Isnin, 16 Januari 2012





Selepas makan tengah hari, walaupun hanya sedikit makanan dijamah, perut rasa kembung dan tidak selesa. Pinggang seluar terasa mencengkam sehingga ada kalanya kancing terpaksa dibuka supaya perut tidak terus terseksa.


Ini antara gejala yang biasa dialami akibat masalah banyak angin dalam saluran sistem pencernaan atau usus. Biasanya perut lebih lega jika angin dapat dikeluarkan sama ada melalui sendawa atau kentut.


Bagi kebanyakan masyarakat, sendawa di depan orang masih boleh diterima tetapi individu itu dianggap kurang sopan jika 'terlepas angin'. Bukan saja orang sekeliling berasa kurang senang tetapi individu itu sendiri turut malu dan mungkin menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayat!

Isu angin atau gas ini adalah isu semua orang, jadi tiada apa perlu dimalukan. Dianggarkan 7 atau 8 daripada 10 orang ada masalah ini.




Sistem Pencernaan

Secara purata kita menghasilkan antara 0.5 hingga 2 liter gas dalam sistem pencernaan setiap hari. Gas ini membabitkan beberapa jenis iaitu oksigen, karbon dioksida, nitrogen, hidrogen sulfida, ammonia dan metana.

Oksigen, karbon dioksida dan nitrogen yang masuk ke dalam sistem pencernaan melalui mulut (ketika kita menelan) adalah komponen paling besar. Gas ini tidak berbau tetapi bau kentut yang busuk disebabkan kehadiran gas surih seperti hidrogen sulfida yang terhasil apabila makanan di dalam usus mengalami proses pereputan.



Sendawa dan Kentut

Sendawa dan kentut adalah 2 fungsi badan yang penting untuk mengeluarkan gas ini, namun kebanyakan gas dikeluarkan melalui kentut. Yang membezakan ialah ada orang kentut lebih kerap.


Kentut antara 6 hingga 20 kali sehari adalah normal. Malah ada laporan mengatakan kekerapan kentut sehingga 25 kali sehari juga perkara normal walaupun ia mungkin mendatangkan rasa kurang selesa.

Gas yang terkumpul dalam perut dan usus dikeluarkan secara berperingkat sepanjang hari. Biasanya ia tidak menimbulkan masalah tetapi bagi individu yang sensitif, pengumpulan gas ini menyebabkan ketidakselesaan.



Perut Kembung

Jika gas ini tidak dikeluarkan, ia menyebabkan seseorang mengalami masalah kembung dan tidak selesa. Keadaan ini boleh menjejaskan daya tumpuan, prestasi kerja dan kualiti hidup. Masalah biasa dialami hampir kebanyakan orang, terutama wanita. Selain itu orang tua, pesakit kencing manis atau pesakit yang mengambil ubat yang boleh memperlahankan aktiviti usus juga kerap mengalami masalah ini.


Gas dalam usus datang daripada 2 sumber utama iaitu udara yang ditelan dan makanan. Setiap kali kita menelan, sedikit gas masuk ke dalam perut dan berpindah ke usus kecil yang mana sebahagian daripadanya diserap. Baki gas yang tidak diserap akan masuk ke dalam usus besar (kolon) dan dikeluarkan melalui dubur (rektum). Namun bagi sesetengah orang, angin yang masuk ke dalam perut tidak berpindah ke usus kecil atau besar, sebaliknya dikeluarkan melalui mulut (sendawa).

Biasanya masalah kembung atau sakit perut lebih terasa pada waktu tengah hari, terutama selepas makan, kerana makanan berlemak juga sebenarnya boleh merangsang kepada pengumpulan gas di dalam perut. Ini kerana lemak memperlahankan proses pengosongan perut dan membenarkan lebih banyak gas terkumpul, menyebabkan seseorang berasa kembung dan tidak selesa.



Punca Masalah Angin

Banyak faktor boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah angin berlebihan, antaranya :

* Tekanan — Individu yang tertekan/stres biasanya menelan lebih banyak angin.


* Kerap mengunyah gula-gula getah atau mengulum gula-gula yang keras.

Merokok

* Makan atau minum terlalu cepat dan makanan ditelan sebelum ia lumat. Apabila kita makan terlalu cepat, kita tidak sedar menelan lebih banyak udara dan menyebabkan masalah sedia ada bertambah buruk.

Gigi palsu tidak dipasang dengan baik juga menyebabkan seseorang itu menelan lebih banyak udara.

* Minum minuman berkarbonat. Kandungan karbon dioksida dalam minuman ini menghasilkan lebih banyak gas apabila ia menjadi hangat di dalam perut. Ia juga boleh disebabkan keradangan pada lapisan dalam perut atau gastritis. Banyak perkara boleh menyebabkan gastritis dan antara paling lazim ialah jangkitan bakteria Helicobacter pylori (H pylori). Apabila bakteria ini masuk ke dalam perut, ia menyebabkan masalah kembung yang berpanjangan.

* Makan makanan yang banyak lemak kerana lemak mengambil masa lebih lama untuk dicerna dan memberi peluang banyak gas terkumpul dalam perut.

* Pemecahan makanan yang tidak tercerna - Bukan semua makanan diserap oleh badan. Sesetengah jenis karbohidrat, contohnya gula, kanji dan serat di dalam usus tidak dapat diserap akibat kekurangan atau ketiadaan enzim tertentu. Jadi makanan yang tidak diserap badan berpindah dari usus kecil ke usus besar yang mana bakteria baik memecahkannya dan menghasilkan gas hidrogen, karbon dioksida dan metana pada sesetengah orang. Semua gas ini akhirnya keluar melalui dubur.

Gejala

# Kerap buang angin — Secara purata kita buang angin kira-kira 10 kali sehari. Namun kekerapan ini boleh bertukar antara 6 hingga 20 kali sehari. Jika lebih daripada itu, ia dikira keterlaluan.



# Kerap sendawa — Sendawa selepas makan adalah perkara normal. Gas dikeluarkan apabila perut penuh berisi makanan. Bagaimanapun jika kerap sendawa, ia mungkin disebabkan seseorang itu menelan terlalu banyak udara dan melepaskan udara berkenaan sebelum ia sampai ke perut.

Sesetengah orang sengaja menelan udara untuk membuat mereka sendawa bagi melegakan ketidakselesaan perut. Kajian menunjukkan tindakan ini tidak memberi kelegaan, sebaliknya ia hanya menambah kandungan udara dalam perut. Ia boleh merangsang berlakunya masalah asid refluks iaitu aliran songsang asid dalam perut ke dalam salur makanan kerana asid gastrik di dalam perut tertolak ke atas ketika individu berkenaan cuba sendawa. Selain itu sendawa yang terlalu kerap mungkin menjadi petanda kepada masalah usus atas seperti ulser peptik atau asid refluks.

# Kembung — Keadaan ini boleh disebabkan oleh kehadiran angin dalam perut dan usus. Ia juga mungkin disebabkan jangkitan bakteria H pylori.

Sakit perut atau rasa tidak selesa — Ia adalah masalah biasa tetapi kadangkala gejala ini boleh mengelirukan. Pengumpulan gas dalam usus yang menyebabkan kesakitan boleh berlaku di mana-mana sepanjang usus, sama ada di kiri atau kanan. Jika pengumpulan gas berlaku pada bahagian kiri usus, mungkin ditafsir sebagai penyakit jantung dan jika di belah kanan pula, ia menyerupai masalah batu hempedu atau apendiks.


Adakah Masalah Gas Berlebihan Satu Penyakit?

Tidak. Ia adalah masalah biasa yang dialami ramai orang dan boleh diatasi dengan melakukan beberapa perubahan seperti pemilihan makanan, cara makan dan bersenam. Bagaimanapun jika ketidakselesaan atau kesakitan berlanjutan, anda dinasihatkan agar berjumpa doktor supaya punca sebenar dapat diketahui.

Ini kerana jika masalah disebabkan jangkitan bakteria H pylori, ia perlu dirawat segera kerana bakteria yang mampu hidup bertahun-tahun lamanya pada persekitaran berasid dalam perut boleh menyebabkan ulser perut dan duodenum iaitu bahagian pertama usus kecil. Ia memberi lebih banyak masalah kerana individu itu boleh alami masalah sakit perut (pada bahagian atas), ketidakhadaman, kembung, pendarahan dalam perut akibat ulser dan berak berdarah (najis berdarah atau berwarna hitam yang menandakan kehadiran darah).

Berlebihan gas dalam usus juga mungkin menandakan beberapa keadaan lain seperti usus anda tidak aktif, ada masalah sistem perkumuhan atau usus mengandungi banyak bakteria yang menghasilkan banyak gas.



Rawatan

Rawatan untuk masalah banyak angin atau gas sangat mudah. Anda boleh beli ubat perangsang aktiviti usus di farmasi. Ia memudahkan pengeluaran gas daripada usus. Selain itu anda perlu lebih teliti ketika memilih makanan supaya masalah tidak bertambah teruk.

Jika masalah berlarutan, jumpa doktor kerana ia mungkin disebabkan jangkitan H pylori. Jangkitan bakteria ini boleh dirawat dengan pengambilan ubat antibiotik selama 2 minggu. Jangan biarkan masalah ini terus mengganggu hidup anda.



Makanan 'Bergas'

Antara makanan yang boleh menggalakkan penghasilan gas dalam usus ialah :

* Bunga kubis
* Kekacang
* Kubis
* Kubis Brussels
* Brokoli
* Bran
* Kebanyakan makanan berkanji (kentang, jagung, bihun, gandum). Beras adalah makanan berkanji yang tidak menyebabkan penghasilan gas
* Bawang
* Makanan bergoreng dan banyak lemak

Sila ambil perhatian juga dengan makanan-makanan berikut :

Serat

Kebanyakan orang beralih kepada pemakanan sihat dengan menambah pengambilan serat. Namun masalah gas berlebihan boleh berlaku jika mengambil terlalu banyak serat sama ada daripada bijirin (oat, bran atau gandum), roti mil penuh, buah-buahan atau sayur-sayuran.




Pada peringkat awal, pengambilan serat yang banyak akan menyebabkan rasa kembung tetapi masalah ini akan hilang perlahan-lahan dalam masa beberapa minggu. Bagaimanapun, ada juga yang tidak boleh menyesuaikan diri dengan penambahan serat dalam diet mereka. Untuk mengelak masalah ini, anda perlu minum lebih banyak air supaya serat tidak terkumpul dalam usus. Serat boleh menyerap air dan mengembang beberapa kali ganda daripada saiz asal. Jika anda minum air secukupnya, serat ini menjadi lembut dan mudah dikeluarkan daripada usus.


Susu dan Produk Tenusu


Antara punca lazim menyebabkan seseorang mengalami masalah kembung dan banyak angin ialah kekurangan enzim laktase yang bertanggungjawab mencernakan gula laktosa dalam susu dan produk tenusu. Ketiadaan enzim laktase menyebabkan laktosa yang tidak dicerna dipindahkan terus ke dalam usus besar dan melalui proses penapaian akibat tindakan bakteria. Dalam proses inilah banyak gas terhasil.


Buah-buahan dan Pemanis Makanan

Makanan manis mengandungi gula fruktosa juga boleh menyebabkan penghasilan gas berlebihan dalam usus. Usus kecil kita hanya boleh menyerap fruktosa pada jumlah tertentu dan selebihnya masuk ke dalam usus besar dan menjalani proses penapaian seperti laktosa. Elak juga pemanis makanan seperti sorbitol kerana ia sukar diserap badan.


Penjagaan di Rumah

* Jumpa doktor gigi, pastikan gigi palsu betul-betul padan dengan gusi.

* Elak mengunyah gula getah atau mengulum gula-gula (terutama gula getah tanpa pemanis atau gula-gula dietetik yang mengandungi sorbitol).

* Hentikan pengambilan minuman berkarbonat dan kurangkan makanan yang tinggi kandungan sirap fruktosa jagung.

* Elak susu dan produk tenusu seperti keju lembut jika anda ada masalah tidak toleran laktosa. Sebaliknya, cuba susu yang gula laktosanya dipecahkan (rujuk pada label).

* Kurangkan makan makanan yang banyak menghasilkan gas seperti kubis, bunga kubis, kubis Brussels, brokoli, kacang dan bran. Beli ubat pelega gas daripada farmasi yang boleh membantu memecahkan karbohidrat dalam makanan yang tidak boleh diserap badan.

* Makan perlahan-lahan dan kunyah sehingga lumat sebelum ditelan. Apabila makan terlalu cepat, kita menelan banyak udara.

* Buat diari makanan untuk mengetahui makanan mana yang menyebabkan anda lebih cepat mengalami masalah ini.

* Minum banyak air masak, sekurang-kurangnya satu hingga satu setengah liter sehari.

* Jangan makan terlalu banyak kerana ia juga menyebabkan penghasilan gas berlebihan selain masalah obesiti. Hadkan pengambilan makanan bergoreng dan berlemak.

* Banyakkan bersenam kerana senaman merangsang aktiviti usus supaya makanan yang tidak dihadam boleh dikeluarkan segera daripada badan.


Cara Menyembunyikan IP Address

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgwY6PrgyjhUyuz0fLIGenp2dWGPPyG2eZsKdIZymVULiEo5Eeq4o9XwztU1F-24rn5j8kXnT4_y-VkJ7SE8eHv8b3I-K-U9H7orj4GTvbCcDBS3rcCLkl2-oGBavPpKUBzi7pgox5as1Hx/s320/1.jpg

Menyembunyikan IP address?? Mungkin ada yang bertanya-tanya ngapain juga IP address disembunyiin segala. Heemm..nih beberapa alasan mengapa kita harus sembunyikan IP asli kita.

Pertama karena mengakses ke website yang melakukan restriction yaitu hanya membolehkan akses dari IP Address tertentu saja. Selanjutnya tentu untuk hal Privasi dimana agar menghindari pelacakan jika kita melakukan tindakan yang "tidak senonoh yg seharusnya gak kita lakukan" (hacking).

Ok gak usah banyak basa-basi, cara untuk menyembunyikan IP address :

Pertama-tama :

- Kunjungi situs penyedia proxy seperti : http://freeproxy.com, http://samair.ru/proxy, dll
- Trus carilah proxy Negara mana yang mau di pakai , ingat proxy harus yang Anonymous

Selanjutnya untuk mensetting di PC kita :

Untuk pemakai Internet Explorer
1. Buka Tools -> Internet Option
2. Klik tab Connection -> klik LAN settings

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh04H-pKk468sc52p89KpXz7mkoDJQPJKeVzpU951-AeA5QOm62mr_wxh0J-YLajTk4w_RN4j4rh1mUpbsetP_hE9fk2RU4OLECwnm3M6MPAik7Bqcbggq7zx-NcrwdthyphenhyphenXC9p0b5okVsE_/s320/2.jpg
3. Pada bagian proxy server, isi centang pada "Use a proxy for your LAN.."
4. Pada box address masukan IP proxy, pada box port masukan portnya
5. Centang juga bagian “by pass..”
6. Klik Ok

Untuk pemakai Mozilla Firefox

1. Buka tools > options
2. Bagian advance, klik tab Network

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEicyVYya6kulV-X3NbdOUI40GAkBTDn-fXfQCZc30Jxo6_uQ-REREpIBjlr_SbWVQ0N01g53T9OtzE8w21pFCxjLwprXT0FOebEzCMgRfMAwFhYpoHp-KQeHaFv69eg-MDul8XiCJhAF1mE/s320/3.jpg
3. Bagian Connection, klik Setting di sebelah kanan
4. Kemudian pilih manual proxy configurations
5. Pada bagian HTTP proxy, masukkan IP proxy dan portnya
6. klik OK

Segitu saja, semoga bermanfaat kawan. Jangan untuk berbuat yang gak senonoh ya..:)


Tazkirah : Amalan-amalan Murah Rezeki


Boleh dikatakan semua orang mahukan rezeki yang banyak, mudah dan berkat. Dalam pekerjaan kita seharian mencari rezeki, mestilah sentiasa tanamkan niat dalam hati supaya Allah mengurniakan kita rezeki halal, berkat, mudah serta luas. Terdapat amalan-amalan yang boleh menjadi sebab Allah melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.

Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.”
(Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)


2. Memperbanyakkan istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
Sabda Rasulullah SAW :
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.”
(Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)


3. Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki.
Sabda Rasulullah SAW :
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.”
(Hadis Riwayat at-Tirmizi)


4. Sentiasa ingat Allah SWT

Banyak ingat Allah SWT buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman.
Firman-Nya:
“...(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.”
(Surah Ar-Ra’d, ayat 28)


5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.
Rasulullah SAW juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.”
(Hadis Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Rasulullah SAW :
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.”
(Hadis Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)


6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Rasulullah SAW :
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.”
(Hadis Riwayat Bukhari)


7. Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Rasulullah SAW :
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…”
(Hadis Riwayat Muslim)


8. Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.


9. Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”


10. Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah SAW, berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.


11. Menjalin silaturrahim

Rasulullah SAW bersabda :
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.”
(Hadis Riwayat Bukhari)


12. Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah SAW dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.”
(Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)


13. Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi SAW bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.”
(Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)


14. Melazimi solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.


15. Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.”
(Riwayat al-Hakim dan Thabrani)


16. Bersyukur kepada Allah

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras."
(Surah Ibrahim, ayat 7)

Firman-Nya lagi:
“… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.”
(Surah ali-Imran, ayat 145)


17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim.”

Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.


18. Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.


19. Berikhtiar sehabisnya

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.


20. Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (Surah at-Thalaq, ayat 3)

Nabi SAW bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=34105543benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.”
(Surah at-Talaq, ayat 2-3)

---Petikan dari kiriman email.--- 

Tazkirah: Amalan Sebelum Tidur



Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )


Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur
sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meridloi kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....

"Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara
seketika?"


Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas
tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.



Bismillaahirrohmaanirrohiim,
Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul
lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )


Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua
akan memberi syafaat di hari kiamat.

Bismillaahirrohmaanirrohiim,

Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa
Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )


Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu.


Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum
wa atuubu ilaih ( 3 x )



Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"


Bismillaahirrohmaanirrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaaha
illalloohu alloohu akbar(3 x )

Sekian untuk ingatan kita bersama.
* Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang
lain.Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang
yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. 

Petua Bau Badan - Harumkan Badan Dengan Daun Pandan


Ambil anggaran 20 helai daun pandan dan kisar halus. Tapis dan ambil jus pandan untuk dicampurkan denagn sebaldi air untuk dibuat air mandian. Ketika mandi, basahkan tubuh dengan sebahagian air pandan ini terlebih dahulu. Kemudian gosokkan di bahagian ketiak. Amalkan sekurang-kurangnya sekali seminggu. Jika rajin amalkan, badan anda akan menjadi harum secara semulajadi. 

Petua Kuruskan Badan dan Kekal Langsing


Pada zaman ini, terdapat banyak jenis makanan yang membawa kepada kegemukan jika tidak dikawal dengan baik atau makan secara berlebihan. Makanan yang diproses seperti makanan di dalam botol dan tin, dan juga makanan segera yang ada di pasaran hampir kesemuanya mengandungi gula dan lemak yang tersembunyi. Pengambilan secara berlebihan akan membawa kepada masalah kegemukan dan obesiti.

Bagi mereka yang sedang berperang dengan masalah berat badan atau ingin mengekalkan kelangsingan badan, jangan khuatir dan cepat putus asa kerana petua yang disarankan di bawah adalah petua yang mudah dan boleh diamalkan semua. Yang penting perlu ada disiplin diri untuk menjayakannya dan diamalkan secara berterusan dan bukan separuh jalan. Selain itu, senaman harian dan mengawal nafsu makan yang keterlaluan adalah cara terbaik untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

Caranya ialah mengubah cara gaya pemakanan biasa kepada satu kaedah yang baru iaitu

1. Apa yang kita ambil untuk sarapan diwaktu pagi ditukar kepada apa yang sepatutnya dimakan ditengah hari dibawa dan dimakan diwaktu pagi.

2. Pada waktu tengah hari jangan makan makan yang mengenyangkan, cukup sekadar buah-buahan atau minum air sahaja.

3. Makan malam diawalkan dan diambil dalam lingkungan waktu sebelum jam 7.00 malam atau sekurang-kurangnya 4 jam sebelum tidur.

4. Jangan makan selepas pukul 9.00 malam walaupun anda belum makan apa apa sebelumnya. Jika perlu juga cukup sekadar segelas susu atau buah- buahan atau makanlah sedikit sekadar mengalas perut.

5. Setiap kali bangun pagi, waktu tengahari dan sebelum masuk tidur di sebelah malam, amalkan meminum secawan teh cina (hijau) yang dicampurkan dengan limau nipis atau kasturi.

Insyaallah, anda akan lihat kesannya selepas 7-14 hari mengamalkannya. 

Tips dan Cara Mendaftar Akaun PayPal




Paypal, merupakan alat pembayaran online yang paling banyak digunakan saat ini. Setiap orang boleh menghantar atau menerima wang dengan pengguna PayPal lain, melakukan pembelian atau pembayaran di laman tokoonline / merchant, ebay, perniagaan, pekerjaan dan lain-lain.

Paypal digunakan memudahkan transaksi bayaran kedai online di Facebook, blog atau pelbagai portal jual beli. Jika kamu pelanggan eBay pasti kamu sudah tidak asing dengan PayPal, kerana eBay menerima bayaran dengan menggunakan PayPal.

Bagi kamu yang masih bingung untuk saya mendaftar Paypal, ini beberapa tips membuka akaun PayPal.
Sebelum mula mendaftar, siapkan data-data anda untuk membuat akaun PayPal seperti Email, Nama, Alamat, Tel, Nombor kad kredit (Pastikan Nama, Alamat, Tel yang akan anda isi untuk pendaftaran sama dengan data pada kad kredit anda)

Buka laman PayPal https://www.paypal.com

Klik Sign Up Today untuk mendaftar

Selanjutnya ada pilihan negara. Anda juga boleh mengubah bahasa ke pilihan anda. Dan pilih jenis akaun yang anda inginkan sesuai keperluan.

Selanjutnya masukkan maklumat anda seperti Email, Nama, Alamat, Tel, dan lain-lain (Pastikan Nama, Alamat, Tel yang anda isi untuk pendaftaran sama dengan data akaun bank atau kad kredit anda). Isi Password anda dengan kombinasi huruf dan nombor, minimal 8 karakter.

Semak lagi dan pastikan Nama, Alamat, Tel yang anda isi sesuai dengan maklumat akaun bank atau kad kredit anda, jika sudah pasti tekan Setuju dan buat akaun / I agree, create my account.

Anda akan menerima e-mail pengesahan bahawa anda telah mendaftar, dan untuk mengaktifkan akaun PayPal, buka e-mail daripada PayPal tersebut dan klik link pengesahan yang terdapat di dalamnya, untuk pengesahan bahawa anda adalah pemilik e-mail tersebut.

Jika anda sudah mempunyai kad kredit atau VCC akan sangat mudah mengesahkan akaun anda. Tapi jika tidak, anda tidak mempunyai kad kredit atau VCC sebaiknya anda membuatnya dulu. Cara paling mudah adalah untuk membuat VCC. Dalam masa sehari VCC anda akan jadi.

Apabila anda sudah mengesahkan akaun anda, dalam masa 1 x 24 jam akaun Paypal anda baru boleh digunakan untuk berdagang.

Ingat untuk selalu menyimpan nombor kad kredit anda. Kerana PayPal akan meminta apabila anda hendak log masuk beberapa hari selepas PayPal anda aktif.
Anda pun siap berdagang menggunakan PayPal. Ingat bahawa PayPal memberikan anda limit jumlah transaksi.

Banyak sekali hal yang dapat anda lakukan dengan PayPal. Bukan hanya untuk perniagaan. Unukgame-game di media sosial mahupun di luar media sosial. Untuk register member diberbagai laman berbayar.(infospesial)

9 makanan yang anda tidak patut order untuk 1st date

1st Date atau temujanji pertama adalah penting untuk membuat tanggapan awal yang positi seseorang kepada kita. Tingkahlaku amat penting untuk membuat tanggapan yang baik. Setiap gerak geri kita akan dinilai. Dan temujanji pertama merupakan temujanji yang mendapat perhatian yang amat tinggi.





Burger yang lebih besar dari mulut anda. Ini adalah kerana ianya kelihatan amat tidak cantik.Bagi wanita yang memakannya segala keayuan dan kelembutan akan tidak menyerlah lagi manakala untuk lelaki pula, anda akan kelihatan sangat gelojoh.



Semestinya anda tidak mahu mengakhiri saat romantik anda dengan sketsa sedih atau tangisan dan sebagainya. Kerana bukan itu sepatutnya anda tunjukkan sebaliknya menunjukkan kegembiraan kerana dapat menghabiskan masa dengan orang yang tersayang. Sebagai nasihat, elakkan daripada memakan makanan yang terlalu pedas.



Elakkan daripada makanan yang berkuah seperti sup dan sebagainya. Kerana bunyi ketika anda menghirup sup sangat-sangat tidak romantik!!




Janganlah terlalu ingin berjimat. 1st date amat penting untuk menarik perhatian seseorang. Cuba tunjukkan keperibadian yang paling baik untuk mendapat taggapan awal yang positif. Kemudian barulah ambil masa untuk mengenali diri masing-masing dengan lebih mendalam.



Sekiranya anda tahu cara untuk memakan spagheti dengan betul, ianya tiada masalah untuk anda. Tetapi sekiranya anda makan spagheti dan hasilnya bibir anda akan dipenuhi dengan rempah spagheti, anda dinasihatkan untuk elak daripada memesannya.



Pasti amat menyedihkan sekiranya orang yang kelihatan romantik sebentar tadi tiba-tiba bertukar menjadi raksasa di hadapan  hidangannya.




Jangan musnahkan senyuman yang menawan kepada senyuman yang paling mengerikan. Elakkan daripada mengambil sayur-sayuran yang mudah melekat pada gigi.




Pasti anda semua mengetahui kesan apabila anda semua memakan garlic bread bukan. Sekiranya anda ingin memakannya, pastikan anda memakannya dengan cermat.




Makanan yang semakin banyak anda makan semakin banyak anda sendawa atau …………………… . Tidak perlulah untuk menyebutnya. Jika baru menyebutnya sahaja sudah menyakitkan hati inikan pula orang yang mendengarnya.


Petua Segarkan Muka


Masukkan sedikit madu, minyak zaitun, sebiji putih telur, perahan sebiji limau nipis, bunga melur dan buah badam ke dalam pengisar. Kisar hingga sebati. Sapukan pada muka seperti memakai mask dan biarkan selama 10 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan selalu. 

Petua Hilangkan Parut Demam Campak


Demam campak biasanya meninggalkan tanda hitam. Untuk menghilangkannya, cubalah petua di bawah ini:

1) Gilingkan beberapa helai daun semambu hingga lumat. Sapukan di tempat berparut dan biarkan kering. Ulangi selama tiga hari atau sehingga parut hilang.

2) Daun semambu juga boleh direbus untuk diminum airnya. Tujuannya untuk menghilangkan rasa gatal pada bekas demam campak.

3) Parut sebiji jagung muda hingga lumat. Sapukan pada bekas demam campak. Lakukan selama beberapa hari hingga parut hilang.

Selamat mencuba 

Anda menghadapi masalah kulit berpanau?
Cubalah hilangkan panau dengan petua-petua di bawah:

- Ambil halia sebesar ibu jari dan tumbuk hingga lumat. Tepekkan halia yang telah ditumbuk pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan selama 15-20 minit. Amalkan selalu.

- Tenyehkan pucuk lada pada bahagian kulit yang bepanau. Amalkan selalu.

- Tumbuk 2 ulas bawang putih bersama sedikit halia. Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.

- Tumbuk beberapa ketul lengkuas dan ambil air perahannya. Sapu air lengkuas pada bahagian kulit yang berpanau. Sementara itu jangan makan makanan yang mengandungi lenkuas. Amalkan selalu.

- Tumbuk beberapa helai daun lengkuas dan ambil air perahannya. Sapukan air perahan tersebut pada bahagian kulit yang berpanau. Sementara itu jangan makan makanan yang mengandungi lenkuas. Amalkan selalu.

- Tumbuk daun pinang hingga lumat dan sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan selalu.

- Ambil air perahan buah pinang dan sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan selalu.

- Tumbuk beberapa helai daun belimbing hingga lumat. Campurkan dengan sedikit asam jawa dan sedikit beras. Tempekkan pada bahagian yang berpanau. Amalkan setiap hari.

- Campurkan secekak daun kesum dengan minyak tanah. Gosokkan pada bahagian kulit yang berpanau. Aalkan setiap hari.

- Tumbuk beberapa helai daun gelenggang hingga lumat. Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau dan biarkan selama 15-20 minit. Bilas hingga bersih. Amalkan selalu.
Anda mungkin juga meminati:     

Ahad, 15 Januari 2012


Apa rahsia untuk mendapatkan tidur 7 – 8 jam yang nyenyak? Anda perlu pergi ke dapur dan menikmati satu atau dua dari 10 senarai makanan di bawah ini. Makanan ini akan merelakskan otot yang tegang, menenangkan fikiran dan mengaktifkan hormon untuk membantu anda tidur iaitu serotonin dan melatonin.
Pisang
Pisang seperti ubat tidur alami. Selain mengandungi melatonin dan serotonin dalam jumlah kecil, pisang juga mengandungi magnesium, bahan yang dapat merangsang relaksasi otot
Teh Chamomile
Teh Chamomile mempunyai efek penenang yang dapat menurunkan stress fizikal mahupun mental, membuat teh ini sebagai minuman yang sesuai untuk diambil sebelum tidur
Susu panas
Bukan, ini bukan mitos, segelas susu panas sebelum tidur dapat membantu tidur anda. Susu mengandungi tryptophan, iaitu asam amino yang mempunyai efek sedatif dan kalsium yang membantu otak untuk menggunakan tryptophan.
Madu
Tambahkan madu sedikit di dalam susu atau teh anda. Gula dapat meningkatkan tenaga, tetapi dalam jumlah yang sedikit, gula dapat memberitahu otak anda untuk menurunkan prestasi orexin. Neurotransmiter yang berhubungan dengan kesedaran anda.
KentangSedikit kentang rebus atau kentang panggang di malam hari tidak akan menaikkan berat badan anda. Kentang membersihkan asam yang dapat mengganggu prestasi tryptophan di dalam tubuh.
Oatmeal
Oatmeal sebelum tidur adalah cara terpantas untuk tidur, kerana oatmeal merangsang produksi melatonin di dalam tubuh pada malam hari.
Kacang Almond
Almond adalah kacang yang baik bagi kesihatan jantung. Tetapi almond juga dapat membantu tidur anda kerana mengandungi tryptophan dan magnesium.
Flaxseed
Flaxseed kaya akan asam omega-3 yang dapat membantu memperbaiki mood anda. Pengambilan flaxseed ketika anda sedang mengalami stress atau depresi berat. Tidur anda akan lebih nyenyak.
Roti Gandum
Sepotong roti gandum dan teh akan merangsang insulin di dalam tubuh anda, yang berguna untuk membantu prestasi tryptophan untuk bereaksi di otak. Dimana tryptophan akan diubah menjadi serotonin yang memberi tahu otak ada untuk tidur.
Daging Kalkun (turkey)
Daging kalkun adalah sumber yang sangat baik untuk tryptophan. Tryptophan bekerja ketika perut anda kosong dan tidak ketika anda sangat kenyang. Tetapi 1 sampai 2 potong dari daging kalkun bersama dengan roti gandum pada waktu tengahari hari akan dapat membantu membuat tidur anda lebih nyenyak di malam hari.

Badan berbau tengit membuat seseorang itu berasa tidak selesa berada bersama dengan orang lain. Cara untuk menghilangkannya dengan paling berkesan :-    

          Cara 1.
                     ##   MANDIAN YANG AKHIR ITU HENDAKLAH DENGAN AIR LIMAU NIPIS (JANGAN DILAPKAN AIR ITU SESUDAH MANDI).
                     ##   AMBIL SEDIKIT KAPUR SIRIH (AGAK SEPARUH SUDU TEH) DAN LETAKKAN DIATAS TAPAK TANGAN.
                     ##   PERAHKAN AIR LIMAU NIPIS (SEBIJI ATAU SESUKA HATI) DAN CAMPURKAN DENGAN KAPUR SIRIH ITU.
                     ##   GAULKAN DENGAN JARI SAMBIL BERSELAWAT 3X ATAU 7X.
                     ##   SAPUKAN RAMUAN TADI DIBAWAH KEDUA-DUA KETIAK DAN SEDIKIT KE BADAN.
                      ##  BIARKAN SEMALAMAN SAMPAI ESOK PAGI DAN MANDI SEMULA.

##  JIKA IA MASIH BERBAU, ULANG LAGI SEHINGGA BAU ITU HILANG. INSYA'ALLAH...CUKUP BERKESAN DENGAN SEKALI SAPU SAHAJA.


                                      ATAU
                 Cara 2.

                       ##  Semasa mandi, sapukan TAWAS dicelah ketiak. (TAWAS JUGA ADALAH SALAH SATU RAMUAN DIGUNAKAN DALAM DEODORANT UNTUK MENGHILANGKAN BAU BADAN).

10 Surah Yang Banyak Kelebihan


  1. Surah Al-Fatihah : dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
  2. Surah Yasin : dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
  3. Surah Dukhan : dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
  4. Surah Al-Waqiah : dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
  5. Surah Al-Mulk : dapat meringankan azab di dalam kubur.
  6. Surah Al-Kauthar : dapat merelaikan segala perbalahan.
  7. Surah Al-Kafirun : dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
  8. Surah Al-Ikhlas : dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
  9. Surah Al-Falaq : dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
  10. Surah An-Nas : dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
Nuffnang Ads

6 Pesanan Ulamak Yang PENTING


Iman kita ni ada pasang surutnya. Masa iman naik, kita rajin sekali buat ibadah. Baca Quran la, solat sunat la, berzikir la, bersedekah la dan macam-macam amalan lagi yang kita lakukan.

Tapi kadang-kadang, iman kita jatuh merudum(mungkin dek kerana dosa-dosa yang kita lakukan). Masa iman kita lemah, kita jadi malas betul nak buat ibadah. Solat pun diakhir waktu, Quran langsung tak baca, zikir apatah lagi. Yang kita mahu waktu tu, ikut nafsu saja.

turun naik iman

Jadi, amat penting bagi kita untuk sentiasa berusaha memantapkan dan mengekalkan iman kita agar berada pada tahap yang optimum, meskipun pada masa tu iman kita jatuh.

Salah satu cara bagi memastikan iman kita menjadi lebih stabil dan kekal baik ialah dengan sentiasa menambah ilmu. Ilmu dapat ditambah melalui bermacam cara contohnya pergi ke majlis ilmu (dengar ceramah di masjid), menonton program TV yang baik (contohnya Tanyalah Ustaz TV9) atau kita juga boleh membaca buku-buku yang baik.

Selain membaca buku, kita juga boleh mendapat banyak info berguna dan ilmu bermanfaat dari pelbagai blog sekarang ini. Salah satunya ialah…. pastilah blog PakarHowTo ini.

Cheewahhh…. angkat bakul sendiri nampak? hehehe

Nak buat macammana kan. Tak ada orang nak puji blog kami ni. So, kami lah yang puji diri sendiri. Keh keh.

Ciss ekau ni tak tahu malu betul kan?

OKlah, disebabkan hari esok dah nak masuk Hari Jumaat, iaitu penghulu segala hari. Hari yang penuh keberkatan. Hari yang doa dimakbulkan.

Maka, saya nak kongsi 6 Pesanan Ulamak Yang Penting untuk kita hayati dan amalkan bersama.

ulamak islam

Saudara dan saudari sekalian, ulamak telah berpesan :

  1. Sesiapa tidak takut kepada Allah SWT, nescaya dia tidak akan selamat dari kesalahan berbicara.
  2. Sesiapa tidak takut dengan pertemuan bersama Allah SWT, nescaya hatinya tidak akan selamat dari perkara haram dan syubahat.
  3. Sesiapa tidak memutuskan pengharapan kepada orang lain, nescaya dia tidak akan selamat daripada sifat tamak.
  4. Sesiapa tidak memelihara amalnya, nescaya dia tidak akan selamat daripada sifat riak (menunjuk-nunjuk).
  5. Sesiapa tidak memohon pertolongan dengan Allah SWT agar dijaga hatinya, nescaya dia tidak akan selamat daripada penyakit hasad.
  6. Sesiapa tidak melihat orang lain lebih utama dalam bidang ilmu dan amalnya, nescaya dia tidak akan selamat daripada sifat ujub (rasa syok sendiri).

Sabtu, 14 Januari 2012

~Kasih Ibu Arif~™: .:: JUS DELIMA ::.

~Kasih Ibu Arif~™: .:: JUS DELIMA ::.: Salam... Eceli ibu dah hampir seminggu minum jus delima pure ni, rasanya masam, pekat likat n melekat... Alhamdulillah setakat ni member2 i...

Jumaat, 13 Januari 2012

Khamis, 12 Januari 2012

Ke Arah mencari redhaNYA: Ustaz Kazim-Sumpah

Ke Arah mencari redhaNYA: Ustaz Kazim-Sumpah: Malam ini sebelum kita lena . Jom dengar kuliah ustaz kazim berkisar SUMPAH. Apa itu sumpah?. Bahagian 1 Bahagian 2 Bahagian 3 ...