Ahad, 24 Februari 2013

seribupilihan: Doa Mustajab Di Waktu Solat Dhuha

seribupilihan: Doa Mustajab Di Waktu Solat Dhuha: Maksudnya :   "Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, kecantikannya adalah kecantikan-Mu, keindahan itu ...

Himpunan Mukjizat Doa & Zikir: Doa Mustajab Pelindung Daripada Kecurian

Himpunan Mukjizat Doa & Zikir: Doa Mustajab Pelindung Daripada Kecurian: Oleh  Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din   

"Mutiara Kata Islam": "Mutiara kata islam"

"Mutiara Kata Islam": "Mutiara kata islam": siapa pun kamu di masa lalu!! usah segan untuk melangkah ke alam kebaikan!! Berlajar dai kesalahan!! jangan membahagia...

Minda Cerdas Bila Berzikir

otak2Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.
Zikir boleh dalam bentuk menyebut asma Allah atau membaca al quran. Al quran mengandungi kalimah terus dari Allah, dan mujizatnya sungguh dasyat. Al quran adalah perkataan Allah yang turun kepada Manusia melalui Jibril kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Mari kita berzikir dan ajar anak anda berzikir dan membaca Al Quran.

petua minda cergas

Tanpa Nama berkata...
Petua yang saya amalkan

-Bagun pagi selawat 3 kali di depan cermin

-Pagi senyum di depan cermin

-Niat yang baik untuk ku sekolah

-Makan kismis

-Sentiasa senyum

-Sentiasa memulakan kerja menggunakan bismillah.
Pelajar Melaka berkata...
Petua saya adalah..


-Makanan berkhasiat
-Sentiasa ingat Tuhan
-Tidak tinggal solat
-Baca al-Quran
Tanpa Nama berkata...
Makan kismis dan sentiasa minum air masak.
Tanpa Nama berkata...
PETUA

Petua minda yang diamalkan ialah dengan memberi tumpuan semasa di dalam kelas, buat rujukan, makan kismis ataupun manisan dan tidur dengan secukupnya.
Tanpa Nama berkata...
Petua untuk minda yang saya amalkan
- Makan kismis
- Makan kurma
- Mengaji
- Banyak minum air
Tanpa Nama berkata...
Petua untuk minda yang saya amalkan
• Makan kismis, susu segar dan kekacang
• Menghafaz surah-surah Al-Quran
• Sentiasa meletakkan diri dalam keadaan yang rileks dan ceria
• Setelah penat belajar, perlukan masa untuk berehat


• Makan kismis
• Mengahafaz surah-surah Al-Quran.
Tanpa Nama berkata...
• Belajar sambil mendengar radio
• Bertanya kepada guru apabila tidak faham
• Belajar dalam kumpulan
• Tumpukan perhatian ketika guru sedang mengajar
• Banyak buat latihan
Sue berkata...
Petua untuk minda yang saya amalkan
• Makan kismis.
• Tidak minum air yang bergas.
• Tidur yang secukupnya.
Tanpa Nama berkata...
Petua untuk minda yang saya amalkan
• Makan kismis.
• Minum air yasin.
Tanpa Nama berkata...
Petua yang saya amalkan
-Bagun pagi selawat 3 kali di depan cermin
-Pagi senyum di depan cermin
-Niat yang baik untuk ku sekolah
-Makan kismis
-Sentiasa senyum
-Sentiasa memulakan kerja menggunakan bismillah.
Tanpa Nama berkata...
Petua yang saya amalkan...

1. menarik nafas sedalam-dalam selepas bangkit tidur
2. makan kismis
3. banyakkan berehat kalau terlalu penat otak akan susah berfikir
Tanpa Nama berkata...
Petua untuk minda yang saya amalkan..

1. minum air yasin
2. membaca al-quran
3. meminta maaf kepada ibu bapa dan guru untuk ketenangan hati dan jiwa. selepas itu, barulah fikiran tenang
JuLs berkata...
petua minda yang saya amalkan adalah seperti berikut:

1. Cukup rehat. Kalau penat, saya tidak akan memaksakan diri saya untuk melakukan sesuatu. sebaliknya, berehat dahulu..
2. Senyum senantiasa. kerana senyuman boleh mengubati tekanan dan lain-lain,.
3. banyak bertanya kepada cikgu dalam kelas. apa yang saya tidak faham, saya akan tanya kepada cikgu kelas.
4. Sentiasa happy go lucky...
Tanpa Nama berkata...
- jaga kesihatan, makan makanan yang berkhasiat.
- tidur cukup (jgn kurang dan jgn lebih terlebih sudahh pun dielakkan)
- berfikiran positif
- ikhlas dan jujur dalam perbuatan
- amalkan gaya hidup yg ceria
Tanpa Nama berkata...
petua saya mencergaskan minda ialah dengan melakukan perkara-perkara berikut;
makan makanan berkhasiat,
rehat dan tidur yang mencukupi,
tidak menangguh kerja,
berdoa dan meminta ibubapa mendoakan kejayaan saya..
Tanpa Nama berkata...
CARA SAYA BELAJAR DENGAN BERKESAN :

1) Muzik
2) Bersama rakan
3) Ada makanan dan minuman
4) Jangan ada gangguan


PETUA UNTUK MINDA YANG SAYA AMALKAN:

1) Makan kismis
2) Banyak minum air
3) Tidur yang cukup
"Super Kaunselor" berkata...
petua saya adalah belajar dengan hepi..

kalo sye x hepi sye x bLaja ..

mcm mane saye nak hepi??..
sye tepon parents ..
sye bercinta..
sye bermain..

lepas semue keprluan hepi dipenuhi maka saya akan study..
Tanpa Nama berkata...
Tidur dengan secukupnya sekurang-kurangnya 6-8 jam sehari amat penting.Selalu berprangsangka baik dan positif dalam semua perkara.
Tanpa Nama berkata...
-jangan tidur berlebihan di waktu petang
-mengulangkaji pelajaran di awal subuh
-banyaan makan kismis
akma berkata...
banyak bersukan diwaktu juga dapat menjadikan kita lebih sifat dan minda akan bertambah cergas
Tanpa Nama berkata...
minda cergas yer...

- selalu fikir perkara yang positif dan jauhkan dari fikir negatif dalam semua perkara.

- hindarkan perkara yang lagho.

- sentiasa mengingati Allah.

- bermanis muka dengan semua orang

-
fiza berkata...
petua yang selalu saya amalkan
-study di awal pagi
-dapatkan rehat yang cukup
-kurangkan tekanan
-positifkan minda
-dapatkan keberkatan dalam belajar
-minta restu ibubapa dan guru
-doa dan tawakal
Tanpa Nama berkata...
dsfddf
Tanpa Nama berkata...
petua saya adalah...
Tanpa Nama berkata...
petua yang saya amalkan :
1. kismis doa
2. kurma
3. air suam setiap pagi
4. tidur yang cukup
5. kurangkan menjerit
6. aktif bersukan (otak jadi cerdas)

Suka

Cara Membuat Orang Lain SukaBagaimana Cara Membuat Orang Lain Suka Anda. Banyak cara supaya orang suka anda, Banyak teknik yang di kemukakan oleh orang ramai dan pakar pskologi. Paling penting anda adalah seorang yang positif dan kasih pada diri sendiri. Kalau anda tak suka diri anda bagaimana pula orang lain nak suka anda. Ini amat penting supaya orang suka anda.
Antara petua dan tips Cara Membuat Orang Lain Suka anda
  1. Anda terlebih dahulu suka pada orang, anda kena menunjuk kasih anda pada orang itu atau kewan anda
  2. Selalu Bersikap positif
  3. Selalu senyum agar orang senang dengan anda
  4. Orang suka kita Sikap rendah diri
  5. Jauhkan dari sikap sombong
  6. Selalu memberi bukan selalu meminta
  7. Beri penghargaan pada orang lain dan ucap terima kasih jika mereka memberi sesuatu pada anda
  8. Tingkat kualiti bercakap atau komunikasi
  9. Orang suka kita sikap Ikhlas pada diri dan dengan orang lain
  10. Lakukan suatu kerana Allah
Semoga anda mendapat manafaat. Jika suka sila like dan kongsi

Teknik Penafasan Yang Betul

Nafas anda adalah roh anda, atau kehidupan anda masih ada.
Penafasan yang betul akan memberi manafaat yang amat banyak pada anda:
Antaranya:
1. Untuk kesihatan fizikal anda
2. Untuk kesihatan jantung anda dan paru-paru
3. Untuk ketenangan minda dan meningkat motivasi anda.
Teknik ini saya belajar melalui guru saya Dr Shamsinar dan melalui Buku Pengubatan melalui kaedah sufi.
Bagaimana teknik penafasan itu di lakukan:
1. Luangkan masa sekejap lebih kurang 5 minit dalam bilik atau tempat yang tidak di ganggu
2. Duduk bersila
3. Tangan di atas lulut dan tenangkan diri anda, lupakan hal dunia dan ingat Allah telah cipta diri anda dan alam ini.
4. Pejam mata anda.
Cara penafasan :
1. Tarik nafas melalui hidung dengan perlahan-lahan, bagaikan anda tarik benang – dalam bil 10x kiraan atau 10 saat
(semasa tarik perut anda akan rasa penuh)
2. Tahan angin yang masuk – 10x kiraan
3. Hembus perlahan-lahan melalui mulut – kiraan 10x sambil perut anda mengempis
ULANG LANGKAH 1, 2 DAN 3 DI ATAS 5X sebagai permulaan. Setelah mahir ulang 10X langkah 1,2,3 di atas.
Lakukan 3 hingga 4 kali seminggu. Latihan begini akan menguatkan minda anda, motivasi dan kesihatan fizikal dan mental. Paling penting fikiran anda kena positif dan jangan latih diri anda fikiran negatif. Semasa latihan anggaplah diri anda ingin berjaya dalam hidup, pasrah dan aku dijadikan Allah dengan sebaik-baik kejadian. Aku adalah hamba dan khalifah Allah. Positif itu penting
Selamat mencuba.
Ps. Jika anda lepas makan tunggu selepas 1 jam.
Anda akan merasa suatu getaran kecil atau anda akan merasa tenang, relax selepas anda berlatih dan mencuba beberapa kali.
Teknik yang saya ajar ini juga adalah teknik Intergrasikan alam dan diri anda melalui penafasan.
Setengah orang kata ini adalah teknik meditasi atau menenangkan minda yang serabut, keluh kesah, risau, tension dan sebagainya.