Selasa, 7 Februari 2012
Posted: 21 Nov 2011 04:51 AM PST
KEPADA pembaca setia blog ini, ada pengumuman kecil yang ingin saya beritahu. Bermula daripada artikel ini – kenapa emas begitu berharga
(iya.. artikel yang sedang anda baca ini). Saya akan membuat satu
kategori baharu yang dipanggil ‘Siri Pelaburan Emas’. Di dalam kategori
baharu ini, saya akan menulis beberapa rangkaian artikel yang berkisar
dengan jenis, kaedah dan cara melabur di dalam komoditi unggul – emas.
Khusus untuk rujukan anda. Kenapa saya membuat kategori baharu ini?
Pembaca yang budiman, kita tidak perlu
menjadi sorang pakar kewangan yang handal untuk meramalkan bahawa emas
akan menjadi antara pilihan paling utama para pelabur dalam tahun 2012
di samping perak, minyak dan hartanah. Pelbagai tanda yang jelas sudah
kelihatan sejak kebelakangan ini.
Jadi ayuh kita mulakan pengisian
kategori baharu ini dengan menyelidiki dahulu kenapa emas begitu
berharga dan sentiasa berbaloi untuk dimiliki sejak zaman berzaman..
Kerap kali kita mendengar betapa emas
merupakan suatu instrumen pelaburan yang baik. Orang di sini sana
memperkatakan kebaikan emas dan bagaimana mereka menggalakkan orang
ramai melabur di dalam emas. Tetapi sebagai seorang pelabur yang bijak, kita tidak mahu mengikut secara membuta-tuli sahaja.
Ingat prinsip pelaburan ini – jika semua
orang membeli, anda menjual. Bukanlah bermaksud kita tidak perlu
mengikut perkembangan semasa tetapi makna tersirat di sebaliknya ialah
lakukan sesuatu yang berlainan daripada orang ramai. Dalam kes emas
sebagai alat pelaburan ini, bukan kita tidak mahu melabur tetapi kena
kaji dahulu kenapa emas dan apa kelebihan emas?
Faktor yang menjadikan emas begitu berharga dan menjadi alat pelaburan yang baik saya terangkan di bawah:
1. Pelindung kekayaan
Nilai emas sebenarnya tidak naik tetapi ia meningkat sejajar dengan kenaikan inflasi. Jika anda ada 1 gram emas berharga RM500 pada tahun 2011, ia tetap 1 gram emas pada tahun 2012. Cuma nilai inflasi yang meningkat akan menyebabkannya bernilai RM700 pada tahun 2012! Itu sahaja. Maknanya wang yang anda simpan dalam bentuk emas akan menjadi kalis inflasi. Dalam analogi yang paling mudah untuk difahami – wang anda telah disimpan di dalam kapsul masa (emas).

2. Simbol kekayaan
Sejak 6 000 tahun dahulu, emas dijadikan pilihan manusia sebagai simbol kekayaan. Ini semenjak tamadun Mesir kuno lagi. Pada masa itu, sesiapa yang memiliki banyak emas dianggap kaya dan berkuasa. Dan ia masih lagi begitu pada hari ini!

3. Harga emas sentiasa naik
Hal ini tidak dapat dinafikan. Seperti mana aset pelaburan yang lain, harga emas boleh naik dan turun tetapi jika dilihat pada jangkamasa panjang didapati harga emas sentiasa naik. Berdasarkan analisis ringkas untuk sepanjang 10 tahun lepas (2001-2010), purata kenaikan harga emas adalah lebih kurang 24%-27% setahun. Tidak banyak pelaburan yang mampu memberikan pulangan seperti ini.

4. Kejatuhan nilai matawang
Wang kertas yang anda pegang hari ini bukanlah wang. Itu adalah matawang – tidak mempunyai nilai hanya berdasarkan janji kerajaan pemerintah sahaja. Masalah dengan matawang ialah nilainya sentiasa jatuh pada setiap masa menuju ke nilai ‘kosong’. Konsep ini agak sukar untuk diterangkan kerana ia memerlukan gaya pemikiran baharu terhadap wang. Cukuplah saya katakan nilai matawang sentiasa dimakan inflasi dan ini memang tidak baik untuk kita semua.

5. Penyimpan nilai
Kontra dengan poin di nombor 4 di atas, emas menyimpan nilai. Nilainya tidak akan pernah jatuh apalagi hilang. Ia akan sentiasa mengekalkan nilainya. Dan seperti yang anda tahu, antara definisi wang adalah bertindak sebagai penyimpan nilai. Jika berdasarkan ini, bolehlah kita simpulkan bahawa emas adalah wang.

6. Tidak boleh dimanipulasi
Inilah poin yang paling saya sukai. Malah mungkin merupakan kelebihan emas yang terbaik sekali. Emas tidak boleh dicipta, tidak seperti matawang yang bebas dicetak sesuka hati. Sukar diperolehi dan kuantitinya tidak boleh ditambah. Inilah yang menjadikan emas amat bernilai dan boleh dijadikan sandaran kewangan.

7. Aset yang Amat istimewa
Ketika perang tercetus di sesebuah negara, nilai matawang negara tersebut akan jatuh merudum dan menjadi tidak bernilai lagi. Rakyat akan mencari perlindungan daripada negara-negara jiran untuk menyelamatkan diri dan keluarga. Cuba teka aset yang mana satukah di bawah paling bermanfaat dalam situasi seperti ini?

Pilih satu daripada pilihan berikut;
a. matawang
b. saham dan unit amanah
c. rumah
d. kenderaan
e. emas
b. saham dan unit amanah
c. rumah
d. kenderaan
e. emas
Matawang sudah tiada nilai, pasaran saham
dan unit amanah runtuh, rumah tidak boleh dibawa pindah ke luar negara
dan kenderaan mungkin hancur oleh pihak musush.
Iya.. Hanya beberapa syiling atau
beberapa jongkong emas dalam simpanan anda itu yang akan membantu anda
memulakan kehidupan baharu di negara lain. Ianya ringan dibawa lari dan
mudah pula dicairkan walau dimana jua anda berada di seluruh dunia.
Harganya standard di seluruh pelusuk dunia. Malah tidak keterlaluan jika
saya katakan, nyawa amat bergantung kepada aset yang dipanggil emas
pada saat-saat genting seperti itu.
Emas memang sungguh istimewa.
a sekali tidak bermakna anda perlu
membeli rumah tersebut walau dengan apa cara sekalipun! Bertenang. Sabar
dahulu. Jual beli rumah bukanlah semudah itu. Sebelum itu, elok baca
dahulu apakah aspek-aspek pembelian rumah yang wajib diberi perhatian
ini sebelum membuat sebarang keputusan.
Apa saja yang anda baca di dalam artikel
ini bukanlah sesuatu yang baru. Anda sudah pernah mendengarnya sebelum
ini. Hanya kadang-kadang kita terlupa. Mungkin juga tidak faham. Atau
penghayatan sebelum ini tidak penuh.
Saya sedaya-upaya akan
cuba berkongsi apakah aspek yang perlu diberi perhatian sewajarnya
sewaktu berkira-kira membeli mana-mana rumah. Walaupun saya memiliki
rangkaian hartanah (beberapa bidang tanah) tapi saya bukanlah datang
daripada industri hartanah. Saya juga bukan ejen perumahan. Hari ini
kita hanya berkongsi petua-petua pembelian rumah secara bijak sahaja.
Melalui kacamata seorang pembeli seperti anda juga.
Pertama sekali, jangan beli apa-apa jua
rumah hanya kerana anda sukakannya. Jangan dan jangan. Kenapa? Sekiranya
membeli sesebuah rumah kerana cinta dan pesona, anda akan menjadi buta.
Anda akan mengenepikan banyak aspek dan tidak mengendahkan masalah yang
bakal dialami kelak. Anda tidak pedulikan apa-apa lagi asalkan berhasil
memiliki rumah idaman tersebut. Pilih dan belilah rumah dengan penuh
kesedaran dan berteraskan tanggungjawab. Ingat selalu bahawa anda
membelinya sebagai satu keperluan dan bukan kerana terpegun dengan
rekabentuk, landskap dan hiasan dalamannya yang mengagumkan (sudah tentu
ini juga dalam pertimbangan). Ini menjadikan anda lebih rasional dan
mengambilkira kesemua faktor lain yang terlibat.
Antara aspek yang perlu diperhatikan sebelum membeli sesebuah rumah:
• lokasi
• jaringan pengangkutan
• kemudahan asas
• tempat kerja
• latarbelakang pemaju
• jaringan pengangkutan
• kemudahan asas
• tempat kerja
• latarbelakang pemaju
Lokasi. Inilah aspek
yang paling ajaib. Lokasi rumah yang baik dan lokasi rumah yang buruk.
Lokasi yang baik terletak di tempat yang strategik. Berita yang tidak
berapa bagus untuk kita dengari ialah ia menjadi rebutan ramai. Harganya
sudah pasti tinggi menggunung. Lokasi yang buruk terletak di kawasan
yang kurang menarik. Walaupun harganya rendah tapi sangat sukar mencari
pembeli sekiranya bercadang menjual atau menyewakan kelak. Tambah lagi
jika anda membeli rumah sebagai satu alat pelaburan. Kemungkinan anda
akan terpaksa menjual pada harga rendah dan mengalami kerugian. Ini
telah menyekat kuasa wang anda.
Jaringan pengangkutan
juga harus diambilkira sebelum membuat keputusan membeli rumah.
Sebaiknya rumah tersebut boleh dihubungi melalui pelbagai cara.
Jalanraya, lebuhraya dan pengangkutan awam. Ini satu kelebihan besar.
Mengurangkan risiko sekiranya anda menghadapi apa-apa kesulitan.
Kebakaran, jatuh sakit, bersalin, kecurian dan banyak lagi. Semakin
mudah dihubungi, semakin baik. Anda faham maksud saya.
Sepanjang kehidupan yang dilalui, apakah
perkara yang menjadi rutin harian? Anda akan menghantar anak-anak ke
sekolah, pergi bekerja, membeli barang keperluan harian dan menunaikan
kewajipan agama masing-masing. Inilah rutin. Tidakkah membebankan jika
kita melalui kesemua ini setiap hari dangan melalui jarak yang berbatu
jauhnya? Sepatutnya kita mengambilkira kemudahan asas
ini semasa membeli rumah. Pastikan rumah yang bakal anda diami itu
berdekatan dengan kemudahan asas seperti sekolah, pusat membeli belah,
balai polis, surau dan lain-lain. Paling tidak pun sebahagian daripada
kemudahan itu.
Pernahkan anda memikirkan kenapa lokasi
sesebuah tempat itu lebih berharga dan menjadi idaman ramai? Apa yang
istimewanya di sana? Pada kebiasaan, lokasi seperti itu terletak di
kawasan bandar atau pusat bandar. Manusia berasak-asak ke sana. Bandar
menawarkan peluang pekerjaan yang banyak. Dimana ada gula, di situ ada
semut. Saya rasa rumah anda kini pasti terletak berhampiran tempat kerja
bukan? Kalau masih menyewa kini dan belum berumahtangga,
pastikan tempat anda bakal berpindah kerja kelak sudah anda masukkan di
dalam pertimbangan memilih rumah. Ia menjadi satu kelebihan dari segi
kos pengangkutan dan tol.
Jika anda membeli rumah melalui pemaju, pilihlah pemaju perumahan
yang betul. Mempunyai rekod yang baik sebelum ini. Jangan tidak percaya
jika saya katakan ada pembeli rumah yang tidak pernah ambil tahu dari
mana mereka membeli rumah. Pada satu hari, seorang ejen yang ramah, baik
hati, berbual secara lemah lembut dengan senyuman manis muncul. Mereka
hanya mendengar huraian ejen mengenai betapa bagus dan sesuainya lokasi
tersebut. Ditunjukkan gambar dan pelan yang mereka sendiri tidak begitu
faham. Dikhabarkan dengan pelbagai kemudahan tambahan, khidmat guaman
percuma, bantuan mendapatkan pembiayaan dan mereka lantas bersetuju
membeli. Ramai yang melakukan kesilapan seperti ini.
Sudah tentu kebanyakan pemaju perumahan
baik dan jujur. Tapi penjahat ada dimana-mana. Projek perumahan
terbengkalai. Kalau siap pun, rupa-rupanya anda terbeli rumah yang
berkualiti rendah dengan harga yang mahal atau lewat disiapkan daripada
perjanjian asal. Ini tentu satu kerugian dari segi masa dan lebih-lebih
lagi wang. Anda harus selalu berhati-hati dan jangan malas melakukan
kajian. Tanyalah mereka yang berkenaan. Pembeli rumah terdahulu
misalnya, dan jangan lupa melihat projek perumahan mereka yang sudah
disiapkan. Bagaimana prestasi pemaju pilihan anda itu? Kalau semuanya
elok maka anda tidak perlu gusar lagi.
Rumah yang selesa, cantik, terletak di
kejiranan yang aman, lokasi yang strategik dan dilengkapi pelbagai
kemudahan sudah tentu menjadi impian semua. Seperti selalu, yang terbaik
biasanya bernilai tinggi. Jadi tidak semua akan mampu memilikinya. Di
sebalik berebut-rebut bersama mereka yang lain (yang lebih kemampuan
dari segi kewangan itu), anda juga masih boleh mendapat yang terbaik
untuk keluarga. Asalkan anda tahu faktor-faktor kritikal pembelian
rumah yang harus diberikan perhatian di atas.
Membeli rumah melibatkan kos yang besar.
Bagi sebahagian orang inilah pembelian terbesar mereka seumur hidup.
Jadi kenapa tidak meluangkan masa yang secukupnya. Melihat, mengkaji,
meneliti, membanding dan mempertimbangkan kesemua aspek tadi. Kita tidak
mahu terbeli rumah yang salah daripada penjual rumah yang tidak jujur
atau membeli rumah yang tidak menepati keperluan.
Sebagai bacaan tambahan, sila rujuk artikel kami yang menerangkan secara ringkas bagaimana untuk mengira kelayakan pinjaman perumahan dengan tepat ini. Diharapkan kedua-dua perkongsian ini dapat membantu anda memilih rumah yang sesuai dari semua aspek.
13 Rekod Dunia Yang Dipegang Oleh Bahtera Nabi Nuh A.S.
1. Nabi Nuh Merupakan Nahkoda Tertua Di Dunia (berusia 600 thn)
Ibnu Abbas menceritakan bahawa Nabi Nuh diutus kepada kaumnya ketika berumur 480 tahun. Masa kenabiannya adalah 120 tahun dan berdakwah selama 5 abad. Dia mengharungi banjir ketika beliau berumur 600 tahun dan kemudian setelah banjir beliau hidup selama 350 tahun.
2. Bahtera Nabi Nuh Merupakan Kapal Terbesar Di Dunia Yang Diperbuat Daripada Kayu
Ibnu Abbas menceritakan bahawa suatu ketika Nabi Isa menghidupkan Ham bin Nuh dan bertanya kepadanya kenapa rambutnya beruban, dia menjawab dia meninggal pada usia muda kerana ketakutannya terhadap banjir. Ia berkata bahawa panjang kapal Nabi Nuh a.s adalah 1200 Kubit dan lebarnya 600 Kubit dan mempunyai 3 lapisan.
3. Bahtera Nabi Nuh Merupakan Alat Pengangkutan Laut Pertama Di Dunia
Allah membimbing Nabi Nuh a.s membuat bahtera yang kuat untuk menghadapi serangan taufan dan banjir. Bahtera Nabi Nuh a.s dianggap sebagai alat pengangkutan laut pertama di dunia.
4. Bahtera Nabi Nuh Merupakan Alat Pengangkutan Laut Pertama Di Dunia Yang Diperbuat Daripada Kayu
Bersama para pengikutnya, Nabi Nuh mengumpulkan paku dan menebang kayu besar dari pohon yang beliau tanam selama 40 tahun.
5. Bahtera Nabi Nuh Merupakan Kapal Bertingkat Pertama Di Dunia (3 tingkat)
Panjang kapal Nabi Nuh adalah 1200 Kubit dan lebarnya 600 Kubit dan mempunyai 3 lapisan. Tingkat pertama diletakkan binatang-binatang liar dan yang sudah dijinakkan, tingkat kedua ditempatkan manusia dan tingkat ketiga untuk burung-burung.
6. Bahtera Nabi Nuh Merupakan Kapal Belayar Yang Tertinggi Dari Dasar Laut
Menurut Al Qur’an, bahtera Nuh telah mendarat di Bukit Judi. Ada pendapat yang menunjukkan suatu gunung di wilayah Kurdi atau tepatnya dibahagian selatan Armenia, ada pendapat lain dari Wyatt Archeological Research, bukit tersebut terletak di wilayah Turkistan Iklim Butan, Timur laut pulau yang oleh orang-orang Arab disebut sebagai Jazirah Ibnu Umar (Tafsir al-Mishbah).
7. Bahtera Nabi Nuh Adalah Kapal Anti-Taufan Dan Banjir Pertama Di Dunia
Allah membimbing Nabi Nuh a.s membuat bahtera yang kuat untuk menghadapi serangan taufan dan banjir.
8. Bahtera Nabi Nuh Adalah Kapal Pertama Yang Berlayar Tanpa Kompas
Setelah bahtera itu disiapkan, Kitab Kejadian menggambarkan bahawa air menenggelamkan bumi selama 150 hari lamanya dan setelah itu air mulai surut.
9. Bahtera Nabi Nuh Dinakhodai Oleh Bukan Ahli Laut
Nabi Nuh adalah seorang nabi yang diceritakan dalam Taurat, Al-kitab, dan Al-Quran. Nabi Nuh a.s diangkat menjadi nabi sekitar tahun 3650 SM. Dikatakan beliau tinggal di wilayah Selatan Iraq moden.
10. Bahtera Nabi Nuh Adalah Satu-Satunya Kapal Dengan Penumpang Paling Sedikit Pertama Di Dunia
Ibnu Thabari menceritakan setelah kapal berlabuh di pegunungan Ararat, ia kemudian membangunkan satu kota di daerah Ararat (Qarda) disebuah kawasan termasuk Mesopotamia dan menamakan kota tersebut sebagai Themanon (Kota delapan Puluh) kerana kota tersebut dibangunkan oleh orang yang beriman berjumlah 80 orang.
11. Bahtera Nabi Nuh Adalah Kapal Yang Mengangkut Binatang Berpasangan Terbanyak Di Dunia
Nuh memiliki 4 anak laki-laki: Kan’an, Sem, Ham, dan Yafet. Menurut kitab Kejadian, pada waktu terjadinya air bah yang menutupi seluruh bumi; hanya beliau sekeluarga (isterinya, ketiga anaknya, dan ketiga menantunya) dan binatang-binatang yang ada di dalam bahtera Nuh yang selamat dari air bah tersebut.
12. Bahtera Nabi Nuh Merupakan Satu-Satunya Kapal Yang Mendarat Di Gunung
Berdasarkan foto yang diambil dari gunung Ararat, menunjukkan sebuah perahu yang sangat besar dikatakan memiliki luas 7.546 kaki dengan panjang 500 kaki, lebar 83 kaki dan tinggi 50 kaki dan masih ada tiga tingkat lagi diatasnya.
13. Bahtera Nabi Nuh Adalah Kapal Yang Mengharungi Banjir Paling Lama Di Dunia
Kitab Kejadian menggambarkan bahawa air yang menenggelamkan bumi selama 150 hari lamanya dan setelah itu air mulai surut. Nuh menunggu hingga bumi benar-benar kering sebelum membuka pintu bahtera.
Posted: 06 Sep 2011 02:30 AM PDT
Bismillah,
Agak banyak kali juga saya dah cerita di dalam blog ini yang dua anak saya berada di sekolah Cina. Susah rupanya menghantar anak ke sekolah Cina dalam keadaan kita tidak mempunyai sebarang basic tentangnya. Saya yakin persaingannya pastilah sengit jadi sebagai ibu bapa saya perlu mengkayakan diri dengan sumber mana yang sesuai untuk digunakan oleh anak2 supaya mereka menjadi seorang yang boleh berdiri sama tinggi dengan pelajar Cina di sekolah Cina malah pelajar lain di sekolah kebangsaan.
Meletakkan anak di sekolah Cina bukanlah sekadar mahu mempunyai anak yang tahu pelbagai bahasa. Ia bukan sekadar di situ. Sebenarnya ia adalah pemanjangan kepada hasrat suami saya yang mahu menjadi orang yang mudah berdakwah. Berada dalam kelompok Cina dan membawa masyarakat Cina berada dalam naungan Islam adalah matlamat utama kami tatkala menghantar anak ke sekolah Cina.
Rupanya, silibus SJKC dan SK adalah tidak sama. Level untuk pelbagai subjek lain juga sebenarnya adalah tidak sama dimana level SJKC adalah lebih rendah sedikit. Jadi, bagi menjadikan anak2 saya sebagai anak yang boleh berbahasa Cina tetapi level pemahamannya adalah sama dengan pelajar sekolah lain memerlukan usaha yang lebih.
Saya terjumpa dengan beberapa kaedah di bawah yang barangkali boleh membantu, jika kalian ada penambahan atau mahu betulkan apa yang saya tahu, sila maklumkan di kotak komen :)
Untuk menggunakan kit yang ini, kita terlebih dahulu perlu memiliki kit basic kerana kata Watie GBOB, kit basic itu adalah jantungnya. Kalau tak faham boleh call Watie yang bercakap macam peluru... tertelan air liur saya dengar kelajuan dia bercerita macam dialog ada kat depan mata suda :P *ngusik je Watie cumil*
Saya sedang dalam proses mengumpulkan duit untuk membeli set ni. Dah bayar kepada Watie separuh dari jumlah penuh. Baik saya bagi pada Watie dari saya terbelanja. Mujur juga dah bagi pada Watie sbb raya ni duit jalan mcm air je... wuwuuuu

- VCD - ini menjadi main source dalam rumah kami. Itu adalah kaedah paling senang bagi saya mengajar kesemua anak kami berbahasa Cina. Asal ada sahaja set pengajaran bahasa Mandarin, jika ada peruntukan insya ALLAH saya akan beli.
- Tuisyen - selain dari VCD, so far saya menghantar anak-anak ke kelas tuisyen. Cikgu Lim itu mengajar semua subjek dan setahu saya semuanya dalam bahasa Cina.
- Tutor.com.my
eChinese4Kids merupakan laman web yang pertama untuk kanak-kanak mempelajari bahasa Cina sebagai bahasa kedua. Kumpulan sasaran laman ini adalah terdiri daripada kanak-kanak berumur empat hingga tiga belas tahun. Matlamat laman web ini adalah untuk memberikan inspirasi kepada kanak-kanak belajar bahasa Cina mengikuti cara yang mereka sukai.
Namun anda sebagai orang dewasa atau ibu bapa juga boleh turut mempelajari eChinese4Kids bersama anak-anak anda. Anda tak perlu berasa segan dan malu untuk belajar bersama anak-anak anda. Di samping dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan anda juga mampu memantau dan memahami sendiri proses pembelajaran anak anda semasa belajar bersama.
- Brillkids
The Little Reader Chinese Curriculum will help you teach your young child to recognize thousands of Simplified or Traditional Chinese characters, understand their meanings, and to learn to speak Mandarin.
Fully customizable lessons progress from single characters all the way up to complete stories. Using Little Reader's Pattern Phonics™ system, the Chinese Curriculum will also familiarize your child with the pinyin system (Mandarin phonetics), setting the foundations for further learning of Mandarin in the future.
Untuk menggunakan kit yang ini, kita terlebih dahulu perlu memiliki kit basic kerana kata Watie GBOB, kit basic itu adalah jantungnya. Kalau tak faham boleh call Watie yang bercakap macam peluru... tertelan air liur saya dengar kelajuan dia bercerita macam dialog ada kat depan mata suda :P *ngusik je Watie cumil*
Saya sedang dalam proses mengumpulkan duit untuk membeli set ni. Dah bayar kepada Watie separuh dari jumlah penuh. Baik saya bagi pada Watie dari saya terbelanja. Mujur juga dah bagi pada Watie sbb raya ni duit jalan mcm air je... wuwuuuu
- Ni Hao Kai Lan ~ klik sini. Anak-anak saya jarang explore dekat komputer tapi kalau ada dalam TV saya kasi je diorang tengok. Tak banyak sangat pun tapi semoga boleh lah sikit-sikit kan mcm diorang belajar bahasa apa ntah dalam Little Einstein tu :)
- Kamus banyak bahasa ~ adik saya (maksu diorang) ada belikan satu kamus yang ada tulisan rumi, jawi, bahasa Inggeris dan bahasa Cina bersama cara sebutannya. Memang bestlah kamus tu dan saya dah ajar mereka menggunakan bahagian indeks kamus dan setakat ni Asmaa' dan Usamah dah boleh mencari apa yang mereka nak sama ada bahasa Arab, Melayu, English dan Cina di dalamnya.
Asal
kita rajin explore untuk anak-anak, memang ada banyak sangat kemudahan
untuk belajar sama ada secara percuma atau berbayar. Ia terpulang kepada
kemampuan masing-masing. Apa yang kami usahakan ni adalah sekadar apa
yang termampu. Doakan semoga mereka dimudahkan dalam pembelajaran :).
Cara Kenalpasti Barangan Yang Diperbuat Dari Kulit B***
Sekarang barangan kulit amat senang untuk didapati. Di
pasar-pasar malam banyak dijual barangan kulit yang tidak original.
Tetapi adakah anda tahu jika barangan kulit yang anda beli itu diperbuat
dari kulit b***? Biasanya barangan daripada kulit b*** ini tidak
semahal barangan yang diperbuat dari kulit binatang lain. Barangan kulit
b*** ini terdapat di mana-mana seperti di kompleks beli-belah atau
barangan bundle yang diimport dari negara-negara lain seperti China,
Filipina, Jepun, Korea mahu pun USA.
Selaku umat Islam, kita sewajarnya lebih peka dan
berhati-hati dalam membeli sesuatu barangan kulit terutama kasut dan beg
tangan. Berikut adalah cara untuk mengenal pasti sesuatu barangan itu
diperbuat daripada kulit b***:
1. Tengok dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang
digunakan. Oleh sebab struktur kulit b*** adalah sangat berbeza dengan
kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti. Struktur
kulit b*** ini amat jelas dan biasanya kita akan mendapati 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK membentuk segitiga.
Cuba belek dan perhatikan dengan terperinci, kalau ada 3 titik
bertompok-tompok pada kulit tu, maka MEMANG SAH, itu adalah kulit b***.
Jadi, anda seharusnya lebih berhati-hati apabila membeli barangan kulit terutama kasut dan beg tangan. Walaupun harganya mungkin lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu. 3 titik tompokan itu adalah seperti gambar di atas adalah petandanya.

2. Harga barangan kulit b*** ini biasanya lebih murah berbanding dengan barangan dibuat daripada kulit binatang lain.
3. Biasanya kulit b*** ini digunakan pada lapisan dalam
sesuatu produk. Contohnya kalau kasut, kulit b*** biasanya diletakkan
pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit b*** ini agak
lembut.
4. Kulit b*** ini paling banyak digunakan dalam pembuatan
kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak
juga. Lagi satu, kulit b*** juga banyak digunakan untuk membuat sandal
untuk lelaki.
Bagaimana dengan anda? Adakah pernah anda terbeli barangan
buatan daripada kulit b*** ini seperti kasut, beg tangan, tali pinggang
dan seumpamanya? Diharap kita lebih berhati-hati di masa akan datang.
InsyaAllah, dengan izinnya, semoga kita sentiasa dilindungiNya.
p/s : Sila share info ini. Thanks..
p/s : Sila share info ini. Thanks..
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terdapat pelbagai buku dan seminar yang boleh anda pelajari untuk meningkatkan tahap memori anda. Jikalau buku, saya sangat syorkan karya Tony Buzan. Di sini saya senarikan ringkasan yang dibuat untuk meningkatkan tahap memori anda.
1. Pastikan anda berada dalam keadaan sedar dan fokus untuk mengingat.
2. Jika sesuatu itu memerlukan pemahaman yang mendalam, pastikan anda memahaminya terlebih dahulu.
3. Cuba kategorikan idea, atau perkara yang anda ingin ingat. Ini memudahkan lagi untuk diingati oleh otak.
4. Cuba kaitkan ilmu baru yang anda pelajari tersebut dengan perkara yang sedia ada. Cuba cari perkaitan antara perkara yang anda tahu dengan idea baru yang baru dipelajari.
5. Gunakan sebanyak mungkin deria anda dalam mengingati perkara tersebut. Contohnya untuk deria pendengaran anda boleh memasukkan bunyi pelik, lagu untuk menambah lagi kekuatan daya ingatan anda. Untuk visual, anda boleh melukis atau menggunakan imaginasi anda. Otak sukakan sesuatu yang pelik dan ‘extreme’. Maka pastikan deria anda meng’extreme’kan perkara yang anda cuba ingatkan.
6. Guna teknik mnemomik-iaitu formula atau irama yang membantu anda dalam mengingat.
7. Sentiasa mengulang perkara yang anda ingin ingat. Semakin kerap anda mengulang, semakin kuat ia tertanam dalam otak anda.
8. Ulangkaji semula perkara yang anda ingin ingati sebelum anda masuk tidur, dengan membuat demikian ini membantu anda untuk lebih mudah ‘memanggil’ perkara tersebut pada esoknya.
9. Perkara menarik adalah lebih mudah untuk diingati. Jadikan perkara yang ingin diingati itu menarik!
Semoga tips ringkas ini memberi manfaat kepada anda.
Salam inspirasi!

Langgan:
Catatan (Atom)