich in potassium and is
one of the best value foods around. So maybe its time to
change that well-known phrase so that we say, "A Petai a
day keeps the doctor way"
DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...
Tubuh memerlukan 20mg protein sehari untuk mengekalkan kesegaran sel dan membina sel serta menguatkannya. Pengambilan pada kuantiti yang melebihi daripada dos tersebut akan mendatangkan kemudaratan. Petai adalah sama dengan soya, iaitu sejenis kekacang yang berprotein tinggi.

Protein adalah makanan yang paling mudah teroksida. Pengoksidaan makanan akan membentuk sejenis karsinogen iaitu bahan yang akan mengubah maklumat DNA yang akan menyebabkan kanser.

Protein amat mudah teroksida. Pengoksidaan makanan berprotein adalah bermaksud "basi" atau rosak. Protein yang teroksida akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan apabila telah lama dimasak atau disediakan. Contohnya susu soya akan berbau atau rosak. Mee Hon yang diletakkah tauhu akan mudah basi berbanding jika tidak diletakkan tauhu. Lauk pauk yang diletakkan tempe akan mudah rosak dan berkulat. Tauhu goreng akan mengeluarkan bau yang busuk setelah beberapa jam disediakan.

Di pasar malam, biasanya peniaga Cina (Melayu juga ada) akan membuat sejenis makanan berupa tauhu goreng, baunya tersebar mengukut konsep "Pacahan Hidrogen Berantai". Maksudnya, apabila digoreng, baunya akan sampai serta-merta pada jarak 100 meter dalam beberapa saat. Ia biasa digelar bau "Najis Terbang".

Tumbuhan yang berprotein tinggi juga sama. Kobes mudah rosak walaupun disimpan di dalam peti sejuk. Taugeh juga mudah rosak malah berbau hancing. Durian adalah salah satu makanan yang berkolestrol tinggi dan berprotein, baunya amat tajam. Begitu juga petai yang akan berbau setelah lama dikupas.

Semua protein akan disingkirkan melalui urin (air kencing) oleh buah pinggang. Urin yang mengandungi banyak protein akan terdapat tanda-tanda seperti berbau seperti makanan sumber protein tersebut, contohnya kencing berbau petai. Berbuih dan pekat, biasanya jika makan soya atau kacang dal.

Protein boleh menggemukkan sel, tetapi tidak membantu mempertenagakan sel. Kekemukan sel akan menyebabkan sesuatu hormon atau enzim dapat dirembeskan dengan cukup. Tetapi, akan menjejaskan buah pinggang dan prostat.

Daripada huraian ini mungkin anda akan faham atau dapat mengaitkan kenapa makanan yang berbau itu dikatakan hukumnya makruh.
Baby_syahiran berkata...
Kelebihan minyak zaitun skrg tlh banyak diperkatakan, saintis telah membuat berbagai ujikaji mengenainya, antara kelebihan minyak zaitun :
1. Kaya dgn vitamin A,B1,B2,C,D,E,K dan zat besi, merupakan pilihan utama utk tumbesaran.
2. Paras asid rendah memudahkan penghadaman berbanding lemak lain.
3. Vitamin E nya merendahkan kolesterol, tekanan darah dan risiko sakit jantung koronari.
3. Vitamin K nya menghalang darah drp melekit dn membeku.
4.Mengikut kajian org Barat, amalan mengambil minyak zaitun lebih drp sekali sehari blh mengurangkan 25 peratus risiko menghidapi kanser payu dara.
5. Buah zaitun baik utk kesihatan perut kerana dpt membaik pulih organ berkenaan dan mengeluarkan cacing.
6. Amat sesuai utk proses pencernaan dan dapat mengurangkan lemak badan di bhg perut.
7. Menghilangkan kesan lecur akibat terkena api dengan menyapu minyak bersama garam pd bhg kulit tersebut.
8. Hilangkan parut bekas jerawat di muka dgn meratakan campuran 3 sudu teh minyak zaitun dgn 1 sudu teh minyak habbatus sauda pd muka, biarkan selama 3 jam dan cuci.
Cara mengambilnya selain memasak menggunakan minyak zaitun sepenuhnya :
-Campurkan dua sudu makan minyak zaitun ke dlm masakan berminyak, bersantan, berlemak.
titian blog serumpun berkata...
Kehadiran suplemen makanan ini beberapa waktu lalu sampai sekarang merajai pasaran kesihatan dunia,dan popular di negara kita,seperti MLM tentang produk kesihatan istilahnya....memang satu kejayaan pada cara ini yang dikenal dengan sebutan orthomolecular medicine yang di asaskan oleh Linus Pauling lebih 30 tahun yang lalu.Linus Pauling (penerima anugerah Nobel kalo tak silap) suplemen ni hanya sebagai prevensi penyakit dan
perawatan kesihatan, bukan ubat,yang terdiri dari vitamin, mineral,
pelbagai asam amino atau protein, dan herbal. Bentuknya berupa
extrak, konsentrat, metabolit atau kombinasinya. Dikemas dalam
kapsul, pil, jus, dlsb. Kerana dapat diperoleh secara bebas,
tapi pemasarannya pada akhirnya meluncur ke jalur pengubatan alternatif. Dan terjadilah maklumat yang berlebihan
tentang suplemen ini, yang antara lain diberitakan sebagai ubat-
ubatan, serta ditemukannya pelbagai suplemen yang kandunganya ternyata macam-macam hormon, ephidrin, cocain, atau bahan merbahaya
lainnya, yang telah merugikan ramai orang,serta membawa banyak penggiat MLM jadi jutawan ,,entah....
arteeza berkata...
Wahh.. seronok sy dgn artikel mengenai pemakanan ni.. banyak benda yg sy tidak tahu dan tidak sedari membawa kepada kemudaratan dlm kehidupan sehari-hari,sy peroleh dari artikel Dr ini. Info ini sgt bagus dan berguna utk kita praktikkan dlm kehidupan seharian. Maklum, kita hidupan yg memerlukan kepada makanan tp tanpa kita sedari, ia memudaratkan utk jangkamasa panjang.
DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...
Apabila kita ada masalah atau penyakit, jangan cari apakan makanan yang hendak dimakan, tetapi carailah apa makanan yang harus dielakkan.

Sebenarnya ketika kita sedang sakit atau bermasalah, tanpa kita sedari, kita sering makan makanan yang sama dan punca kepada masalah itu. Sekiranya kita dapat mengenalpasi makanan tersebut, maka dapatlah kita berhenti mengambilnya lagi dan seterusnya masalah dan penyakit dapat dipulihkan, insya Allah.
Tanpa Nama berkata...
miss tan; adakah baik mengamalkan makan lemon dan adakah memberi bayi makna lemon seperti orang putih tu elok? tq dr.
DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...
miss tan; Lemon ialah satu-satunya jenis limau yang bersifat alkali. Ia selamat diberikan kepada baik untuk kesihatan hempedu. Insya Allah.
nilza berkata...
salam dr, apakah ubi kentang yg digoreng sendiri dan tidak diletakkakn serbuk perasa adalah elok utk kesihatan?
DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...
nilza; Ubi kentang ialah altenatif kepada karbohidrat daripada nasi. Malah kentang ialah "karbohidrat kering" yang tidak menyebabkan kegemukan atau menyebabkan pembentukan urik asid akibat daripada pertembungan karbohidrat dengan air. Ini kerana kerana struktur kentang sukar menyerap air manakala struktur nasi mudah menyerap air.

Bahan perasa yang mengandungi garam bersodium (seperti garam dapur) yang berlebihan atau perasa monosodium glitumat (MSG) adalah berasid dan menjejaskan kesihatan jika diambil berlebihan. Mencampurkan kentang dengan perasa berlebihan adalah tidak elok untuk kesihatan
miss tan berkata...
1. makanan yang diperam bagi cvt tidak elok dimakan, apakah budu, tempoyak, belacan dan ikan masin termasuk dalamnya?

2. bagaimana pula dgn buah2an yang berwarna kuning adakah mempelam kuning tetapi manis termasuk dalam kategori buah berasid serta buah mempelam mas hitam yang kulitnya berwarna hijau? adakah buah2 ini membawa urik asid? tq doc.
DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...
miss tan; 1. Mengenai soalan berkaitan baju yang telah dipakai kemudian dipakai semula, memandangkan ramai yang meminta saya menjawabnya, insya Allah saya akan menulis post khas berkaitan dengannya. Kesimpulannya ia tidak sesuai dipakai semula, sebaiknya dibasuh atau sekurang-kurangnya disidai dan dianginkan sebelum dipakai semula. Namun, memakainya semula tidaklah begitu besar mudaratnya.

2. Makanan yang elok atau tidak elok dimakan adalah berdasarkan pengaruh atau kandungan nutrient, ion, keasidan dan vibration di dalamnya. Makanan seperti budu, tempoyak, belacan, ikan masin, ikan / udang / sotong / kerang kering, ikan rebus, tempe, cincalok, pekasam, tau chu, sayur masin, acar, keju, jeruk dan telur masin adalah berasid malah teroksida teroksida. Kurma adalah satu-satunya makanan yang boleh dikeringkan tanpa teroksida.

3. Buah yang berwarna kuning secara semulajadi mempunyai vibration yang sama dengan sistem penghadaman. Warna kuning dalam buah menunjukkan kehadiran karbohidrat, gula, protein vitamin C teroksida dan serat yang bersifat asid. Kehadiran makanan kuning yang berlebihan akan menyebabkan sistem penghadaman terjejas. Protein juga adalah berawarna kuning (walupun kita lihat soya dan kobis itu putih, setelah teroksida ia akan berwarna kuning). Mempelam mas hitam, cuba uji kadar keasidannya, jika baru dipetik kadarnya rendah, setelah lama, keasidannya bertambah. Pisang walaupun keseluruhan spesisnya kuning, tetapi pisang embun tetap putih dan beralkali. Lemon pula beralkali dan airnya jernih.
Tanpa Nama berkata...
Salam Dr..
Boleh tak dr. berikan set2 makanan yang elok dimakan setiap hari. Maksudnya set makanan ini telah lengkap dari segi khasiat. Terima kasih.
DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...
Kita boleh membuatnya sendiri dengan beberapa panduan seperti berikut;

1. Senarikan semua menu. Misalnya ayam masak merah, ayam masak kicap, ayam masak halia. Daging kari, daging masak merah. Ikan masak lemak, ikan goreng, ikan kari. Sayur sawi tumis, kangkung goreng belacan, khailan ikan masin. Daripada bahan ini, kurangkan bahan yang menjejaskan kesihatna seperti kicap, ajinomoto (MSG), halia, belacan dan ikan masin.

2. Kombinasikan antara lauk dan sayur untuk seminggu. Contohnya
Isnin: Daging masak merah dengan sawi tumis.
Selasa: Ayam masak halia dengan kangkung goreng belacan.

Pada minggu kedua, tukar kombinasi ini menjadi;
Isnin: Daging masak merah dengan kangkung goreng belacan.
Selasa: Ayam masah halia dengan sawi tumis.

3. Tukar kombinasi minggu pertama untuk minggu yang kedua. Maksudnya kombinasi yang pernah dibuat jangan diulang lagi.

Contoh menu di atas adalah yang mudah disebut untuk saya buat perbandingan. Sebenarnya menu kesihatan yang sebenar adalah sungguh berbeza dan agak mencabar serta menarik untuk diikuti. Misalnya saya menggoreng semua makanan dengan minyak zaitun. Minyak ini harganya 10 kali lebih mahal daripada minyak masak biasa.

Saya boleh makan kangkung tanpa letak belacan sama sekali. Begitu juga khailan saya goreng tanpa ikan masin.

Saya juga mereka beberapa menu yang pelik seperti ikan merah yang digoreng dengan minyak zaitun dan disalai dengan madu dan cili. Serta beberapa resepi rahsia kesihatan yang lain.

Insya Allah saya akan menceritakan menu ini pada post yang akan datang.
Tanpa Nama berkata...
Terima Kasih Dr. Arif kerana mengkongsi info yg sangat berguna dan tak pernah saya tahu, terutama pasal cara pemakanan yg sesuai. sekarang baru saya tahu mana yg elok dan mana yg tak elok. saya akan beritahu yg lain. terima kasih sekali lagi Dr.

Lea.
Tanpa Nama berkata...
Salam Dr.
Boleh berikan senarai makanan yg elok atau patut diamalkan oleh pesakit darah tinggi.
Terima Kasih.
Tanpa Nama berkata...
saya penghidap gastrik, seorang pelajar IPTA yang tinggal di rumah sewa. bolehkah dr sarankan menu makanan yang boleh di makan?
sekarang saya di serang pedih ulu hati,
degupan jantung yang agak laju, seperti gugup. pernafasan yang x tidak puas.
sendawa seperti ingin muntah,. apabila makan seperti makanan itu tidak hadam.
rasa kurang enak di bahagian atas perut, perut bahagian atas sedikit keras.
untuk pengetahuan doktor, sy mempunyai berat 75 kg dan tinggi 157cm.
Tanpa Nama berkata...
apakah pemakanan terbaik untuk seorang pemain bola...

Halakan kunsur mouse anda di sini untuk meninggalkan komen. Sila tunggu sehingga kotak komen muncul

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Colour Vibration Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Colour Vibration Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).
Add to Technorati Favorites

Tiada ulasan: