Teknik Penafasan Yang Betul
Penafasan yang betul akan memberi manafaat yang amat banyak pada anda:
Antaranya:
1. Untuk kesihatan fizikal anda
2. Untuk kesihatan jantung anda dan paru-paru
3. Untuk ketenangan minda dan meningkat motivasi anda.
Teknik ini saya belajar melalui guru saya Dr Shamsinar dan melalui Buku Pengubatan melalui kaedah sufi.
Bagaimana teknik penafasan itu di lakukan:
1. Luangkan masa sekejap lebih kurang 5 minit dalam bilik atau tempat yang tidak di ganggu
2. Duduk bersila
3. Tangan di atas lulut dan tenangkan diri anda, lupakan hal dunia dan ingat Allah telah cipta diri anda dan alam ini.
4. Pejam mata anda.
Cara penafasan :
1. Tarik nafas melalui hidung dengan perlahan-lahan, bagaikan anda tarik benang – dalam bil 10x kiraan atau 10 saat
(semasa tarik perut anda akan rasa penuh)
2. Tahan angin yang masuk – 10x kiraan
3. Hembus perlahan-lahan melalui mulut – kiraan 10x sambil perut anda mengempis
ULANG LANGKAH 1, 2 DAN 3 DI ATAS 5X sebagai permulaan. Setelah mahir ulang 10X langkah 1,2,3 di atas.
Lakukan 3 hingga 4 kali seminggu. Latihan begini akan menguatkan minda anda, motivasi dan kesihatan fizikal dan mental. Paling penting fikiran anda kena positif dan jangan latih diri anda fikiran negatif. Semasa latihan anggaplah diri anda ingin berjaya dalam hidup, pasrah dan aku dijadikan Allah dengan sebaik-baik kejadian. Aku adalah hamba dan khalifah Allah. Positif itu penting
Selamat mencuba.
Ps. Jika anda lepas makan tunggu selepas 1 jam.
Anda akan merasa suatu getaran kecil atau anda akan merasa tenang, relax selepas anda berlatih dan mencuba beberapa kali.
Teknik yang saya ajar ini juga adalah teknik Intergrasikan alam dan diri anda melalui penafasan.
Setengah orang kata ini adalah teknik meditasi atau menenangkan minda yang serabut, keluh kesah, risau, tension dan sebagainya.
1 ulasan:
singgah pagi
Catat Ulasan