Selasa, 6 Mac 2012
Mengemas Rumah: tips menyusun baju anak2
Mengemas Rumah: tips menyusun baju anak2: Saya sekarang mempunyai 6 orang anak. Tak percayakan? 5 yang pertama adalah lelaki dan yang terakhir baru lah perempuan. Bab organize baju ...

Mengemas Rumah: Menyusun dokumen dalam fail
Mengemas Rumah: Menyusun dokumen dalam fail: Sewaktu saya belum berkahwin saya memang berminat memfailkan segala dokumen dan surat-menyurat yang saya terima. Satu fail dikhususkan untuk...
Mengemas Rumah: Menyimpan dokumen sulit
Mengemas Rumah: Menyimpan dokumen sulit: Semasa mula berkahwin, kita cuma ada beberapa dokumen penting seperti IC, surat beranak dan sijil nikah. Masuk beberapa tahun diiringi beber...
Menyusun dokumen dalam fail
Kerana saya masih single, saya punya banyak masa untuk melabel setiap fail dan meyusun pula mengikut abjad!
Setelah
saya berkeluarga, sudah tentu jenis dokumen kita bertambah. Sijil
nikah, surat beranak, passport, kad merah (mengandung), kad imunisasi
anak, bil2 air dan api, bil2 kredit kad, dokumen insuran dan simpanan
dan berbagai lagi.

Jadi,
dokumen kelahiran sampai zaman persekolahan kesemuanya boleh disimpan
di dalam clear holder yang sama. Apabila mereka melangkah masuk ke
universiti, pandai2 lah mereka menguruskan dokumen sendiri dengan
penambahan clear holder atau lain2 cara.
Untuk dokumen2 rumah tangga pula kita boleh mengasingkan mengikut kategori2 begini:
1. Dokumen rumahtangga seperti sijil nikah, cerai (jika berkaitan) dan apa2 lagi berkenaan perkahwinan kita.
2.
Insurans perlu disimpan dalam satu jenis fail. Biasanya kita terbeli
beberapa jenis insurans nyawa dan pelaburan. Elok kita simpan buku
polisi dan segala borang berkaitan dalam satu jenis fail.

4. Seterusnya kita juga membuat
pembelian aset seperti beberapa buah kereta dan/atau motor dan beberapa
buah rumah. Elok disediakan satu fail untuk setiap pembelian aset
terutama rumah kerana segala dokumen seperti dokumen dari peguam dan
dari bank perlu disimpan sekali untuk kemudahan rujukan akan datang.
5.
Sekiranya anda memiliki kad kredit, perlu juga disediakan satu fail
untuk kad kredit. Boleh juga dicampurkan dengan kad2 debit, kad keahlian
untuk diskaun pembelian dan sebagainya. Kita perlu menyimpan penyata
dan rekod bayaran sekurang2 nya untuk setahun.
6. Tidak
ketinggalan adalah satu fail khusus untuk dokumen berkaitan income tax
kerana kita diwajibkan menyimpan selama 7 tahun dan boleh dipanggil
bila2 masa oleh jabatan hasil untuk tujuan audit. Jadi saya sendiri
menggunakan satu file untuk setiap tahun income tax dan saya tuliskan
tahun di luar fail tersebut. Bahkan, saya sudah menyediakan satu sampul
surat besar in advance untuk tax 2011 dan saya humbankan segala resit2
dan dokumen yang bakal digunakan bagi tujuan taksiran 2011 kelak.
7.
Seterusnya anda boleh menyediakan satu fail untuk resit2 pembayaran
anak2 seperti resit pembayaran taska, resit sekolah, resit tusyen dan
sebagainya.
8. Apabila kita membeli pula barangan
elektrik, kita mendapat pula panduan atau manual penggunaan barangan.
Itu juga elok kita simpan dalam satu fail atau bekas dan disimpan di
tempat yang mudah dicari. Untuk2 kes kecemasan salah guna barangan, kita
boleh merujuk kepada manual2 tersebut.
Kita juga mempunyai dokumen2 peribadi yang berkaitan dengan akademik dan kerjaya. Yang ini kita simpan berasingan dari dokumen rumahtangga. Satu fail clear holder saya peruntukkan untuk dokumen akademik saya. Memandangkan pengalaman yang bertambah, saya kini membeli satu lagi clear holder untuk menyimpan sijil2 berkaitan kursus dan seminar.

Saya juga membeli
satu expanding file seperti gambar pertama di atas untuk menyimpan slip
gaji, sijil2 kepujian dari majikan, sijil2 perlantikan ahli
jawatankuasa, maklumat kenaikan gaji atau kenaikan pangkat, dokumen
penilaian hujung tahun dsbnya.
Fail2 berkenaan kerjaya kesemuanya saya simpan di pejabat untuk mengelakkan kecelaruan.
Sekiranya
rakan2 masih buntu, cari masa dan ruang dan mula lah bahagikan dokumen2
anda mengikut jenisnya. Kemudian lihat dan kira berapa jenis dokumen
yang anda miliki dan belilah jumlah fail yang anda perlukan.
Anda
perlu juga menyediakan satu kotak khas (kalau boleh yang cantik dan
comel) untuk anda mengumpulkan segala dokumen yang perlu difailkan.
Setiap kali surat tiba, anda boleh letakkan dulu dalam kotak tersebut.
Setiap hujung minggu anda perlu komited memasukkan surat2 dan dokumen
tersebut ke dalam fail yang telah disediakan. Jangan tunggu sehingga
berbulan lamanya dan anda sendiri sudah hilang minat mengasingkan
dokumen yang sarat terkumpul.

Walau apa pun, anda sendiri
yang lebih berhak menentukan sistem fail yang paling mudah bagi anda.
Saranan di atas adalah satu dari ribuan teknik yang ada.
Artikel Pilihan: Apa tindakan anda jika terlibat dalam kemalangan ...
Artikel Pilihan: Apa tindakan anda jika terlibat dalam kemalangan ...: Di Malaysia bilangan kemalangan jalanraya adalah antara yang tertinggi dunia. Kadar kemalangan, kematian kecederaan dan kerugian hartabenda ...
ISU SEMASA: Hal Ehwal Kewangan
Petua Pengurusan Kewangan Berkesan: Bagaimana Menyimpan Bil Dan Resit
by www.bharian.com.my
SEBAIK
menerima bil setiap bulan, kita akan meletakkannya di mana-mana yang
sempat, baik di atas meja, di atas TV mahupun di dalam kereta. Suatu
kebiasaan yang memudaratkan di belakang hari kerana kemungkinan untuk
bil berkenaan hilang adalah amat tinggi. Untuk mengelakkan kehilangan,
penting untuk kita mempunyai sistem fail yang sistematik kerana ia juga
membantu:
Fail jangka masa pendek
Gunakan fail ini untuk menyimpan:
Antara yang boleh dibuang ialah:
Seperti yang diterangkan tadi, fail ini boleh digunakan untuk menyimpan bil. Tetapi ingat! Pastikan anda hanya menyimpan bil yang sudah dibayar saja. Bil yang belum dibayar haruslah terus disimpan di dalam fail jangkamasa pendek. Contoh bil yang boleh disimpan di dalam fail ini ialah bil air, telefon, elektrik dan kredit kad
Anda dinasihatkan menyimpan bil berkenaan mengikut aturan bulanan untuk memudahkan rujukan jika wujud sebarang isu atau masalah kemudian hari. Menjelang akhir tahun, anda bolehlah membuang semua bil yang disimpan kecuali bil yang boleh membantu mengurangkan pembayaran cukai seperti bil pembelian buku. Di samping itu, anda juga digalakkan menyimpan bil untuk tiga bulan terakhir 2002 sekurang-kurangnya hingga Mac tahun hadapan sebagai rujukan jika berlaku kesangsian.
Fail jangka masa panjangFail ini digunakan untuk menyimpan resit pembelian yang membabitkan jumlah wang yang besar. Sebagai contoh, pastikan anda menyimpan resit jika anda membeli peti sejuk, set teater rumah mahupun tilam berjenama. Anda juga dinasihatkan menyimpan kad jaminan yang diperoleh dengan pembelian barangan. Untuk memudahkan pemfailan dan rujukan, anda boleh menyusun kad jaminan mengikut tarikh luput. Sekurang-kurangnya anda tahu bilakah tiba masanya untuk anda membuang kad jaminan berkenaan.
Antara dokumen lain yang boleh disimpan di dalam fail jangka masa panjang ialah resit ubah suai rumah. Ini penting untuk anda menentukan nilai rumah jika anda bercadang untuk menjualnya.
Artikel ini adalah sumbangan The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), sebuah pertubuhan perakaunan profesional terbesar di dunia, meliputi 300,000 orang ahli dan pelajar di 160 buah negara. Keterangan lanjut www.accaglobal.com.
Sumber Dari : Berita Harian Online
- Menjimatkan masa
Pemfailan berkesan dapat menjimatkan masa mencari sesuatu bil yang kita perlukan. Misalnya, daripada membuang masa mencari secebis kertas segala ceruk, kita boleh terus merujuk kepada fail yang disimpan.
- Mengurangkan tekanan
Sering kali perasaan marah dan kecewa akan timbul apabila barang yang dicari tidak dijumpai. Untuk mengelakkan rasa marah yang tidak perlu, maka kita perlu mempunyai sistem pemfailan sendiri.
- Failkan bil dan resit sebaik saja anda menerimanya setiap bulan. Bertangguh menyimpan akan hanya menambah risiko kehilangan.
- Dapatkan fail terpakai ataupun sampul surat besar sebagai tempat menyimpan bil dan resit. Bahagikan fail berkenaan kepada tiga bahagian, iaitu jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Jika anda menggunakan sampul surat, pastikan anda mempunyai tiga sampul dan tuliskan setiap kategori di atasnya.
Fail jangka masa pendek
Gunakan fail ini untuk menyimpan:
- Bil-bil yang belum dibayar seperti bil air, internet atau kredit kad.
- Resit pembelian hangus seperti ubat gigi, buah-buahan dan sebagainya.
- Penyata pengeluaran wang daripada ATM
Antara yang boleh dibuang ialah:
- Resit pembelian hangus
Sebelum membuang resit berkenaan, pastikan anda sudah merekod segala perbelanjaan di dalam kategori yang sewajarnya. Sebagai contoh, ubat gigi direkodkan di dalam kategori "alat mandian" dan buah-buahan di dalam kateg
- Penyata pengeluaran wang daripada ATM
Buangkan penyata ini hanya selepas anda menerima dan menyemak penyata akaun bulanan daripada bank. Adalah penting untuk anda pastikan jumlah yang dikeluarkan sama dengan jumlah yang tercatat di dalam penyata akaun bulanan bank. Jika terdapat sebarang kekeliruan, segeralah berhubung dengan pihak bank untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
Seperti yang diterangkan tadi, fail ini boleh digunakan untuk menyimpan bil. Tetapi ingat! Pastikan anda hanya menyimpan bil yang sudah dibayar saja. Bil yang belum dibayar haruslah terus disimpan di dalam fail jangkamasa pendek. Contoh bil yang boleh disimpan di dalam fail ini ialah bil air, telefon, elektrik dan kredit kad
Anda dinasihatkan menyimpan bil berkenaan mengikut aturan bulanan untuk memudahkan rujukan jika wujud sebarang isu atau masalah kemudian hari. Menjelang akhir tahun, anda bolehlah membuang semua bil yang disimpan kecuali bil yang boleh membantu mengurangkan pembayaran cukai seperti bil pembelian buku. Di samping itu, anda juga digalakkan menyimpan bil untuk tiga bulan terakhir 2002 sekurang-kurangnya hingga Mac tahun hadapan sebagai rujukan jika berlaku kesangsian.
Fail jangka masa panjangFail ini digunakan untuk menyimpan resit pembelian yang membabitkan jumlah wang yang besar. Sebagai contoh, pastikan anda menyimpan resit jika anda membeli peti sejuk, set teater rumah mahupun tilam berjenama. Anda juga dinasihatkan menyimpan kad jaminan yang diperoleh dengan pembelian barangan. Untuk memudahkan pemfailan dan rujukan, anda boleh menyusun kad jaminan mengikut tarikh luput. Sekurang-kurangnya anda tahu bilakah tiba masanya untuk anda membuang kad jaminan berkenaan.
Antara dokumen lain yang boleh disimpan di dalam fail jangka masa panjang ialah resit ubah suai rumah. Ini penting untuk anda menentukan nilai rumah jika anda bercadang untuk menjualnya.
- Rekod penama KWSP
Sering kali masalah wujud apabila pencarum KWSP meninggal dunia. Untuk mengelakkan masalah dan mempercepatkan proses pembahagian caruman, anda digalakkan menyimpan rekod berkenaan kerana tiada siapa mengetahui apa yang bakal terjadi di masa depan.
- Geran rumah dan/atau tanah
- Pasport
Artikel ini adalah sumbangan The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), sebuah pertubuhan perakaunan profesional terbesar di dunia, meliputi 300,000 orang ahli dan pelajar di 160 buah negara. Keterangan lanjut www.accaglobal.com.
Sumber Dari : Berita Harian Online
Jumaat, 2 Mac 2012
Langgan:
Catatan (Atom)