Khamis, 9 Februari 2012


Posted: 02 Feb 2012 11:14 AM PST

Biasakan mencuci wajah menggunakan air embun pagi,dan air hujan yang turun pada malam jumaat. Air hujan yang turun pada malam jumaat amat berkhasiat untuk melembutkan kulit wajah dan boleh menyegarkan badan serta mampu dijadikan ubat penyembuh pelbagai penyakit jika dibuat mandian pagi.



Posted: 02 Feb 2012 10:59 AM PST

Amalkan meminum sup kaki ayam sewaktu usia muda lagi seminggu sekali. Hasilnya usia 50-an akan kelihatan segar dan cantik seperti 30-an. Ia juga boleh menggantikan pengurangan lendir dalam lutut.


Membeli-belah tanpa mengira harga merupakan satu pembaziran. Bukankah lebih seronok berbelanja dengan harga yang lebih murah disamping dapat menabung. Ketahui 5 cara berseronok kala berbelanja bersama Eh!
hidup feb 1 Hemat Berbelanja
1. Kad Ahli
Sememangnya kad keahlian dapat membantu anda membayar dengan harga yang lebih murah. Kad istimewa ini boleh didapati di mana-mana butik, stesen minyak mahupun gedung membeli-belah. Bukan saja dapat menerima potongan harga keahlian, malah, ada juga kad keahlian yang menawarkan sistem pengumpulan poin bagi setiap pembelian produk. Berhibur kala berbelanja dengan memiliki kad keahlian sebanyak mungkin!
2. Kupon Murah
Tidak salah rasanya membeli kupon murah untuk menerima tawaran diskaun hebat. Jangan pandang remeh padanya, kerana ia dapat membantu anda menerima harga diskaun lebih 90%! Daripada membazir wang beratus ringgit ke spa atau pusat pelangsingan badan, lebih baik anda membeli kupon murah. Penampilan cantik, harga pun jimat!
3. Jualan Gudang
Ada diantara kita impikan barangan jenama terkenal dan mahal yang tidak mampu dimiliki. Usah risau lagi kerana dengan adanya jualan gudang anda mampu memilikinya! Jualan gudang biasanya diadakan sekitar hujung tahun dan pastikan anda sentiasa mengikuti informasi terkini tentangnya supaya tidak terlepas peluang keemasan untuk memborong produk!
4. Promosi
Bulan promosi ini selalunya diadakan secara besar-besaran di pusat membeli belah dan tiket-tiket penerbangan. Bagi mereka yang mengimpikan percutian ke luar negara atau tempat yang tidak pernah dilawati, rajin-rajinlah melayari internet untuk mengetahui informasi mengenainya. Inilah peluang yang dinanti-nantikan dan sememangnya ia cukup berbaloi!
5. Hari Rabu
Menonton wayang bersama rakan-rakan memang menyeronokkan. Tetapi lebih seronok lagi jika harga tiket murah. Bagi kaki wayang di luar sana, tontonlah filem kegemaran anda pada hari rabu kerana pada hari tersebut harga tiket wayang lebih murah!



Petua Melegakan Sakit Kepala
Sukar melakukan sesuatu perkerjaan pabila kepala sakit atau pening. Selain daripada memakan ubat, sekali-sekala apa salahnya menggunakan petua cara tradisional. Perahkan asam bersama air dan kemudian ambil airnya. Air asam tersebut dicampurkan bersama secawan air santan kelapa dan kacau sehingga sebati. Selepas itu, lumurkan campuran tersebut di seluruh kepala. Kemudian, bungkuskan kepala dan tunggu sehingga tuala tersebut kering. Akhir sekali, bersihkan kepala dengan air dan syampu rambut.
Petua Sukar Tidur
Bagi mereka yang sering berjaga malam akibat susah tidur, ia akan menyebabkan badan berasa lemah di siang hari. Banyak khasiat yang terdapat pada buah pala antaranya ia dapat mengatasi masalah sukar untuk tidur. Parut buah pala dan kemudiannya campur dengan sedikit air. Tekapkan buah pala tersebut di ubun-ubun kepala. Disamping itu juga, berikan haruman aroma terapi di bilik bagi memberikan suasana tenang kala anda beradu.
Petua Menghilangkan Selsema
Tidak selesa rasanya pabila hidung berair tambahan lagi jika hidung tersumbat. Perahkan limau nipis ke dalam air teh panas atau suam tanpa menambah gula. Kemudian, minum air tersebut. Jika anda sukar untuk menelan minuman masam, ambil batang sirih. Kemudian, lap batang sirih tersebut hingga bersih. Tumbukkan ia sehingga mengeluarkan lendir dan sapukan lendir itu di bahagian kawasan hidung anda. Lakukan antara dua petua ini secara berterusan sehingga selsema anda sembuh.
 Petua Melegakan Batuk
Batuk tidak henti sememangnya amat meletihkan dan ianya boleh menyebabkan kekejangan di perut . Batuk yang berterusan menyebabkan sukar untuk bercakap. Bagi mengatasi masalah ini, ambil helaian daun pudina dan campurkan kedalam air panas bersama gula batu. Kemudian, minum airnya. Amalkan petua ini setiap hari sehingga batuk anda lega.
 Petua Sakit Tekak
Memang tidak selesa sekiranya tekak berasa sakit. Sukar untuk menelan terutamanya pabila minum dan makan. Antara petua yang dapat menghilangkan sakit tekak adalah dengan menggunakan asam jawa. Mudah saja! Hanya perlu campurkan air bersama asam jawa dan kacau hingga sebati. Selepas itu, tapis asam jawa tersebut dan ambil airnya. Sebaiknya, minum air tersebut setiap hari sehingga kurang rasa sakit tekak.

Posted: 04 Feb 2012 09:21 AM PST

1. Berehat secepat mungkin.
2. Minum segelas kopi ataupun segelas air suam dicampur sedikit gula dan sapukan hirisan bawang merah di ibu jari kaki.
3. Kemudian selimut tebal hingga berpeluh.


Posted: 04 Feb 2012 09:11 AM PST

1. Masukkan makanan dalam kotak, bekas kaca atau plastik telus. Menyimpan makanan dalam bekas telus memudahkan anda melihat bila makanan itu hampir habis dan perlu dibeli baru.
2. Susun botol rempah yang berlabel mengikut susunan abjad.
3. Pilih bekas berbentuk empat segi berbanding bujur atau bulat. Anda akan mengambil ruang penyimpanan yang banyak jika menggunakan bekas bujur dan bulat.
4. Bandingkan kaedah susunan menyimpan barangan seperti biskut dan papan pemotong. Susunkan secara menegak atau melintang kerana ini lebih menarik lagi berbanding meletakkan begitu sahaja di kaunter.
5. Senaraikan barang keperluan dapur yang perlu dibeli dan gunakan pelekat bermagnet di peti sejuk. Ini juga memudahkan ahli keluarga menulis barangan keperluan lain.
6. Gunakan kertas khas atau kertas minyak untuk makanan yang mudah melekat pada bekas pembakar. Dengan cara itu, anda tidak perlu membasuhnya lama dan kerap.
7. Simpan semua jenis serbuk atau larutan pencuci dan sarung tangan dalam kabinet yang terletak atas sinki. Cara begini anda tidak perlu kerap membongkok untuk mengambil barang-barang tersebut.


Posted: 04 Feb 2012 09:05 AM PST

Pilihan 1: Telan air liur, menguap, kunyah, hisap gula-gula ketika telinga rasa berdengung.
Pilihan 2:  Picit hidung dengan tangan, tutup mulut dan hembus perlahan-lahan (jangan hembus ikut mulut). Cara ini boleh seimbangkan tekanan udara dalam telinga.



Posted: 04 Feb 2012 08:59 AM PST

Pilihan 1: Ambil 2 ubi lengkuas sebesar ibu jari, tumbuk hingga halus. Tambahkan satu sudu makan cuka. Sapukan pada tahi lalat dan ulang beberapa kali.
Pilihan 2: Ambil sedikit nanas dan kisar bersama  limau purut. Sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga tahi lalat itu tertanggal.
Pilihan 3: Campurkan sedikit serbuk sabun cuci pakaian bersama sedikit kapur sirih. Sebatikan dan sapu pada tahi lalat yang hendak dihilangkan. Ulang dalam masa seminggu, Ia akan tanggal.
Pilihan 4: Ambil getah daun kemboja dan letakkan di seluruh tahi lalat yang tidak diingini itu. Kemudian, tampalkan kapas di atas permukaan tahi lalat yang telah disapu getah kemboja tadi. Lakukan sehingga tahi lalat itu kering dan mengelupas. Sedikit demi sedikit tahi lalat akan nipis dan hilang.



Posted: 04 Feb 2012 08:49 AM PST

Pilihan 1: Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau gigi berlubang, tumbuk cengkih dan isi di dalam lubang gigi anda dan tutup dengan kapas.
Pilihan 2: Ambil isi lidah buaya dan diletakkan pada tempat yang sakit. 2 hingga 4 jam.
Pilihan 3: Ambil satu sudu teh garam dan masukkan ke dalam secawan air panas.  Setelah garam melarut dan air menjadi suam, berkumur dengan air garam tersebut  sehingga sakit gigi anda reda.
Pilihan 4: Ambil 10-15 helai daun sirih tua direbus dengan air sebanyak 4 – 6 gelas sehingga mendidih. Sejukkan dan tapiskan.Berkumurlah dengan air daun sirih sehingga sakit gigi hilang.
Pilihan 5: Kunyahlah sirih yang dicampur sedikit kapur. Letakkan pada gigi  yang sakit. Sakit gigi akan berkurangan. .
Pilihan 6: Cuba minum air rebusan kulit pokok dan daun pokok gajus untuk mengurangkan sakit gigi.
Pilihan 7: Ambil serbuk jintan hitam atau minyak jintan hitam (habatussauda), letakkan ke dalam gigi yang berlubang.
Pilihan 8: Ambil daun serai dan tumbukkan  hingga hancur. Masukkan ke dalam air hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah digunakan sebagai bahan kumur.
Pilihan 9: Ambil sedikit kapur sirih dan sapukan pada gigi yang sakit itu. Insya-Allah sakit gigi anda cepat hilang.
Pilihan 10: Giling halus beberapa kuntum bunga cengkih, bunga lawang, asam gelugur, halia dan lada. Sumbatkan ramuan tersebut ke dalam gigi berlubang.
Pilihan 11: Ambil betik muda yang mempunyai banyak getah.Kemudian getah tersebut  dititiskan pada lubang gigi yang sakit itu dengan menggunakan kapas.Elakkan daripada terkena lidah kerana ia akan menimbulkan rasa gatal sekiranya terkena.
Pilihan 12: Ambil getah pokok kemboja dan letakkan ke dalam gigi yang berlubang. Jika gusi pula bengkak maka sapukan getah tadi di tempat yang bengkak.
Pilihan 13: Campurkan sedikit air suam dengan sedikit cuka. Berkumurlah dengan campuran tadi untuk mengurangkan sakit gigi.
Pilihan 14: Ambil kapas dan dijadikan bebola. Celupkan ke dalam minyak masak yang telah digunakan. Letakkan ke dalam piring lalu bakar kapas sekejap dan jangan sampai jadi abu. Padamkan api dan letakkan kapas tersebut ke dalam gigi yang berlubang. Perlu diberi perhatian jangan terkena gusi.
Pilihan 15: Ambil pucuk dan daun pokok cengkih lalu di kunyah-kunyah untuk mengurangkan sakit gigi.
Pilihan 16: Ambil akar senduduk putih direbus dan airnya digunakan untuk berkumur.
Pilihan 17: Ambil buah tomato muda kemudian dibelah dua.  Setelah itu masukkan tomato sebahagian kecil ke dalam gigi anda yang sakit. Seandainya gigi anda dimakan ulat pasti ulatnya akan keluar dengan sendirinya. Tidak lama kemudian berkumur-kumurlah bila terasa sembuh. Jika petua ini sesuai pasti anda tidak akan diulangi sakit gigi lagi.
Pilihan 18: Letakkan campuran serbuk lada dan minyak bunga cengkih pada gusi dan gigi berlubang.
Pilihan 19: Rendamkan sedikit gambir dalam setengah cawan air suam. Tumbuk sehingga separuh hancur. Masukkan gambir ini ke dalam gigi yang sakit.Gambir akan mengebaskan gusi tapi jangan menggunakan banyak kerana akan mengebaskan seluruh mulut.Insyaallah berkesan .
Pilihan 20: Rebus garam, air dan limau nipis yang di belah empat sehingga mendidih. Kemudian biarkannya sehingga suam dan berkumurlah sekerap yang boleh. Lakukan setiap hari sehingga sakitnya berkurangan.
Pilihan 21: Goreng asam jawa beberapa minit. Kemudian bakar sedikit garam kasar ke dalam daun pisang. Tumbuk kedua-dua bahan ini sehingga halus. Kemudian tampalkan pada gigi yang sakit.
Pilihan 22: Hiris bawang putih dan tempelkan pada gigi yang sakit. Biarkan selama 1 jam.
Pilihan 23: Daun sirih yang sudah diletakkan minyak kelapa, dilayurkan atau dipanggangkan pada api, kemudian tampalkan pada pipi yang sakit itu, lakukan dua kali satu hari sampai 3 hari berturut-turut.
Pilihan 24: Ambil tempurung kelapa,garam,bunga cengkih dan madu lebah.Tempurung dibakar hingga menjadi arang kemudian ditumbuk bersama-sama dengan garam dan dicampurkan dengan madu lebah.Ramuan ini hendaklah digunakan untuk menggosok gigi pada setiap hari.bunga cengkih dapat menyembuhkan sakit pada gusi.Garam dapat menahan pengaliran darah.
Pilihan 25: Ambil sepotong kecil bawang merah dan tempatkan pada bahagian gigi yang sakit untuk meredakan gigi yang sedang sakit.mengunyah bawang merah selama 3 minit dinyatakan cukup untuk membunuh semua kuman di mulut.

Tazkirah Jumaat – Kehidupan dan Pilihannya

Posted: 03 Feb 2012 05:10 AM PST

Tazkirah Jumaat – Kehidupan dan Pilihannya

1- HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:

- Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
- Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
- Esok ~ Hari yang belum pasti.

- Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

2- HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:

- Nafas Naik.
- Nafas Turun.

- Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian ALlah secara percuma dan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya. Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :

- Hidup dalam keredhaan ALlah.
- Hidup dalam kemurkaan ALlah.

-carilah keredhaan allah dalah kehidupan di dunia ini dan jauhilah kemurkaan allah semoga kita juga mendapat keredhaan allah di akhirat kelak.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :

- Kekal di dalam neraka.
- Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN. Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya.

Terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT. Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang, tetapi tidak mempunyai boarding pass.

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem … apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya … lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :

Dia mungkin didenda … atau, suratnya masuk tong sampah. Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang ALlah kurniakan kepada kita …

Sekurang-kurangnya ALlah telah memberi udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada ALlah dalam keadaan jiwa yang tenang … lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan ALlah meredhai.

Semoga kita semua berbahagia dan sejahtera sentiasa… di dunia jua di akhirat kelak serta di dalam rahmat ALlah s.w.t.

Amin…

sumber : kelakaryahoogroups

Rabu, 8 Februari 2012

Jom Scuba Di Pulau Andaman & Nicobar (PT 4)

Jom Scuba Di Pulau Andaman & Nicobar (PT 3) - Klik sini































Doa Untuk Menguatkan Ingatan


Bagi pelajar, atau sesiapa sahaja yang mahukan ingatan yang tajam, boleh amalkan potongan ayat ini...


Sebelum membaca apa-apa bahan bacaan seperti buku, majalah dan sebagainya, bacalah doa di bawah ni...insyaAllah







Allahumma fatih 'alayna wan sur birahmatika ya hikmataka dhul jalali wal ikram




Maksudnya:
Wahai Allah, bukakanlah ke atas kami hikmataka dan tolonglah ke atas kami dengan rahmatMu, wahai Yang Maha Memilki Keagungan dan Kemuliaan.






Sumber : Buku Zikir Asma Ul Husna 99 Nama Allah