Rabu, 25 Januari 2012


BAHAGIAN I - KEADAAN-KEADAAN HARI MAHSYAR 


1. Manusia semuanya berkumpul dengan berkaki ayam dan bertelanjang.

Riwayat Syaikhati daripada ‘Aisyah r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

Manusia pada hari mahsyar akan dikumpulkan dengan berkaki ayam dan bertelanjangan tanpa secebis pakaian (bertelanjang bulat), maka ‘Aisyah berkata: “Aku bertanya, lelaki dan perempuan semuanya dapat melihat (kemaluan) setengah mereka kepada setengah yang lain?” Sabda Rasulullah s.a.w: “Perkara yang amat dahsyat ketika itu menjadikan mereka tidak mementingkan perkara itu.”


2. Matahari menghampiri kepala-kepala makhluk.

Diriwayatkan oleh Muslim daripada al-Muqdam r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

Matahari akan menghampiri makhluk pada hari kiamat sehingga jadilah mereka yang jaraknya (dengan matahari) pada kadar satu batu. Maka adalah manusia pada ketika itu di dalam peluh mengikut kadar amalan mereka, maka sebahagian daripada mereka sampai kepada buku lali, dan daripada mereka ada yang sampai kepada betis, dan ada juga sebahagian daripada mereka sampai ke pusat, dan kedapatan juga daripada mereka yang ditenggelami oleh peluh keseluruhannya, dan Rasulullah s.a.w telah menunjukkan kepada mulutnya.



3. Bumi menjadi saksi kepada hamba di atas segala amalan yang telah
dilakukannya.

Diriwayatkan daripada Ibnu Hibban di dalam sahihnya daripada Abi Hurairah berkata: Rasulul s.a.w telah membaca ayat ini:

Pada hari itu bumi menceritakan beritanya.”

Kemudian baginda bersabda:

“Apakah kamu mengetahui apakah beritanya?” Para sahabat berkata: “Allah dan Rasulnya yang lebih mengetahui.” Maka sabda Rasulullah s.a.w: “Maka sesungguhnya beritanya itu ialah penyaksian ke atas setiap hamba lelaki dan hamba perempuan dengan apa yang telah dikerjakannya di atas muka bumi, (iaitu daripada kebaikan dan kejahatan) ia berkata: Amalan mu begini dan begini...”



4. Tempat, di mana seseorang itu tidak akan mengingati lagi seseorang yang lain. 

Riwayat Abu Daud dan Hakim daripada ‘Aisyah r.a berkata:

“Aku mengingati neraka kemudian aku menangis, maka bertanya Rasulullah s.a.w: “Apakah yang menyebabkan engkau menangis?” Aku berkata: “Aku mengingati neraka lalu aku menangis, maka adakah kamu akan mengingati ahli kamu pada hari kiamat?” Maka sabda Baginda: “Adapun pada tiga tempat, maka tiada seseorang pun yang akan mengingati seseorang yang lain.


Pertama: Ketika di sisi timbangan sehinggalah diketahui apakah timbangannya itu ringan atau berat?


Keduanya: Ketika buku catatan (suhuf) itu berterbangan mencari tuannya. Sehinggalah diketahui di manakah jatuhnya buku catatan tersebut, sama ada di kanan, di kiri atau di belakangnya?


Ketiga: Di sisi titian sirat. Apabila telah diletakkan di antara dua tebing neraka jahanam, sehinggalah ia telah dapat menyeberanginya dengan selamat.



5. Penyaksian anggota terhadap apa yang telah di kerjakan oleh setiap
hamba-Nya.

Muslim meriwayatkan daripada Anas berkata:

Adalah kami di sisi Rasulullah s.a.w, kemudian baginda ketawa lalu bersabda:

“Adakah kamu mengetahui tentang apakah yang telah berlaku aku ketawakan tadi?” Kami berkata: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Tentang perbicaraan hamba dengan Tuhan-Nya. Maka kata hamba: “Wahai Tuhan, apakah engkau tidak akan menyelamatkanku daripada kezaliman?” Allah berfirman: “Bahkan!” Maka berkata pula hamba: “Sesungguhnya aku tidak akan membiarkan pada hari ini seseorang pun menjadi saksi ke atas diriku kecuali diriku sendiri.” Maka firman Allah kepadanya: “Cukuplah dengan diri engkau pada hari ini sebagai saksi dan Kiraman Klatibin akan menyaksikannya.” Kemudian sabda Rasulullah s.a.w. “Maka lalu di kuncilah mulutnya (hamba), dan dikatakanlah kepada anggota-.anggotanya “Bercakaplah,” lalu anggota-anggota itupun menceritakanlah segala amalan yang dilakukan oleh tuannya, kemudian di biarkan hamba itu pula bercakap, maka katanya:

“Celakalah kamu semua (anggota), padahal aku telah berjuang untuk mempertahankan kamu (semasa hidup di dunia).”

Ini semua telah dijejaskan dalam surah Yasin:65

“Pada hari ini Kami tutup mulut mereka dan bercakaplah kepala, tangan mereka dengan kami mereka menaik saksi atas apa yang mereka lakukan.” 




8 Pintu hati yang dimasuki Iblis:
1- Hati yang putus asa dan kecewa dari Rahmat Allah SWT.
2- Hati yang memandang pada dosa-dosa kecil.
3- Hati yang panjang angan-angan dan suka pada pujian.
4- Hati yang bodoh tetapi tidak menyedari akan kebodohannya.
5- Hati yang memandang rendah terhadap orang lain.
6- Hati yang merasa gembira apabila mendapat ujian Allah SWT.
7- Hati yang bersifat marah kerana marah adalah sifat bara api neraka.
8- hati yang Ujub, Sombong, Riak dan Buruk Sangka pada orang lai,

10 Perkara melindungi rumah anda daripada gangguan syaitan

by peribadirasulullah

Rumah yang tidak dimasuki syaitan:
1- Penghuninya saling bermaaf-maafan antara satu sama lain.
2- Rumah yang sentiasa berada dalam keadaan bersih dan berzikir kepada Allah SWT.
3- Penghuninya sentiasa menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan tercela.
4- Penghuninya sentiasa merendah diri kepada Allah SWT.
5- Penghuninya tidak melakukan perbuatan haram.
6- Penghuninya terdiri daripada pasangan yang Soleh dan Solehah.
7- Penghuninya sentiasa berbakti kepada kedua ibu bapa.
8- Penghuninya sentiasa sujud dan rukuk kepada Allah SWT.
9- Penghuninya sentiasa menghubung Silatul Rahim.
10- Penghuninya sentiasa menjaga hak-hak dan kewajipan terhadap Allah SWT.

Bakar Lebih Kalori & Kuruskan Badan

Nak kuruskan badan dengan cepat? Kita perlu pastikan tubuh badan kita membakar lebih banyak kalori dalam tubuh badan kita. Tapi bagaimana ya? :-)
Senang je… Jika kita nak bakar kalori dan tingkatkan tahap kecergasan tubuh badan, kita tak perlukan peralatan senaman yang khas atau kena lakukan senaman dengan lama.
Cukup dengan hanya menggunakan tangga; kita boleh kurangkan berat badan, tingkatkan tahap kardiovaskular dan rendahkan paras kolesterol tak baik dalam darah tubuh badan kita.

Mungkin ada yang kata, jumlah kalori yang dibakar ketika menaiki tangga taklah sebanyak mana pun. Jadi di sini ada beberapa tip untuk kita bakar lebih kalori dengan hanya melakukan senaman mudah ni saja.
Langkah 1
Lakukan regangan dengan berjalan pantas selama lima minit. Ianya dapat membantu meregangkan otot dan menyediakan jantung dan paru-paru kita untuk bersenam.
Langkah 2
Naiki tangga dan mulakan daripada kelajuan biasa kepada langkah yang lebih cepat. Pastikan kelajuan dan pergerakan kita sentiasa konsisten. Jangan paksa diri terutamanya jika kita baru nak bermula.
Langkah 3
Berhenti sekejap di permukaan rata untuk mengambil nafas. Jika kita tak merasa sesak nafas dan otot kaki tak kejang, kita boleh teruskan saja ke langkah seterusnya.
Langkah 4
Panjat lagi anak tangga. Mengikut bagaimana kita rasa, kita boleh ulangi semula ke langkah 3 samada untuk merehatkan diri sebentar atau terus menaiki tangga.
Langkah 5
Terus menaiki tangga untuk 10-15 minit. Jangan lakukannya secara berlebihan. Setiap beberapa minggu, kita boleh panjangkan masa kita bersenam dengan menaiki tangga untuk membakar lebih banyak kalori.
Langkah 6
Berjalan di permukaan rata antara 5-10 minit dalam pergerakan sederhana untuk membantu tubuh badan kita mengurangkan ketegangan otot.
Dan paling best sekali… kita boleh lakukan senaman mudah ni samada di pejabat ataupun di rumah. Apa lagi, jomlah kita mula… ;-)

Khasiat Habbatus Sauda

Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan dalam bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatussauda. Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Habbatussauda(Mesir , Syam), dalam Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin. Produk mempunyai khasiat yang amat tinggi.

Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. Hsauda ini ialah satu supplement/ubat yg membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat .
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain
“Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)
Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.


Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:
  • Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
  • Antiarthritis, mengubati reumatik.
  • Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
  • Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
  • Antiseptik, mengubati bau mulut.
  • Antivirus, mengubati demam dan flu.
  • Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
  • Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
  • Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
  • Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
  • Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
  • Nematocidal, mengubati cacing pita.
  • Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).

 7 ciri-ciri utama habbatus Sauda:

1. Nilai pemakanan
Habbatus Sauda kaya dengan:
  • Monosaccharide glukosa, xylosa dsb.
  • Polysaccharide
  • Fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, efa). Efa tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan
  • Amino acid yang membentuk protein
  • Karotene iaitu sumber vitamin a
  • Kalsium, zat besi, dsb.

2. Sistem imunisasi
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine

Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor
Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria
Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)
Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Menggalakkan pengeluaran susu
Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.
Di Timur Tengah, minyak ini telah digunakan selama ribuan tahun sebagai ubat untuk segala macam penyakit alergi, radang, gangguan menstruasi, tekanan moral, dan depresi, tetapi terutama terhadap bronkhitis, asma, dan neurodermatitis serta pencernaan yang buruk, bahkan impotensi.

Apa Itu Penyakit Radang Sendi : Arthritis?

Penyakit ini merupakan suatu penyakit kronik pada sendi-sendi dan juga melibatkan beberapa organ-organ lain. Bahayakah penyakit ini? Baiklah, sebanyak 1-3% daripada penduduk seluruh dunia mengalami penyakit ini. Kebarangkaliannya akan meningkat pada usia 30 sehingga 50 tahun. Wanita yang belum mengalami putus haid adalah lebih berisiko untuk mendapat penyakit ini berbanding kaum lelaki.

Apa Penyebabnya?
Penyebab rheumatoid arthritis masih belum diketahui. Namun, diketahui bahawa rheumatoid arthritis adalah penyakit autoimun semulajadi sistem kekebalan tubuh tidak beroperasi dengan betul, sehingga sistem kekebalan tubuh menyerang rangkaian sendi yang sihat dan menyebabkan keradangan dan kerosakan sendi seterusnya. Genetik juga memainkan faktor penyumbang terhadap penyakit ini.

Apakah Saja Gejalanya?

Permulaan rheumatoid arthritis membawa keletihan, rasa sakit, kekakuan, sakit, dan rasa sakit dan bengkak pada sendi bilateral terpencil. Rheumatoid arthritis biasanya bermula di tangan, atau kaki dan juga akan mempengaruhi pergelangan tangan, beberapa sendi di tangan. Rheumatoid arthritis adalah juga ditemui di siku, bahu, leher, lutut, pinggul dan pergelangan kaki. Seiring waktu, radang sendi boleh rosak dan menyebabkan ciri-ciri lain seperti benjolan atau nodul di bawah kulit.

Siapa Yang Berisiko Terkena?
Rheumatoid arthritis mempengaruhi lebih daripada 2 juta orang Amerika dengan lebih daripada 1 juta wanita berbanding dengan hanya lebih daripada setengah juta orang, Walaupun awal ini umumnya usia pertengahan, lebih umum ditemui pada orang tua. Rheumatoid arthritis juga telah ditemui pada kanak-kanak-kanak dan dewasa muda.

Diagnosis & Perubatan

Dalam banyak kes, diagnosis awal dari rheumatoid arthritis dapat lebih mengawal penyakit ini. Rheumatoid arthritis adalah didiagnosis dengan pola gejala, sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal, x-ray dan ujian darah untuk Rheumatoid Factor, yang merupakan antibodi yang ditemui dalam darah 80% orang dewasa dengan rheumatoid arthritis.
Pada waktu ini, ada beberapa ubat yang berkesan untuk rheumatoid arthritis. Rawatan awal adalah penting untuk menghilangkan rasa sakit, mengurangkan keradangan, melambatkan kerosakan sendi dan mudah-mudahan menangkap kerosakan sendi. Rawatan awal juga membantu pesakit rheumatoid arthritis menikmati kualiti hidup yang lebih baik.

Masih lagi dalam mood cuti sempena sambutan CNY ( Chinese New Year ). Huuu… tugasan yang mesti dibereskan sebelum masuk kerja semula memang berlambak, tapi…haiyooo, malasnya memang tahap kapal selam lah : (. Dengan cuaca yang sebegini panas,serangan batuk dan selesema yang tak habis-habis seminggu dua ni,memang sukar menggerakkan diri untuk bermula. Apapun,i’m trying my best.
Entri ringkas petang Rabu berkaitan manfaat lidah buaya.(p/s: petang Rabu memang meriah kat sini kerana ada pasar malam terbesar yang diadakan di perkarangan Stadium Utama….. tapi dah beberapa bulan tak ke sana :) )
Kebiasaannya, tanaman jenis ini hadir sebagai tanaman hiasan di kebanyakan halaman rumah oleh kerana bentuknya yang agak unik dan menarik selain daripada mudah dijaga.
Daripada dibiarkan ia ‘sepi’ sebagai hiasan semata-mata, apa kata rajin-rajinkan diri oleskan lendirnya ke seluruh wajah beberapa kali seminggu sebelum masuk tidur. Dipercayai zat yang terkandung dalam lendirnya boleh merangsang kelembapan pada tisu kulit, menjadikan kulit lebih tegang, berseri serta awet muda. Petua lain juga ada menyebut bahawa lendir aloe vera ini boleh mengubati jerawat ringan pada wajah. Jadi apa salahnya mencuba.
Selain daripada tujuan kecantikan, ada sesetengah petua mengatakan bahawa resdung juga boleh dirawat menggunakan lendirnya. Caranya ialah dengan memakan sesudu besar lendirnya pada waktu pagi, manakala 2 sudu saiz serupa pula boleh diambil pada sebelah malam. Pasti sahaja sebelum tidur. Namun, bagi resdung tahap sederhana atau berat, mungkin terdapat kesan sampingan yang bakal anda alami iaitu demam untuk beberapa hari.
Bagi pesakit kencing manis, anda juga boleh cuba merebus daunnya dan jadikan air rebusannya sebagai minuman.
Selain meringankan tahap gula dalam darah, air rebusan daun lidah buaya juga dipercayai sangat mujarab untuk membantu proses penyingkiran toksin daripada tubuh. Tak perlu membeli bahan pelawas @ ubat kurus untuk menyahtoksin sekaligus merampingkan tubuh pada harga yang mahal kerana pilihan lebih murah,lebih selamat dan lebih semulajadi sebenarnya ada di halaman rumah anda ! Setuju dengan kata-kata saya ?
Ok,selamat mencuba : )

Rasulullah saw. bersabda, "Sanggupkah kalian mengerjakan seribu kebajikan setiap hari ?" Maka bertanya salah seorang, "Bagaimana caranya kami mengerjakan seribu kebajikan setiap hari itu ?" Baginda menjawab, "Bacalah tasbih (menyebut Subhanallah) seratus kali, nescaya Allah Taala mencatat bagi kamu seribu kebajikan atau dihapus daripadanya seribu kesalahan." (HR. Muslim)


Keras hati


Daripada Ibnu Umar Radhiyallahu 'anhuma berkata: Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda : Janganlah banyak bercakap selain untuk berzikir kepada Allah SWT, sesungguhnya banyak bercakap selain daripada berzikir kepada Allah itu adalah menyebabkan hati seseorang menjadi keras. Dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia daripada Allah SWT itu ialah mereka yang berhati keras. (Hadith Riwayat Tirmizi)

Dari Abu Hurairah, sesungguhnya ada seorang seseorg datang kpd Nabi s.a.w sambil mengadukan hatinya yang keras (kekerasan hatinya). Nabi s.a.w bersabda : "Usaplah kepala anak yatim dan berilah makan orang miskin." (HR. Imam Ahmad)

Rasulullah saw. bersabda, "Sanggupkah kalian mengerjakan seribu kebajikan setiap hari ?" Maka bertanya salah seorang, "Bagaimana caranya kami mengerjakan seribu kebajikan setiap hari itu ?" Baginda menjawab, "Bacalah tasbih (menyebut Subhanallah) seratus kali, nescaya Allah Taala mencatat bagi kamu seribu kebajikan atau dihapus daripadanya seribu kesalahan." (HR. Muslim)


Jangan lebih 40 hari

"Nabi saw telah menasihati kami agar merapi misai kami, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu kemaluan, dan jangan dibiarkannya lebih dari 40 hari." (HR Muslim)

1. Potong: Memotong atau memendekkan atau trim misai adalah lebih afdal dari mencukur atau mencabutnya kerana lebih menepati sunnah.

2. Cabut: Mencabut bulu ketiak lebih afdal dari mencukur atau memotongnya kerana lebih menepati sunnah.

3. Cukur: Mencukur bulu ari-ari lebih afdal dari memotong atau mencabutnya kerana lebih menepati sunnah.


ajikan setiap hari itu ?" Baginda menjawab, "Bacalah tasbih (menyebut Subhanallah) seratus kali, nescaya Allah Taala mencatat bagi kamu seribu kebajikan atau dihapus daripadanya seribu kesalahan." (HR. Muslim)


Jangan Banyak Ketawa


Rasulullah saw. bersabda, “Janganlah banyak ketawa kerana banyak ketawa akan mematikan hati.” (HR At-Tirmizi dan Ibnu Majah)