Ahad, 5 Februari 2012


Tajuk Buku                : Petunjuk Jalan Kekayaan

Penulis                        : Dr. Rusly Abdullah Ph.D

Penerbit                      : Al-Ameen Serve Holdings



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Buku yang ingin saya ulas kali ini ialah satu siri motivasi yang ditulis oleh Dr. Rusly bin Abdullah.

Pada pemerhatian pertama saya, buku ini hanya sebuah buku motivasi biasa, yang banyak dipasaran dan pada permulaannya saya anggap ianya sebuah buku yang membosankan! Namun setelah membacanya pada muka surat yang kelima, baru saya sedar buku ini terlalu banyak keistimewaannya.

Buku ini amat sesuai dibaca oleh semua golongan kerana definisi dan unsur motivasi yang diterapkan adalah perkara-perkara yang memang kita semua hadapi dan semua yang diutarakannya adalah perkara-perkara yang memang kita hadapi sehari-hari.

Tulisan penulis yang berdasarkan pengalamannya sendiri memang cukup mengujakan, memberi kesan kedalam sanubari selain membolehkan pembaca sendiri merasai kepedihan, kepayahan, kekecewaan yang dialaminya.

Gaya bahasa yang digunakan adalah cukup ringkas tetapi mudah difahami . Ianya membawa maksud yang amat mudah pembaca menylami hati dan perasaan penulis.

Pengalaman penulis yang bermula dari sebuah kegagalan, dan usahanya yang berterusan, walau dalam kepayahan, dia teruskan juga menempuh segala dugaan sambil tidak lupa untuk berdoa dan mengadu padaNya. Pemerhatian penulis kepada orang yang lebih susah dan menderita dalam perjalanannya mencari tokoh yang boleh memberikannya jalan penyelesaian masalah yang dihadapinya itu makin menaikkan motivasi dan keinsafan dalam dirinya agar sentiasa redha akan segala ketentuanNya.

Penulis sepatutnya menyelitkan unsur-unsur keceriaan dalam naskah bukunya ini kerana dengan hanya sekadar ilustrasi gambar kartun dan warna yang ala kadar, sekali pandang buku ini tampak kekurangan dan bosan!


Sekian.

                                                             Ulasan oleh :
                                                                   Adlina binti Adnan
Pegawai Khidmat Pelanggan N17

Tiada ulasan: