Ahad, 19 Februari 2012



Mungkin ada yang menganggap perkara mencuci kencing adalah sesuatu yang remeh dan kecil. Tapi sebenarnya ia sangat penting. Kalau kita tak cuci kencing dengan betul, amalan kita tidak diterima oleh Allah. Kita sangka kita dah buat amalan yang banyak, tapi rupa-rupanya amalan itu Allah tak terima. Maka sia-sia saja. Sebabnya, kita tak cuci kencing kita dengan bersih. Aduh, kalau begitulah jadinya, alangkah ruginya kita. Alangkah malangnya kita.

Jangan kencing berdiri!

Jangan kencing berdiri!

Jadi, sila ambil perhatian tentang perkara ini. Sila baca entri ini dengan penuh teliti dan amalkan.
Untuk kaum lelaki,

Apabila lepas membuang air kecil, disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya.

Lepas itu urutlah zakar dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran.

Kemudian basuhlah dengan air sesucinya.

Rasulullah bersabda:

إِذَا بَالَ أَحَدُكُمْ فَلْيَنْتُرْ ذَكَرَهُ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ. (رواه احمد وابن مجاه والبيهقى )

“Bila salah seorang diantara kamu buang air kecil, hendaklah mengurut-urut zakarnya tiga kali.”

(Hadis Ahmad, Ibn Majah dan Baihaqi).


Untuk kaum wanita pula, apabila membasuh kemaluannya,

Pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih.

Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata.

Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.

Syadina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan mayat si polan tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan si polan itu. Lalu disuruhnya orang membukakannya. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala anu mayat sipolan itu.

Syadina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk dibunuhnya. Tetapi ular itu dapat pula berkata-kata, Katanya” Apakah salah ku kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan” Diselidiki amalan sipolan semasa hayatnya, jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya apabila membuang air kecil.





































Jika anda kakitangan kerajaan, anda boleh menginap di Rumah Peranginan Persekutuan ini (gambar atas) dengan kadar sewaan satu malam:

RM200 - sebuah banglo

RM50 - sebuah bilik besar

RM40 - sebuah bilik kecil.




Dengan syarat menempah sebulan lebih awal, juga disertakan dengan surat kebenaran dari ketua jabatan. Mokcik Bedah pernah tinggal di sini semasa bercuti bersama keluarga pada tahun 2010. Kali kedua Mokcik Bedah menginap di Shahzan Inn (gambar bawah)

















Di atas bukit ni terletaknya Hotel Shahzan Inn. Menurut sumber, hotel ini adalah milik Tengku Muda Pahang.



























Ok... dah melancong kan? hehehe jom turunnnnnnn












Sekiranya anda ingin mengalami suasana percutian seperti luar negara, anda boleh terus menuju ke Kuala Kubu Bahru, Selangor untuk mendaki puncak Bukit Fraser. Dijanjikan percutian di sini cukup menarik disamping menghirup udara yang nyaman... Bukit Fraser juga dikenali sebagai "The little England of Malaysia".

Dua kali Mokcik Bedah menjejakkan kaki di sini masih terus tetap terpana dan tetap kelihatan sebagai 'JAKUN' apabila menikmati pemandangan yang indah dan juga melihat reka-bentuk bangunan yang memang sengaja di bina bercirikan Inggeris. 




Ok, sepintas lalu - Bukit Fraser terletak di negeri Pahang, di atas Banjaran Titiwangsa, Malaysia. Ia merupakan kawasan pelancongan pergunungan yang menarik kerana suhunya sejuk 17~24 Celcius. Puncak tertinggi Bukit Fraser ialah 1,280 meter dari aras laut. Kira-kira 104 kilometer dari bandar raya Kuala Lumpur. Bukit Fraser ini terletak di dalam Mukim Tras di Daerah Raub Pahang.


Bukit Fraser mendapat nama dari seorang pengembara British pada zaman kolonial iaitu Louis James Fraser . Terdapat pelbagai cerita menarik tentang beliau tetapi tidak begitu jelas termasuk beliau sebagai pengeluar dadah opium dan perjudian di antara para pelombong di Pahang.


Banyak bangunan dan banglo dibina mengikut cita rasa kolonial British. Dinding rumah dari batu konkrit besar yang disusun dan disimen. Warna dinding berwarna putih dengan diselang-seli warna hitam pada tiang jenang. Pagar rumah dibuat daripada pokok-pokok bunga yang amat menarik. - wikipedia






Terdapat dua laluan ke sana iaitu :

1). Dari Dari Kuala Lumpur menuju ke Rawang, Kuala Kubu Bharu, Ampang Pechah dan Gap. Seterusnya mendaki secara bergilir-gilir ke Bukit Fraser.

2). Dari Kuala Lumpur ke Bentong, Raub, Tras dan Gap. Seterusnya mendaki secara bergilir-gilir masa dari Gap ke Bukit Fraser.







Apabila sampai di bandar Kuala Kubu Bahru, anda akan dapat melihat papantanda ini sebagai panduan waktu lalulintas untuk naik dan turun ke Bukit Fraser. Selebihnya jom layan gambar2 menarik di bawah.


 
















olivia atau secara rasminya Republik Bolivia adalah sebuah negara di Amerika Selatan. Di antara negara-negara di Amerika Selatan, wilayah Bolivia merupakan yang tertinggi dan terpencil. Negara ini menghasilkan koko dan biji timah terbesar di dunia.




Negara Bolivia didirikan dengan nama "República Bolívar" untuk menghormati pendirinya Simón Bolívar. Analogi yang digunakan dalam pemberian nama itu adalah: "Romulus menurunkan nama Roma, sedangkan Christopher Columbus menurunkan Columbia, dan Bolívar menurunkan Bolivia.




Pada suatu masa dahulu, Bolivia adalah koloni Sepanyol. Pertambangan perak di Bolivia memberi barakah pada kewangan Sepanyol, dan Spain mempekerjakan orang Bolivia sebagai buruh untuk bekerja di pertambangan. Setelah beberapa perang berlaku, Simon Bolivar membantu Bolivia menjadikan negara tersebut merdeka.




Budaya Bolivia mempunyai banyak pengaruh seperti Inca, Aymara dan pengaruh setempat lain dalam keagamaan, muzik, dan pakaian. Terdapat festival besar di Oruro, yang disebut "El carnaval de Oruro". Orang Bolivia suka bermain bola sepak. Ladang haiwan juga popular, namun tidak mampu mengaut keuntungan.