Selasa, 28 Oktober 2014

Cara Buat Minuman Detoks Sendiri - Mudah & Murah!

Cara Buat Minuman Detoks Sendiri - Mudah & Murah!

Selalunya kita memilih untuk minum air kosong sahaja bagi menghilangkan dahaga, atau setelah mengambil minuman yang manis kita imbangikan pula ia dengan meminum lebih banyak air putih..
 
Disini saya ingin berkongsi satu cara detoks yang mudah, murah dan selamat.

 
Jika sebelum ini kita selalu mengambil air putih dengan tujuan yang sama, apakata kali ini kita cuba variasikan sedikit air minuman kita seperti cara di bawah:
 
 

 

Bahan-Bahan:
-1-2 liter Air Putih (bergantung pada banyak mana yang anda inginkan)
-Tembikai @ Timun - dipotong/dihiris
-1 biji lemon
-beberapa helai daun pudina (lebih kurang 10-13 helai)
-Ais kiub

Cara-Cara Penyediaan:
- Masukkan buah tembikai atau timun yang telah dipotong ke dalam sebekas jag
- Kemudian masukkan lemon yang telah dihiris bersama buah tadi.
-Masukkan daun pudina dan tuangkan air sejuk ke dalam bahan tadi.
-Biarkan kesemua bahan ini semalaman di dalam peti ais


Pilihan 1: Tembikai + Mint



Pilihan 2: Timun + Lemon



 
ATAU
 
Combine je mana-mana buah / lemon / daun pudina atau campur je semua
dalam minuman detoks anda..pun boleh juga

senang je kan =)
 nak tau lebih lanjut boleh lawat everydayroots.com -> sini
 
 saya pun nak cuba juga nanti di rumah
kalau dah buat nanti jangan lupa share post anda disini ;)
 
- See more at: http://jurnalcikros.blogspot.com/2013/10/buat-minuman-detoks-sendiri-dirumah_10.html#sthash.qyJGDhaU.dpuf

1 ulasan:

Ija Rased berkata...

wah..boleh cuba ni, tq for sharing