Khamis, 11 September 2014

: Cina Islam | 2014 : (林川興): INFO : Buah-buahan dan khasiatnya

: Cina Islam | 2014 : (林川興): INFO : Buah-buahan dan khasiatnya: 02 Muharam 1432H Oleh : BawangGoreng Dari aspek botani, buah adalah hasil daripada tumbesaran akhiran bunga angiosperma atau jambak bunga....

makanan sunnah nabi yg berkhasiat: Bismillahirahmanirahim....Tahukah anda bahawa buah...

makanan sunnah nabi yg berkhasiat: Bismillahirahmanirahim....Tahukah anda bahawa buah...: Bismillahirahmanirahim.... Tahukah anda bahawa buah delima mempunyai khasiat yang jarang diketahui oleh kebanyakan orang? Ia adalah buah sy...

Kosmo! Online - Pesona

Kosmo! Online - Pesona

Kesihatan, Keselamatan dan Gaya Hidup: 6 Jenis Jus Untuk Detoks Bagi Membersihkan Toksin ...

Kesihatan, Keselamatan dan Gaya Hidup: 6 Jenis Jus Untuk Detoks Bagi Membersihkan Toksin ...: Detoks atau nyahtoksin amat diperlukan oleh badan anda untuk membuang segala toksin dari pengambilan makanan dan minuman, ubat-ubatan, penga...

EmbrazeMe Beauty Spirit: resepi detoks bakar kalori mudah sedap menyeleraka...

EmbrazeMe Beauty Spirit: resepi detoks bakar kalori mudah sedap menyeleraka...: Assalamualaikum.. hello pretty girls.. all you need is love, hugs & kisses.. I love black pepper! Lada Hitam merupakan herba berempah ...

Rabu, 10 September 2014










Hipokrit? Mesti kita semua pernah dengar perkataan itu dan semestinya kita tak suka akan orang yang bersikap hipokrit. Maksud hipokrit ini dari segi dewan bahasa mempunyai 2 makna,iaitu berpura2 berperangai baik, memperlihatkan keadaan diri yg berlainan dari yg sebenarnya dan satu lagi makna ialah munafik. Bagi maksud munafik ni lebih dari segi keagamaan iaitu seorang yang berpura pura beriman kepada allah,tetapi sesungguhnya mereka kafir serta ingkar kepada Allah dan rasulnya. Namun,erti kata hipokrit ini lebih luas,jum bace lagi~

     Banyak perilaku manusia yang menjurus kepada hipokrit dalam perbuatan mereka. Antaranya;

1. CAKAP TAK SERUPA BIKIN


Depan orang,punyalah manis kata. Tapi bila di belakang kita,mengumpat! hu3

     Cakap kat depan punyalah manis,tapi..kat belakang kawan mulalah mengumpat sana sini,kutuk kawan,putar belit cakap. Malah,kawan paling rapat sendiri pun ada juga yang bersikap hipokrit sehinggakan membocorkan rahsia yang kita luahkan kepada mereka dengan harapan dia boleh menyimpan rahsia. So,kita perlulah berhati-hati semasa bersahabat!

2. BAGI IDEA BERNAS/ARAHAN, TAPI DIRI SENDIRI TAK BUAT

Dia cuma arahkan orang lain buat kerja,tapi xsumbang apa2 dalam pelaksanaan kerja

     Ini pun aku pantang manusia yang rajin beri pendapat yang bagus,tapi bila dalam membuat kerja tak buat pun. Lagi yang aku tak suka bila buat arahan bermacam-macam,lagak seperti ketua. Tapi langsung tak menyumbang tenaga dalam kerja. Ini biasanya berlaku semasa membuat tugasan berkumpulan.

3. KOMEN TENTANG ORANG LAIN BUAT SESUATU,TAPI DIRI SENDIRI BUAT

Doktor ini larang merokok..tp diri sendiri merokok..adehhh

     Sebagai contoh,aku tulis kat status yang aku ni takkan pergi 'Clubbing' dengan joyah-joyah itu,padahal realitinya aku pergi ke sana jugak. (kisah tidak benar :P). Perkara ini selalu terjadi dalam perhubungan sosial sekarang. Ada juga kes pasal orang yang melarang orang daripada melakukan sesuatu,tapi diri sendiri buat gak.

     Contohnya Ustaz/ustazah melarang orang melakukan sumbang mahram,tapi ada sebilangan kecil mereka tetap melakukan perbuatan tekutuk itu. Contoh lain pula doktor dan aktivis anti rokok yang melarang masyarakat daripada merokok kerana merokok membahayakan kesihatan,tapi ada segelintir mereka yang hisap rokok gak. Ape kess??? hu3.

4. NAMPAK BAGUS DARI LUARAN,TAPI RUPANYA SEBALIKNYA


luaran nampak skema dan baik orangnya. Tengok-tengok kaki tengok citer blue..isk3

Aku cerita pasal ni pun sebab aku kenal sangattttt dengan manusia yang jenis2 ni.Memang ada depan mata pun..Itu yang bahay tu..Kita sendiri memang sentiasa kena beringat . Spesis ni nampak sengihhh je depan kita, tapi bila belakang kita...menyembur-nyembur mengumpat kita tau! Aku dah terkena dengan si polan ni. Dulu pernah jadi kawan baik! Itu yang paling aku kesalkan!pernah menjadi sahabat dia!Kalaulah boleh diulang balik masa ni, akan aku pastikan aku tak hingin jumpa si capok (gelaran) ni! Sumpah! Tak kuasa!

SABAHKITA: ANTARA SIFAT MANUSIA HIPOKRIT. Siri I

SABAHKITA: ANTARA SIFAT MANUSIA HIPOKRIT. Siri I: 1. Dalam kehidupan kita tidak dapat lari dari bertemu manusia hipokrit sekurang-kurangnya sekali dalam hidup kita. Barangkali ada yang bert...

Selasa, 9 September 2014

watak manusia talam dua muka

Individu yang bersifat dua wajah sememangnya dicela agama. Istilah Arab menyebutnya sebagai an-namimah. Orang Melayu sinonim menyebutnya sebagai talam dua muka. Apapun istilah yang diberikan, yang dimaksudkan ialah jenis manusia yang jahat akhlak dan perilakunya.

Rasulullah SAW bersabda: “Apakah kamu tahu siapakah sejahat-jahat kamu? Jawab sahabat: Allah SWT dan Rasulullah SAW yang lebih tahu. Rasulullah SAW bersabda: Sejahat-jahat kamu ialah orang yang bermuka dua, yang menghadap kepada ini dengan wajah dan datang ke sana dengan wajah yang lain.” (Riwayat Abu Hurairah)

Bijak berlakon

Imam An-Nawawi berkata, yang dimaksudkan dengan orang bermuka dua iaitu orang yang datang kepada satu kelompok dengan menampakkan seolah-olah dirinya berada di pihak mereka dan berseberangan dengan pihak lawannya. Tetapi pada waktu sama, dia juga datang kepada kelompok lain dan melakukan hal serupa.

Individu yang berwatak dua muka ini dilihat menjadi pemecah-belah hubungan antara rakan yang lain. Agak sukar mengesan sifat dan sikapnya kerana mampu melakonkan watak dengan berkesan hingga berjaya mempengaruhi orang lain.

Ada tiga watak manusia bertalam dua muka ini. Pertamanya, manusia yang bermulut manis di bibir tetapi ada racun di hatinya. Manusia jenis ini sangat vokal dalam berkata-kata dan mempunyai tarikan tersendiri hingga mempesonakan hati orang yang mendengarnya.

Dia dianggap orang lain mempunyai hati yang baik, jujur, sentiasa berbuat kebaikan dan seorang pemikir yang sentiasa memikirkan kepentingan umum tetapi pada hakikatnya berlawanan daripada apa dianggap masyarakat.

Keduanya, manusia perosak masyarakat tidak mempunyai rasa malu dan sanggup melakukan apa saja untuk merosakkan kesatuan masyarakat. Kerosakan yang dilakukan semata-mata kerana tidak dapat mengawal perasaan apabila melihat orang lain mendapat kebaikan. Pada masa sama manusia yang bertalam dua muka ini menjanjikan lebih kebaikan yang tidak termampu untuknya laksanakan.

Tiada perasaan malu

Ketiganya, manusia yang tidak boleh ditegur dan dikritik. Mereka ini tidak boleh menerima pendapat orang lain serta menghormati perbezaan pendapat. Apabila diajak membetulkan kesilapan diri, diseru mengikut jalan yang betul serta diajak secara jujur, mereka menjadi sombong, angkuh dan bongkak.

Watak manusia sebegini adalah disebabkan mereka tidak dapat melihat kesalahan sendiri atau kumpulan mereka. Mereka selalu berasa benar dan bijak, manakala kesilapan datangnya daripada orang lain.

Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang mempunyai dua muka di dunia, maka pada hari kiamat kelak dia akan diberi dua mulut dari api neraka.” (Riwayat Abu Dawud dan Ad-Darimi dari Ammar bin Yasir)

Al-Alqami mengatakan: “Orang yang bermuka dua ini diberi dua mulut oleh Allah kelak ketika di neraka, kerana dulu saat di dunia dia suka mendatangi dua kelompok berbeza dengan muka yang berbeza pula. Setiap kali datang kepada satu kelompok, dia mengatakan sesuatu yang berbeza dengan apa yang dikatakannya kepada kelompok lain. Dia mempunyai dua mulut. Maka Allah pun membuatkan dua mulut baginya di neraka.”

Tak ikhlas, penting diri sendiri

Orang yang bermuka dua dicela oleh agama kerana sikap buruknya yang membunuh sahsiah sendiri. Mereka ini tidak pernah ikhlas dan sentiasa menyimpan kepentingan diri. Memuji dan mengutuk baginya adalah perkara biasa.

Rasulullah SAW bersabda: “Kalian pasti akan bertemu dengan orang yang paling Allah benci, iaitu mereka yang bermuka-muka. Di satu kesempatan, mereka memperlihatkan satu sisi muka, namun di kala yang lain, mereka memperlihatkan muka yang lain pula.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Justeru, kita diingatkan supaya berhati-hati dengan sikap pihak yang suka bermuka-muka ini. Berhati-hati maksudnya untuk tidak mudah percaya kepada cakap-cakap manis dengan mengutuk pihak kedua. Usah terlalu mudah mempercayai setiap perkataan terutama yang berkaitan keburukan orang lain.

Antara sebab jatuhnya kerajaan Melayu Melaka ketika serangan Portugis adalah angkara pemain talam dua muka ini. Mereka menjadi penyokong setia kerajaan Melaka namun pada masa sama menyebelahi Portugis untuk menjatuhkan kerajaan Melaka.

Pesanan Luqmanul Hakim kepada anaknya: “Jangan engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.”

Isnin, 8 September 2014

Tutorial Bina Blog: Background comel untuk blog

Tutorial Bina Blog: Background comel untuk blog: Korang boleh dapatkan background yang comel-comel di sini mycutegraphics.com. Terdapat banyak pilihan background kat situ. Korang pilih, k...

Bila Rasa Menyampah pada seseorang

“Ishh! Menyampah tengok muka dia ”
Perasaan menyampah sering melanda kita dan perasaan ini memang tidak selesa. Sukar juga untuk menceritakan rasa ini. Macam nampak sampah, malah lebih teruk dari itu. Meluat, benci, marah, rasa macam nak muntah....berbagai rasa tak selesa yang membentuk rasa menyampah. Nampak muka orang yang kita menyampah, perasaan jadi terganggu. Melakukan kerja yang kita tidak suka, perasaan terganggu. Ia boleh membunuh mood. Bila kita rasa menyampah, yang lebih susah adalah diri sendiri sedangkan orang yang kita menyampah terus hidup seperti biasa. Kerja yang kita tidak suka juga tidak akan selesai. Lebih banyak rugi daripada untungnya. Jadi, jika dilanda rasa menyampah, tindakan bijak ialah merawat rasa menyampah itu, jangan sampai ia membunuh keceriaan. Membiarkannya memusnahkan keceriaan umpama membawa membawa atau mengusung orang atau beban kerja tersebut dalam hati dan fikiran. Ia akan mengikut ikut kita ke mana-mana. 

Sampah di minda dan hati
Untuk memudahkan kita menanggapi masalah ini, saya suka mengaitkan rasa menyampah ini dengan sampah. Sampah ialah benda yang telah kehilangan fungsi asal. Apa yang kita panggil ‘sampah’ hari ini, suatu masa dahulu kita panggil dengan berbagai nama dan kita menyimpannya atas berbagai kegunaan khusus. Kertas pembalut makanan pernah berjasa melindungi makanan yang kita makan dari kekotoran supaya makanan tersebut tidak membahayakan kesihatan kita. Setelah habis fungsinya, ia pun bernama sampah. Suatu masa dahulu apa yang kita panggil ‘bunga’ menjadi perhiasan yang menyejukkan mata memandang tetapi akhirnya apabila telah layu ia dibuang dan dipanggil sampah. Dalam perkataan lain, sampah adalah apa yang ‘tidak berguna’, ‘kotor’ atau ‘menyemakkan’ di mata kita. Tempat yang layak untuk sampah ialah dalam tong sampah. 

Apabila kita menyampah kepada seseorang, sedar atau tidak, minda dan hati kita melabelkan orang itu sebagai ‘kotor’, ‘tak berguna atau ‘menyemak’. Apabila dia dianggap tak berguna, maka kita pun memasukkan dia dalam ‘tong sampah’ minda dan hati. semakin ramai orang atau perkara yang kita menyampah, hakikatnya kita menjadikan minda dan hati kita sebagai tong sampah besar! Andai dibiarkan minda dan hati akan ‘reput’ dan busuk sehingga menutup atau menenggelamkan perasaan positif yang lain. Sebab itu, bila kita menyampah terhadap seseorang, kita buta kepada kebaikannya dan jasanya dilupakan begitu saja!
Mengapa kita biarkan rasa ini dalam minda dan hati sedangkan Allah, Tuhan yang Maha Pencipta segalanya mencipta setiap sesuatu ada sebab dan peranan tertentu. Dia tidak menciptakan sesuatu sia-sia! 


Hadiahkan Doa Dengan Penuh Kasih Sayang
Seperti perasaan negatif yang lain, memang bukan mudah untuk mengikis rasa menyampah dalam sekelip mata. Bergantunglah kepada Allah. Dia pernah menciptakan kita dari tiada kepada ada. Dia juga yang menciptakan hati yang merasa dan akal yang berfikir. Maka semudah itu jugalah Dia membantu kita menangani rasa menyampah ini.

Berdoalah untuk diri sendiri supaya perasaan kita sentiasa terpelihara. Doakan juga orang yang kita menyampah dengan penuh kejujuran. Adakalanya dalam kita mendoakan orang lain pun, tanpa sedar kita masih membawa perasaan menyampah tersebut. Contohnya, kita mendoakan “Ya Allah, lembutkanlah hatinya...” secara tak sedar secara muktamad kita melihatnya sebagai seorang yang keras hati dan lupa ada kemungkinan yang keras hati sebenarnya adalah diri kita sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengatakan doa terseut salah, tetapi sekadar untuk renungan betapa dalam doa yang paling indah pun kita masih terpenjara dalam persepsi yang negatif tentang diri orang lain. “Ya Allah, semoga dia akan berubah...” adalah doa yang baik dan indah untuk orang lain. Namun secara halus, ia menggambarkan persepsi bahawa orang yang didoakan itu perlu berubah sehingga si tukang doa mungkin terlupa bahawa dirinya lebih perlu berubah. 

Berdoalah dengan penuh rendah hati, penuh kasih sayang dan kesenian, untuk diri sendiri dan juga untuk orang lain. Doa yang jujur, penuh kerendahan hati dan kasih sayang akan sampai ke hati orang lain seperti gelombang radio yang terpancar melalui ruang udara ke setiap radio yang terpasang. Dengan izin Allah, akan tumbuh rasa keserasian antara hati yang terikat dengan kasih sayang kerana Allah. 
Semoga dengan adanya hubungan hati melalui hadiah doa, suasana pergaulan kita akan lebih indah dan harmoni – bersih dari rasa menyampah antara satu sama lain. Apabila kita berada di persekitaran yang harmoni, apa juga pekerjaan yang kita lakukan, dapat dilakukan dengan ceria tanpa rasa menyampah. 
kredit -http://halaqah.net/v10/index.php?topic=14154.0