Rabu, 25 Januari 2012


Rasulullah saw. bersabda, "Sanggupkah kalian mengerjakan seribu kebajikan setiap hari ?" Maka bertanya salah seorang, "Bagaimana caranya kami mengerjakan seribu kebajikan setiap hari itu ?" Baginda menjawab, "Bacalah tasbih (menyebut Subhanallah) seratus kali, nescaya Allah Taala mencatat bagi kamu seribu kebajikan atau dihapus daripadanya seribu kesalahan." (HR. Muslim)


Cukuplah Allah menjadi Penolong

Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung. (Ali Imran: 173)

Ketika Nabi Ibrahim 'alaihi salam dilempar ke dalam api, baginda mengucapkan hasbunallahu wani’ mal wakil, lalu Allah menjadikan api yang panas menjadi dingin sehingga Nabi Ibrahim terselamat dari api yang membara itu.

Mari lazimkan membaca kalimah ini, hasbunallahu wani’ mal wakil.

Moga ada manfaat

Rasulullah saw. bersabda, "Sanggupkah kalian mengerjakan seribu kebajikan setiap hari ?" Maka bertanya salah seorang, "Bagaimana caranya kami mengerjakan seribu kebajikan setiap hari itu ?" Baginda menjawab, "Bacalah tasbih (menyebut Subhanallah) seratus kali, nescaya Allah Taala mencatat bagi kamu seribu kebajikan atau dihapus daripadanya seribu kesalahan." (HR. Muslim)

28 January 2011

Banyakkan selawat pada hari Jumaat


Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, sesiapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)

 Baca ayat Kursi sebelum tidur

Nabi saw. bersabda, "Apabila kamu masuk ke tempat tidurmu, maka bacalah ayat Kursi 'Allahu La Ilaha Illa Huwal Hayyul Qayyum', sehingga habis ayat ini. Maka sesungguhnya, akan sentiasa ada penjaga dari Allah untuk kamu dan syaitan tidak akan dapat mendekati kamu sehingga pagi". (HR Bukhari)


Terjemahan :
Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekelian makhlukNya. Yang tidak mengantukdan tidak tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi pertolongan melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya). (al-Baqarah ayat 255)

Darjat Seorang Isteri

October 

X
Assalamualaikum! Kami menyediakan perkhidmatan menghantar setiap artikel terus ke email anda secara PERCUMA! KLIK di sini untuk perkhidmatan tersebut!
  • 0digg
  • 9582
     
    Share
1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2. Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.





3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:
“Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada’. Para nabi dan syuhada’ iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, “Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung mengunjungi kerana Allah.

hot chocolate and mint: Chop Slice Stir & Eat

hot chocolate and mint: Chop Slice Stir & Eat: Made fried rice with corn & smoked beef for lunch today...kitchen is my new favorite place! :)


Selasa, 24 Januari 2012

Seated Forward Wide Angle Bend Yoga Pose - Yoga Pose of the Day


Posted: 21 Jan 2012 06:58 AM PST

Empat tip untuk jimat wang dan elakkan kerugian.
Pertama : Kurangkan membeli perkara yang tidak berfaedah.
Sebelum membeli sesuatu, pastikan barang tersebut adalah perlu bagi anda. Jika tidak perlu, anda jangan beli. Contohnya perlukah anda beli air minuman dalam tin yang berharga RM 2 lebih semata – mata untuk hilang dahaga, sedangkan anda hanya perlu minum air kosong sahaja untuk hilangkan dahaga. Air kosong sah – sah lebih murah berbanding air dalam tin.

Apabila hendak berjimat,anda perlu berkorban. Apabila anda bekorban, barulah hasil perbuatan jimat anda akan nampak.
Kedua : Sentiasa sediakan bajet.
Setiap bulan pastikan anda sediakan bajet untuk diri anda. Tanpa bajet, anda pasti akan hilang arah apabila menggunakan wang. Bajet mengelakkan anda dari kehilangan wang seperti air. Pada pagi hari anda keluarkan RM 300, apabila pulang ke rumah, anda periksa dompet dan wang yang tinggal hanyalah RM 50 sahaja. Untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku, anda perlu ada bajet.
Ketiga : Jangan terlalu gopoh membeli barang yang mahal.

Adakah anda benar – benar memerlukan kereta baru ? atau telefon bimbit baru ? Kadangkala, anda terperangkap dengan keseronokan untuk memiliki benda baru. Akhirnya anda berada dalam kerugian kerana hutang dan bebanan bertambah. Kawal nafsu anda. Jika hendak beli sesuatu yang agak mahal, anda periksa dahulu prestasi kewangan anda. Jika anda mampu, barulah anda teruskan niat anda. Jika tidak mampu, tangguh dahulu niat anda itu.
Keempat : Gunakan wang tunai berbanding kad kredit atau kad debit.


Secara psikologi, penggunaan kad akan menyebabkan anda terus membeli tanpa ada sekatan. Ini kerana anda terasa mudah memiliki sesuatu barang iaitu dengan hanya swipe sahaja kad. Gunakan tunai untuk berbelanja di luar kecuali anda benar – benar boleh mengawal penggunaan kad.  Jika tidak percaya, anda gunalah kad untuk berbelanja, sudah pasti anda akan rasa seronok sahaja untuk membeli. Perbutan ini akan menjurus kepada terlebih belanja yang pasti akan menyusahkan anda pada masa hadapan.
Tidak dinafikan ramai umat Islam zaman sekarang yang tidak mengerjakan solat.

Tapi saya percaya ramai di antara mereka pernah dididik tentang kewajipan solat dan pernah mengerjakannya.

Mungkin akibat kelekaan duniawi, ibadah suci itu telah terperosok, jauh di dalam lubuk hati, sama ada sedar atau pun tidak.

Solat itu sendiri adalah soal hati dan keikhlasan. Tanpa keikhlasan, tak mungkin perbuatan solat itu mencapai maksudnya.

Namun begitu, janganlah kita berasa selesa dengan kejahilan. Jangan pula berasa bangga dengan ilmu dan amalan. Sebaliknya, berazam dan berusahalah untuk mengerjakannya dengan istiqamah di samping memperbaiki segala kelemahan yang ada.

Untuk mengingatkan diri saya sendiri dan para pembaca, izinkan kami berkongsi panduan tentang teknik motivasi memulakan solat setelah lama meninggalkannya.

1. Sematkan azam, bulatkan tekad
Sebaik sahaja tersedar dari lamunan (sedar rupanya dah lama tinggal solat), cuba fikir sedalam mungkin tentang apa yang anda lakukan, apa yang tak sepatutnya anda lakukan, dan apa yang sepatutnya anda lakukan.

Dari situ, tanam keazaman yang kukuh bahawa anda ingin mengerjakan solat, dan tidak akan meninggalkannya sampai bila-bila. Kerana itulah tujuan anda hidup di atas muka bumi ini sebenarnya.

2. Cari masa dan tempat yang sesuai, sunyi, jauh dari dugaan
Kemudian tetapkan masa di mana anda akan mula menjalani kehidupan sebagai seorang yang mengerjakan solat. Lebih cepat lebih baik. Ingatlah, berdosa besar bagi orang yang melengah-lengahkan solat.

Sebaiknya, cari tempat yang sunyi dan jauh dari dugaan. Jauhi rakan-rakan yang tidak solat atau suka mengejek, sekurang-kurangnya untuk waktu itu sahaja. Masjid juga adalah tempat yang baik.

3. Solat sekali dahulu, baru ada kali kedua
Walau sekuat mana pun azam, sebulat mana pun tekad, sebaik mana pun masa dan tempat, tanpa solat yang pertama, takkan jadi solat yang kedua dan seterusnya.

Oleh itu, mulakan sahaja tanpa berlengah. Bak kata iklan NIKE – Just do it!
4. Buat nota peringatan dan galakan
Kalau ada masa dan semangat yang berkobar-kobar, tuliskan kata-kata peringatan dan galakan di atas sehelai kertas (besar atau kecil).

Kemudian yang besar tampal di dinding, manakala yang kecil diletakkan dalam wallet atau poket baju.

Tips ini mungkin kurang sesuai jika anda tinggal bersama rakan-rakan yang tidak mengerjakan solat. Dibimbangi ada yang kata anda nak tunjuk bagus.

5. Fahami maksud setiap bacaan dalam solat
Jika anda kurang bersetuju dengan point ini, saya nasihatkan supaya cuba dahulu. Anda pasti akan merasai kelainannya.

Bukan faham satu-satu ayat, tetapi satu-satu perkataan. Di situ akan bermula keindahan solat, di mana anda akan rasa seolah-olah khusyuk itu mula hadir dalam diri semasa mengerjakan solat.

6. Baca perlahan-lahan mengikut tertib
Sewaktu solat, baca perlahan-lahan untuk meningkatkan rasa manis, indah dan seronok.

7. Tingkatkan imaginasi
Sewaktu menghayati maksud, tingkatkan imaginasi anda. Bayangkan keindahan bertemu Allah yang menjemput kita untuk sujud kepada-Nya.

8. Doa mohon kekuatan dan sokongan
Panjatkan doa kepada Allah s.w.t dengan memohon kekuatan dan sokongan untuk berubah menjadi hamba-Nya yang taat. Hendaklah diamalkan sejurus selepas setiap kali solat.

9. Tumpu perhatian pada hari-hari yang dilalui
Tumpukan perhatian anda pada hari yang anda sedang lalui dengan mengerjakan solat. Berilah pujian kepada diri anda dan berikan tahniah kepada diri anda setiap kali anda berjaya mengerjakan solat.

10. Dapatkan adrenaline sewaktu mendengar azan
Adrenaline boleh digunakan sebagai pembantu dengan memberi suatu kejutan semangat yang berkobar-kobar untuk terus pergi menunaikan solat tanpa berlengah-lengah.

Jika anda dapat menanam adrenaline ini sehingga menjadi tabiat, anda pasti akan meninggalkan segala kerja yang anda lakukan, apabila terdengar sahaja azan berkumandang. Best tak?

11. Berfikir secara positif
Fikirkan diri anda sebagai seorang yang mengerjakan solat sebaik sahaja anda memulakannya dan sentiasa peringatkan diri anda sedemikian.

Sekiranya ada rakan anda yang mengajak anda ke mana-mana sebelum sempat anda menunaikan solat, katakanlah saya belum bersolat, tunggu sebentar atau pergi dahulu.

Ingatlah bahawa anda telah membuat pilihan positif untuk mengerjakan solat.

12. Dapatkan sokongan mental dan rohani
Berikanlah peringatan kepada keluarga, kawan rapat dan rakan sekerja yang anda telah mula mengerjakan solat dan memerlukan kerjasama serta sokongan daripada mereka.

Mintalah rakan-rakan anda yang tidak mengerjakan solat supaya menghormati keputusan anda.

13. Lawan kemalasan dalaman dan godaan syaitan
Dari semasa ke semasa anda akan merasai suatu kemalasan, kebosanan, dan sebagainya, yang mana semua itu sebenarnya hanyalah godaan syaitan dan kemalasan diri sendiri.

Oleh itu lawanlah sehabis-habis mungkin. Ingatlah anda lawan ni pun tak lama. Lama kelamaan ibadah ini akan sebati juga dalam diri anda, dan tidak perlu dipaksa lagi.

14. Banyakkan bahan bacaan tentang solat
Kerapkan diri anda membaca kisah-kisah nikmat solat untuk membangkitkan semangat. Baca juga tentang dosa meninggalkan solat untuk membangkitkan rasa takut pada Allah s.w.t. Moga-moga dilimpahi rahmat dan keberkatan oleh-Nya.

Kesimpulan
Jika topik ini dirasakan tidak berkaitan dengan anda, ingatlah: Hari ini mungkin bukan hari anda. Esok lusa tiada siapa yang tahu. Diharap dapat dijadikan panduan kita bersama.

Sama-samalah kita saling memperingati sesama Islam.
Wallahu a’lam.

  • Foto
  • Foto
  • Foto
Gabungan warna hijau pekat dan cerah menyerlahkan laman.
Mungkin nama gelaran pokok ini agak unik dan pelik namun sebenar ia adalah sejenis pokok berdaun unik, cantik dan menarik untuk dijadikan tanaman hiasan. Pokok yang nama spesiesnya, Sansevieria juga cukup tahan lasak, senang ditanam dan dijaga memang sesuai untuk mereka yang baru berjinak dengan seni taman.

POKOK lidah mak mertua ditanam kerana mempamerkan dedaun pelbagai bentuk seperti silinder atau nipis, panjang atau pendek dan tirus di hujungnya manakala warna daunnya adalah pelbagai seperti hijau tua, hijau dan bercorak atau bergaris kuning di sekelilingnya dan tumbuh menegak. Kadangkala ia mengeluarkan bunga berwarna hijau pucat.
Nama saintifiknya Sansevieria dan tergolong dalam famili tumbuhan Dracaenaceae. Ia juga dikenali dengan pelbagai nama gelaran lain seperti pokok lidah jin, pokok lidah buaya dan pokok ular. Kebanyakan pokok ini dikatakan berasal dari Negara di Afrika yang beriklim tropika.
Spesies Popular Ditanam;

Di antara spesies yang popular ditanam termasuklah Sansevieria trifasciata, Sansevieria trifasciata ‘Golden Hahni’, Sansevieria trifasciata ‘Hahni’, Sansevieria trifasciata ‘Laurenti’, Sansevieria cylindrica dan beberapa jenis Sansevieria trifasciata kacukan.

Pembiakan Dan Penanaman: Ia senang dibiakkan menggunakan anak pokoknya yang tumbuhan di sekeliling pokok induknya.

Kaedah Penanaman adalah seperti berikut:
1)Potong akar rizom anak pokok yang bersambung dengan pokok induknya (foto 1).

2)Tanam anak pokok (foto 2) dalam beberapa pasu dengan campuran medium tanaman yang baru (foto 3).

Ia juga boleh dibiakkan menggunakan kaedah belahan rumpun dan juga keratan daun. Ia memang sesuai tumbuh dalam pelbagai campuran medium tanaman asalkan air senang mengalir keluar dan tidak bertakung. Campuran medium tanaman yang disyorkan ialah 1:1:1 (Tanah peroi: Baja organik: pasir sungai).

Penjagaan:
·  Ia boleh tumbuh dalam pelbagai keadaan dedahan cahaya seperti di tempat teduh atau cahaya terus matahari. Namun begitu ia lebih sesuai di tempat teduh atau agak redup seperti di dalam rumah dan sebagainya.
·  Kawal siraman air kerana terlalu banyak air di dalam medium tanamannya akan mengakibatkan perdu pokok menjadi masam dan reput secara perlahan. Pastikan medium tanamannya kering sebelum menyiram semula. Untuk itu, cucuk jari telunjuk anda ke dalam medium tanaman sedalam satu inci sebelum pokok disiram. Jika didapati medium tanamannya kering itu menandakan pokok berkenaan perlu disiram semula.
·  Baja kandang seperti najis ayam atau kelawar yang siap diproses adalah terbaik untuk mendapatkan pertumbuhan daunnya yang cantik. Namun begitu anda juga boleh menggunakan baja kimia dalam bentuk cecair atau garam.

INFO: Sansevieria
·  Daun pokok ini juga boleh digunakan sebagai bahan dalam gubahan bunga hidup kerana bentuk dan corak daunnya yang unik, segar serta dapat bertahan lama.
·  Untuk kelihatan lebih cantik lagi daunnya perlu dibersihkan dari habuk dan kotoran yang melekat di atasnya. Gunakan tuala lembap untuk membersihkannya dan selepas itu sapukan cecair ‘leaf gloss’ atau susu cair tanpa gula untuk memberi sinar semula kepada daun berkenaan.

Idea pameran:
·  Pokok ini sesuai ditanam di tanah atau dalam pasu.
·  Pokok ini boleh dijadikan salah satu pokok dalam gubahan pokok hidup sebagai pokok tinggi yang tumbuh menegak untuk dijadikan latar belakang gubahan berkenaan.
·  Untuk hiasan di pejabat atau ruang dalam rumah adalah dicadangkan anda menanamnya secara solo atau dicampur dan digubah dengan pokok lain pelbagai bentuk dan warna daunnya. Anda juga boleh membuat satu gubahan menggunakan pelbagai spesies Sansevieria pelbagai bentuk dan warna daunnya. Tentu ianya akan menjadi satu gubahan yang unik dan menarik untuk dipamerkan. Ikuti idea menarik cara mempamerkan tanaman hiasan ini pada keluaran akan datang.