Tidur Sebagai Rawatan
Tidur yang lena pada tahap gelombang otak
delta ketika waktu malam yang gelap ialah rawatan untuk segala bentuk
masalah atau penyakit secara semulajadi yang amat berkesan, terbaik dan
murah untuk diamalkan.
Tidur Delta
Terdapat empat jenis gelombang tidur iaitu Tidur Gamma, Tidur Beta, Tidur Theta dan Tidur Delta.
PERINGKAT | FREKUENSI | KETERANGAN |
Gamma |
40 Hz
|
Bersantai, termenung, mengelamun, berbaring istirehat. Minda bebas daripada berfikir. Tidak peka dengan persekitaran.
|
Beta |
8 - 12 Hz
|
Tidur-tidur
ayam. Kerap terjaga dan tertidur semula. Tidur waktu siang. Meditasi
Yoga sub-conscious mind (peringkat asas). Keadaan antara tidur dan
berjaga.
|
Theta |
Bawah 8 Hz
|
Tidak
mendapat kepuasan tidur. Rasa hendak tidur semula setelah bangun. Mimpi
yang mengganggu. Kehausan dan kelesuan setelah bangun dari tidur.
Kadang kala terjaga kerana kehausan atau kelaparan. Kebas atau pening
setelah bangun tidur.
|
Delta |
Bawah 2 Hz
| Tidur lena, mimpi yang jelas dan menyenangkan. Cergas setelah bangun. Rasa tidur yang puas. |
Tidur delta mempunyai ciri-ciri seperti berikut;
1. Tidur yang amat lena.
2. Mendapat mimpi yang indah dan jelas.
3. Mendapat rasa tidur yang puas dan cukup.
4. Tidak rasa ingin tidur semula setelah bangun.
5. Mudah untuk memulakan tidur.
6. Tidak banyak lesak ketika tidur.
7. Tidak berdengkur, hadas angin atau discaj amilase ketika tidur.
Petua Mendapatkan Tidur Delta.
1. Mandi sebelum tidur.
Sebaik-baiknya mandilah air sejuk atau air ais aromatherapy. Kesejukan
akan merangsang otak Hipothalamus iaitu otak yang mengawal tidur untuk
menyelaraskan kembali waktu tidur. Tetapi elakkan daripada tidur dalam
keadaan tidak mengenakan pakaian selepas mandi. Elakkan juga daripada
terkena tiupan kipas yang kencang ketika tidur selepas mandi. Angin yang
kencang ketika tidur akan menyebabkan hidrasi berlebihan.
2. Minum air sejuk sebelum tidur.
Sebaik-baiknya minunlah air yang beralkali atau air yang bermineral
pottasium, magnesium. Mineral ini bersifat alkali dan membantu
merangsang saraf atau membantu koordinasi saraf ketika tidur. Ketika
tidur seseorang akan kehilangan banyak mineral melalui perpeluhan.
Mineral ini juga penting untuk mengelakkan hidrasi ketika tidur.
Seseorang yang terhidrasi akan merasa kehausan sepanjang waktu tidur
(biasanya menyebabkan terjaga dari tidur) apatah lagi setelah bangun
dari tidur.
3. Berniat dan bersedia untuk tidur.
Tidur dalam keadaan terlelap tanpa disedari atau ketika sedang
berbaring ialah tidur yang tidak bersedia. Jika tertidur dalam keadaan
tidak bersedia, otak akan masih berfungsi atau bekerja dan tidak akan
mendapat tahap delta. Misalnya ketika tertidur itu dalam keadaan sedang
berfikir, maka pemikiran itu akan berterusan berpanjangan sepanjang
tidur. Buktinya boleh dilihat sekiranya seseorang itu tertidur dalam
keadaan menyanyi (sama ada zahir atau dalam hati), maka apabila terjaga
dia akan menyambung semula nyanyiannya itu (biasanya dalam hati).
Keadaan yang sama juga terjadi kepada pelajar yang tertidur ketika
sedang mentelaah, apabila terjaga maka dia merasakan seolah-olah
mentelaah sepanjang tidur.
4. Tidur dalam keadaan mengereng ke kanan dan mengadap kiblat.
Mengereng ke kanan akan memberikan tekanan kepada Hati untuk membantu
proses pencernaan yang sempurna. Seseorang yang tidur sejurus selepas
makan akan menyebabkan proses pencernaan yang berlaku di dalam tubuh
menjadikan aktiviti otak aktif ketika tidur. Keaktifan otak akan
menyebabkan frekuensi otak sukar mencapai tahap delta.
Rahsia Kegelapan Malam.
1. Vibration sinar.
Dalam kegelapan malam, terdapat vibration sinar yang tidak kelihatan.
Ia hanya boleh melalui gegelapan. Dengan adanya sesuatu cahaya, sinar
ini akan terhalang. Misalnya jika kita mendongak ke langit yang tidak
berawan pada waktu malam di kawasan bandar yang banyak lampu jalan, kita
sukar melihat bintang pada jumlah yang banyak. Tetapi jika keadaan
tersebut kita berada di tengah padang yang tidak ada sumber cahaya
lampu, kita akan dapati langit penuh dengan bintang. Keadaan yang sama
jika kita lihat ke langit pada waktu siang dan malam. Bintang hanya
kelihatan pada waktu malam sedangkan sebenarnya pada waktu siang juga
bintang memang berada di langit. Frekuensi sinar ini ialah di bawah 2
Hertz atau hampir kepada Point Zero iaitu menyamai dengan frekuensi
Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pituitary. Pada waktu malam yang gelap
ialah waktu dan keadaan yang resonan dengan Kelenjar Pineal dan Kelenjar
Pituitary.
2. Sel bertumbuh dengan lebih pantas
dalam keadaan bersekitaran yang rendah frekuensinya kerana ia amat
mempertenagakan. Frekuensi yang rendah ialah frekuensi yang amat senyap,
hening dan bertenaga. Frekuensi yang tinggi adalah hingar, panas dan
kehilangan tenaga. Malam yang gelap ialah keadaan yang terbaik untuk sel
bertumbuh dengan pantas.
3. Kegelapan malam adalah semulajadi dan menyeluruh.
Dalam pada waktu siang, bengkak dan luka akan cepat sembuh jika dibalut
untuk membentuk kegelapan. Tetapi pada waktu siang, gelombang yang
lebih tinggi frekuensinya tetap boleh menembusi balutan tersebut. Ketika
dalam kegelapan malam, keadaan di luar balutan dan di dalam balutan
adalah sama. Ketika itulah rawatan adalah amat menyeluruh dan
semulajadi.
4. Ion-ion negatif akan keluar dengan banyak dalam kegelapan malam.
Tetapi kegelapan waktu siang, ion-ion positif pula yang keluar dengan
banyak. Ion negatif (daripada waktu malam) perlu untuk pertumbuhan sel
serta mempertenagakannya. Ion negatif pada waktu siang hanya boleh
diperolehi dalam rumah yang baik peredaran udaranya atau dewan berkubah,
binaan berbentuk piramid, kawasan taman bunga, kawasan air terjun dan
gua yang tidak dihuni kelawar.
Kelebihan Tidur Delta Dalam Kegelapan Malam
1. Merangsang Rembesan Metatonin.
Apabila gelombang otak berada dalam keadaan yang amat rendah
frekuensinya atau ketika dalam keadaan Delta, Kelenjar Pineal akan
resonan dengan persekitaran. Kelenjar Pineal akan mula merembeskan
hormon melatonin yang secukupnya untuk keperluan tubuh. Hormon melatonin
amat penting dalam proses mempertenagakan tubuh, merangsang pertumbuhan
sel dan membaiki sel yang lemah. Mereka yang mendapat Tidur Delta dalam
keadaan kegelapan malam akan lebih bersemangat untuk bekerja, berhasil
segala yang diusahakan, mempunyai keyakinan dan cita-cita yang tinggi.
2. Mempertenagakan Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pituitary.
Pada waktu kegelapan malam, frekuensi sinar akan muncul dengan banyak.
Ketika itu ialah kira-kira 2 jam selepas waktu isyak (jika di kawasan
tropika dan khatulistiwa) iaitu kira-kira pukul 11.00 malam dan
berlangsung sehingga 2 jam iaitu kira-kira pukul 1.00 pagi. Frekuensi
ini amat perlu untuk Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pituitary. Kedua-dua
kelenjar ini hanya boleh menerima frekuensi ini ketika otak berada dalam
keadaan yang amat rendah frekuensinya atau ketika otak dalam keadaan
Gelombang Delta. Manusia biasa hanya boleh menjadikan otaknya berada
dalam keadaan Gelombang Delta jika mengamalkan meditasi Yoga pada
peringkat tertinggi atau tidur dengan lena. Kelenjar Pineal yang sihat
akan menjadikan tubuh mendapat cukup tenaga serta mempengaruhi psikologi
ke arah semangat dan keyakinan diri yang tinggi. Kelenjan Pituitary
yang sihat akan menjadikan sel segar, awet muda, menghilangkan
garis-garis halus pada kulit serta dari segi psikologi ia akan membantu
menguatkan daya ingatan serta menjadikan pengurusan diri teratur.
3. Meningkatkan daya tumpuan.
Bahagian otak yang mengawal tumpuan dan juga tidur ialah Hipothalamus
(NW4). Dengan daya tumpuan, kita dapat menjadikan tubuh kita tidur.
Mereka yang mendapat Tidur Delta akan mendapat lebih tumpuan untuk
belajar atau menjalani kehidupan seharian. Bahagian ini juga membatu
seseorang menjadi mudah memahami sesuatu ilmu, fakta atau sesuatau
perkara.
4. Merawat segala jenis penyakit Fizikal.
Apabila sel tumbuh dengan pantas ketika Tidur Delta dalam kegelapan
malam, sel baru akan tubuh kurang daripada 3 hari untuk membentuk
lapisan tisu. Berbanding dengan ketika keadaan terang dan frekuensi
tinggi, sesuatu sel memerlukan 44 hari untuk tumbuh. Oleh itu, penyakit
pada peringkat fizikal seperti masalah prostat, buah pinggang, kepatahan
tulang, kereputan tulang, masalah darah, masalah saraf, masalah usus
dan sebagainya akan sembuh dengan mudah.
5. Merawat segala jenis penyakit Mental.
Depressions, atau tekanan perasaan atau kebuntuan adalah karektor atau
pembawakan kesan daripada organ pencernaan yang dikawal oleh kawasan
Medulla Oblongata (NW8) dan Serebelum (NW7). Medulla Oblongata (NW8)
akan mengawalatur pengurusan manakala Serebelum (NW7) akan mengawal
citarasa dan kehendak. Kawasan penghadaman yang terbeban akan
menyebabkan Medulla Oblongata (NW8) dan Serebelum (NW7) menjadi lemah.
Akibatnya seseorang menjadi sukar untuk mengawalatur sesuatu pekerjaan
dan tertekan dengan keadaan persekitaran. Tidur Delta membantu sistem
penghadaman menjalankan fungsinya dengan cekap. Oleh itu, kawasan
Medulla Oblongata (NW8) dan Serebelum (NW7) menjadi lebih cekap
menghadapi segala masalah, krisis dan tekanan.
6. Merawat segala jenis penyakit emosi.
Seseorang yang sedih akan lemah pada organ Paru-paru (NW10) dan Jantung
(NW11). Tidur Delta akan mengembalikan kestabilan rentak Jantung (NW11)
dan memaksimumkan keupayaan Paru-paru (NW10) menjalankan fungsinya.
Mereka yang berada dalam kesedihan atau kehampaan atau kekecewaan akan
dapat merawat emosi tersebut melalui Tidur Delta pada waktu kegelapan
malam.
7. Merawat segala jenis penyakit spiritual.
Kebanyakan deria terdapat di kawasan kepala. Deria ini berperanan
sebagai pengesan terhadap semua keadaan sekeliling yang tidak dapat
dicapai oleh pemikiran logik. Organ-organ di bahagian kepala terutama
Kelenjar Pineal mempunyai pembawakan kesan terhadap karektor spiritual.
Seseorang yang mengalami gangguan spiritual atau yang mendakwa dirinya
mendapat gangguan sihir atau saka atau santau, atau sebarang gangguan
pelik yang sukar untuk difahami atau dirawat, maka Tidur Delta pada
waktu tengah malam dalam kegelapan adalah penyelesaian yang terbaik.
8. Keheningan dan ketenteraman, intuisi, instinct.
Sewaktu Tidur Delta, semua neuron akan tersusun semula dengan sempurna.
Kesempurnaan penyusunan neuron otak akan turut memberi kesan refleks
terhadap visual. Penyusunan yang baik akan memberi kesan mimpi yang
baik. Penyusunan ini juga akan membantu memberikan intuisi (naluri) dan
instinct (gerak rasa). Mereka yang mendapat tidur ini sebenarnya seorang
yang hening. Keheningan menjadikan segala perbuatan yang dilakukan
berjalan dengan lancar. Seolah-olah pernah tergambar atau seperti pernah
dilalui (atau disebut fenomena Dejavu). Contohnya, seseorang yang
hening kesan daripada Tidur Delta ini apabila memandu ke sesuatu
destinasi, semua lampu isyarat berwarna hijau. Atau dalam keadaan jalan
yang sesak, dia dapat melepasinya dengan mudah seperti dibuka lorong
atau terdorong untuk jalan ke hadapan. Mereka yang hening ini apabila
dilihat wajahya akan membuatkan kita rasa tenteram. Mereka ini juga
seperti terurus dan teratur atau menjadi semua pekerjaannya. Sepanjang
hari dalam keheningan tersebut mereka biasanya jauh daripada sebarang
kecelakaan atau kemalangan (sama ada daripada kecuaian diri atau akibat
daripada kecuaian orang lain).
Jadual di
bawah ialah antara penyakit yang dapati pulih daripada Tidur Delta sama
ada dengan sekali atau setelah beberapa kali amalan (bergantung kepada
tahap penyakit).
ORGAN | MASALAH/ PENYAKIT / GANGGUAN |
NW1 Kelenjar Pineal | Delusi Halusinasi Kejutan kemalangan (trouma) Schizophrenia (skizo frenia) Gangguan spiritual |
NW2 Kelenjar Pitutary | Epilepsi Amnesia (nyanyuk) Dimentia (keliru) Afasia (lembab) Parkinson |
NW3 Thalamus | Migrain Ketagihan (tembakau, alkohol, seks, narkotik) Kurang siuman (cara berkata-kata yang bodoh) Sawan tangis |
NW4 Hipothalamus | Imsonia (sukar tidur) Kanak-kanak marah dan menangis |
NW5 Kawalan Biotik | Gangrene (melecur atau hangus) Kudis berlanjutan Kulit sensitif / masalah kulit berlanjutan |
NW6 Sinus | Polyps (bengkak dalam hidung) Hyposmia (lemah / hilang deria bau) Resdung berlanjutan |
NW7 Kawalan Suhu | Sakit gusi Mata kering |
NW8 Medulla Ablongata | Kerasukan Depressions Gemuruh / berdebar jantung Loya / kerap muntah |
NW9 Tyroid | Hipotyroid Rubella (kelenjar limfa leher membengkak) Hilang suara / suara serak basah / rosak Sendawa tidak terkawal |
NW10 Paru-Paru | Lelah/ asma / sesak nafas Air liur mengalir berlebihan Mocopurulent bronchitis (suka meludah) Batuk, pneumonia / tubercolosis / bronchitis Kehadiran pertumbuhan di paru-paru Bengis / samseng |
NW11 Jantung | Coronary (sakit jantung / jantung berlubang) Angina pactoris (kurang oksigen) Tersedak ketika makan / ketawa / terkejut Sesak nafas yang berpeluh dan pening |
NW12 Hati, Perut, Limpa | Gastrik /sakit di ulu hati di bawah dada. Hepatitis A/B, Jaundice / sakit kuning. Sindrom reye (fungsi herper merosot) Ulser (luka / jangkitan dalam perut) Lymphoma (darah putih bermasalah / simptom seperti gout / gangguanparanoid) |
NW13 Buah Pinggang | Glomerulonephritis (jangkitan kuman / saluran darah) Glomeruli (dalam buah pinggang melecet dan menyebabkan kencing berdarah) Pelbagai masalah berkaitan prostat (masalah kencing) Kencing malam (tanpa sedar / terlewat sedar ketika sedang tidur) Batu karang |
NW14 Hempedu | Bilirubin (kesan sakit kuning / jaundice) Batu hempedu |
NW15 Pankreas | Diabetes (kencing manis) Peluh perlebihan Perut buncit Gastrik Sifat iri hati, dengki, cemburu, khianat |
NW16 Ovari, Testis | Menoposawal Mati pucuk (andropouse) Bilangan sperm lelaki berkurang (kemandulan) Hernia / burut (angin pasang) Masalah / kesakitan berkaitan haid Zigot sukar melekat (keguguran) Telur sukar disenyawakan (kemandulan) |
NW17 Alat Kelamin, Organ Kencing | Lemah tenaga batin Lambat atau tidak boleh ejakulasi (ejaculation) / lemas ketika hubunganintim. Masalah ketegangan (erection) zakar / kerdut buah zakar yang rosak /cedera Tempoh ketegangan (erection) zakar yang singkat |
NW18 Darah, Otot | Berlebihan/ kekurangan hemoglobin / anemia Tekanan darah tinggi / rendah / tidak normal Kepekatan darah tidak normal. (Hipercalsemia /Hipocalsemia). Darah tersekat / lemah / bahagian tengkuk. Lebam / berdarah / purpura (ecchymosis). Urat saraf betis membengkak Leukemia (kanser darah) Pendarahan dalaman / keadaan mudah berdarah. Semua penyakit tentang darah. Pendarahan / kekurangan enzim G6PD. Hemophilia (masalah pembekuan darah). |
NW19 Usus, Apandiks | Apendiks (appendix) Hernia pusat Sembelit Buasir Pendarahan semasa buang air besar Usus kanak-kanak tersumbat |
NW20 Tulang, Saraf | Radang sendi Sakit tulang belakang yang meningkat. Patah tulang Masalah reput tulang / osteoporosis. Gaut / pirai / kejang / sakit mencucuk tulang tumit. Leukemia. Meningitis (serangan kuman di selaput otak). |
Waktu Tengah Malam
Waktu
tengah malam (merujuk kepada kedudukan di kawasan Khatulistiwa dan
Tropika) ialah kira-kira 2 jam selepas waktu isyak dan berlansung selama
2 jam. Iaitu kira-kira pukul 11.00 malam hingga 1.00 pagi.
Formula Tidur Sebagai Rawatan
Tidur Delta | + | Waktu Tengah Malam | + | Kegelapan | = | Rawatan, Kelegaan, Penyembuhan, Pencegahan |
Biasanya
otak Thalamus mengambil masa antara 30 minit ke 2 jam Untuk mencapai
tahap Tidur Delta. Tidur Delta itu sendiri sebenarnya tidak boleh
dicapai tanpa resonan dengan waktu tengah malam dan tanpa kegelapan.
Apabila seseorang itu tidur dalam keadaan bilik yang bercahaya, tidak
ada peredaran udara yang mencukupi serta tidak berniat atau bersedia
untuk tidur, maka formula ini sukar untuk dicapai.
Untuk mencapai formula ini, berikut ialah syarat yang perlu dipatuhi;
1. Tidur sekurang-kuranya 2 jam sebelum pukul 11.00 malam, iaitu sejurus selepas isyak atau sebelum pukul 9.30 malam.
2.
Tidur dalam bilik yang gelap dan baik peredaran udaranya. Kehadiran
sesuatu cahaya (biasanya daripada sumber lampu) akan menyebabkan otak
akan aktif menterjemah cahaya tersebut dan menyukarkannya mencapai
Gelombang Delta.
3.
Tidur dalam ruang berbentuk segi empat (bilik tidur / katil atau lebih
baik yang berkelambu), kerana ia lebih fokus. Maksudnya bukan di ruang
yang terbuka di luar rumah atau dalam ruang yang berbentuk lain seperti
bentuk piramid (piramid hanya untuk meditasi yang memberi Gelombang
Beta).
4.
Berniat dan bersedia untuk tidur. Maksudnya bukan terlelap tanpa
disedari ketika sedang berbaring atau beristirehat. Sebaiknya ialah
berdoa atau berzikir dan berniat untuk pulih atau berniat untuk
mendapatkan manfaat ketika sedang tidur.
5.
Elakkan daripada tidur dalam ruang yang terdapat peralatan yang
mengeluarkan Electro Magnetic Field (EMF). Antara peralatan yang
mengeluarkan EMF yang tinggi ialah komputer, TV, peti ais dan
sebagainya. EMF akan menjadikan otak sukar mencapai peringkat Gelombang
Delta.
Kesukaran Mencapai Matlamat Formula
Memang
tidak dapat dinafikan, mereka yang mengalami sesuatu penyakit yang
sukar untuk sembuh atau krisis yang berat atau gangguan emosi yang
mendalam atau gangguan spiritual yang misteri sebenarnya tidak dapat
melakukan formula ini.
Ikhtiar dan kesungguhan seseorang untuk melakukan formula ini adalah langkah pertama ke arah pemulihan.
Biasanya pesakit yang pertama kali mendapatkan rawatan, akan diberikan formula Aromatherapy Seri Wajah (sila klik untuk mendapatkan penjelasan mengenai formula ini), sebagai ikhtiar pertama supaya Formula Tidur Delta pada waktu tengah malam dalam kegelapan ini dapat dicapai.
Bagi
sesetengah penyakit, setiap organ memberikan kesan tertentu terhadap
kelakuan atau fenomena berkaitan tidur sehingga menyebabkan Formula
Tidur Sebagai Rawatan tidak dapat dilaksanakan. Setelah seseorang itu
mendapatkan rawatan pertama, biasanya mereka mudah untuk mencapai
matlamat formula ini. [sila klik ayat ini untuk membaca post bertajuk Masalah dan Fenomena Tidur dalam blog ini].
Sebenarnya
salah satu matlamat daripada keseluruhan rawatan Colour Vibration
Therapy ialah ingin supaya pesakit sembuh dengan cara Formula Tidur
Sebagai Rawatan ini. Sekiranya otak gagal untuk berada dalam keadaan
Gelombang Delta, maka penyembuhan amat sukar untuk berlaku atau
mengambil masa yang agak lama.
Parameter
Sejauh
mana anda dapat melaksanaan Formula Tidur Sebagai Rawatan ini dapat
dijadikan kayu pengukur untuk menilai tahap kesihatan diri anda.
Sekiranya ada sedang menjalani sesuatu rawatan, cuba lihat setakat mana
peningkatan pencapaian ke arah matlamat formula ini. Dari sini insya
Allah anda akan dapat mengesan tahap kesihatan anda sama ada berada
dalam keadaan yang paling sempurna atau berlaku berlaku sedikit
ketidaknormalan yang tidak disedari.
Aplikasi Tidur Delta tanpa disedari
Kesemua
pesakit mental yang dirawat di hospital khas melalui kaedah allopathic
medicine akan diberikan sejenis ubat yang akan menyahaktifkan aktiviti
otak. Akibatnya berlaku kemerosotan neuron dan otak akan mengecil hingga
menyebabkan pesakit akan kerap mengantuk atau tidur. Sekiranya secara
kebetulan pesakit ini dapat Tidur Delta pada waktu tengah malam dalam
kegelapan, maka penyakit mentalnya akan pulih. Tetapi malangnya, pesakit
mental yang telah pulih biasanya akan mengalami kesan Dimentia
(kekeliruan) dan Afasia (lembab).
Kanak-kanak
yang menangis kerana kesakitan akan dapat mencapai Tidur Delta tanpa
disedari. Kanak-kanak yang tertidur disebabkan menangis sebenarnya
sedang menjalani rawatan semulajadi.
Amat
malang sekali, pesakit yang berada di wad-wad allopathic medicine
dibiarkan tidur dalam keadaan cahaya terang dan dikelilingi peralatan
yang mengeluarkan Electro Magnetic Field (EMF). Keadaan ini tidak akan
dapat membantu proses penyembuhan dengan berkesan.
Apabila
kita selalu mengamalkan sehingga dapat tidur dengan lena hingga
mencapai peringkat Tidur Delta pada waktu yang resonan dengan tengah
malam serta dalam keadaan yang gelap, maka;
- segala bentuk penyakit yang sukar untuk dirawat,
- atau segala bentuk krisis atau kebuntuan yang rumit untuk diselesaikan,
- atau segala masalah emosi yang mengganggu ketenteraman jiwa,
- atau segala masalah spiritual yang misteri dan pelik untuk pulih,
insya Allah semuanya akan dapat diatasi.
Tidur ialah tanda kebesaran Allah. Semoga
anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada
sebarang pertanyaan atau jika ingin mendapatkan khidmat rawatan
alternatif Colour Vibration Therapy untuk merawat sebarang jenis
penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan
untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan
fizikal, sila hubungi Saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya
membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.
Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Colour Vibration Therapy CVT
No 14 Lebuh Wira Jaya, Taman Rapat Setia Baru,
Pusat Rawatan Colour Vibration Therapy CVT
No 14 Lebuh Wira Jaya, Taman Rapat Setia Baru,
31350 Ipoh, Perak
012-4008972 (Dr. Ariffaizal)