Minda Cerdas Bila Berzikir
Otak
hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan
saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu
bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf
yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang
lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita
peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang
tidak terbatas.
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan
mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan
otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran
bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir
disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif
dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf
yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut
sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula
memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan
semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini.
Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk
melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek
ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993.
satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini
dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak
manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu
senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan
tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata
kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka,
beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf,
termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi
senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak
merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila
senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali
meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara
saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan
berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah
kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis
Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama
mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih
memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.
Zikir boleh dalam bentuk menyebut asma Allah atau
membaca al quran. Al quran mengandungi kalimah terus dari Allah, dan
mujizatnya sungguh dasyat. Al quran adalah perkataan Allah yang turun
kepada Manusia melalui Jibril kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Mari kita berzikir dan ajar anak anda berzikir dan membaca Al Quran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan