Isnin, 27 Oktober 2014

Cara memutihkan gigi paling murah mudah selamat

Cara memutihkan gigi paling murah mudah selamat

Cara memutihkan gigi paling murah mudah selamat

Assalam guys. Semua orang inginkan gigi putih berseri. Miliki gigi yang putih dapat memberi senyuman kita lebih menawan tertawan. Tapi bukan semua antara kita memilikigigi putih semulajadi. Ada yang memiliki gigi berwarna kuning semulajadi. Hahhh bab yang tu memang tak boleh nak tolonglah kecuali kita tukar kesemua gigi2 yang ada. Tapi tak salah kalau mahu mencuba. Mana tahu kuasa Allah SWT tetiba menjadi plak petua ni. Alhamdulillah... yang penting mesti cuba.

Cara memutihkan gigi paling murah dan mudah untuk kita cuba. Bahan2 pun mudah didapati di rumah dan dipasaraya. Tetapi sebelum itu mari kita ambil tahu sedikit info tentang bahan2nya.

Bahan2 untuk memutihkan gigi

1. Bikarbonat Soda atau Baking Soda
  • Natrium bikarbonat atau natrium hidrogen karbonat adalah sebatian kimia dengan NaHCO3 formula. Natrium bikarbonat adalah pepejal putih seperti kristal seperti serbuk halus dan rasanya sedikit masin dan rasa alkali menyerupai sodium karbonat.
2. Limau Nipis
  • Jus buah limau nipis membunuh kuman disenteri, kolera dan tifoid. Asid sitrik yang terkandung dalam limau nipis berkesan menghilangkan lemak dan menguruskan badan. Asid sitriknya juga boleh digunakan untuk melegakan perut dan melancarkan penghadaman. Limau nipis juga mengandungi vitamin A dan vitamin C
3. Kulit Pisang
  • Secara umum, kulit pisang banyak mengandung karbohidrat, air, vitamin C, kalium, lutein, anti-oksidan, kalsium, vitamin B, lemak, protein, beragam vitamin B kompleks di antaranya vitamin B6,  minyak nabati, serat, serotonin dan banyak lagi lainnya.

CARA PERTAMA MEMUTIHKAN GIGI




SATU SUDU BAKING SODA
SETENGAH LIMAU NIPIS ATAU LEMON
SEDIKIT ISI DALAM KULIT PISANG

  1. Keruk atau kaut kulit pisang
  2. Perah limau nipis pada baking soda dan pisang
  3. Semasa memerah limau akan berlaku buih. Jangan diusik. Biarkan buih2 itu hilang baru gaulkan kesemua bahan menjadi rata.
  4. Gosok dengan jari atau gunakan berus gigi. Gosok keseluruhan gigi seperti gosok gigi
  5. Biarkan 15 atau 20 minit.
  6. Terkena lidah tidak mengapa. 
  7. Basuh kumur seperti biasa.
  8. Lakukan seminggu sekali sahaja.
  9. JIKA TIADA KULIT PISANG PUN TIDAK MENGAPA.

CARA KEDUA MEMUTIHKAN GIGI


Cara memutihkan gigi dengan menggosok isi kulit pisang pada gigi

  1. Ambil kulit pisang 
  2. Gosokkan isi dalam kulit pisang ke gigi 
  3. Ikut seperti dalam gambar.
  4. Bahagian dalam potong kecil kulit pisang dan gosok
  5. Biarkan sebentar dan lap bersih menggunakan tuala bersih
  6. Lakukan setiap hari pun tidak mengapa tetapi mengambil masa sedikit lama

Wokey korang. Sudah kongsikan petua cmemutihkan gigi dengan bajet yang murah dan selamat. Tiada kesan sampingan. Jangan risau. Anyways banyak sebenarnya kebaikan Baking Soda + Limau Nipis + kulit pisang ni.

SEDIKIT PETUA UTK DIKONGSI BERSAMA

  • Cara menghilang bau karpet rumah - Taburkan baking soda pada keseluruhan karpet. Biarkan 1 atau 2 jam. Tapi aku lebih suka selepas tabur, aku gulung sekejap. Selepas 2 jam baru aku vacium sampai bersih. Tidak perlu jemur diluar.
  • Cara menghilangkan sakit kepala - Selain ayat Quran, kulit pisang juga dapat menghilangkan stress dan sakit kepala. Hancurkan atau tumbuk kulit pisang sampai hancur. Lumurkan atau tepek diatas kepala dan dahi. Rehat seketika tanpa membuat satu kerja. Sambil tu berselawat nabi. Akan reda sakit kepala
  • Cara membuat masker - Ambil setengah limau nipis + sesudu kecil madu + sesudu besar gula + sesudu besar susu = Campurkan kesemuanya hingga rata. Sapu keseluruhan muka dan leher. Biarkan Setengah jam. Bilas dengan air sejuk. Lakukan seminggu sekali. Dapat melicinkan dan membersihkan kulit serta memutihkan secara semulajadi.
Nota
Banyak sebenarnya kehebatan herba2 buah2an dan bahan2 yang kita sendiri kurang tahu untuk menggunakannya. InsyaAllah.. akan ada susulan perkongsian yang boleh digunakan dan diamalkan bersama. Selamat mencuba pertua cara memutihkan gigi paling murah mudah selamat . 
kredit to : http://kongsibersamanora.blogspot.com/2014/09/cara-memutihkan-gigi-paling-murah-mudah-selamat.html

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tq for sharing